You are on page 1of 47

TAJUK : KEBERKESANAN KAEDAH IQRA DALAM MENGUASAI PEMBACAAN AL-QURAN DI KALANGAN MURID-MURID SEKOLAH RENDAH TAHUN 4 SEKOLAH KEBANGSAAN

TUDM SUBANG.

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang tahap keberkesanan kaedah Iqra dalam menguasai pembacaan Al-Quran di kalangan murid-murid sekolah rendah di tahun 4 iaitu di Sekolah Kebangsaan TUDM Subang. Aspek-aspek yang ditinjau adalah berkaitan dengan tahap pencapaian bacaan Al-Quran, persepsi murid tentang kaedah Iqra serta bentuk masalah yang dialami semasa mempelajari Al-Quran dengan kaedah Iqra. Maklumat kajian diperolehi menerusi ujian lisan bacaan, temubual dan soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada 15 orang murid tahun 4 dan hasil daripada kajian ini telah mendapati bahawa keberkesanan kaedah Iqra dalam mempelajari bacaan Al-Quran adalah pada tahap yang baik. Terdapat banyak faktor yang membantu kepada kejayaan kaedah ini antaranya murid-murid telah mempelajari Al-Quran dengan menggunakan kaedah Iqra pada umur 5 tahun lagi, sokongan daripada keluarga dan keberkesanan pengajaran guru. Namun begitu terdapat beberapa bidang kelemahan yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak dalam menambahbaik keberkesanan kaedah ini iaitu yang berkaitan dengan jumlah bilangan murid yang terlalu ramai dalam sebuah kelas dan ilustrasi pada kulit setiap jilid buku Iqra yang tidak menarik minat murid.

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Latar Belakang

Kaedah Iqra adalah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran al-Quran yang disusun oleh Ustaz Haji Asad Human yang merupakan Pengasas Team Tadarus Angkatan Muda MasjidMusholla di Yogyakarta , Indonesia pada tahun 1984. Melalui kaedah ini pelajar-pelajar akan menguasai kemahiran pembacaan al-Quran tahap demi tahap mengikut kemampuan sendiri dengan bimbingan guru. Oleh itu, penyusun telah membahagikan kaedah pengajarannya kepada enam jilid iaitu buku Iqra 1 , 2, 3, 4, 5 dan buku Iqra 6.

Buku-buku Iqra sepertimana juga buku Qiraati disusun untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran al-Quran dari peringkat pengenalan huruf Hijaiyyah hinggalah menguasai tilawah al-Quran dengan baik dan mengikut hukum tajwid.Kaedah ini mengutamakan bimbingan dan latih tubi. Oleh kerana itulah setiap orang guru hanya akan membimbing lima atau enam orang murid sahaja bagi satu sesi pengajaran yang mengambil masa selama enam puluh minit. Kaedah Iqra telah diterima dan digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1994 bagi pengajaran dan pembelajaran al-Quran di sekolah. (petikan daripada sumber lamanweb: http://yaqeenahmad.wordpress.com/2008/10/08/kaedah-pengajaran-al-quran-masa-kini/)

Di Malaysia, kaedah Iqra mula mendapat tempat dalam sistem pendidikan negara apabila Kementerian Pendidikan ( sekarang dikenali sebagai Kementerian Pelajaran) memperkenalkan kaedah ini pada tahun 1994. Sehubungan itu, semua sekolah di bawah kelolaan kementerian dikehendaki melaksanakan pengajaran dan pembelajaran tilawah Al-Quran menggunakan kaedah Iqra pada enam bulan pertama penggal persekolahan kepada murid-murid tahun 1.Jangkamasa enam bulan ditetapkan dengan harapan murid-murid mampu menguasai kemahiran pembacaan Al-Quran dengan menguasai enam jilid buku Iqra dengan purata satu jilid pada setiap bulan.

Berdasarkan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang mahu melihat murid-murid yang akan menamatkan zaman persekolahan peringkat sekolah rendah mampu menguasai kemahiran tilawah Al-Quran,maka KPM telah melaksanakan Model Tasmik pada tahun 2005 hasil cetusan idea Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Hj.Ahmad Badawi. Pelaksanaan kaedah ini kepada murid-murid tahun 1 oleh guru-guru Pendidikan Islam yang lebih dikenali sebagai guru j-Qaf adalah langkah alternatif kepada kaedah Iqra yang diperkenalkan sejak tahun 1994. Oleh itu , kajian yang dijalankan ini akan melihat sejauhmana kaedah Iqra memberikan kejayaan yang dihasratkan dalam membantu murid-murid menguasai pembacaan Al-Quran.

Dalam konteks pendidikan di sekolah Al-Quran menjadi satu komponen daripada mata pelajaran Pendidikan Islam. Mata pelajaran Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran teras dan wajib dipelajari oleh setiap murid Islam di semua peringkat sama ada rendah atau menengah. Mata pelajaran ini wajib diadakan walaupun jumlah murid Islam dalam sebuah sekolah tersebut

cuma terdapat lima orang murid Islam. Ini adalah perkara yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Dalam Akta Pendidikan 1996 terdapat beberapa kenyataan yang menentukan akta berkaitan pengkelasan institusi pendidikan, pelaksanaan pengajaran Pendidikan Islam, pengajaran bahasa Arab dan pelaksanaan kurikulum Pendidikan Islam. Berikut diperturunkan kenyataan berkaitan iaitu :

Jika di dalam institusi pendidikan terdapat lima orang murid atau lebih yang menganut agama Islam, maka murid-murid itu hendaklah diberikan pendidikan agama Islam oleh guru yang diluluskan oleh Pihak berkuasa Negeri. ( Seksyen 50 (1) )

Pembelajaran Al-Quran di sekolah menengah adalah lanjutan daripada peringkat sekolah rendah. Pembelajaran di sekolah rendah yang berkesan akan menentukan kemampuan muridmurid membaca Al-Quran apabila mereka meneruskan pendidikan di sekolah menengah. Penekanan kepada usaha membolehkan murid-murid membaca Al-Quran adalah langkah terbaik dan utama ke arah mencapai hidayah daripada Allah s.w.t.

Al-Quran adalah mukjizat yang terbesar dan teragung yang dikurniakan oleh allah s.w.t. kepada Rasulullah s.a.w. melalui perantaraan malaikat Jibril a.s. untuk disampaikan kepada seluruh manusia di mana kandungannya pada dengan wahyu ilahi untuk menerangi kegelapan dan membawa manusa kepada kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Al-quran wajib dipelajari kerana ia mempunyai fungsi dan sumbangan yang penting sebagai sumber serta panduan yang

dapat menyelesaikan segala persoalan dan memenuhi segala kehendak manusia (Hanafi Mohamed, 1996).

Matlamat Pendidikan Al-Quran dengan jelasnya membuktikan bahawa ajaran-ajaran yang terkandung di dalamnya mampu memberi kejayaan dalam pelbagai lapangan bidang yang diceburi. Ahli sains mengambil Al-Quran sebagai asas sains, ahli hukum mengeluarkan hukum daripada Al-Quran, ahli falsafah membicarakan falsafah dalam Al-Quran dan ahli pendidikan pula mengambil Al-Quran sebagai dasar, kaedah, falsafah dan matlamat pendidikan ( Mohd Yusuf Ahmad, 2004). Ajarannya meliputi ruang lingkup kehidupan manusia serta membuka jalan dalam membina kekuatan iman kepada Allah s.w.t. disamping membentuk akhlak dan peribadi mulia sebagai khalifah Allah di bumi yang fana ini.

1.2 Penyataan Masalah

Kelemahan murid-murid dalam kemahiran membaca Al-Quran seringkali dikaitkan dengan pelbagai sebab dan faktor. Satu laporan kajian oleh Mohd Alwi Yussof, Adel

M.Abdulaziz, dan Ahmad Kamel Mohamed (2003) menyatakan kaedah Iqra pada umumnya memberi kesan baik terhadap pencapaian pengajaran Al-Quran di Sekolah-Sekolah Kebangsaan di Malaysia sebagai satu kaedah alternatif. Cuma ada beberapa kelemahan daripada sudut pelaksanaannya yang mana jika dapat diatasi, maka ia boleh meningkatkan lagi keberkesanannya. Sementara itu kajian yang dilakukan oleh Mohammad Naim Mat Salleh (2003) tentang pencapaian tilawah Al-Quran melalui kaedah Iqra di Sekolah Rendah

Kebangsaan Daerah Setiu, Terengganu, mendapati 49.8% murid boleh membaca Al-Quran dengan baik, manakala 50.2 % murid masih tidak boleh menguasai bacaan Al-Quran. Sehubungan itu melalui kajian Amri Daud (2005) dalam kajiannya model enam bulan khatam Al-Quran, dapatan ujian murid yang mengikuti program ini iaitu 75.8 % mencapai objektif dan terdapat 15.2 % yang tidak boleh menguasai bacaan Al-Quran. Ini menunjukkan pencapaian objektif ini agak sederhana.Graf di bawah menunjukkan peratus pencapaian tersebut.

PENCAPAIAN OBJEKTIF MODEL

Boleh menguasai Tidak boleh menguasai

20

40 PERATUS (%)

60

80

Berdasarkan satu kajian yang telah dibuat pada tahun 1996, kebanyakan murid tidak tahu membaca Al-Quran walaupun mereka telah mempelajarinya dari peringkat sekolah rendah.Dapatan daripada kajian tersebut, menunjukkan ramai murid Islam lepasan sekolah rendah tidak tahu membaca Al-Quran apabila mereka berada di sekolah menengah (Pusat Perkembangan Kurikulum KPM, 1996).

Berdasarkan senario ini, maka Kementerian Pelajaran Malaysia telah diarahkan bagi menyelesaikan masalah ini.Bagi mengatasi masalah buta Al-Quran pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengadakan pelbagai program dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum.

Contohnya, penekanan bidang tilawah al-Quran dalam sukatan mata pelajaran Pendidikan Islam serta sebagai soalan penting di dalam peperiksaan, mengadakan kelas khas kemahiran Al-Quran (kelas aliran agama) dan yang terbaru ialah program j-Qaf.

Oleh itu, kajian yang akan dilaksanakan ini akan menilai semula tahap keberkesanan kaedah Iqra dalam pengajaran tilawah Al-Quran kepada murid-murid sekolah rendah di sebuah sekolah dan tempat yang berlainan sama ada mencapai matlamat ataupun sebaliknya setelah dapatan hasil kajian yang telah dibuat pada tahun 2003 oleh Mohd Alwi Yusoff, Abdel M Abdulaziz dan Ahmad Kamel Mohamad dari Kolej Universiti Islam Malaysiadi 27 buah sekolah di beberapa buah negeri di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dan 6 buah sekolah swasta yang pada umumnya menunjukkan keberkesanan kaedah Iqra dalam pengajaran tilawah AlQuran di sekolah-sekolah tersebut.

1.3 Matlamat Kajian

Berdasarkan kepentingan Al-Quran kepada generasi pelajar pada hari ini, maka kajian berkaitan dengan kaedah Iqra sebagai model pengajaran tilawah Al-Quran ingin mencapai matlamat-matlamat seperti berikut;

1.

Mengenal pasti tahap kemahiran tilawah Al-Quran murid yang mempelajari Al-

Quran dengan kaedah Iqra. 2. Mendapatkan persepsi murid tentang kaedah Iqra yang digunakan semasa

pengajaran tilawah Al-Quran.

3.

Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid semasa pembelajaran tilawah

Al-Quran dengan menggunakan kaedah Iqra .

Berikut adalah soalan-soalan kajian yang akan dijadikan panduan oleh pengkaji sebagai memenuhi matlamat kajian yang akan dilaksanakan ; 1.Apakah tahap penguasaan kemahiran tilawah Al-Quran murid pada buku Iqra jilid 6 ? 2.Apakahmurid berminat dengan kaedah Iqra yang digunakan semasa mengajar tilawah Al-Quran ? 3.Apakah bentuk kesukaran yang dihadapi murid semasa menggunakan kaedah Iqra.

1.4 Kepentingan Kajian

Menguasai kemahiran membaca Al-Quran merupakan elemen terpenting dalam membina generasi yang berakhlak mulia serta menyediakan sumber modal insan yang berkualiti. Dalam konteks pembacaan al-Quran kemampuan murid-murid mengusai kemahiran membaca Al-Quran menunjukkan kejayaan dasar kerajaan yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang terasnya bertunjangkan kepada kesepaduan insan daripada aspek jasmani , emosi , rohani dan intelek. Sebagai umat Islam bidang rohani yang akan diterapkan kepada murid-murid seperti yang terkandung dalam FPK tidak akan terpisah daripada bersumberkan kepada AlQuran. Penekanan FPK adalah seperti berikut:

" Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan

harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. " (Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM 2005)

Oleh itu, kepentingan kajian ini kepada proses pengajaran dan pembelajaran tilawah AlQuran melalui kaedah Iqra akan dapat dijadikan panduan kepada guru-guru Pendidikan Islam yang lain dalam menilai semula kaedah pengajaran di bilik darjah. Apa yang lebih penting hasil daripada kajian yang akan dijalankan dapat dijadikan penanda aras tentang keberkesanan kaedah Iqra dalam membantu murid-murid mahir dalam bidang tilawah Al-Quran sepertimana yang dihasratkan oleh Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral Kementerian Pelajaran Malaysia seperti berikut:

Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan soleh, harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah swt untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia, berketerampilan, bertanggungjawab sebagai hamba dan khalifah yang boleh memberi sumbangan terhadap kesejahteraan ummah. ( Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral, KPM 2005)

Kepentingan kajian ini juga boleh dinilai daripada sudut kaedah pelaksanaannya oleh guru-guru.Perkara yang paling penting iaitu kaedah penilaian yang dilakukan serta mendokumentasikan data maklumat murid-murid yang mengikuti kaedah Iqra. Selain daripada itu, bimbingan berterusan guru,ibubapa dan rakan turut juga memberikan kesan kepada tercapainya matlamat kajian ini.Hasil dapatan daripada kajian oleh Mohd Alwi Yusoff, Adel M.Abdul Aziz dan Ahmad Kamel Mohamed (2003) merumuskan bahawa terdapat beberapa faktor yang menjejaskan keberkesanan kaedah Iqra.Antaranya adalah disebabkan kelemahan dalam mengawasi proses pelaksanaannya disamping terdapat perbezaan cara pengajaran AlQuran antara guru di sekolah dengan kaedah pengajaran ibubapa di rumah.

Hasil dapatan daripada kajian yang akan dilaksanakan ini akan memberi sumbangan serta cadangan kepada pihak pengurusan sekolah dalam membantu meningkatkan keberkesanan

pelaksanaan pengajaran tilawah Al-Quran khususnya pengajaran menggunakan kaedah Iqra. Selain itu, kajian ini juga akan menentukan tahap keberkesanan kaedah tersebut di sekolah tempat kajian ini akan dilaksanakan.

1.5 Batasan Kajian

Kajian yang dijalankan ini terhad kepada murid-murid yang belajar di Sekolah Kebangsaan TUDM Subang .Reka bentuk kajian adalah bersifat kualitatif dan lebih kepada reka bentuk kajian naratif.Pemilihan sampel kajian hanya melibatkan satu kelas sahaja murid-murid

tahun 4.Kajian ini hanya memberi tumpuan kepada menilai tahap kemahiran tilawah Al-Quran murid-murid yang dipilih.Kajian ini juga turut mengkaji pandangan murid-murid tentang kaedah Iqra yang telah mereka lalui semasa pengajaran tilawah Al-Quran. Dapatan hasil kajian ini hanya dapat digunapakai sebagai panduan di sekolah tempat pengkaji membuat kajian penyelidikan dan tidak dapat digeneralisasi atau dijadikan ukuran oleh sekolah yang lain.

1.6 Definisi Istilah

Penggunaan istilah yang digunakan dalam kajian ini adalah berkaitan dengan maksud dan ruang lingkup yang tertentu sahaja.Ini bertujuan untuk memberikan maksud yang jelas sepertimana yang dikehendaki oleh pengkaji.Ia juga membantu pembaca memahami dengan lebih jelas perkara yang dibincangkan.

1.6.1 Kaedah

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kaedah bermaksud cara atau peraturan membuat sesuatu (terutamanya yang bersistem atau biasa). Dalam kertas kajian ini, penggunaan istilah kaedah difokuskan kepada proses pengajaran yang dilaksanakan oleh guru untuk mencapai objektif pengajaran yang ditetapkan.

Menurut Mok Soon Sang (1992), kaedah merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik dalam jangka pendek. Dengan

perkataan lain, kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkahlangkah penyampaian tersusun.

1.6.2 Iqra

Kalimah Iqra merujuk kepada satu siri tindakan guru yang memberi penekanan kepada latihan sebutan atau bacaan ayat-ayat suci Al-Quran sepertimana yang digariskan oleh penyusun buku Iqra Al-Marhum Ustaz Haji Asad Human.

1.6.3 Tilawah Al-Quran

Kaedah yang digunakan dalam kajian ini bersifat ujian lisan dan kaji selidik berdasarkan soalan-soalan yang berkaitan. Oleh itu, perkataan menilai semula membawa maksud penilaian yang dilakukan tentang keberkesanan kaedah Iqra dalam proses pengajaran tilawah Al-Quran setelah dilaksanakan kepada murid-murid sasaran.

1.6.4 Reka bentuk Naratif

Reka bentuk naratif adalah kaedah yang digunakan oleh seseorang individu untukmenceritakan secara sendiri kepada pengkaji apa yang berlaku kepadanya.Dalam kajian

naratif, pengkaji menghuraikan kehidupan individu, mengutip dan menceritakan tentang kehidupan seseorang serta menulis naratif pengalaman seseorang individu ( Connelly& Clandinin, 1990). Sebagai satu bentuk kajian kualitatif yang berbeza, kajian naratif biasanya berfokus kepada mengkaji orang perseorangan dan mengumpul data daripada satu set cerita. (OUM , 2007)

1.6.5 Tasmik

Menurut takrifan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral Kemenerian Pelajaran Malaysia, model Tasmik Khatam Al-Quran ialah satu program membimbing dan merekod perkembangan Iqra dan bacaan Al-Quran secara individu berdasarkan program yang diatur bagi membolehkan murid khatam Al-Quran semasa berada di sekolah kebangsaan dan dilaksanakan di luar jadual waktu.Fokusnya kepada murid-murid Islam tahun 1.

1.6.6 j-QAF

Istilah j-QAF merujuk kepada bidang kemahiran dalam model tasmik iaitu penguasaan kemahiran jawi, tilawah Al-Quran, bahasa arab dan fardhu ain.

1.6.7 Minat

Istilah minat yang dinyatakan dalam tulisan kajian ini merujuk kepada faktor luaran dan dorongan dalaman murid untuk menguasai kemahiran tilawah Al-Quran.

1.6.8 Kajian kualitatif

Kajian kualitatif adalah kajian yang menekankan kepada penghasilan makna untuk memahami fenomena sosial.Dalam kajian ini penghasilan makna merujuk kepada murid yan dijadikan sampel.

1.7 Rumusan Dalam bab pertama ini perbincangan lebih kepada pemilihan tajuk kajian yang hendak dijalankan. Pemilihan tajuk mempunyai kaitan yang sangat rapat antara penyataan masalah dengan kesesuaiannya kepada proses pengajaran dan impak kepada orang lain.

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Dalam bab ini tinjauan lebih kepada membincangkan hasil-hasil dapatan yang telah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji yang menjalankan kajian atas bidang yang hampir sama dengan kajian yang akan dijalankan iaitu keberkesanan kaedah Iqra dalam pengajaran tilawah Al-Quran dan perkara berkaitan pengajaran tilawah Al-Quran pada peringkat sekolah rendah.

Sistem pendidikan di Malaysia meletakkan pendidikan Islam sebagai satu mata pelajaran yang wajib diajar kepada murid-murid yang beragama Islam sekiranya terdapat lima orang atau lebih murid yang beragama Islam dalam sesebuah sekolah atau institusi pendidikan seperti berikut: Jika di dalam institusi pendidikan terdapat lima orang murid atau lebih yang menganut agama Islam, maka murid-murid itu hendaklah diberikan pendidikan agama Islam oleh guru yang diluluskan oleh PihakBerkuasa Negeri. ( Seksyen 50 (1) )

Pembelajaran Al-Quran amat diberi penekanan oleh sebahagian besar masyarakat Islam di Negara ini.Walaupun bahasa Al-Quran merupakan bahasa yang asing bagi mereka, ini tidak melemahkan semangat dan hasrat mereka untuk mempelajari ilmu Al-Quran khasnya yang

berkaitan dengan tilawah Al-Quran.Mereka telah menubuhkan pondok, madrasah dan sekolah yang mementingkan pembelajaran dan pengajaran Al-Quran yang merupakan langkah awal untuk memahami isi kandungan dan pengajaran yang terdapat di dalam Al-Quran.

Hassan Mahmud (1987) merumuskan bahawa cara pengambilan Al-Quran daripada guru terbahagi kepada dua metod utama iaitu Metod al-Mutaqaddimin dan yang kedua Metod alMutaakhirin.Metod al-Mutaqaddimin merujuk kepada kaedah dimana guru membaca di hadapan murid dan murid hanya mendengar sahaja cara bacaan guru. Adapun metod al-Mutaakhirin pula merujuk kepada kaedah dimana murid membaca dihadapan guru dan guru hanya mendengarkannya sahaja.Walaupun begitu beliau berpendapat adalah lebih baik jika dapat digabungkan antara kedua-dua kaedah ini seandainya suasana membenarkan dan sesuai dengan masa dan tempat.Cara ini juga menurut ulama amat sesuai melatih lidah mampu menyebut huruf-huruf Al-Quran dengan betul.

Al-Kailani (1986) menjelaskan bahawa kaedah yang digunakan semasa mengajar AlQuran harus dipadankan dengan objektif pengajaran tersebut.Jadi guru harus terlebih dahulu merancang apakah objektif pengajarannya dan siapa pelajarnya, kemudian baru memilih kaedah mana yang sesuai. Beliau menggariskan lima perkara penting sebagai panduan guru memilih kaedah mengajar Al-Quran, iaitu; 1. Kaedah yang dipilih mesti selaras dengan tujuan dan objektif pengajaran. 2. Kaedah mesti sesuai dengan mata pelajaran yang diajar. 3. Kaedah yang digunakan mesti sepadan atau setara dengan umur pelajar. 4. Guru harus mampu menggunakan dan mengaplikasikan kaedah yang dipilih.

5. Masa harus mencukupi apabila mengaplikasikan mana-mana kaedah.

Berdasarkan kepada panduan di atas, guru haruslah bijak memilih dan mengaplikasikan mana-mana kaedah yang sesuai dengan masa, tempat dan keadaan mengikut tahap pencapaian murid, umur serta kemampuan guru itu sendiri.Tanpa ada kesesuaian ini pengajaran dan pembelajaran menjadi kurang berkesan.

Ghazali (2004) menyatakan untuk mencapai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran membaca Al-Quran dan penghayatannya memerlukan kaedah pengajaran guru yang berkesan.Antaranya melalui kaedah latih tubi, bermusyafahah secara individu dan

kumpulan.Manakala aspek membaca, menghafaz, memahami dan menghayatinya memerlukan aktiviti-aktiviti yang melihat, mendengar, menyebut, memahami, mengenal dan menghayati.

Guru jugaharus mampu untuk memperdengarkan bacaan Al-Quran yang baik dan fasih di hadapan muridnya sehingga mampu menimbulkan perasaan khusyuk, tenang dan lega bila mendengarnya.Dengan demikian menimbulkan minat kepada murid untuk terus mendengar bacaan ayat Al-Quran. Jika guru tidak mampu bertindak seperti yang tersebut, maka murid akan mencari bunyi-bunyian lain yang dianggap merdu walaupun kita tidak menganggapnya seperti demikian , malahan dikira berdosa. (Mohd Yusuf Ahmad, 2000). Kenyataan ini disokong oleh Siti Fatimah (2002) denganmenyatakan bahawa bahan kaedah mengajar merupakan faktor terpenting dalam pengajaran dan pendidikan. Ianya akan menentukan keberkesanan pengajaran yang disampaikan oleh sseorang guru. 2.2. Literatur Berkaitan

Kajian yang akan dijalankan ini akan mengenalpasti tahap kemahiran murid dalam tilawah Al-Quran serta mendapatkan persepsi mereka tentang kaedah Iqra yang digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran Al-Quran. Oleh itu, dalam bab ini, pengkaji akan menyatakan kaedah-kaedah dan prinsip-prinsip yang berkaitan dengan tajuk kajian.

2.2.1. Teori Pembelajaran Al-Quran

Kitab Al-Quran adalah mukjizat agung yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kepada junjungan nabi Muhammad s.a.w. sebagai panduan kehidupan umat manusia akhir zaman. Penurunan Al-Quran adalah pelengkap risalah Allah s.w.t. kerana selepas daripada kebangkitan baginda s.a.w. tidak ada nabi dan rasul lagi yang diutuskan oleh Allah s.w.t. Penurunan wahyu pertama daripada surah Al-Alaq ayat 1 hingga 5 kepada Rasulullah s.a.w. semasa baginda bersendirian di Gua Hira merupakan kaedah pengajaran yang diajarkan oleh Allah s.w.t. kepada malaikat Jibril a.s. Antaranya dapat dirumuskan seperti berikut;

1. Kaedah talaqqi dan musyafahah

Menurut (Mohd Yusuf Ahmad, 2000) bahawa proses pembelajaran Al-Quran perlu dilakukan secara talaqqi dan musyafahah sebagaimana cara Rasulullah s.a.w. menerima wahyu daripada malaikat Jibril a.s. Selain itu bacaan secara tadwir (sederhana perlahan/cepat) juga dibenarkan terutamanya kepada hafiz Al-Quran.yang telah lancar membaca ayat-ayat Al-Quran. Perkataan talaqqi membawa maksud berdepan manakala musyafahah ialah bercakap dengan

seseorang secara berdepan. (az-Zarqani, 1995) . Oleh itu, untuk melahirkan individu yang mahir dalam penguasaan bacaan Al-Quran mengikut bacaan dan hukum tajwid yang betul, mereka mesti mempelajarinya daripada guru Al-Quran yang mahir dan arif serta pakar ilmu tersebut.

2. Kaedah latih tubi

Teknik latih tubi amat berkesan untuk membolehkan murid menghafal fakta dan konsep utama. Melalui latihan (lisan atau bertulis) yang berulang-ulang, ia akan menjadi satu kebiasaan dan kekal dalam ingatan. Di samping itu, ulangkaji dari semasa ke semasa dapat mempertingkatkan lagi ingatan.Pelajaran ulangkaji dapat dijalankan melalui soal jawab, membuat ringkasan isi pelajaran, membuat perkaitan antara pelbagai pelajaran, ujian dan peperiksaan.

Satu eksperimen pembelajaran yang telah dijalankan oleh Edward Lee Thorndike (18741949) (disebut dalam buku Mok Soon Sang & Lee Shok Mee, 1991) yang dikenali sebagai Hukum Kesan Thorndike menjelaskan suatu perlakuan yang dicuba secara berulangan akan dapat dikekalkan dalam ingatan. Dalam kajian ini, beliau telah menggunakan seekor kucing sebagai bahan ujikaji.Dalam konteks pengajaran tilawah Al-Quran melalui kaedah Iqra latihan berterusan dan berulang kali akan mengekalkan kemahiran yang dipelajaridaripada buku Iqra dalam ingatan murid.

3. Pengajaran bersifat sistematik dan berperingkat

Menurut (Mok Soon Sang dan Lee Shok Mee, 1991)isi pembelajaran hendaklah disusun secara berperingkat-peringkat mengikut satu urutan yang rapi.Pelajaran harus berkembang daripada yang mudah kepada yang kompleks dan daripada yang konkrit kepada yang abstrak.Pelajaran disampaikan langkah demi langkah untuk memudahkan murid

memahaminya.Pemahaman setiap peringkat pelajaran penting untuk membina konsep dan menjamin pemindahan positif serta meningkatkan ingatan murid terhadap pelajaran yang disampaikan.Dalam pengajaran tilawah Al-Quran, kaedah Iqra memberi penekanan kepada pembelajaran secara sistematik dan isi pengajaran berkembang daripada yang mudah kepada yang susah. Jilid pertama dalam buku Iqra murid diperkenalkan dengan sebutan huruf-huruf hijaiyah baris satu di atas dan seterusnya kepada membaca potongan ayat Al-Quran pada buku Iqra jilid 6. Kaedah ini adalah proses penurunan Al-Quran dari Baitul Izzah kepada Rasulullah s.a.w. secara berperingkat selama 23 tahun.

2.3. Kajian Berkaitan

Menurut kajian yang dilaporkan oleh Nik Salida Maizah (2004), berkaitan keberkesanan pengajaran tilawah Al-Quran yang bergantung kepada penggunaan teknik dan pengajaran guru di bilik darjah. Dapatan beliau iaitu 70.6% sample berminat untuk belajar Al-Quran walaupun 14.7% hanya mampu pada aras baik dan 23.3% tidak berminat dan tidak menguasai tilawah AlQuran dan mendapat keputusan peperiksaan yang berada di tahap lemah. Menurut Nurul Amali

Mohd Shamsudin (2004), dalam dapatan hasil kajiannya menunjukkan bahawa majority guru (71.7%) yang mengajar Pendidikan Quran dan Sunnah di Selangor telah memperuntukkan waktu mengajar tilawah kepada pelajar. Namun demikian, terdapat sebilangan guru (28.9%) yang menafikan pengajaran tilawah Al-Quran sebagai salah satu objektif utama mata pelajaran ini.Dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan antara guru dalam memperuntukkan waktu bagi mengajar tilawah kepada murid dan kaedah yang digunakan dalam pengajaran tilawah tidak banyak membantu murid menguasai kemahiran membaca Al-Quran.

Satu kajian yang telah dijalankan oleh Mohd Alwi Yusoff, Adel M.Abdulaziz dan Ahmad Kamel Mohamed (2003), berkaitan keberkesanan Iqra sebagai kaedah pembelajaran membaca Al-Quran di 27 buah sekolah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia dan 6 buah sekolah swasta mendapati kaedah Iqra memberi kesan baik terhadap pencapaian pembelajaran Al-Quran di sekolah-sekolah kebangsaan di Malaysia sebagai satu kaedah alternatif. Cuma terdapat beberapa kelemahan daripada sudut pelaksanaannya yang mana jika diatasi , maka ia boleh meningkatkan lagi keberkesanannya. Adalah didapati 29 % sahaja daripada guru-guru di sekolah yang dilawati di negeri-negeri, mempunyai rancangan harian terutama yang melibatkan pengajaran Iqra dalam bilik darjah. Ini berlaku disebabkan kurangnya pendedahan guru terhadap cara mengajar yang sebenar dan betul bagi kaedah Iqra.Hasil daripada kajian itu juga mendapati hanya 35% sahaja guru-guru yang ditemui, pernah menerima latihan dan menghadiri kursus dalam melaksanakan cara pengajaran Iqra. Sebahagian besar guru tidak pernah mengikuti kursus.Mereka hanya bergantung kepada panduan yang tercatat dalam buku Iqra.Di negeri Pahang dan Perak mencapai 99% guru-guru yang betul-betul mengikut cara pengajaran Iqra dan menggunakan tempoh masa seperti yang ditetapkan. Ia disebabkan oleh pemantauan yang kuat

oleh pihak berkenaan dan pendedahan yang cukup kepada guru-guru.Hasil daripada soal selidik yang dijalankan guru ada mengemukakan beberapa masalah yang dihadapi oleh mereka dalam mengajar kaedah Iqra sebagaimana berikut;

1.

Tidak ada buku panduan khusus yang menerangkan cara pengajaran Al-Quran mengikut kaedah Iqra.

2. 3. 4.

Tidak terdapat kursus-kursus intensif yang berterusan kepada guru-guru. Bilangan murid yang ramai dalam satu bilik darjah. Tempoh masa yang singkat iaitu enam bulan tidak mencukupi untuk mengajar kaedah ini.

5. 6. 7. 8.

Perbezaan cara pengajaran Al-Quran diantara sekolah dan rumah. Tidak ada buku yang khusus untuk latihan harian dan bulanan. Kurangnya aktiviti sampingan dalam pengajaran Al-Quran. Tidak ada pengawasan pihak berkaitan terhadap buku-buku yan diedarkan di sekolahsekolah.

9.

Naskah buku Iqra yang digunakan tidak mempunyai tarikan-tarikan yang dapat menarik perhatian murid seperti warna-warna dan lain-lain.

Satu kajian yang telah dijalankan berkaitan penglibatan ibu bapa dalam merealisasikan hasrat penguasaan kemahiran membaca Al-Quran kepada anak-anak menunjukkan sikap ibu bapa yang tidak prihatin dengan pendidikan anak-anak terutamanya tilawah Al-

Quran.Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji Mohd Nasir (2001) menjelaskan

bahawa terdapat sikap tidak acuh ibu bapa telah menyebabkan keciciran berlaku di kalangan anak-anak dalam menguasai tilawah Al-Quran.

Abd. Rahman Hassan (1996), dalam kajiannya tentang bentuk-bentuk pengajian AlQuran di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) mendapati masih banyak kelemahan dalam kalangan murid tersebut dalam membaca Al-Quran secara fasih dan bertajwid. Antara faktor yang dikenalpastiialah sikap ibu bapa. Terdapat 60% daripada ibu bapa yang menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab mendidik anak-anak kepada guru Al-Quran.Ibu bapa tidak mengambil berat tentang pencapaian anak-anak mereka.Anak-anak hanya membaca di hadapan guru tanpa mengulangkaji di rumah.

Satu kajian pencapaian tilawah Al-Quran melalui penggunaan kaedah Iqra telah dijalankan oleh Mohammad Naim Mat Salleh (2003) di kalangan murid-murid tahun lima sekolah-sekolah rendah kebangsaan di daerah Setiu, Terengganu. Kajian dijalankan dalam bentuk tinjauan yang menggunakan soal selidik, ujian pencapaian dan temubual sebagai alat mengumpul maklumat.Kajian ini melibatkan seramai 237 orang murid dan 20 orang guru di sekolah-sekolah dalam daerah Setiu, Terengganu.Satu set ujian bacaan yang merangkumi buku Iqra jilid 1 hingga jilid 6 disediakan kepada murid-murid tersebut. Dapatan daripada kajian yang dilaksanakan adalah dirumuskan 49.8% murid boleh membaca Al-Quran manakala 50.2% masih tidak boleh menguasai bacaan Al-Quran dengan kadar 34.4% dalam kategori buta huruf AlQuran. Kajian ini juga mendapati perbezaan yang signifikan antara jantina, bersekolah agama petang, mengaji di rumah, dan pemilikan buku Iqradengan pencapaian tilawah Al-

Quran.Manakala tidak terdapat perbezaan signifikan antara kedudukan sekolah dengan tahap pencapaian tilawah Al-Quran.

Pendidikan anak dalam menguasai pembacaan Al-Quran bukan hanya terletak dan menjadi tanggungjawab pihak Kementerian Pelajaran semata-mata. Ibu bapa masih lagi memainkan peranan yang penting membentuk anak mereka menjadi muslim yang syamil dan berakhlak mulia. Sejak dari dalam buaian lagi ibu bapa harus mendidik anak mencintai AlQuran. Kajian yang telah dijalankan oleh Siti Fatimah Sudin (2002) mengenai pembelajaran tilawah Al-Quran di sebuah sekolah di Kuching, Sarawak, menunjukkan ibu bapa perlu memainkan peranan mendidik anak membaca Al-Quran kerana dapatan beliau menunjukkan bahawa terdapat sebilangan kecil murid tidak membaca Al-Quran disebabkan tidak didedahkan dengan tilawah Al-Quran sejak dari kecil.

Satu kajian kes yang telah dibuat oleh Mohd Yusuf Ahmad yang melaporkan hasil kajian penguasaan tilawah Al-Quran (1997) atas 26 orang murid yang menunjukkan tidak ada seorang murid yang dapat membaca Al-Quran dengan lancer tanpa sebarang kesalahan bacaan. Malah hasil kajian itu juga menunjukkan sejumlah 54.2% sample yang dikaji tidak dapat menyempurnakan nun sakinah. Situasi ini juga berlaku disebabkan kemerosotan penguasaan AlQuran di kalangan murid sekolah rendah dan menengah di seluruh Negara amat ketara.Antara faktor penyebab kelemahannya ialah kurang minat dalam kalangan murid terhadap pelajaran ini serta kurang penekanan daripada pihak sekolah kerana ia tidak dinilai kepentingannya di dalam peperiksaan awam dan ianya juga sudah kurang dipraktikkan dalam masyarakat. Sebagai langkah untuk mengembalikan semula Al-Quran kepada tahap yang sewajarnya, maka perlu satu

tindakan reformasi dalam system pendidikan ke arah memartabatkan Pendidikan Islam (Amri Daud, 2005)

Situasi hari ini meletakkan pembelajaran Al-Quran sekadar memenuhi kurikulum sekolah dan tidak mempunyai kesedaran sebagai satu tuntutan fardhu ain.Oleh itu sampai hari ini masih dipertikaikan keberkesanan pembelajaran Al-Quran di sekolah yang mengatakan bahawa pembelajaran Al-Quran belum mencapai kejayaan sepenuhnya terhadap murid. Ini berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Mohamad Naim Mat Salleh yang menilai pencapaian tilawah Al-Quran melalui penggunaan kaedah Iqra di Sekolah Rendah Kebangsaan Daerah Setiu, Terangganu (2003) yang hasil dapatannya 50.2% murid masih tidak boleh membaca Al-Quran.

2.4 Rumusan

Dalam bab ini pada umumnya menunjukkan bahawa pendidikan tilawah Al-Quran memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh dan berterusan daripada semua pihak yang terbabit. Dapatan kajian jelas menunjukkan bidang kelemahan yang berlaku jika tidak diatasi akan memberi kesan kepada pencapaian tilawah Al-Quran di kalangan murid-murid sekolah.

BAB 3

METODOLOGI

3.1 Pengenalan

Bab ini menghuraikan kaedah untuk mendapatkan data dan maklumat mengenai muridmurid Tahun Empat yang berkaitan dengan tahap kemahiran tilawah Al-Quran dan mendapatkan tanggapan murid tentang pengajaran Al-Quran melalui kaedah Iqra.Disamping itu kajian yang dijalankan juga akan mengenalpasti masalah yang dihadapi semasa pembelajaran tilawah AlQuran dengan kaedah Iqra. Data dan maklumat diperoleh melalui ujian lisan bacaan buku Iqra jilid 6 dan temu bual dengan murid-murid yang dijadikan sampel di sekolah kajian ini dilaksanakan. Oleh itu, kajian yang akan dijalankan bersifat kualitatif.

3.2 Reka bentuk kajian.

Kajian

ini

menggunakan

reka

bentuk

kualitatifyang

bertujuan

untuk

mengetahuipencapaian murid-muriddalam kemahiran tilawah Al-Quran dan mengetahui permasalahan yang dihadapi. Pemilihan reka bentuk kajian ini adalah disebabkanpengkaji akanterlebih dahulu menjalankan ujian bacaan kepada sekumpulan individu yang telah dipilih untuk mengetahui murid yang boleh menguasai bacaan Al-Quran dan murid-murid yang tidak menguasai tilawah Al-Quran. Temubual naratif pula djalankan untuk mendapatkan maklumat

tentang persepsi murid dan masalah yang dihadapi semasa pengajaran dengan kaedah Iqra dalam tilawah Al-Quran.

3.3

Populasi dan Sampel

3.3.1 Lokasi kajian.

Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah yang terletak di daerah Shah Alam, iaitu Sekolah Kebangsaan TUDM dan bilangan sampelnya seramai 15 orang yang dipilih berdasarkan data pencapaian pendidikan Islam dalam peperiksaan tertentu yang dijalankan oleh pihak sekolah.Murid-murid dari sekolah ini hanya terdiri daripada keturunan Melayu dan mempunyai latar belakang keluarga yang berbeza. Pemilihan sampel melibatkan murid yang belajar dalam darjah Empat UIA sahaja. Di sekolah ini terdapat enam kelas darjah empat iaitu Empat UM , Empat UPM, Empat UITM, Empat UIA, Empat UKM dan Empat USM.. Murid akan diagihkan secara seimbang kepada tiga kumpulan dan setiap kumpulan mengandungi lima orang. Sampel yang seimbang akan memudahkan pengkaji membuat rumusan tentang hasil kajian khasnya mendapatkan persepsi murid dan masalah yang dihadapi dalam pengajaran tilawah Al-Quran dengan kaedah Iqra.

3.3.2 Subjek kajian.

Pemilihan murid darjah empat dalam kajian ini kerana mereka telah melalui pengajaran tilawah Al-Quran dengan menggunakan kaedah Iqra dan tidak terlibat dengan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun kajian ini dijalankan. Sampel yang dipilih juga adalah terdiri daripada kategori pencapaian tinggi, sederhana dan pencapaian rendah berdasarkan jadualdi bawah;

Markah Pencapaian 80 - 100 79 - 60 59 - 20

Kategori Sampel Pencapaian tinggi Pencapaian sederhana Pencapaian rendah

Jadual 1: Kategori sampel berdasarkan kepada pencapaian

3.4 Instrumen Kajian

Instrumen penyelidikan yang pertama merupakan satu set ujian bacaan Al-Quran yang terdapat dalam buku Iqra jilid 6. Instrumennya mengandungi sepuluh ujian lisan yang melibatkan kemahiran yang terdapat dalam buku Iqra jilid tersebut. Ujian ini merangkumi aras kemahiran yang berbeza daripada yang mudah kepada yang kompleks mengikut prinsip pembelajaran. Maklumat yang diperolehi daripada ujian ini akan digunakan untuk soalan kajian.

Instrumen kajian yang kedua adalah dalam bentuk temuduga yang dijalankan kepada semua sampel yang telah dipilih.Tujuan temuduga dilaksanakan ialah untuk mengutip maklumat.Kaedah temuduga adalah teknik mengutip data daripada subjek melalui soalan yang dikemuka dan mendapatkan reaksi daripada mereka secara verbal atau tanpa verbal.(OUM, 2007). Dalam kajian ini juga, pengkaji akan menggunakan pita rakaman untuk merekod isi perbualan jika tidak menjejaskan keselesaan sampel.

3.5 Prosedur kajian.

Penyelidik terlebih dahulu mendapatkan kebenaran dari pihak sekolah iaitu guru besar tempat di mana kajian ini akan dilaksanakan.

Seterusnya mendapatkan data pencapaian murid tahun empat dalam mata pelajaran pendidikan Islam dalam peperiksaan dan ujian tertentu yang dijalankan oleh pihak sekolah daripada setiusaha peperiksaan sekolah. Tujuannya untuk mengenalpasti murid yang akan dijadikan sampel kajian berdasarkan pencapaian markah dalam peperiksaan tersebut. Dalam sesi temubual yang akan dijalankan dengan murid, pengkaji akan terlebih dahulu memaklumkan kepada pihak sekolah dan waris murid tersebut agar tidak timbul salah faham daripada kedua belah pihak. Pengkaji juga akan memberi ruang masa kepada sampel kajian untuk hadir pada sesi temubual tersebut dengan mencadangkan tarikh, tempat dan masa temubual yang hendak dijalankan.

3.5.1 Pertimbangan Etika.

Data yang dipungut ini adalah di kalangan murid tahun empat di Sekolah Kebangsaan Tudm Subang. Sebarang maklumat yang diperolehi daripada murid di sekolah ini akan

dirahsiakan dari pengetahuan umum dan hanya digunakan untuk kepentingan penyelidikan.

3.6 Analisis data.

Data yang akan diterima melalui ujian bacaan murid seperti yang terdapat dalam lampiran soalan ujian bacaan buku Iqra jilid enam akan direkodkan dalam borang senarai semak pencapaian bacaan Al-Quran berpandukan kod 1 hingga kod 10. Penanda aras kemampuan murid dalam menguasai tilawah Al-Quran adalah seperti berikut; Tahap Penguasaan Kemahiran Kod 1 hingga kod 10 Penanda Aras Dapat membaca dengan lancar, makhraj yang betul dan bertajwid. Kod 1 hingga 5 Dapat membaca potongan ayat pada tahap bacaan terputus-putus. Kod 1 hingga 2 Tidak lancar ketika menyebut kalimah iaitu pada tahap bacaan tersekat-sekat. Tidak dapat membaca Gagal menyebut kalimah yang diberikan oleh guru.

Jadual 2: Penanda aras tahap penguasaan sampel dalam bacaan Al-Quran Item-item soalan temubual yang digunakan akandijalankan analisa dengan menggunakan langkah-langkah berikut; 1. 2. 3. 4. 5. Menyedia dan menyusun data untuk dianalisis. Menghurai dan membina tema daripada data. Melaporkan dapatan kajian. Menafsirkan dapatan kajian. Mengesahkan ketepatan dan kebolehpercayaan dapatan kajian (OUM , 2007)

3.7 Rumusan

Metodologi kajian yang digunakan akan menentukan tahap keberkesanan dan kebolehpercayaan hasil kajian yang akan dijalankan oleh pengkaji. Oleh itu dalam bab ini, pengkaji telah mengemukakan reka bentuk kajian kualitatif yang bersifat temubual naratif dan melalui edaran borang soal selidik.

BAB 4

HURAIAN DAN ANALISIS DATA

4.1

Pengenalan

Bab ini bertujuan menerangkan hasil dapatan tahap kebolehan murid-murid dalam membaca Al-Quran dengan menggunakan kaedah Iqra serta memperolehi maklumat tentang tanggapan murid dengan kaedah yang digunakan oleh guru semasa mengajar tilawah Al-Quran. Disamping itu dalam bab ini juga akan menerangkan tentang permasalahan yang dihadapi oleh murid semasa guru menggunakan kaedah Iqra dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Tumpuan khusus dalam bab ini adalah untuk menjawab soalan-soalan kajian dalam Bab I.

Hasil kajian akan dinyatakan dalam fasal 4.1, fasal 4.2, dan fasal 4.3. Dalam fasal 4.1 akan dibentangkan hasil dapatan berhubung tahap kebolehan sampel dalam pembacaan Al-Quran setelah mengikuti pembelajaran menggunakan kaedah Iqra ketika berada pada tahun 1. Fasal 4.2 perkara yang akan dihuraikan ialah analisis kajian berhubung dengan latar belakang profil sampel. Dalam dalam fasal 4.2 juga akan dihuraikan secara terperinci maklumat mengenai jantina, lokasi tempat tinggal, bila mula mempelajari Al-Quran dengan kaedah Iqra, tempat

mempelajari Al-Quran dengan kaedah Iqra, mula belajar di kelas KAFA, tahap pembacaan AlQuran dengan kaedah Iqra, minat sampel dengan kaedah Iqra dalam mempelajari Al-Quran, tahap kefahaman sampel tentang kaedah Iqra dan pendapat sampel tentang penerusan kaedah Iqra dalam mempelajari bacaan Al-Quran.

Fasal 4.3 adalah berhubung masalah yang dihadapi oleh sampel semasa mempelajari AlQuran dengan kaedah Iqra daripada sudut permasalahan yang pelbagai.

4.2

Profil Sampel

Penyelidik telah membuat kajian penyelidikan di salah sebuah sekolah dalam daerah Shah alam iaitu Sekolah Kebangsaan TUDM Subang tentang keberkesanan kaedah Iqra untuk membolehkan murid membaca Al-Quran. Sampel kajian adalah terdiri daripada kalangan murid berpencapaian tinggi, rendah dan sederhana dalam pencapaian mata pelajaran Pendidikan Islam peperiksaan akhir tahun 2010. Sampel adalah murid tahun 4 yang terdiri daripada 15 orang murid iaitu 3 orang murid lelaki dan 12 orang murid perempuan. Latar belakang keluarga sampel kebanyakannya golongan sederhana yang terdiri daripada pelbagai latar belakang keluarga seperti anak-anak tentera, bekerja sendiri dan anak-anak pekerja swasta yang tinggal di bandar. Pecahan sampel adalah seperti berikut:-

4.3 Analisis Pencapaian Sampel Dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2010 Pencapaian Tinggi Pencapaian Sederhana Pencapaian Rendah 4 orang 6 orang 5 orang 26.67 % 40.00 % 33.33 %

Jadual 3: Pencapaian sampel dalam Peperiksaan

Sampel telah mempelajari mata pelajaran Pendidikan Islam bidang Asuhan Tilawah AlQuran dengan kaedah Iqra pada tahun Satu secara khusus pada enam bulan pertama . Manakala pada 6 bulan kedua, tahun Dua dan Tiga secara sampingan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah dan kelas KAFA. Penyelidik mendapati sampel memberi kerjasama yang baik dan kajian dapat dijalankan dengan lancar dan menghasilkan dapatan yang membanggakan.

Situasi ini telah mendorong penyelidik untuk melaksanakan kajian untuk mengetahui keberkesanan kaedah Iqra sebagai kaedah pengajaran tilawah Al-Quran di sekolah rendah.

4.4 Analisis Data Pencapaian Sampel Dalam Pembacaan Al-Quran

Tahap Penguasaan Penanda Aras Kemahiran Kod 1 hingga kod Dapat membaca dengan lancar 10 ,makhraj bertajwid. Kod 1 hingga 5 Dapat membaca potongan ayat dalam lancar Kod 1 hingga 2 Menyebut kalimah-kalimah AlQuran dalam keadaan tidak lancar Tidak dapat Gagal menyebut kalimah yang keadaan bacaan tidak yang betul dan

Jumlah

Peratus %

10 orang

66.67

2 orang

13.33

3 orang

20.00

00.00

membaca

ditunjukkan.

Jadual 4: Maklumat Pencapaian Pembacaan Al-Quran Dengan Kaedah Iqra Daripada data yang dipungut, menunjukkan seramai 10 orang sampel menguasai bacaan Al-Quran dengan lancar, sebutan makhraj yang betul dan bertajwid (66.67%). Data juga menunjukkan tahap bacaan Al-Quran pada aras sederhana iaitu seramai 2 orang (13.33%) dan lemah seramai 3 orang (20.00%). Tidak terdapat sampel yang tidak menguasai bacaan Al-Quran daripada kajian ini.

Tahap Penguasaan Murid


80 70 Peratus % 60 50 40 30 20 10 0 Menguasai Sederhana Tidak Lemah menguasai Pencapaian Murid Menguasai Sederhana Tidak menguasai Lemah

Rajah 1: Tahap penguasaan bacaan Al-Quran

Berdasarkan analisa hasil dapatan tahap kebolehan murid-murid menguasai bacaan AlQuran melalui kaedah Iqra setelah ujian lisan bacaan dijalankan menunjukkan tahap bacaan Al-

Quran adalah aras yang baik. Hasil dapatan juga menunjukkan tidak ada seorang murid yang tidak boleh membaca Al-Quran.

4.5 Respon Berdasarkan Soal Selidik Dan Temubual

Hasil dapatan data yang diperolehi pada bahagian ini menunjukkan seramai 3 orang (20.00%) terdiri daripada lelaki manakala 12 orang adalah sampel perempuan. Bagi

perbandingan sampel berdasarkan lokasi tempat tinggal pula, analisis menunjukkan semuanya adalah tinggal di bandar iaitu seramai 15 orang (100%).

Perbandingan sampel berdasarkan masa mula mempelajari Al-Quran dengan kaedah Iqra menunjukkan seramai 10 orang (66.67%) sejak berumur 5 tahun, 2 orang (13.33%) ketika usia 6 tahun. Selebihnya 3 orang (20.00%) pula sejak berumur 7 tahun. Data dipamerkan pada rajah di bawah.

Perbandingan sampel usia mempelajari AlQuran


Lima 20% 13% 67% Enam Tujuh

Rajah 2: Perbandingan sampel mula mempelajari Al-Quran

Analisis deskriptif mendapati tahap bacaan Al-Quran menggunakan kaedah Iqra hasil maklumbalas sampel iaitu mampu membaca pada tahap sangat baik seramai 4 orang (26.67%) , 2 orang (13.33%) baik, 4 orang kurang baik (26.67%) dan tidak pasti seramai 5 orang (33.33%).

Pecahan Tahap Membaca Al-Quran


35 30 25 Peratus % 20 15 10 5 0 Sangat Baik Baik Kurang Baik Kurang Pasti Tahap Murid Sangat Baik Baik Kurang Baik Kurang Pasti

Rajah 3: Pecahan tahap membaca Al-Quran sampel dengan kaedah Iqra

Berdasarkan tempat di mana sampel mempelajari Al-Quran melalui kaedah Iqra pula, terdapat seramai 3 orang (20%) hanya belajar di sekolah semata-mata , 1 orang (6.66%)

menyatakan di sekolah dan Kelas KAFA dan seramai 11 orang (85%) belajar di sekolah , kelas KAFA, di rumah dan tempat lain.

Pecahan tempat belajar Al-Quran


Lain - lain

Tempat Belaajar

Sekolah & Kelas KAFA

Sekolah Sekolah & Kelas KAFA Lain - lain

Sekolah 0 20 40 60 80 100

Peratus % Rajah 4: Pecahantempat belajar Al-Quran

Analisis bagi sampel berdasarkan sejak bila mula belajar di kelas KAFA menunjukkan seramai 11 orang (73.34%) adalah merupakan murid yang belajar sejak dari tahun 1 lagi, 2 orang (13.33%) pada tahun 2 dan tahun 3. Pecahan sampel mula belajar di kelas KAFA
80 70 60 Peratus % 50 40 30 20 10 0 Satu Dua Umur ( tahun ) Tiga Satu Dua Tiga

Rajah 5: Pecahan sampel mulabelajar di kelas KAFA

Bagi bilangan berdasarkan hasil dapatan maklumbalas sampel iaitu minat terhadap pengajaran yang menggunakan kaedah Iqra pula, analisis menunjukkan kebanyakkannya adalah sangat berminat iaitu seramai 8 orang (53.34%).Seramai 4 orang (26.67%) adalah kurang berminat, 2 orang (13.33%) tidak berminat, manakala 1 orang (6.66%) tidak pasti.

Pecahan Minat Murid Kepada Iqra'


Sangat Minat Kurang Berminat Tidak Berminat Tidak Pasti

7% 13% 27% 53%

Rajah 6: Petunjuk minat kepada pengajaran dengan kaedah Iqra

Hasil dapatan daripada soal selidik seterusnya iaitu berkaitan dengan tahap kefahaman murid tentang kaedah Iqra yang menunjukkan 8 orang (53.34%) sangat faham, 5 orang

(33.33%) kurang faham, 2 orang (13.33%) tidak pasti dan tiada seorang murid memberi maklumbalas tidak faham dengan kaedah Iqra dalam mempelajari bacaan Al-Quran.

Tahap Kefahaman Kaedah Iqra'

Tahap Kefahman

Tidak Pasti Kurang Faham Sangat Faham 0 10 20 30 Peratus % 40 50 60

Rajah 7: Tahap kefahaman sampel dengan kaedah Iqra

Hasil dapatan kajian daripada sampel juga mendapati tahap persetujuan murid untuk meneruskan kaedah Iqra dalam pengajaran tilawah Al-Quran adalah baik iaitu seramai 7 orang (46.66%) sangat bersetuju, 4 orang (26.67%) menyatakan kurang bersetuju dan tidak pasti. Tiada seorang sampel menyatakan tidak bersetuju untuk tidak menggunakan kaedah ini dalam pengajaran Al-Quran. Hasil dapatan ditunjukkan pada rajah di bawah.

Pecahan tahap kemahuan sampel kepada kaedah Iqra

50 40 Peratus % 30 20 10 0 Sangat Bersetuju Kurang Bersetuju Tahap Kemahuan Tidak Pasti

Rajah 8: Pecahan tahap kemahuan sampel kepada kaedah Iqra

Rumusan yang dapat dibuat dalam bahagian ini ialah: 1. Murid-murid telah mempelajari Al-Quran dengan kaedah Iqra sejak berumur lagi. 2. 3. Tahap bacaan Al-Quran melalui kaedah Iqra murid adalah pada tahap sangat baik. 5 tahun

Murid mempelajari Al-Quran menggunakan kaedah Iqra bukan hanya di sekolah sahaja tetapi di kelas KAFA, rumah dan tempat-tempat lain.

4.

Analisis juga menunjukkan bahawa sejak dari tahun satu lagi murid mula belajar kelas KAFA.

di

5. 6.

Minat murid terhadap pengajaran Al-Quran dengan kaedah Iqra adalah

sangat tinggi.

Hasil dapatan juga menunjukkan bahawa pengajaran dengan kaedah Iqra yang dijalankan oleh guru di bilik darjah memudahkan murid mempelajari Al-Quran.

7.

Kebanyakkan sampel bersetuju agar kaedah Iqra terus dilaksanakan oleh guru mengajar tilawah Al-Quran.

dalam

4.6Analisis Permasalahan Pembelajaran-Pengajaran Dengan Kaedah Iqra Dalam Asuhan Tilawah Al-Quran.

Dalam kajian ini penyelidik menggunakan metod ujian kaji selidik secara bertulis dan sesi temubual dengan sampel untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh murid semasa

mengikuti pengajaran dan pembelajaran tilawah Al-Quran menggunakan kaedah Iqra. Setelah sesi ujian dilaksanakan penyelidik mendapati tahap maklumbalas sampel terhadap keberkesanan kaedah Iqra untuk membolehkan murid menguasai pembacaan Al-Quran amat baik. Seramai 9 orang (60%) sangat bersetuju, 2 orang (13.33%) kurang bersetuju, 4 orang (26.67%) tidak pasti dan tiada seorang sampel memberi maklumbalas tidak setuju.

Rajah 9: Tahap keberkesanan kaedah Iqra dalam pengajaran Al-Quran Seterusnya hasil dapatan penyelidik juga menunjukkan beberapa masalah yang timbul apabila kaedah Iqra ini digunakan oleh guru semasa pengajaran tilawah Al-Quran.Antaranya tentang bilangan murid terlalu ramai dalam sebuah kelas iaitu seramai 6 orang sampel (40%) memberi maklumbalas sangat setuju sebaliknya 9 orang (60%) kurang bersetuju.Tidak ada seorang sampel menyatakan tidak setuju dan tidak pasti. Permasalahan tentang jumlah murid yang ramai dalam kelas
Tidak Bersetuju Tidak Pasti Kurang Bersetuju Sangat Bersetuju 0 20 40 60

Sangat Bersetuju Kurang Bersetuju Tidak Pasti Tidak Bersetuju

Rajah 10: Permasalahan tentang jumlah murid yang ramai dalam kelas

Hasil dapatan tentang masalah kekeliruan dengan pelbagai kaedah yang digunakan dalam pengajaran tilawah Al-Quran yang dihadapi oleh murid menunjukkan 7 orang sampel (46.67%) kurang bersetuju, 3 orang (20%) sangat bersetuju, 2 orang (13.33%) tidak bersetuju dan 3 orang (20%) menyatakan tidak pasti dengan masalah yang dihadapi sewaktu mengikuti kaedah tersebut dalam pembelajaran Al-Quran. Hasil dapatan dipamerkan pada rajah di bawah.

Pecahan sampel keliru dengan pelbagai kaedah pengajaran AlQuran

50 Peratus % 40 30 20 10 0 Sangat Bersetuju Kurang Tidak Pasti Tidak Bersetuju Bersetuju

Sangat Bersetuju Kurang Bersetuju Tidak Pasti Tidak Bersetuju

Pendapat Tentang Tahap Kekeliruan

Rajah 11: Pecahan sampel keliru dengan pelbagai kaedah pengajaran Al-Quran

Bidang permasalahan yang seterusnya yang dikaji oleh penyelidik berkaitan dengan proses pengajaran yang dilaksanakan oleh guru dengan kaedah Iqra di bilik darjah. Hasil dapatan menunjukkan 4 orang (26.67%) menyatakan guru mengajar terlalu cepat menjadikan mereka tidak mampu mengikuti sesi pengajaran tersebut. Sebaliknya 6 orang (40%) kurang bersetuju dengan kenyataan tersebut. 2 orang (13.33%) tidak bersetuju dan 3 orang sampel tidak pasti (20%). Pecahan Pendapat tentang corak pengajaran guru terlalu cepat.

13% 20%

27% Sangat Bersetuju Kurang Bersetuju Tidak Pasti 40% Tidak Bersetuju

Rajah 12:Pecahan tentang corak pengajaran guru terlalu cepat. Kajian berkenaan pembelajaran kaedah Iqra hanya di sekolah sahaja menghasilkan dapatan seramai 9 orang sampel (61%) memberi maklum balas tidak bersetuju, 2 orang (13%) menyatakan sangat setuju, 2 orang (13%) kurang setuju dan 2 orang lagi (13%) tidak pasti.

Pecahan Pendapat tempat sampel belajar AlQuran hanya di sekolah


Tidak Bersetuju Tidak Pasti Kurang Bersetuju Sangat Bersetuju 0 20 40 Peratus % 60 80 Sangat Bersetuju Kurang Bersetuju Tidak Pasti Tidak Bersetuju

Rajah 13: Pecahan tempat sampel belajar Al-Quran hanya di sekolah

Selanjutnya hasil dapatan juga menunjukkan bahawa 3 orang (20%) sampel menyatakan sangat setuju bahawa pengajaran guru dengan kaedah Iqra menyebabkan mereka merasa bosan dan jemu. Sebaliknya 9 orang (60%) tidak setuju, 3 orang (20%) sangat setuju dan begitu juga dengan maklumbalas kurang pasti iaitu 3 orang (20%). Tidak ada seorang sampel (0%) menyatakan tidak pasti.

Petunjuk tahap kepuasan sampel terhadap pengajaran guru


60 50 40 30 20 10 0 Sangat Bersetuju Tidak Bersetuju Tidak Pasti Kurang Pasti

Peratus %

Tahap Kepuasan

Rajah 14: Petunjuk tahap kepuasan sampel terhadap pengajaran guru

Bidang terakhir yang dikaji oleh penyelidik ialah berkaitan dengan daya tarikan kepada ilustrasi jilid buku Iqra adalah baik. Hasil dapatan daripada kajian tersebut menunjukkan seramai 8 orang sampel (53.34%) tidak bersetuju, 3 orang (20%) sangat setuju dan sama juga sampel yang kurang setuju iaitu 3 orang (20%). Tidak ada seorang sampel menyatakan tidak pasti (0%).

Pecahan pandangan sampel dengan ilustrasi buku Iqra


60 50 Peratus % 40 30 20 10 0 Sangat Bersetuju Tidak Bersetuju Kurang Setuju Tidak Pasti

Pendapat

Rajah 15: Pecahan pandangan sampel dengan ilustrasi buku Iqra

4.7 Rumusan

Hasil dapatan berkaitan permasalahan yang dihadapi oleh murid semasa mempelajari AlQuran dengan kaedah Iqra adalah seperti berikut:

1. Kebanyakkan sampel kurang setuju dengan masalah terlalu ramai murid dalam sebuah kelas menyukarkan mereka mempelajari Al-Quran dengan kaedah Iqra. 2. Sebilangan besar sampel kurang setuju dengan masalah pelbagai kaedah pengajaran AlQuran yang digunakan memberi kesan negetif kepada mereka. 3. Kebanyakkan sampel juga menyatakan tidak setuju bahawa pengajaran guru dengan kaedah Iqra membosankan sebaliknya sangat bersetuju dengan ilustrasi pada kulit jilid buku Iqra yang digunakan tidak menarik.

Bab 5 dalam proses. ...................

You might also like