Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
6Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Kemahiran menulis

Kemahiran menulis

Ratings: (0)|Views: 735|Likes:
Published by Aarthi Devi

More info:

Published by: Aarthi Devi on Aug 15, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

06/30/2013

pdf

text

original

 
TAJUK 7:KEMAHIRAN MENULIS
 
PENGENALAN
Selain berkomunikasi secara lisan atau pun melalui bacaan, manusia jugaberkomunikasi melalui tulisan. Malah bahasa tulisan adalah satu bentukkomunkasi yang paling tinggi dan kompleks. Menulis adalah satu kemahiran dan juga sebagai saluran untuk seseorang melahirkan perasaan dan idea.Kemahiran menulis menggabungkan aspek-aspek visual, motor, dan keupayaanmembentuk konsep-konsep. Menurut Hughes, Mercer, Lenz, dan Hoffman,(1991). tulisan juga adalah saluran utama bagi murid-murid untuk menunjukkanpengetahuan dan mereka dalam mata pelajaran akademik yang lebih tinggiSebelum seseorang dapat menggunakan tulisan sebagai media untukberkomunikasi, ia perlu menguasai kemahiran menulis secara mekanis dahulu,dan selepas itu barulah ia dapat menulis untuk tujuan berkomunikasi denganorang lain. Seseorang individu menulis untuk menyatakan idea danperasaannya atau apa sahaja yang ingin disampaikannya supaya dapat dibacadan difahami oleh orang lain.Kebanyakan kanak-kanak bermasalah pembelajaran di kelas Pendidikan KhasBermasalah Pembelajaran (PKBP) tidak menguasai kemahiran menulis, samaada tulisan mekanis ataupun tulisan mentalis.Dalam tajuk ini, anda akan didedahkan dengan peringkat perkembanganmenulis, masalah tulisan, dan strategi mengajar menulis.
OBJEKTIF
Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:1. menghuraikan peringkat-peringkat perkembangan menulis,2. membincangkan jenis-jenis masalah tulisan, dan3. menghuraikan strategi pengajaran kemahiran menulis.
 
GAMBARAN KESELURUHAN TAJUKKEMAHIRAN MENULISPeringkat Masalah Tulisan Strategi Mengajar Perkembangan TulisanMenulis7.1Peringkat Perkembangan Menulis
Tulisan dan bacaan mempunyai hubungan yang rapat dan saling melengkapi.Seseorang akan membaca hasil tulisan seseorang dan hasil tulisan seseorangpula adalah untuk dibaca oleh orang lain. Begitu juga apabila seseorangmenulis, dia juga sedang membaca apa yang ditulisnya. Tulisan adalahlambang-lambang bunyi yang diwakili oleh perkataan-perkataan yang ditulis. Apabila lambang-lambang yang ditulis itu dibaca atau dibunyikan semula, makabarulah wujudnya bahasa melalui tulisan itu. Melalui tulisan manusia melahirkanperasaan, fikiran, dan juga kemahuan mereka. Melalui tulisan juga manusiadapat menikmati keindahan bahasa melalui penulisan yang indah dan penulisanyang banyak memberi maklumat.
7.1.1 Jenis Kemahiran Menulis
Secara umumnya terdapat dua jenis kemahiran menulis yang diberi penekanandalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pertamanya adalah kemahiranmenulis secara mekanis dan keduanya kemahiran menulis mentalis.Kemahiran menulis secara mekanis menekankan kepada aspek tulisan yangbetul, kemas, cantik, dan mudah dibaca. Kemahiran ini melibatkan koordinasiotot-otot tangan dan jari dengan aspek visual dalam menulis perkataan-
 
perkataan. Kemahiran menulis secara mekanis diberi tumpuan pada peringkatawal persekolahan kanak-kanak iaitu di peringkat pra sekolah dan tahap satusekolah rendah (Tahun 1 hingga tahun 3). Kanak-kanak berkeperluan khasbermasalah pembelajaran (PKBP) menunjukkan penguasaan kemahiran menulissecara mekanis yang sangat lemah. Mereka didapati sukar menulis huruf –huruf dengan betul dan juga cara menulis huruf yang salah.Kemahiran menulis secara mentalis adalah kemahiran menulis untuk pelahiranidea, perasaan, memberi maklumat, bercerita, dan sebagainya. Kemahiran inimelibatkan proses kognitif dan perlu dipupuk melalui latihan-latihan yangberterusan sehingga kemahiran tersebut dikuasai dengan mantap. Kemahiranmenulis secara mentalis ini hanya diperkenalkan oleh guru kepada murid-muridnya setelah mereka menguasai kemahiran menulis secara mekanis.Dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah terutamanya dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, penulisan secara mentalis diajar melalui aktiviti penulisan berkenaan dengan sesuatu aspek seperti menyatakankehendak, menyatakan perasaan, menyatakan pendapat, bercerita, memberimaklumat seperti menulis berita, dan menulis puisi.
7.1.2Peringkat Perkembangan Pengajaran Menulis
Kemahiran menulis perlu dikuasai oleh kanak-kanak secara berperingkat-peringkat mengikut kesediaan dan keupayaan mereka. Sebelum mereka muladiajar menulis, ibu bapa dan guru perlu memastikan yang mereka sudahmempunyai kesediaan menulis. Kanak-kanak perlu bersedia dari segikemahiran motor halus iaitu kemahiran mengawal otot-otot jari dan jugapergerakan jari. Oleh itu kanak-kanak perlu didedahkan dengan pengalaman-pengalaman menggunakan jari seperti menggenggam, meramas, melorek,mencubit, menggentel, memegang, dan sebagainya. Kesemua kemahiran inidiajar secara tidak langsung menggunakan berbagai alat dan permainan.Kanak-kanak juga perlu bersedia dari segi keupayaan pengamatan visual melaluilatihandan permainan tertentu. Selain itu kanak-kanak juga perlu menguasaikemahiran tatabahasa asas seperti boleh menggunakan pelbagai jenis pola danstruktur ayat mudah.Pengajaran kemahiran menulis di sekolah rendah dapatlah dibahagikan kepadatiga peringkat (Kamarudin Hj. Husin, 1988):
i.
peringkat pra menulisii.peringkat mendirikan asas (peringkat mekanis)

Activity (6)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
hardi69 liked this
Aruna Madasamy liked this
Sylvister Philip liked this
moenjs_04 liked this
moenjs_04 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->