WAJ3106
HUBUNGAN ETNIK
2
•
Pembentukan bangsa Malaysia boleh diukur dari tiga perspektif utamaiaitu,pertama melalui aspek kenegaraan, kedua adalah aspek kewarganegaraandan yang ketiga adalah aspek kebangsaan
•
Konsep kenegaraan perlu ditanam dan dipupuk dalam diri setiap rakyat negaraitu demi keutuhan negara sebagai kumpulan sosial. Semangat kenegaraan iniboleh ditanam melalui simbol-simbol yang mewakili keutuhan negara sepertibendera Malaysia, lagu kebangsaan, Rukun Negara, dan sebagainya.
•
Konsep kewarganegaraan pula dapat diperjelaskan bahawa bangsa Melayu,Cina, India dan lain-lain dapat disatukan melalui kewarganegaraan yang samaiaitu warganegara Malaysia.
•
Aspek kebangsaan dapat ditonjolkan melalui kebudayaan kebangsaan yangmana merupakan penggerak yang sangat hebat dalam mengisi semangatkebangsaan dan mejadi batu asas kepada pembentukan bangsa Malaysia. Padahakikatnya hubungan antara kebudayaan kebangsaan dengan semangatkebangsaan adalah bertimbal-balik kerana masing-masing saling menyokongdan menguatkan antara satu sama lain.
Keperluan Mengkaji Masyarakat
Manusia Hidup Bermasyarakat
•
Perlakuan seseorang itu adalah berkaitan dengan masyarakatnya. Oleh itu,seseorang yang menghormati orang laian atau rajin bekerja dicermin danmencerminkan masyarakatnya. Kegigihan individu Jepun dikaitkan dengankegigihan masyarakatnya. Maka, kajian terhadap masyarakat itu menjadi pentingkerana melaluinya, kita dapat memahami manusia secara keseluruhan.
Memahami Cara Hidup Bermasyarakat
•
Pemahaman yang tepat terhadap masyarakat membolehkan individu itubertingkahlaku dan menyesuaikan diri mengikut kehendak masyarakat setempat.Iini akan mewujudkan keharmonian dalam masyarakat dan sukar untukmelanggar peraturan yang wujud di dalam lingkungan sosialnya.
Memahami Budaya dan Masyarakat Lain
PISMP RBT –IPKS’09