DR. 14.7.19993Walau bagaimanapun, mereka bolehlah membuat permohonan baru kepadakementerian dan insya-Allah akan dapat dipertimbangkan.
Tuan Chiew Chiu Sing:
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Adakahbenar parti-parti komponen diberikan permit teksi? Jika benar, apakah parti-partiyang mendapat tender yang mengurus dan bilangan permit yang dikeluarkan?Sekian.
Dato' Idris bin Jusoh:
Kurang jelas soalan itu, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]:
Ya, sila ulang Yang Berhormat.
Tuan Chiew Chiu Sing:
Apa ini, parti-parti komponen Barisan Nasional.
Dato' Idris bin Jusoh:
Permit-permit dikeluarkan kepada pengusaha-pengusaha dan individu dan tidak kepada parti-parti komponen Barisan Nasional.2.
Dr. Ramli bin Taib [Kemaman]
minta Menteri Kerja Raya menyatakanadakah benar punca kelewatan pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur yangdiswastakan kerana ketidakupayaan syarikat MMC dari segi kewangan. Jka benarkenapakah penswastaan ini tidak diserahkan kepada syarikat lain. Jika tidak mengapakah pembinaannya masih tidak dimulakan.
Timbalan Menteri Kerja Raya [Datuk Railey bin Haji Jaffrey]:
TuanYang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan ini bersama-sama denganpertanyaan Ahli Yang Berhormat dari Hulu Terengganu yang dijadualkan esok 15Julai kerana ianya menyentuh perkara yang sama.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]:
Baik.
Datuk Railey bin Haji Jaffrey:
Untuk makluman Ahli Yang Berhormatkelewatan pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur adalah disebabkan masalahkewangan yang dihadapi oleh syarikat konsesi iaitu Projek Lebuh Raya PantaiTimur Sdn. Bhd. ataupun PELITA dengan ringkasnya dan bukannya MalaysiaMining Corporation (MMC).
Leave a Comment