You are on page 1of 6

PERTANDINGAN KAWAD KREATIF PASUKAN BADAN BERUNIFORM SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA

25 MEI 2012 SEMPENA HIMPUNAN JUTAAN BELIA-PUTRAJAYA 2012

Disediakan oleh: Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia

1.TAJUK 2. MATLAMAT :

PERTANDINGAN KAWAD KREATIF Mewujudkan integrasi kesepaduan dan keakraban antara ahli-ahli kadet menerusi aktiviti bersama ke arah membantu perkembangan dan pembangunan pasukan pakaian seragam sekolahsekolah di Malaysia secara khususnya dan mewujudkan integrasi antara kaum di Malaysia secara amnya. i. Menggalakkan murid lebih inovatif dan kreatif dengan mewujudkan pertandingan kawad yang luar dari kebiasaan Membina keyakinan ahli kadet bahawa mereka berpotensi menjadi individu, murid dan pemimpin yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Memberi kesedaran dan peluang untuk memahami diri sendiri serta orang lain ke arah membentuk perkembangan diri yang positif. Memberi pengalaman, pengetahuan dan kemahiran untuk mengendalikan aktiviti seharian yang seimbang bagi mencapai kecemerlangan diri dari aspek jasmani, emosi dan rohani. Membina konsep kendiri yang positif dan penghargaan diri yang tinggi supaya mempunyai perasaan hormat diri yang baik, realistik, mempunyai kebolehan memajukan diri serta menjadi lebih yakin dan berkebolehan menghadapi sebarang masalah serta mampu mengendalikannya. Mewujudkan kesedaran ahli kadet kepada kebolehan, keupayaan serta tanggungjawab dirinya sebagai individu kepada keluarga, agama, masyarakat dan negara. AHLI-AHLI KADET PASUKAN BADAN BERUNIFORM DARI SELURUH MALAYSIA

3. OBJEKTIF

ii.

iii.

iv.

v.

vi.

4. SASARAN

wmariffin@gmail.com

SYARAT PERTANDINGAN KAWAD KREATIF 2012 1. 1.1 1.2 1.3 2. 2.1 2.2 2.3 2.4 3. 3.1 4. PENYERTAAN Penyertaan adalah terbuka dan atas jemputan kepada pasukan-pasukan Pasukan Badan Beruniform di sekolah-sekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan sahaja. Hanya pasukan yang dijemput sahaja dibenarkan bertanding. Platun yang bertanding boleh dianggotai oleh murid-murid dari sebuah sekolah atau gabungan beberapa buah sekolah. PENDAFTARAN Anggota pasukan dan ketua platun mestilah terdiri daripada murid yang sedang menuntut. Jumlah anggota bagi sesebuah pasukan yang didaftarkan hendaklah tidak kurang daripada 31 orang dan tidak melebihi 34 orang termasuk seorang ketua platun dan anggota simpanan. Semua anggota yang didaftarkan hanya diterima daripada platun yang dianggotai oleh murid lelaki sahaja atau murid perempuan sahaja. Setiap peserta diminta membawa kad pengenalan/salinan sijil kelahiran yang disahkan (Pengetua) untuk tujuan penyemakan. PAKAIAN Pakaian anggota pasukan dan ketua platun hendaklah pakaian rasmi Pasukan Badan Beruniform masing-masing yang lengkap. PADANG KAWAD Keluasan litar pertandingan kawad ialah 30 m X 20 m 5. 5.1 MASA PERSEMBAHAN Masa Persembahan sepenuhnya bagi sesebuah pasukan ialah 7 minit. Pemberian markah diberi apabila platun bergerak masuk ke padang kawad dan berdasarkan persembahan dalam tempoh yang ditetapkan sehingga semua anggota keluar dari padang kawad. Selepas 7 minit persembahan tidak dinilai dan markah tidak diberi. Masa persembahan diambil kira bermula apabila ketua platun memberi tabik hormat selepas platun bergerak masuk ke padang kawad (anggota platun yang lain berada dalam tiga barisan dibelakang ketua platun di padang kawad) dan masa tamat dikira apabila peserta terakhir melangkah keluar padang kawad. Isyarat tamat masa pertandingan akan diberi oleh penjaga masa PELAKSANAAN PERTANDINGAN PERGERAKAN KAWAD a) Semua pergerakan kawad mestilah mematuhi kawad Pasukan Badan Beruniform masing-masing yang telah ditetapkan. BILANGAN ANGGOTA a) Setiap pasukan hendaklah dianggotai oleh 31 anggota termasuk ketua platun ketika bertanding.

5.2

5.3 6. 6.1

6.2

wmariffin@gmail.com

b)

c)

Jika ada anggota yang bertanding tidak dapat meneruskan pertandingan, atas apa jua sebab sehingga menyebabkan bilangan anggota pasukan kurang daripada yang ditetapkan maka markah akan ditolak (iaitu ditolak 5 markah bagi setiap anggota yang kurang). Tiada sebarang penggantian anggota ketika pertandingan kawad sedang berjalan. Penggantian hanya boleh dilakukan sebelum pertandingan kawad dijalankan untuk setiap pasukan.

6.3 PERGERAKAN MEMBENTUK FORMASI a) Platun akan mempersembahkan pergerakan membentuk formasi mengikut kreativiti skuad/platun masing-masing berdasarkan muzik/lagu yang dibenarkan (semua lagu yang digunakan hendaklah mendapat kebenaran Jawatankuasa Teknik Pertandingan). b) TIDAK BOLEH memberi isyarat pergerakan atau bunyi seperti hentak kaki, up atau pssss bagi mengendalikan platun tersebut kecuali isyarat permulaan (hentak kaki) formasi dari ketua platun sahaja. c) Unsur suara dibenarkan kepada platun tetapi bukannya untuk tujuan memberi hukuman/arahan kawad formasi. d) Ketua platun mesti masuk dalam persembahan formasi. e) Pergerakan selain daripada kawad (contoh silat, tatu, dll.) dibenarkan tetapi tidak melebihi 7 pergerakan. f) Penalti akan diberikan untuk kesalahan-kesalahan berikut : i) Keluar kawasan ii) Memberi isyarat dll. g) DIBENARKAN menggunakan alatan yang bersesuaian dengan persembahan formasi (bendera, tongkat dan lain-lain yang dibenarkan oleh Jawatankuasa Teknik Pertandingan) semasa membuat persembahan. Alatan mesti dibawa masuk bersama platun semasa platun bergerak masuk ke padang kawad. 6 .4 MUZIK a) Pasukan yang bertanding hendaklah mengisi borang pilihan lagu dan alatan yang akan digunakan semasa pertandingan tersebut. (Borang tersebut hendaklah diserahkan kepada Jawatankuasa Teknik pada tarikh yang ditetapkan sebelum pertandingan). b) Pasukan yang bertanding perlu sediakan 2 CD/DVD untuk persembahan. c) Muzik yang dimainkan mestilah muzik instrumental tanpa nyanyian. d) Pilihan/rentak lagu perlulah bersesuaian dengan persembahan/pergerakan formasi/kawad.

6 .5

PENGHAKIMAN a) Hakim terdiri daripada hakim-hakim yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Urusetia Pertandingan. b) Untuk pengiraan markah keseluruhan, markah purata akan diambil kira untuk menentukan kedudukan. c) Keputusan hakim adalah muktamad,

wmariffin@gmail.com

PLAN LITAR PERTANDINGAN KAWAD KREATIF

30M

20m

KETUA HAKIM

BORANG MARKAH PERTANDINGAN KAWAD KREATIF

PASUKAN : _______________________________________NO. GILIRAN : ________NAMA KETUA PLATUN : _____________________________ MARKAH MARKAH PENUH DIPEROLEHI 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5

BIL

PERKARA/PERGERAKAN

CATATAN

A. PERGERAKAN DAN FORMASI 1 Pergerakan Masuk Padang Kawad 2 Jumlah Ahli Platun 3 Pengendalian Platun Keluar Padang 4 Pergerakan dan Formasi Mengikut Irama i) Ragaman Formasi -Kekayaan Gerak Formasi - pecahan & cantuman ii) Keindahan Gerak (Kepelbagaian Gerakan) iii) Keunikan/ Kreatif iv) Kesesuaian muzik v) Keserasian muzik dengan persembahan/pergerakan formasi vi) Keseragaman Gerak Formasi vii) Kesatuan Gerakan viii) Gerakan Dalam Unsur Kawad ix) Kemantapan, Keserasian & Kesopanan x) Gerakan Padu, Giat & Bersemangat xi) Keseimbangan Penggunaan Ruang xii) Gerakan Hendaklah Konsisten (Berturutan) xiii) Unsur Suara B. PENAMPILAN & PERSEMBAHAN 5 Pakaian (lengkap mengikut Pasukan Badan Beruniform masing-masing) 6 Peralatan (jenis dan kesesuaian penggunaan peralatan) 7 Penampilan Keseluruhan Persembahan (showmanship) 8 Persembahan Menarik / Menghiburkan 5 5 5 5

JUMLAH :

100

Tandatangan Hakim : _____________________________________________ Nama Hakim :____________________________________________________

Tarikh :

You might also like