You are on page 1of 19

1.0 PENGENALAN Dunia pendidikan diibaratkan sebagai sebuah proses dalam menghasilkan sebuah lukisan yang berkualiti.

Analogi ini berkait rapat dengan hubungan pelajar, guru dan pendidikan. Pelajar diibaratkan sebagai sebuah kanvas yang masih kosong tanpa sebarang contengan. Guru adalah orang yang bertanggungjawab sebagai pelukis untuk mewarnai kanvas itu tadi. Manakala, pendidikan pula adalah seperti adunan warna yang bakal mewarnai dan memenuhi kekosongan yang terdapa pada kanvas. Berbalik kepada dunia realiti, guru empunyai peranan yang amat besar bagi mengajar dan mendidik pelajar seterusnya menghasilkan modal insan yang berkualiti dan seimbang. Pendidikan mempunyai definisi yang berbeza mengikut individu-individu tokoh yang menilainya. Berikut merupakan beberapa pendapat tokoh yang telah dikemukakan dan dipetik semula daripada buku Pengantar Pendidikan, (2011) oleh Syed Ismail Syed Mustafa dan Ahmad Subki Miskon. Definisi pendidikan menurut tokoh John Dewey
Pendidikan adalah satu proses pertumbuhan dan perkembangan. Pendidikan juga , merupakan salah satu usaha mengatur pengetahuan untuk menambahkan pengetahuan semula jadi yang ada pada seseorang individu.

James Mill
Pendidikan adalah satu proses memberi pertolongan maksimum kepada setiap anggota satu-satu ,masyarakat supaya hidup dengan penuh keselesaan serta kegembiraan.

Guru bertindak sebagai suatu medium bagi menghubungkan pelajar dan pendidikan. Justeru, guru dan pendidikan haruslah bergerak seiring bagi mamastikan hasrat sesebuah negara dapat tercapai dengan terhasilnya individu yang berjaya serta berdaya saing.

2.0 KONSEP FALSAFAH Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, falsafah merupakan pengetahuan dan penyelidikan tentang sebab-sebab kewujudan sesuatu atau berfikir secara mendalam tentang sesuatu. Secara umumnya, konsep falsafah dapat dilihat dan diertikan melalui istilah falsafah itu sendiri serta cabang-cabang falsafah. Kebanyakan ahli falsafah telah membicarakan soal definisi dan pengertian falsafah. Falsafah mengkaji kewujudan manusia, hubungan antara manusia.. Dari perspektif sains dan kogitif, sains tulen diibaratkan sebagai pepohon, manakala falsafah diumpamakan seperti tanah di mana pepohon tumbuh dengan suburya. (Any Rand) dipetik dari Falsafah dan Pendidikan di Malaysia, 2008 Merujuk kepada pandangan di atas, falsafah juga turut dilihat sebagai satu

landasan yang baik bagi cetusan dan penjanaan idea-idea baru dalam pelbagai bidang dan disiplin ke arah perkembangan sifat manusia. Cabang-cabang falsafah dapat dibahagikan kepada 4 cabang iaitu metafizik, axiologi, epistemologi dan logik.

Spekulatif, perkaitan sebab-akibat

Matafizik (ontologi)
CABANGCABANG FALSAFAH

Etika dan Estetika

Axiologi

Logik
Membezakan idea yang sah dan mengelirukan

Epistemologi
Ilmu dan Kepercayaan

Rajah 1 Cabang-cabang falsafah

2.1 KONSEP FPK DAN FPG 2.1.1 KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) Sebagai indikator untuk memantapkan sistem pendidikan di Malaysia, Falsafah Pendidikan Negara telah diilhamkan dan diumumkan secara rasmi pada tahun 1988. Falsafah Pendidikan Negara adalah gabungan daripada matlamat, dasar-dasar dan amalan pendidikan yang digabungkan menjadi satu bertujuan demi pembangunan kemanusiaan sejajar dengan hasrat untuk menyelaraskan sistem pendidian negara berdasarkan kepada satu fahaman pendidikan yang sama. Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang telah mengalami transformasi nama kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menyatakan bahawa : Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara meyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. FPK telah ditentukan oleh Perlembagaan Malaysia dan berlandaskan ideologi kebebasan yang menerapkan Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Ekonomi Negara dan Dasar Pendidikan Kebangsaa. Tujuan pendidikan dilihat sebagai suatu hasrat untuk membangunkan masyarakat dari segi kesejahteraan dan hubungan yang dibentuk dalam diri individu. Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menekankan beberapa aspek dan prinsip berkaitan pendidikan dan pemikiran di negara kita. Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga menilai aspek seseorang individu itu dalam beberapa lapisan pertalian dan perhubungan. Secara keseluruhannya, kosep FPK terdiri daripada

Kurikulum pendidikan untuk peringkat

Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Matlamat pendidikan
Individu Sosial Ekonomi Politik Kemodenan Kefahaman Antarabangsa

Prasekolah Sekolah Rendah Sekolah Menengah Pendidikan Guru Pengajian Tinggi

Berasaskan
Rukun Negara Dasar Pendidikan Kebangsaan Dasar Ekonomi Negara Dasar Ekonomi Baru

Rajah 2 Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan Matlamat pendidikan negara ini adalah bukan sekadar melahirkan masyrakat yang berilmu pengetahuan yang tinggi, malah membentuk modal insan yang seimbang dan sempurna serta menghayati ciri-ciri seperti percaya kepada tuhan, berakhlak mulia, bertanggunjawab kepada diri sendiri, masyarakat, agama dan negara, memiliki sahsiah yang seimbang dan bersatu padu antara rakyat yang berbilang kaum. Seseorang itu diletakkan matlamat untuk mencapai perkembangan potensi individu iaitu dari aspek emosi, intelek, jasmani dan sosial yang baik. Ini selaras dengan matlamat pendidikan iaitu untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang. Potensi masyarakat yang disemai dengan baik dapat membangunkan negara dan meningkatkan taraf negara di persada dunia.

2.1.2 KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG) Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin

perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin

KETUHANAN

ROHANI

pengetahuan

nilai

INTELEK

kemahiran JASMANI

NILAI

KENDIRI

KEMASYARAKATAN

Rajah 3 Model Konseptual Pendidikan Guru Model Konseptual Pendidikan Guru adalah dibina berlandaskan kepada dasar FPG dan matlamat peniddikan. Model ini meliputi akauntabiliti guru di bawah 3 aspek yang utama iaitu : KETUHANAN : berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada agama KEMASYARAKATAN : peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan ejen perubahan KENDIRI : memupuk sahsiah murni dan pekerti mulia Model ini juga merangkumi tiga aspek asas iaitu pengetahuan, kemahiran ikhtisas dan amalan nilai-nilai murni.

2.1.3 HUBUNGKAIT FPK DAN FPG Secara umumnya, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru mempunyai kaitan yang sama. Dalam kedua-dua falsafah ini, ideologi untuk menghasilkan individu secara menyeluruh, bersepadu, seimbang dan harmonis telah diterapkan. Selain itu, ideologi untuk membina insan yang seimbang dan harmonis dipecahkan lagi kepada empat aspek utama iaitu dari segi rohani, emosi, intelek dan jasmani.
Rukun Negara Dasar Ekonomi Nagara Dasar Ekonomi Baru Dasar Pendidikan Kebangsaan

Falsafah Pendidikan Negara

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN ~gabungan matlamat, dasar-dasar dan amalan pendidikan untuk tujuan pembangunan kemanusiaan

Menghasilkan indivudu secara menyeluruh, bersepadu, seimbang, dan harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU ~menghasilkan jenis-jenis guru yang dihasratkan

2.2 IMPLIKASI TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN NEGARA Menerusi matlamat-matlamat pendidikan, terbukti bahawa pendidikan atau lebih spesifik lagi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru telah dirangka untuk pembangunan dan kemajuan masyarakat. Sistem pendidikan negara telah melatakkan targetnya yang tersendiri sebagai penanda aras bagi menilai keberkesanan dan implikasi pendidikan terhadap FPK dan FPG. 2.2.1 IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." Falsafah Pendidikan Kebangsaan

ELEMEN FPK Satu usaha

IMPLIKASI yang -Pendidikan merupakan proses pemerolehan dan

berterusan

pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai murni.

Perkembangan potensi -Setiap individu mempunyai kelebihan, potensi dan bakat individu yang harus dicungkil dan diperkembangkan. -Bakat dan potensi boleh berkembnag melalui pendidikan dan interaksi sosial dengan orang di sekeliling. Perkembangan individu -perkembangan individu yang menyeluruh iaitu dari segi secara menyeluruh dan aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) bersepadu Insan yang seimbang -Keseimbangan aspek JERI akan membentuk peribadi dan harmonis individu yang mulia dan mampu hidup dalam masyarakat madani serta dapat menghadapi tekanan dan cabaran dalam hidup Intelek -Mahir dalam kemahiran 4M (Membaca, Menulis, Mengira

dan Menaakul) -Berusaha penetahuan -Mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif Rohani -Menyedari dan percaya kepada Tuhan -Mempunyai sikap kekitaan dan perpaduan yang jitu -Menjadi individu yang sentiasa bersyukur Emosi Jasmani -Mampu mengawal dan mengurus emosi dengan baik -Menyedari tentang kepentingan kesihatan dan kecergasan fizikal Berilmu Pengetahuan -Cinta akan ilmu -Menjadikan amalan membaca sebagai rutin harian -Berfikiran luas dan terbuka serta bersifat optimis Berakhlak mulia Bertanggungjawab -Berpewatakan mulia dan baik -Mempunyai sifat intergrasi yang tinggi -Menjalankan tugas dengan amanah dan penuh sedaya upaya untuk menambahkan ilmu

bertanggungjawab Berketerampilan -Mempunyai identiti sebagai seorang ang berkebolehan dalam melakukan banyak perkara -Berpandangan jauh dan berinisiatif Berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri Memberi terhadap dan negara sumbangan -Berusaha untuk memupuk perpaduan dalam kalangan keharmonia masyarat yang berbilang kaum kesejahteraan -Berusaha memajukan ekonomi negara -Patuh kepada undang-undang yang telah ditetapkan -Berjiwa tenang dan mampu untuk berfikir dan bertindak secara waras

Perlembagaan Negara -Menjadikan Rukun Negara sebagai panduan hidup -Memiliki peribadi yang bersemangat patriotik

2.2.2 IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG)


Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin Falsafah Pendidikan Guru

Berpekerti mulia Memupuk sahsiah guru yang baik seperti berbudi bahasa, sopan dan bermoral

Bersedia menjunjung aspirasi negara Menghayati aspirasi negaara yang dihasratkan

Berpandangan progresif dan saintifik

Menyanjung warisan kebudayaan negara - Menghayati warisan kebudayaan negara yang unik - Memupuk perpaduan dan menyemai sifat patriotisme

IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG)

Menjamin perkembangan individu secara menyeluruh

Memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin Tanggungjawab guru untuk menyumbang kepada pembangunan negara

2.2.3 IMPLIKASI FPK DAN FPG KEPADA SISITEM PENDIDIKAN NEGARA Berdasarkan perbincangan mengenai konsep FPK dan FPG, maka jelaslah bahawa guru merupakan suatu medium yang sangat penting dalam merealisasikan kemajuan sistem pendidikan negara. Guru memainkan pernan penting dalam pendidikan negara terutama dari segi aspek pembangunan insan yang menyeluruh dan seimbang, pembangunan sumber pendidikan yang mantap dan efektif. Guru juga turut menyumbangkan kepada penyelidikan dan pembangunan. Implikasi FPK dan FPG bolehlah dinyatakan seperti berikut: Melengkapkan diri dengan pengetahuan sama ada pengetahuan am atau khusus dalam satu bidang mataplajaran serta pengetahuan ikhtisas keguruan Mengembangkan potensi individu secara seimbang Menyemai dan memupuk amalan nilai-nilai murni sebagai suatu budaya masyarakat Melaksanakan tanggungjawab dan akauntabiliti sebagai pendidik yang cemerlang Menngunakan ilmu dan kemahiran mendidik untuk meransang perkembangan murid

Falsafah pendidikan Guru sebenarnya menjadi penggerak kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Apabila kedua-dua falsafah ini bergerak seiringan, maka sistem pendidikan negara mampu melahirkan modal insan yang cemerlang dari segi pelakuan dan pemikiran masyarakat. Oleh itu, setiap individu yang sudah bergelar guru atau bakal guru memikul tanggungjawab yang besar kerana mereka bakal melahirkan pemimpin dan penggerak dunia pada suatu masa nanti.

10

3.0 PENULISAN ILMIAH (Aktiviti yang dijalankan IPG ) Perjalanan sistem pendidikan di Malaysia bergantung kepada keselarian Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Jika kedua-dua falsafah ini berjalan dan bergerak seiringan, maka matlamat pendidikan negara dan matlamat pendidikan guru dapat dipatuhi dan dilaksanakan dengan baik. Oleh sebab itu, Institut Pendidikan Guru telah dibina dan dijadikan sebagai sebuah pusat untuk melatih dan mengeluarkan guru-guru yang mampu mendidik masyarakat seiring dengan kehendak dan matlamat negara. Terdapat pelbagai aktiviti yang dilaksanakan sepanjang pengajian di Institut Pendidikan Guru (IPG). Tempoh sepanjang 5 tahun telah ditetapkan oleh pihak kementerian pelajaran untuk satu jangka masa yang professional dalam merangka dan melatih bakal pendidik negara. Sepanjang tempoh itu, pelbagai aktiviti telah dijalankan di IPG bagi merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Guru kepada guru pelatih dan menjadikan Falsafah Pendidikan Guru sebagai panduan utama di alam pendidikan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti aktiviti IPG Lestari. Aktiviti ini diadakan dengan tujuan untuk melahirkan dan memupuk kesedaran guru untuk bersikap cinta akan alam sekitar. Sebagaimana yang kita tahu, dunia kini mengalami masalah pencemaran alam hinga melibatkan bencana alam berlaku. Sebagai seorang guru, didikan kepada murid tentang pelestarian alam amatlah penting terutamanya pada dunia akan datang. Ini adalah selari dengan kosep FPG dari cabang metafizik, iaitu guru berperanan sebagai agen perubahan dalam dunia pendidikan yang dinamik. Selain itu faktor yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Guru iaitu memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin turut diamalkan dalam aktiviti IPG Lestari. Buktinya, IPG lestari memupuk para guru pelatih dan guru-guru untuk mejadi role model kepada pelajar iaitu melalui kaedah pengamalan strategi pengajaran dan pembelajaran yang membawa bersama budaya lestari. Contohnya adalah seperti pembuatan bahan bantu mengajar yang

,menggunakan barang kitar semula. Dengan ini, keadaan negara akan dapat dijaga dan seterusnya dapat mengelakkan terlalu banyak berlakunya penemaran alam yang
11

mampu membawa penyakit kepada masyarakat. Akibatnya, nilai kemasyarakatan yang kuat akan terjalin antara masyarakat akan datang. Contoh aktiviti kedua yangdijalankan di IPG ialah program inovasi. Program inovasi merupakan suatu program yang dirancang khas untuk memupuk dan mengasah minda para guru untuk berfikiran kreatif dan inovatif. Kesediaan guru untuk mengajar murid yang bakal menjadi pemimpin negara suatu masa akan datang haruslah bermula dengan sesuatu yang dapat merangsang minda murid itu sendiri. Melalui aktiviti program inovasi ini, sifat guru yang mempunyai pemikiran yang prograsif dan saintifik telah dipupuk. Melalui program inovasi ini, guru-guru pelatih juga telah dididik untuk sentiasa berkembang mengikut peredaran zaman iaitu sains dan teknologi. Guru

bertanggungjawab untuk mempelajari ilmu dan menguasai ilmu selari dengan perkembangan zaman supaya pengajaran dan pendiidkan di seklah tidak hanya kekal di takuk lama. Sebaliknya, guru-guru meguasai ilmu-ilmu baharu untuk diajar kepada masyarakat. Program inovasi ini adalah sangat bertepatan dengan konep FPG iaitu memupuk guru yang bersikap progresif dan saintifik. Aktiviti seterusnya ialah program Bina Insan Guru (BIG) yang dilaksakan di IPG pada setiap semester. Bina Insan Guru atau BIG ini adalah merupakan sebuah aktiviti yang direka khas untuk membentuk peribadi seorang guru yang berkualiti tinggi, berkemahiran dan mempunyai nilai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Sepanjang

program ini, guru-guru pelatih akan mengikuti aktiviti-aktiviti berfaedah seperti perkhemahan, khidmat masyarakat, program kerohanian, kursus kepimpinan, serta melakukan aktiviti-aktiviti lasak yang mampu mencabar jasmani dan fizikal. Program BIG ini merupakan sebuah program yang sangat berkesan kerana keperibadian guru dan sahsiah terpuji serta etika keguruan dalam diri bakal-bakal guru dapat dibina dengan mendadak. Berbalik kepada konsep FPG iaitu menjamin perkembanagan individu, program BIG dilihat sebagai sebuah pemangkin bagi merealisasikan FPG. Buktinya peranan guru dari segi perkembangan diri dan murid secara menyeluruh merupakan hala tuju kepada
12

Falsafah Pendidikan Guru. Dengan program BIG, perkembangan sahsiah yang mulia serta pembentukan peribadi keguruan dapat dipupuk dalam diri guru-guru pelatih. Kesannya, pendekatan kepada pembangunan modal insan secara holistik dan menyeluruh dapat dicapai. Konsep bersedia menjunjung aspirasi negara juga boleh ditegaskan dalam aktiviti ini. Guru pelatih dibimbing untuk menghayati aspirasi negara dan berusaha agar dapat menyumbang secara maksimum ke arah pencaaina aspirasi negara. Aktiviti seterusnya yang dijalankan di IPG ialah Program Jom Bina Insan Taqwa atau JOM BIT. Proram ini merupakan sebuah program keagamaan spesifiknya agama Islam, yang menekankan kepada aspek kerohanian dalam diri guru pelatih. Aktiviti kerohanian merupakan aktiviti yang mampu membina jati diri yang mantap dalam kalangan guru pelatih. Seorang guru perlulah mempunyai nilai moral yang tinggi serta sahsiah yang dikagumi sebagai contoh yang baik kepada pelajar dan masyarakat di sekeliling. Sehubungan dengan itu, program JOM BIT ini telah dilaksanakan bagi memupuk insan tersebut dengan berpaksikan elemen FPG iaitu membentuk guru yang berpekerti mulia. Pembinaan akidah yang sempurna dan sesuai berlandaskan syariat Islamiah adalah merupakan tunjang penting dalam pembentukan masyarakat harmoni serta cemerlang. Sebagai seorang bakal guru yang mempunyai tanggungjawab dalam membentuk keperibadian masyarakat akan datang, keterampilan diri sebagai pendidik mulia akan dapat ditonjolkan dengan adanya kesediaan jiwa yang mantap melalui aktiviti-aktiviti yang melibatkan aqidah dan kerohanian. Aktiviti seperti ini sekaligus dapat menerapkan unsur-unsur murni yang seiring dengan pembinaan sahsiah diri guru yang bepekerti mulia. Disamping itu, antara aktiviti yang dijalankan di IPG ialah aktiviti gaya hidup sihat. Gaya hidup sihat merupakan satu amalan kehidupan yang membina di mana ia dapat membawa kesan yang positif kepada individu dan masyarakat. Sebagai bakal guru, haruslah ditekankan bahawa aktiviti berkaitan gaya hidup sihat adalah merupakan faktor penting bagi membangunkan sebuah masyarakat madani yang sihat dan unggul. Tanpa aspek jasmani, istilah perkembangan seimbang dan menyeluruh seperti yang
13

telah diuar-uarkan dalam Falsafah pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru tidak dapat terlaksana. Buktinya istilah menyeluruh ini meliputi empat aspek utama iaitu Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek. Peranan seorang bakal guru yang seiring dengan pelaksanaan FPK dan FPG telah berjaya dipupuk sewaktu di IPG lagi iaitu supaya membentuk perkembangan diri secara menyeluruh. Selain memastikan tahap kesihatan yang baik, pada masa yang sama, aktiviti gaya hidup sihat juga dapat melahirkan insan yang berdisiplin dan sihat dari segi fizikal dan emosi. Tanggungjawab guru untuk melahirkan masyarakat yang mampu memberi sumbangan kepada pembangunan negara dapat dicapai sekiranya aktiviti-aktiviti seperti ini tidak diabaikan. Sebagai rumusan, ternyata bahawa peranan utama yang dimainkan oleh para pendidik dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsan adalah melalui Falsafah Pendidikan Guru. Pihak IPG berusaha meningkatkan penguasaan, pengetahuan, kefehaman dan kemahiran pengajaran serta memperkasa program pendidikan guru secara berterusan demi membentuk warga pendidik yang mampu mengubah negara.

14

4.0 REFLEKSI Pembikinan kerja kursus ini telah banyak membantu saya melihat skop yang lebih luas terutamanya dalam skop pendidikan negara. Sepanjang penulisan ini, saya telah mencuba dengan sedaya upaya untuk memastikan saya memahami sepenuhnya mengenai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Fasafah Penddikan Guru (FPG). Walaupun pada mulanya saya mengahadapi masalah dalam memahami dan menjamah makna sebenar falsafah pendidikan di negara ini, namun saya kuatkan juga semangat saya. Akhirnya, syukur ke hadrat Illahi saya dapat memahami kaitan falsafah pendidikan di Malaysia dengan kerjaya guru sejurus itu, berjaya menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Selain itu, melalui pembikinan kerja kursus ini, saya telah memahami rangka dunia falsafah pendidikan di negara kita. Sebagai seorang yang bakal bergelar guru, saya dapati pelbagai inisiatif dan usaha keras harus diambil untuk membangunkan masyarakat dan negara bangsa di Malaysia. Dengan berteraskan FPK dan FPG, sektor pendidikan merupakan satu saluran yang mantap untuk mencapai hasrat memajukan negara Malaysia. IPG pula berperanan sebagai medium yang penting untuk mendidik dan melatih golongan yang akan membantu proses itu. Tidak usahlah berkeluh kesah kerana tempoh belajar yang lama kerana pada hakikatnya, tenggungjawab sebagai seorang guru itu lebih besar dan berat jika disbanding dengan tempoh latihan selama 5 tahun di IPG. Aktiviti yang dilaksanankan di IPG sememangnya dapat membantu guru-guru pelatih dalam membentuk insan guru yang berkualiti dalam menbina masyarakat dan negara bangsa yang bermutu. Sebagai contoh aktiviti ialah IPG Lestari. Melalui aktiviti ini, semangat cinta akan alam sekitar yang bersih dan sihat akan dapat deterapkan dalam diri guru pelatih. Pelestarian alam sekitar amatlah penting bagi mengekalkan keharmonian masyarakat. Guru-guru haruslah menerapkan semangat cinta akan alam sekitar terutamannya ketika pada golongan masyarakat di bangku sekolah lagi. Dengan wujudnya aktiviti seperti IPG Lestari, guru pelatih dapat memupuk semangat tersebut terlebih dahulu sebelum menyemaikan budaya lestari dalam kalanagn pelajar pula.

15

Bagi aktiviti seperti program inovasi pula, merupakan suatu aktiviti yang sangat berguna. Dewasa ini, ledakan teknologi semakin menjalar dan menjadi sebati dalam kalangan masyarakat. Program inovasi dapat membantu guru-guru pelatih supaya menggunakan kemajuan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di sekolah. Pembelajaran yang terkonkong iaitu masih berada dalam takuk yang lama pasti tidak akan dapat membantu perkembangan pelajar. Rasionalnya, program inovasi dapat membantu guru-guru pelatih dalam mempelbagaikan bahan P&P justeru membantu perkembangan minda dan kemahiran pelajar-pelajar dengan baik. Seterusnya, aktiviti Bina Insan Guru (BIG). Program ini membantu

perkembangan guru-guru pelatih secara menyeluruh seperti jasmani, emosi, rohani dan intelek. Aktiviti BIG memberikan kesan yang mendalam terutamanya terhadap perilaku dan disiplin guru-guru pelatih. Penerapan sahsiah yang tinggi dalam kalangan guru pelatih dapat membentuk masyarakat yang mulia pada masa akan datang. Seperti kata pepatah cikgu kencing berdiri, anak murid kencing berlari. Jika aktiviti seperti BIG ini tidak dilaksanakan, kemungkinan besar masyarakat juga tidak akan dapat dididik dengan baik. Aktiviti kem Jom Bina Insan Taqwa (JOMBIT) pula merupakan suatu aktiviti yang mampu membentuk sahsiah guru-guru pelatih secara mendalam dan menyeluruh dari segi spiritual dan rohani. Tanpa sifat kerohanian dan akidah yang mantap, penyampaian dan perkembangan dari aspek rohani tidak dapat dipupuk dalam masyarakat. Aspek kerohanian dan kemantapan akidah merupakan aspek yang sangat penting perlu ditekankan dalam kalangan masyarakat. Jika tidak, kekangan seperti masalah pergaulan seks bebas dan pembuangan bayi akan semakin berleluasa terutama dalam kalangan pelajar. Bagi mengatasi masalah ini, tindakan pihak IPG menerusi badan Persatuan Guru Pelatih Islam yang telah melaksanakan aktiviti seperti JOMBIT yang mampu membantu memantapkan akidah seterusnya menjauhi akhlak buruk dalam kalangan masyrakat. Marcapada ini, kes-kes yang melibatkan kesihatan masyarkat seperti diabetes dan sakit janjung menyebabkan berlakunya kematian di Malaysia, acap kali mernerjah di dada-dada akhbar dan menusuk halwa telinga kita. Ini berikutan aspek kesihatan yang
16

kurang dititikberatkan dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, aktiviti seperti kempen gaya hidup sihat yang dijalankan di IPG dilihat sebagai sebuah batu loncatan bagi menangani permasalahan ini. Penerapan unusr-unsur kecergasan fizikal dan penjagaan kesihatan tidak harus dipandang enteng dalam masyarakat. Sebagai seorang guru, mahupun yang bergelar bakal guru, haruslah mementingkan aspek jasmani supaya masyarakat betul-betul sedar dan memahami kepentingan dan kesan kepada penjagaan kesiahatan dan fizikal diri. Guru memainkan peranan sebagai role model untuk menjadi contoh yang baik kepada masyarakat. Kesimpulannya, aktiviti yang dijalankan di IPG seperti kempen gaya hidup Sihat ini sangat penting dan wajar dilaksanakan. Disamping itu, kerja kursus ini juga secara tidak lansung telah memupuk semangat membaca dalam diri saya. Bertepatan dengan kerjaya sebagai seorang pendidik, amalan rajin membaca buku dan menambahkan ilmu pengetahuan adalah sangat dituntut. Ironinya, setiap masyarakat seyogianya memantapkan pembacaan untuk menambahkan ilmu pegetahuan di dada justeru membentuk personaliti yang berpengetahuan tinggi. Saya berharap agar segala pembelajaran yang telah saya pelajari sepanjang penyediaan tugasan ini secara lansung mahupun tidak, dapat saya aplikasikan dalam kehidupan seharian saya secara berterusan pada masa akan datang, justeru menjadikan saya seorang pendidik yang berjaya dan berdedikasi, serta mencapai hasrat FPK dan FPG untuk membina masyarakat yang seimbang dan harmoni.

17

5.0 RUJUKAN

___________, (1.Ogos.2011) Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam Sistem Pendidikan Negara, dirujuk dari laman sesawang http://guru-ohguru.blogspot.com/2011/08/implikasi-falsafah-pendidikan.html pada 10/8/2012, 11.30 malam. Abdul Fatah Hasan (2007) Mengenal Falsafah Pendidikan, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Albert ( 2.Nov.2009) Konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat, dirujuk dari laman sesawang http://albert-falsafahpendidikan.blogspot.com/2009/11/konsep-pembelajaransepanjang-hayat.html pada 10/ 08 /2012, 11.30 malam. Choong Lean Keow, PhD. (2008) Siri Pendidikan Guru, Falsafah dan Pendidikan di Malaysia, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Ishak Ramly, (2005) Inilah Kurikulum Sekolah, PTS Professional Publications. Mohamad Syamsul Izwan (10.April.2009) Peranan Sekolah dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dirujuk dari laman sesawang http://notapismp.blogspot.com/2009/04/peranan-sekolah-dalam-merealisasikan.html pada 10 / 08 /2012 , 11.40 malam. Mya Afifi (11.Mac.2010) Implikasi FPK Terhadap Sistem Pendidikan di Malaysia, dirujuk dari laman sesawang http://pelangipetang89.blogspot.com/2010/03/implikasi-fpkterhadap-sistem.html pada 10/8/2012, 11.30 malam. Noor Azianida Ramli (4.Julai.2011) Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru, dirujuk dari laman sesawang http://nidapink90.blogspot.com/2011/07/falsafah-pendidikan-kebangsaan-dan.html pada 10 / 08 / 2012, 11.39 malam. Salhah Abdullah (2009) Kecerdasan Pelbagai, PTS Professional publishing Sdn. Bhd. Syed Ismail Syed Mustafa, Ahmad Subki Moskon (2012) Pengantar Pendidikan, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

18

6.0 LAMPIRAN

19

You might also like