You are on page 1of 2

Jawatankuasa Kerja, Program Bina Insan Guru Unit DPLI, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, 31150 Hulu

Kinta, Perak Darul Ridzuan. Telefon: 05-5331311(samb. 32)

1 Malaysia : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Penyelaras Program Bina Insan Guru (BIG), Encik Hamzah bin Samsudin, Unit Kokurikulum, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, 31150 Hulu Kinta, Perak Darul Ridzuan. Tarikh: 28 APRIL 2012

Melalui, Tutor Unit DPLI, Encik Ng Swee Huat, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.

Tuan,

MENJEMPUT PENCERAMAH UNTUK CERAMAH DAN BENGKEL BINA INSAN GURU (BIG) DIPLOMA PERGURUAN LEPAS IJAZAH (DPLI)

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.

Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar Diploma Perguruan Lepas Ijazah (DPLI)

akan mengadakan satu Ceramah dan Bengkel Bina Insan Guru (BIG) seperti butiran berikut:

Nama Program: Ceramah dan Bengkel Bina Insan Guru (BIG) Tarikh: 2 4 Mei 2012 (Rabu hingga Jumaat) Tempat : Dewan Seri Keledang, IPG Kampus Ipoh

3.

Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin menjemput tuan untuk memberikan

ceramah dalam program ceramah dan bengkel ini. Bersama-sama dengan ini, disertakan tentatif program pada tarikh yang tertera untuk rujukan pihak tuan.

4.

Sebarang maklumat lanjut, tuan boleh berhubung secara terus dengan pengerusi

program atau setiausaha kami seperti di bawah:

Pengerusi : Lee Yee Min Setiausaha : Lum Shao Yi

5.

Semoga dengan kerjasama dan penyertaan yang diberikan oleh pihak tuan

dapat membantu bagi melancarkan lagi perjalanan program ini. Jasa baik pihak tuan, kami dahului dengan ucapan penghargaan dan jutaan terima kasih.

Sekian,

Yang benar,

(LUM SHAO YI) Setiausaha Program Bina Insan Guru DPLI, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

You might also like