Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
5Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Isu Transisi Dalam Pendidikan Khas

Isu Transisi Dalam Pendidikan Khas

Ratings: (0)|Views: 1,125|Likes:
Published by Din Ahmad

More info:

Published by: Din Ahmad on Aug 25, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

03/06/2014

pdf

text

original

 
Isu Transisi Dalam Pendidikan KhasPengenalanMatlamat utama pendidikan adalah untuk menyediakan seseorang individu menjadibertanggungjawab, menyumbang kepada komuniti. Pelajar-pelajar bermasalahpembelajaran perlu didedahkan kepada realiti kehidupan setelah tamat persekolahanmelalui satu program yang sistematik. Kebiasaannya, dalam persediaan kepada relitikehidupan orang dewasa, penekanan hanya diberi terhadap keperluan vokasionalsemata-mata. Malangnya hingga kini, terlalu sedikit program komprehensif yangwujud menyarankan kemahiran hidup yang diperlukan untuk menepati kehendaksebagai orang dewasa (Polloway & Patton 1993).Persediaan dan kejayaan pendidikan kerjaya amat penting kepada pelajarberkeperluan khas. Pelajar-pelajar biasa yang tidak mempunyai pendidikanvokasional yang cukup, akan mudah mempelajari sesuatu kemahiran kemudiandaripada latihan sewaktu kerja. Namun bagi pelajar bermasalah pembelajaran, tanpalatihan pekerjaan di sekolah, prospek kejayaan mendapatkan pekerjaan adalah amatlemah. Simches (1975) menyatakan dalam situasi pekerjaan yang sukar diperolehi,pekerja yang tidak mempunyai latihan tertentu sukar untuk mendapatkan pekerjaandan golongan berkeperluan khas pula menghadapi kesukaran berganda dalampersaingan untuk mendapatkan pekerjaan yang terhad itu. Kenyataan ini disokongoleh Ward et at. (2003) yang menyatakan membuat perancangan dan pilihanmengenai apa yang perlu dilakukan selepas tamat persekolahan merupakan cabaranpada setiap remaja tetapi bagi remaja bermasalah pembelajaran transisi dari sekolahke alam selepas persekolahan mampu meningkatkan permasalahan yang berganda.b. Pengenalan Ringkas Kategori Berkeperluan KhasPendidikan khas merupakan perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yangdisediakan untuk individu berkeperluan khas atau kurang upaya. Kategori individukurang upaya yang perlu mengikuti program dan perkhidmatan pendidikan khasterdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan mental (mental retardation),bermasalah pembelajaran (learning disabilities), gangguan emosi dan tingkah laku(emotional and behavioral disorder), gangguan komunikasi – pertuturan dan bahasa(communication – speech and language disorder), hilang pendengaran (hearing loss),hilang penglihatan atau darjah penglihatan yang rendah (blindnees or low vision),kecacatan fizikal (physical impairments) dan golongan pintar cerdas (giftedness).Di Malaysia, Pendidikan khas dalam konteks Kementerian Pelajaran Malaysiadilaksanakan melalui sekolah khas untuk murid-murid bermasalah penglihatan dan
 
bermasalah pendengaran. Manakala program pendidikan khas integrasi disediakanuntuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, pendengaran danpenglihatan. Program tersebut diwujudkan di sekolah harian biasa rendah danmenengah serta sekolah menengah teknik atau vokasional yang menggunakanpendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.Program pendidikan khas yang ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysiamelibatkan pendidikan peringkat prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah.Pendidikan peringkat menengah menyediakan dua jenis aliran iaitu akademik danteknik atau vokasional. Manakala tempoh pengajian bagi murid-murid berkeperluankhas sekolah rendah selama enam tahun, sementara bagi sekolah menengah selamalima tahun. Namun demikian, tempoh tersebut boleh dilanjutkan sehingga maksimumdua tahun mengikut keperluan murid-murid berkenaan.Perkhidmatan dan kemudahan pendidikan khas terhadap golongan berkeperluankhas seperti yang dijelaskan di atas tertakluk kepada Akta Pendidikan 1996,Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 Bahagian II 3(2) yangmenjelaskan :“Seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh dididik jika dia mampu untukmengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada orang lain dan disahkan oleh panelyang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai Kementerian Pelajaran danpegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebagai berupaya mengikuti programPendidikan Kebangsaan layak untuk menghadiri program pendidikan khas kecualimurid-murid berikut : (a) murid yang cacat anggota tetapi mempunyai kebolehanmental untuk belajar seperti murid biasa dan (b) murid yang mempunyai pelbagaikecacatan atau yang sangat cacat anggotanya atau yang terencat akal yang berat”.Isu Dikaitkan Dengan Tinjauan LiteratureDi Malaysia, perlaksanaan program transisi masih kurang jelas. Tidak dapatdipastikan peraturan yang memerlukan program transisi dilaksanakan kepadapelajar-pelajar bermasalah pembelajaran di sekolah. Kajian oleh Ab Rahman (2003)mendapati bahawa perlaksanaan transisi di sekolah merupakan program intergrasipendidikan khas hanya dijalankan atas inisiatif penyalaras program. Kajian Tang(2004) pula menyatakan bahawa pelajar kurang upaya boleh memperolehi kemahiranpra vokasional melalui program transisi di mana ia belum dilaksanakan secaramenyeluruh di Malaysia.Manakala di luar negara, polisi pendidikan khas berkaitan perkhidmatan transisi telahberkembang dengan nyata semenjak tahun 1983. The Individuals with DisabilitiesEducation Act (IDEA 1990) menyatakan bahawa perkhidmatan transisi mestilahmempertimbangkan minat, pilihan dan keperluan pelajar. IDEA juga meminta agar
 
Rancangan Pendidikan Individu (RPI), disertakan dengan komponen transisi yangspesifik seperti kenyataan mengenai keperluan perkhidmatan transisi dan agensiyang terlibat. Malah pindaan Akta IDEA pada tahun 1997, menambah bahawapermintaan transisi di dalam Rancangan Pendidikan Individu (RPI) mestilah disertakandengan keperluan perkhidmatan transisi berkaitan dengan kursus yang dipelajariapabila usia pelajar mencapai 14 tahun. Rancangan perkhidmatan transisi juga harusmelibatkan lebih ramai penglibatan pelbagai pihak dan berfokus kepada hasilanselepas tamat persekolahan.Perkhidmatan transisi merupakan satu gabungan aktiviti untuk pelajar, melalui hasildapatan daripada orientasi yang membentuk pergerakan dan sekolah ke aktivitiselepas tamat sekolah termasuk pendidikan selepas menengah, latihan vokasional,intergrasi pekerjaan secara berterusan, pendidikan dan perkhidmatan dewasa, hidupberdikari serta penglibatan komuniti. Gabungan aktiviti berdasarkan keperluanpelajar secara individu, dengan mengambil kira pilihan dan minat pelajar,termasuklah arahan, pengalaman komuniti, perkembangan pekerjaan, dan pelbagaiobjektif kehidupan alam dewasa selepas tamat persekolahan. Ia juga turutmelibatkan kemahiran hidup seharian. Program transisi yang dijalankan bagi setiapkategori kecacatan haruslah mempunyai reka bentuknya sendiri dan disesuaikandengan persekitarannya (Smith 2001).Kohler (1994) menyatakan bahawa sistem pendidikan formal yang terlalumenekankan aspek akademik, terbukti tidak dapat mengeluarkan tenaga mahir danprofesional seperti yang diperlukan oleh pasaran tenaga kerja. Mereka perlu dilatihsemula sebelum dapat memulakan kerja. Menurut Halpern (1993) remaja bermasalahpembelajaran tidak diambil bekerja dan menghadapi kesukaran, antaranya:i. Kesukaran menyesuaikan diri dalam komuniti.ii Kesukaran mendapatkan pendidikan lanjutan apabila mereka menamatkanpersekolahan.iii. Kesukaaan membentuk hubungan sosial.iv. Mengalami perasaan kesunyian yang teruk.Halpern (1993) menyatakan bahawa fokus transisi seharusnya melibatkan kualitihidup sebagai matlamat utamanya iaitu dengan mengambil kira peranan individubermasalah pembelajaran sebagai orang dewasa dan memperbaiki strategipengajaran untuk memastikan pelajar bermasalah pembelajaran mempunyaikemahiran dan kecekalan diri untuk mencapai matlamat hidup berdikari.

Activity (5)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Shasha Jasman liked this
matkronik liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->