You are on page 1of 3

PROGRAM KHAS LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011 PINJAMAN PELAJARAN BOLEH UBAH

MARA menawarkan pinjaman pelajaran boleh ubah kepada pelajar cemerlang lepasan SPM 2011 di bawah Program Ijazah Luar & Dalam Negara dan Program Cemerlang IPMa 2012 yang akan mengikuti pengajian peringkat persediaan terlebih dahulu di pelbagai institusi dan bidang yang ditetapkan MARA berdasarkan syarat-syarat di bawah: 1.0 SYARAT ASAS KELAYAKAN PERMOHONAN 1.1 Pemohon berketurunan Melayu / Bumiputera dan warganegara Malaysia (salah seorang ibu atau bapa pemohon berketurunan Melayu / Bumiputera dan warganegara Malaysia) Menduduki Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2011 bagi kali pertama. Pemohon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama. 1.4 Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya. 2.0 SENARAI KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN MARA 2.1 Sila rujuk kod pada Lampiran A Program Ijazah Luar & Dalam Negara dan Cemerlang IPMa untuk tujuan permohonan. PERHATIAN - Program yang menggunakan kod LN0302, LN0330, LN0331, LN0332, LN0333, LN0334, LN0335, LN0336, LN0337, LN1801 dan LN1802 adalah merupakan program kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

MAJLIS AMANAH RAKYAT

1.2 1.3

Page 1 of 3

3.0

SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK MINIMUM 3.1 Sila rujuk lampiran mengikut program yang ditawarkan seperti di bawah: LAMPIRAN B - Program Ijazah Luar Negara LAMPIRAN C - Program Ijazah Dalam Negara LAMPIRAN D - Program Cemerlang IPMa

4.0

PERMOHONAN 4.1 Permohonan perlu dikemukakan secara atas talian (online) di laman web MARA http://www.mara.gov.my mulai 16 April 2012 22 April 2012. 4.2 Borang permohonan perlu dicetak dan dilengkapkan sebaik sahaja permohonan atas talian (online) dibuat dan dihantar ke alamat seperti di bawah: Program Khas Lepasan SPM 2011 Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA 21 Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur 4.3 Borang permohonan yang telah dilengkapkan perlu diterima MARA sebelum atau pada 25 April 2012. 4.4 Pemohon digalakkan menggunakan perkhidmatan Pos Express ataupun perkhidmatan courier bagi tujuan penghantaran borang permohonan yang telah dilengkapkan. 4.5 Semakan keputusan berjaya panggilan temuduga bagi pemohon yang memilih Program Ijazah Luar Negara boleh disemak mulai 07 Mei 2012 di laman web MARA http://www.mara.gov.my

Page 2 of 3

4.6

Semakan keputusan pemohon berjaya bagi Program Ijazah Dalam Negara dan Program Cemerlang IPMa boleh disemak mulai 15 Mei 2012 di laman web MARA http://www.mara.gov.my

4.7

Semakan keputusan pemohon berjaya bagi Program Ijazah Luar Negara boleh disemak mulai 01 Jun 2012 di laman web MARA http://www.mara.gov.my

4.8

Permohonan yang tidak mendapat maklumbalas daripada pihak MARA selepas 29 Jun 2012 adalah dianggap tidak berjaya.

5.0

PERTANYAAN Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi seperti butiran di bawah: Pengarah Bahagian Penganjuran Pelajaran Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA 21 Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur (u.p: Unit Penajaan Program Khas) Telefon Waktu pejabat Email : 03-2613 2110 / 2075 / 2044 / 2045 / 2050 / 2051 / 2065 : 9.00 pagi hingga 4.30 petang : infobpp@mara.gov.my

Page 3 of 3

You might also like