You are on page 1of 1

Lapan Nasihat Hatim Al Asham

Faedah yang pertama: Sesungguhnya aku telah melihat kepada makhluk-makhluk yang ada didunia ini. lalu aku mendapati bagi setiap makhluk ini mesti ada sesuatu yang dikasihinya dan diasyikinya. Dan aku melihat pula bahawa ada sebahagian daripada sesuatu yang dikasihi itu hanya menemani kekasihnya sehingga sampai ia sakit sahaja, dan ada pula yang sentiasa menemaninya sehingga ke dalam kubur. Manakala yang lainya akan terus balik dan tidak mahu untuk bersama-sama dengan kekasihnya didalam kubur. Ia akan membiarkan kekasihnya tinggal seorang diri di dalam kubur. Lalu aku terus berfikir, dan akhirnya aku membuat kesimpulan bahawa sebaik-baik kekasih itu ialah kekasih setia mengiringi kekasihnya ke dalam kubur dan menjadi penghibur dan teman setia. Dan tidak ada kekasih yang bersedia untuk berbuat demikian selain daripada amalan yang soleh, maka aku terus menjadikan amalan soleh ini sebagai teman dan kekasihku, supaya ia dapat menerangi kuburku, dan menghibur hatiku dan sudah pasti ia tidak akan meninggalkan aku duduk bersendirian.

Ayyuhal Walad, halaman 39

You might also like