Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
2Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Negara Bangsa Vietnam

Negara Bangsa Vietnam

Ratings: (0)|Views: 183|Likes:
Published by adzila

More info:

categoriesTypes, Reviews, Book
Published by: adzila on Aug 27, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

10/29/2012

pdf

text

original

 
Pendahuluan
 Negara dan bangsa merupakan dua konsep yang berbeza. Negara adalah kesatuan geografi-politik manakala bangsa ialah entiti atau kesatuan sosiobudaya. Negara bangsa terbentuk apabila manusia berkongsi sejarah, kebudayaan serta bahasa yang sama dan seterusnya menghasilkan satu identiti.Ia terdiri daripada tiga komponen utama iaitu, negara, individu dan bangsa. Setiap negara bangsamempunyai penduduk yang berteraskan satu bangsa, bahasa, kesusasteraan dan satu kesedarankebangsaan. Selain itu, negara bangsa adalah satu kumpulan manusia dengan identiti yang samayang telah membentuk negara politik sendiri. Justeru, pembentukan negara bangsa satu negaradengan negara lain adalah berbeza berdasarkan kepada perkembangan negara masing-masing.Vietnam telah melalui proses pembentukan negara bangsa setelah perjuangan menuntut kebebasanke atas negara berlaku namun penyatuan masyarakat ini tidak secara menyeluruh tetapi berperingkat-peringkat.
Penyatuan Vietnam Utara dan Vietnam Selatan
Selepas dua tahun menandatangani Perjanjian Paris 1973, tentera DRV (Republik Demokratik Vietnam) dapat menguasai Vietnam Selatan dan menubuhkan kerajaan revolusioner sementaraatau Provisional Revolutionar Government (PRG) bertujuan menguruskan proses penyatuanVietnam.
1
Perjanjian Paris 1973 yang ditandatangani Amerika Syarikat dan DRV melambangkankemenangan DRV dan Komunisme. Oleh itu,tamatlah Perang Vietnam II 1960-1975. Ho ChiMinh, pengasas Parti Komunis Vietnam, pemimpin gerakan revolusioner dan Presiden DRV yangmerupakan penggerak dinamis Vietnam dan lambang semangat nasionalis Vietnam telahmeninggal dunia pada 1969. Beliau tidak dapat melihat kejayaan misi nasionalis menyatukan
1
Peter Church(ed). 1999.
 A Short History of South East Asia.
Australia: Asean Focus Group Pty Limited, hal. 14.
 
Vietnam yang dirancang dan dilaksanakan di bawah kepimpinannya. Oleh itu, nama bandar Saigonditukar kepada nama Thanh Pho Ho Chi Minh (
 Ho Chi Minh City
) sebagai tanda hormat para penyokong dan rakyat Vietnam terhadap jasa beliau. Pada 2 Julai 1976, Vietnam Utara danVietnam Selatan disatukan di bawah pemerintahan Komunis dengan nama baru iaitu Republik Vietnam Sosialis atau Socialis Republic of Vietnam (SRV).
Pembentukan Negara Bangsa
Vietnam telah disatukan di bawah ideologi komunis yang bukannya berasaskan pada penguasaanwilayah kerana ia perlu dipertahankan dengan kekuatan tentera. Kuasa mereka adalah berasaskanhubungan politik yang melibatkan rakyat di luar bandar. Ini telah diperkukuhkan oleh kesamaannilai-nilai yang mereka perjuangkan dengan cara hidup penduduk desa.
2
Hal ini sangat berbezadengan kerajaan Saigon yang tidak mempunyai cara-cara yang sesuai bagi menukar penguasaanwilayah kepada kesetiaan politik. Justeru, Saigon terpaksa menggunakan kekuatan tentera keranatidak mempu bersaing dengan golongan komunis bagi mendapatkan kesetiaan rakyat. Walau bagaimanapun, tindakkan Saigon tidak lagi berkesan malah semakin menurun akibat daripadakejayaan komunis mengembangkan organisasi politik yang berasaskan kepada desa.Masyarakat Vietnam juga telah disatukan oleh agama. Pada pertengahan pertama abad ke-20, muncul taifah Cao Dai (Istana Agung iaitu nama satu tuhan tunggal dan penyelamat atau bersifat baik). Taifah Cao dai adalah gabungan pemujaan roh, agama Buddha, agama Taoisme,Confusianisme dan ajaran agama Kristian. Pengasas taifah Hoa Hao yang mengaku dirinya sebagai penjelmaan ‘Buddha tuan damai barat’, memberi ceramah tentang agama Buddha baru yang
2
Abu Talib Ahmad. 1991.
Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara
. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hal.240.
 
merupakan satu medium kedamaian, keteguhan moral dan kemakmuran. Walau bagaimanapun,kesatuan masyarakat dalam agama ini masih longgar. Hal ini kerana penubuhan Gereja BuddhisVietnam yang menggantikan Jemaah Buddhisme Bersatu pada November 1981 yang beroperasi di bawah kuasa organisasi para komunis iaitu Barisan Tanah Air (Front de la Patrie) dan penubuhanJawatankuasa Perpaduan Orang-orang Katolik Patriotik pada 1983 merupakan penindasan yangnyata. Setiap tahun sejak tahun 1975, terdapat ramai sami Buddha, paderi, orang biara dan orangkebanyakan tanpa mengira agama dipenjara, rumah ibadat dirampas dan masyarakat diugut.Misalnya, Thich Huyen Quang seorang sami telah ditahan kerana dituduh memutarbelitkankebenaran tentang politik agama.Bahasa juga menjadi identiti pemupukan negara bangsa di Vietnam. Bahasa pentingsebagai alat komunikasi dan perantaraan dalam kalangan masyarakat Vietnam. Vietnam meminjamtelah pelbagai istilah sastera, falsafah, dan perbendahaaran Cina namun bahasa mereka mempunyaiidentiti tersendiri dan tidak boleh dianggap sebagai satu dialek Cina, walaupun dialek Cinamemainkan peranan penting dalam perkembangan semantiknya. Hal ini kerana bahasa Cina yangdiasimilasikan oleh orang Vietnam akhirnya berbeza dengan bahasa yang dituturkan oleh orangCina kerana ‘Vietnamisasi’ pengucapan mengikut kecenderungan fonetik Vietnam. Perbezaan inidiperkuatkan lagi oleh perbezaan sintaksisnya. Selain itu, ideogram-ideogram Cina juga diambildan digunakan semasa di bawah penguasaan China. Ideogram ini digunakan secara berterusandalam tulisan selepas kemerdekaan Vietnam kerana hingga permulaan abad ke-20, bahasa Cinaklasik masih menjadi bahasa rasmi dan bahasa pengantar yang dikhususkan dalam pemikiranmasyarakat Vietnam.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->