You are on page 1of 4

PERANAN KERAJAAN DALAM KONTEKS OKU MELALUI PROGRAM PDK

PERANAN KERAJAAN DALAM KONTEKS PEMULIHAN ORANG KURANG UPAYA (OKU) MELALUI PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK) OLEH PUAN JAYALATCHUMY A/P CUMARASWAMY KETUA PENOLONG PENGARAH KANAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN ORANG KURANG UPAYA JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT MALAYSIA ABSTRAK Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) merupakan agensi kerajaan yang diberi tanggungjawab sebagai focal point dalam pembangunan orang kurang upaya (OKU). Dalam konteks pemulihan OKU, Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang dipelopori oleh JKMM sejak tahun 1984 telah terbukti memberikan impak positif ke arah pembangunan dan kesejahteraan OKU. Program PDK merupakan satu kaedah pembangunan komuniti untuk golongan kurang upaya di mana program pencegahan, pemulihan dan pembangunan boleh dilaksanakan dengan penglibatan aktif keluarga dan masyarakat sendiri supaya dapat mengecapi peluang samarata serta diintegrasikan dalam masyarakat. Program ini dibuka kepada OKU dari semua jenis ketidakupayaan dalam semua peringkat umur. Pendekatan yang diamalkan adalah melalui kerjasama bersepadu pelbagai sektor dalam perancangan dan penyediaan perkhidmatan dan kemudahan yang diperlukan. Memandangkan program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibu bapa golongan kurang upaya maka ianya telah diperluaskan dari tahun ke tahun. Sehingga kini terdapat 364 buah PDK di mana seramai 9260 golongan kurang upaya mendapat manfaat daripada program ini. Peranan dan usaha pihak kerajaan dalam memacu pembangunan program PDK tidak dapat dinafikan. Program PDK mempunyai potensi untuk dijadikan satu program pembangunan yang berkesan, bukan sahaja untuk OKU itu sendiri, bahkan untuk masyarakat secara keseluruhannya. Oleh itu pihak kerajaan melalui JKMM akan terus memberi penekanan kepada usaha untuk membangunkan program PDK ke tahap yang boleh dibanggakan, sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

http://pekerjapdk.blogspot.com/2010/04/peranan-kerajaan-dalam-konteks-oku.html

TUGAS, TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN GURU PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS http://pdkselayang.blogspot.com/2010/08/tugas-tanggungjawab-dan-perananguru.html

TUGAS, TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN GURU PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS


1. PENGENALAN Pendidikan Pemulihan adalah satu cabang pendidikan khusus bagi mengatasi serba sedikit tentang masalah pendidikan yang timbul pada masa kini, khasnya bagi kanak-kanak yang nyata sekali menghadapi masalah pembelajaran serta tecicir dan ketinggalan dalam alam pendidikan jika dibandingkan dengan tingkat kebolehan lahiriah mereka. 2. PERANAN GURU PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS Guru Pendidikan Pemulihan Khas memainkan Lima Peranan Penting seperti berikut: 2.1 Peranan Sebagai Penilai ( An Assessment Role ) 2.1.1 Menyedia dan menjalankan ujian saringan untuk mengenal pasti murid-murid yang memerlukan pemulihan khas. 2.1.2 Menjalankan Ujian Diagnostik untuk mengenal pasti masalah pembelajaran yang khusus yang dihadapi oleh murid-murid. 2.1.3 Menjalankan penilaian berterusan dan merekodkannya dengan rapi dan tersusun. 2.2 Preskriptif ( Presciptive Role ) 2.2.1 Merancang dan menyelia serta melaksanakan program individu bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran yang tertentu. 2.2.2 Mengadakan bengkel atau demonstrasi pengajaran pemulihan di mana keadaan memerlukan.. 2.3 Peranan Pengajaran (A Teaching Therapentik) 2.3.1 Mengajar dan membantu murid-murid yang lambat dan menghadapi masalah kemahiran asas 3M. 2.3.2 Mengajar bersama-sama dengan guru mata pelajaran sebagai team teaching / guru pendamping sekiranya perlu.

2.4 Peranan Khidmat Bantu ( A Supportive Role ) 2.4.1 Membantu guru-guru merancang dan penambahbaikkan aktiviti-aktiviti dan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran. 2.42 Membimbing guru-guru melaksanakan teknik dan kaedah mengajar murid-murid yang menghadapi masalah 3M. 2.5 Peranan Perhubungan ( A Liaison Role ) 2.5.1 Berbincang dengan ibu bapa atau penjaga murid untuk mendapatkan maklumat dan latar belakang murid. 2.5.2 Mengajukan cadangan-cadangan kepada ibu bapa bagaimana mereka membantu demi kepentingan pembelajaran anak-anak mereka. 3. TUGAS GURU PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS 3.1 Menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus untuk murid-murid lemah yang terpilih dari Tahun 2 hingga Tahun 6. Keutamaan hendaklah diberi kepada murid-murid Tahun 1 hingga 3. 3.2 Membantu guru-guru asas dalam hal: 3.2.1 Mengenalpasti murid-murid lemah yang memerlukan pengajaran pemulihan sama ada di kelas biasa atau kelas khas. 3.2.2 Merancang dan menyediakan aktiviti-aktiviti serta bahan-bahan pemulihan. 3.2.3 Mengatur jadual waktu untuk pengajaran pemulihan khas. 3.2.4 Mengajar sebagai guru pembimbing untuk membantu guru mata pelajaran asas sekiranya keadaan memerlukan. 3.3 Berjumpa dan berbincang dengan guru , ibubapa, doktor, pegawai kebajikan dan pihak-pihak lain yang boleh membantu untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tingkah laku, kesihatan dan keterangan lain mengenai latar belakang murid. 3.4 Melaksanakan penilaian dan merekodkannya secara berterusan untuk mengetahui prestasi murid-murid yang mengikuti kelas pemulihan. Isi-isi rekod hendaklah mengandungi: 3.4.1 Laporan prestasi murid. 3.4.2 Latar belakang murid. 3.4.3 Laporan kesihatan murid. 3.4.4 Hasil-hasil temubual dan rujukan 3.5 Menyediakan fail diri bagi setiap murid pemulihan. Fail diri murid mengandungi: 3.5.1 Borang Pencalonan. 3.5.2 Borang Latar belakang Murid Pemulihan. 3.5.3 Borang Pengumpulan Maklumat. 3.5.4 Ujian Saringan dan Diagnostik 3.5.5 Lembaran Kerja

3.5.6 Hasil Penilaian yang telah dijalankan. 3.5.7 Catatan-catatan lain yang berkaitan dengan murid. 3.6 Membentuk jawatankuasa Program Pemulihan Khas serta menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. 3.7 Mengadakan bengkel di peringkat sekolah atau daerah di mana keadaan memerlukan. 3.8 Tugas-tugas yang berkaitan dengan kebajkan murid-murid pemulihan di sekolah.

You might also like