You are on page 1of 15

INSTITUT PENDIDIKAN MALAYSIA KAMPUS BAHASA MELAYU

KURSUS PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

NAMA NO. IC KUMPULAN PENSYARAH

:AHMAD FIKRI BIN HASHIM :900108085207 :PPISMP Sem 1A :

Pengenalan Bahasa Melayu ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia. Ia tergolong di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Malaysia,Indonesia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lagi. Walaupun asal usul bangsa Melayu yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang. Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan. Secara amnya Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia, dan Brunei, serta salah satu bahasa rasmi di Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia, dan di Malaysia, bahasa Melayu juga dipanggil bahasa Malaysia. Bahasa Melayu juga ditutur oleh pendudukpenduduk Melayu di Thailand. Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Langka, dan Afrika Selatan juga menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan oleh sbahagian penduduk. Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta termasuk penutur Bahasa Indonesia dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/bahasa Urdu. Selain itu, dilaporkan sebanyak 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka, manakala di China, terdapat radio dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga diajar di universiti-universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, Jerman, New Zealand dan beberapa tempat lain. Bahasa Melayu Piawai ialah Bahasa Melayu Riau, Indonesia, seperti yang dipersetujui oleh Indonesia, Malaysia, dan Brunei. Bahasa Melayu Riau dianggap tempat kelahiran bahasa Melayu. Pada awal 1970-an, Bahasa Melayu dinamakan Bahasa Malaysia atas sebab politik. Namun sejak akhir-akhir ini,

nama "Bahasa Melayu" digunakan semula. Bermula tahun 2007, bahasa kebangsaan Malaysia dinamakan kembali kepada Bahasa Malaysia sebagai simbol bahawa bahasa ini adalah bahasa untuk semua dan tidak mengira kaum. Di Indonesia, bahasa Melayu juga dikenali sebagai Bahasa Indonesia atas sebab persatuan dan kesatuan bangsa Indonesia iaitu Sumpah Pemuda tahun 1928. Di Singapura dan Brunei, Bahasa Melayu tidak mengalami sebarang perubahan nama. Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata. Sebagai contoh, bahasa Melayu Jawa atau bahasa Jawa mempunyai banyak perkataan yang tidak diketahui oleh penutur bahasa Melayu yang lain. Selain itu, bahasa yang digunakan oleh masyarakat peranakan atau Cina Selat (campuran pendatang Cina dan penduduk asal) merupakan campuran antara Bahasa Melayu dan dialek Hokkien. Bahasa ini dahulunya banyak digunakan di negeri-negeri Selat seperti Pulau Pinang dan Melaka. Walaubagaimanapun, kini kaum peranakan lebih gemar berbahasa Hokkien atau Inggeris. Bahasa Melayu merupakan bahasa aglutinatif, bermaksud makna perkataan boleh diubah dengan menambah imbuhan tertentu. Umumnya, kata dasar (atau kata akar) terdiri darpada kata kerja. Secara umumnya, Malaysia menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi pada tahun 1968 tetapi Bahasa Inggeris masih digunakan dengan luas terutama sekali di kalangan masyarakat Cina dan India, sama seperti di Brunei. Berbeza di Indonesia, Bahasa Indonesia berjaya menjadi bahasa perantaraan utama atau lingua franca untuk rakyatnya yang berbilang kaum kerana usaha gigih kerajaan Indonesia dalam menggalakkan penggunaan Bahasa Indonesia selain Bahasa Belanda yang tidak lagi digunakan. Ini kerana mereka menghomati kepelbagaian bahasa di negara itu. Di Singapura, Bahasa Melayu dikekalkan statusnya sebagai bahasa kebangsaan walaupun Singapura mempunyai empat bahasa rasmi (iaitu Bahasa Inggeris, Cina, India, dan Melayu.)

ASAL USUL BAHASA MELAYU Asal usul orang-orang Melayu amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam. Bagaimanapun, istilah "Melayu" adalah sangat baru dan timbul buat pertama kali dalam tulisan Cina antara tahun 644 dan 645 Masihi. Tulisan itu menyebut orang Mo-lo-yeu, tetapi letaknya kerajaan Mo-lo-yeu ini tidak dapat dipastikan: ada yang mengatakan di Semenanjung Tanah Melayu dan ada yang mengatakan di Jambi, Sumatera. Bukti konkrit yang pertama tentang bentuk dan sifat bahasa Melayu hanya terdapat pada tahun 683 apabila batu bersurat dijumpai.
1. di Kedukan Bukit, Palembang, pada 683 Masihi 2. di Talang Tuwo, Palembang, pada 684 Masihi 3. di Kota Kapur, Pulau Bangka, pada 686 Masihi 4. di Karang Brahi, Meringin, daerah hulu Jambi pada 686 Masihi

Bagi sesetengah pendapat, bahasa melayu berasal daripada Asia Tengah tetapi ada juga berpendapat bahasa melayu memang sudh laabertapak di kepulauan Melayu. Bagi teori bahasa ini berasal di Asia Tengah, berpendapat bahawa penutur-penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan Austronesia yang datang sejak 2500 SM dari daerah Yunnan dalam beberapa bentuk gelombang pergerakan manusia dan menduduki wilayah Asia Tenggara. [2] Golongan pertama ini dipanggil Melayu Proto. Kemudian, pada kira-kira tahun 1500 SM, datangnya golongan kedua pula yang menduduki daerah pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara yang digelar Melayu Deutro. Bahasa Austronesia tergolong dalam keluarga bahasa Austris. Rumpun bahasa Austronesia terbahagi kepada empat cabang iaitu.bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu (atau Nusantara), bahasa-bahasa Polinesia, umpamanya bahasa-bahasa Hawaii, Tonga, dan Maori. Bahasa Austronesia juga adalah bahasa-bahasa Melanesia, umpamanya bahasa-bahasa di Kepulauan Fiji, New Caledonia dan Irian. Cabang terakhir ialah bahasa-bahasa Mikronesia, umpamanya bahasa-bahasa di Kepulauan Marianna, Marshall, Carolina, Gilbert

Bahasa Melayu tergolong dalam cabang Nusantara yang mempunyai paling banyak bahasa, iaitu kira-kira 200-300 bahasa. Oleh itu, bahasa-bahasa Nusantara dibahagikan lagi kepada 16 golongan tertentu antaranya, golongan Filipina: umpamanya bahasa-bahasa Tagalog, Iloko, Bikol, dan Sulu. Yang kedua ialah golongan Sumatera: umpamanya bahasa-bahasa Aceh, Batak, Minangkabau, Melayu, Nias, Lampung, dan Orang Laut . ketiga,golongan Jawa: umpamanya bahasa-bahasa Sunda, Jawa, dan Madura.Golongan Kalimantan: umpamanya bahasa-bahasa Iban, Kenya Kayan, dan Melanau pula yang kelima. Yang ke enam ialah golongan Bali-Sasak: umpamanya bahasa-bahasa Bali, Sasak, dan Sumbawa. Seterusnya,Golongan Sulawesi Selatan: umpamanya bahasa-bahasa Makasar, Bugis, dan Seko. Golongan Halmahera Selatan-Irian Jaya: umpamanya bahasa-bahasa Halmahera Selatan, Nufur dan Kowiai juga merupakan gbahasa nusantara.. Menurut ahli-ahli bahasa dan sejarah ini, Melayu Moden berasal daripada bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Induk. Bahasa Melayu Induk berasal daripada bahasa Melayu Purba yang juga merupakan asal daripada bahasa Melayu Kuno. Ini bermakna bahasa Melayu Moden bukanlah merupakan pengembangan daripada dialek Johor-Riau dan bahasa Melayu Moden tidak begitu rapat hubungannya dengan dialek yang lain. Dialek yang lain berasal daripada Melayu Induk manakala dialek Johor Riau berasal daripada bahasa melayu klasik. Bagi teori bahasa melayu berasal dari kepulauan Melayu, penemuan orang Jawa yang berusia ribuan tahun menunjukkan Kepulauan Melayu sudah dihuni manusia, dan bukannya berasal dari Asia Tengah seperti pendapat sesetengah ahli sejarah

Ciri-ciri bahasa
Bahasa Melayu mempunyai pelbagai ciri-ciri tersendiri. Antara ciri-ciri bahasa Melayu adalah bahasa Melayu mempunyai bunyi. Bunyi ini bermaksud hasil bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat sebutan manusai. Bunyi yang dihasilkan oleh bahasa Melayu ayau bahasa-bahasa jain yang kita tidak faham adalah hasil daripada alat-alat yang sama iaitu rongga mulut, paru-paru, lidah dan lain-lain alat artikulator. Bahasa juga mempunyai sistem. Tiap-tiap bahasa mempunyai susunan tertent sama ada dalam bentuk bunyi-bunyi perkataan, susunan perkataan, nahu, ataupun bentuk sintaksi. Terdapat beberapa unit tertentu yang dap digabungkan menjadi satu susunan yang sempurna dari segi strukturnya. Pencatuman unit ini tidak kesemuanya dapat dilakukan melainkan mengikut cara-cara yang ditetapkan;inilah yang dikatakan bahasa mempunyai sistem. Bahasa juga perlu mempunyai makna tersendiri. Bahasa telah wujid besama-sama institusi yang lain. Oleh yang demikian, bahasa dapat menyampaikan dan bertindak sebagai alat komunikasi. Setiap pertuturan pellu mempunyai erti tersendiri yang harus difahami oleh petutur dan pendengar. Ada juga kaitan antara bunyi-bunyi yang dihasilkan dengan kebudayaan di sekelilinya. Ini semua mempunyai makna tersendiri. Antara ciri-ciri lain ialah bahasa mempunyai bentuk.antara bentuk-bentuk yang terdapat dalam bahasa ialahayat-ayat, perkataan, imbuhan, rangkai kata, dan sebagainya. Bagi bahasa Inggeris, computer dan computers mempunyai bentuk dan makna yang berlainan. Hal ini menyebabkan sistem keseragaman tatabahasa tidak dapat dilakukan kerana setiap nahasa mempunyai elbagai bentuk huraian tersendiri. Bahasa berubah mengikut masa dan tempatnya. Bahasa mampu berkembang selagi bahasa itu subur digunakan dalam pertuturan. Perubahan ini berlaku kerana berlakunya pertembungan budaya, pertembungan manusia dan

manusia menyebabkan berlakunya bertambahan dan pengurangan perbendaharaan sesuatu bahasa. Sebagai contoh, perbendaharaan bahasa Melayu telah bertambah akbat kedatangan komuniti luar. Almari, syurga, basikal merupakan antara bahasa yang diambil daripada luar. Bahasa juga bersifat arbitrari bermaksud tidak semestinya terdapat hubungan antara bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan dengan benda-benda yang di maksudkan. Oleh sebab sifat arbitrari inilah maka kita dapati bahasa-bahasa di dunia mempunyai perkataan yang berlainan bagi merujuk kepada benda yang sama. Simbol dan bunyi bahasa bersifat sewenang-wenangnya, iaitu tiada perkaitan antara bunyi dengan simbol secara tetap bagi bahasa-bahasa di dunia ini. Manusia yang berbeza budaya menggunakan bunyi bahasa yang berbezabeza untuk sesuatu simbol yang sama. Setiap bahasa itu mempunyai sifat sejagat atau universal, iaitu sesuatu bahasa itu boleh dituturkan dan dipelajari oleh sesiapa sahaja di dunia ini. Setiap bahasa mempunyai penuturnya dan tidak ada peraturan yang melarang individu lain mempelajari mana-mana bahasa yang dituturkan di dunia ini. Bahasa bersifat sejagat ukan bermakna hanya terdapat satu bentuk bahasa yang dituturkan oleh semua orang. Hal ini kerana bahasa secara alamiah berpontensi untuk berbeza dan beraneka. Namun demikian, terdapat keuniversalan sifat bahasa yang terdapat di dunia ini. Bahasa juga perlu bersifat arbitrari bermaksud tidak semestinya terdapat hubungan antara bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan dengan benda-benda yang di maksudkan. Oleh sebab sifat arbitrari inilah maka kita dapati bahasa-bahasa di dunia mempunyai perkataan yang berlainan bagi merujuk kepada benda yang sama. Simbol dan bunyi bahasa bersifat sewenang-wenangnya, iaitu tiada perkaitan antara bunyi dengan simbol secara tetap bagi bahasa-bahasa di dunia ini. Manusia yang berbeza budaya menggunakan bunyi bahasa yang berbezabeza untuk sesuatu simbol yang sama.

FUNGSI BAHASA MELAYU Menurut Laporan Jawatankuasa Mengkaji Bahasa Melayu(1982),mengatakan bahwa bahasa melayu iala bahasa ibunda kepada orang-orang Melayu. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa pertuturan harian dan bahasa ibunda bagi kepulauan Melayu Bahasa Melayu juga merangkui bahasa bumiputera seperi bahasa-bahasayang terdapat di Sabah dan Serawak. Bahasa ini adalah bahasa asal bumiputera dan tidak didatangkan dari luar. Oleh itu, ianya digelar bahasa bumiputera. Bahasa melayu mempunyai peranan yang tersendiri seperti menjadi bahasa rasmi, bahasa kebangsan, bahasa pengantar selain menjad bahasa pepaduan. Secara umumnya, llmu telah memainka peranabesar sebagai pendukung ilmu pengtahuan serta menjadi alat untuk berkomunikasi. Bahasa melayu juga mempunyaidua bentuk yakni secara formal dan sebaliknya. Bahasa melayu merupakan baasa standart yang dituturkan secara sistematik menggunakan tatabahasa yang telah ditetapkan. Bahasa ini teratur dari segi ayat yang dituturkan,selain mempunyai fakta-fakta dan lebih cenderung bersifat objektif. Bagbahasa tidak formal pula, lazimnya tidak terikat dengan peraturan tatabahasa. Ianya lebih bersifat peribadi dan mesra asalnya pendengar mampu memahami apa yang ingin disampaikan. BAHASA RASMI Bahasa rasmi ialah bahasa yang dgunakan dalam situasi rasmi seperti urusan pemerintahan, pentadbiran, sistem pendidkan, dan urusan-urusan rasmi yang lain. Bagi sesetengah negara, bahasa rasmi digunakan oleh kerajaan dan pemerintah untuk tujuan seharian negara dan fungsiny pula memenuhi beberapa kegiatan pada peringkat kenegaraan seperti bahasa lisan para pegawai kerajaan sewaktu menjalankan tugas-tugas rasmi kerajaan dan media dalam sgala urusan surat menyurat di alam dan antara jabatan. Selain itu juga, ianya bertindak sebagai penulisan dokumen dan rekod kerajaan. Bahasa rasmi juga digunakan dalam menulis semula undang-undang dan peraturan negara.

Dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa bahasa rasmi digunakan dalam senua urusan rasmi kerajaan. Oleh yang demikian, setiap pelaksana dasar kerajan wajib menggunakan bahasa Melayu dalam semua urusan.hal ini meruakan idealisme yang tersirat disebalik pendaulatan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi. Terdapat juga keadaan dimana bahasa minoriti turut diberi pengiktirafan sebagai seperti bahasa rasmi. Ebagai contoh, bahasa Tami dan Manderin telah diajar di sekolah-sekolah jenis kebangsaan tetapi bahasa ini bukanlah bahasa rasmi di Malaysia. Bahasa Kebangsaan Bahasa kebangsaan merupakan sebuah bahasa yang melambangkan identiti bahasa kebangsaan sesuatu bangsa atau negara secara unik. Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang biasanya diangkat menjadi baasa utama sesebuah negara yang berdaulat dan lazimnya digunakan sebagai bahasa rasmi negara tersebut. Ia melambangkan jati diri sesebuah negara dan kewarganegaaan, bukti tentabg kedaulatan yang membolehkan sesebuah negara berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara berdaulat yang lain. Bahasa kebangsaan biasanya menjadi bahasa yang diguna pakai dalam dunia politik dan juga undang-undang. Bahasa ilmu Bahasa ilmu ialah bahasa yang mampu menjadi pengantara untuk menyampaikan ilmu pengeuahuan sehingga ke peringkat tertinggi. Perana bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu telah diperkenalkan seiring dengan penekanan ilmu pengetahuan. Sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu perlu mempunyai pembendaharaan kata, istilah dan bahasa yang sesuai untuk mengungkapkan konsep dan pemikiran yang kompleks dan abstrak. Untuk mencapai taraf sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu perlu mempunyai dua ciri, iaitu intelektual bahasa dan kesempurnaan bahasa. Keintelektual bahasa ini dapat dicapai, terutamanya melalui perbendaharaan kata dan sistem tatabahasa. Bahasa Melayu pada hari ini dapat

memperkatakan bidang yang berbeza daripada yang mampu dicapai oleh bahasa Melayu suatu masa dahulu. Oleh itu, sifat perbendaharaan kata bahasa Melayu turut mengalami perubahan. Jika dahulu pembendaharaan bahasa Melayu turut dipengaruhi oleh perkataan daripada Arab dan Sanskrit kini pekataan daripada bahasa Inggeris sering digunakan, terutamanya dalam bidang ilmu pengetahuan moden. Bahasa pengantar Semasa pemerintahan British, penggunaan bahasa Melayu dalam sistem pndidikan amat terhad. Bahasa Melayu hanya digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah Melayu hinga darjah empat, di Maktab perguruan Sultan Indris, dan di Maktab Perguruan Perempuan Melaka. Kedudukan bahasa Melayu dalam pendidikan negara mulai meningkat apabila bahasa Penyata Razak(1956) dilaksanakan. Penyata Razak juga merupakan asas kepada pembentukan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Dasar ini menyarankan: Tujuan Dasar Pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pembelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa Kebangsaan sebagai bahaa pengantar yang besar. hendaklah dibuat beransur-ansur. Untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama, peralihan daripada bahasa pengantar bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu untuk berbagai-bagai mata pelajaran dimulakan pada tahun 1968. Mata pelajaran sains dan matematik telah mula-mula mengalami proses perubahan ini. Kemudian, sejarah dan geografi pula telah menyusul kemudian. Walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan

Bahasa perpaduan Bahasa perpaduan adalah bahasa yang difahami oleh keseluruhan anggota sesebuah negara, tidak kira bangsa yang terdapat dalam negara tesebut. Di Malaysia, bahasa Melayu difaham oleh semua kaum yang tinggal di Malaysia. Oleh yang demikian, bahasa Melayu dijadikan medium yang sesuai untuk menyatu padukan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa. Bahasa Komunikasi Bahasa Melayu telah menjadi bahasa komunikasi atau bahasa perhubungan di antara masing-masing kerana bahasa ini mudah untuk dipelajari malahan telah menjadi lingua franca sejak kesultanan Melayu Melaka lagi. Yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa komunukasi ialah rakyat jelata dan bukannya golongan elit yang lebih cenderung menggunakan bahasa campuran(Melayu-Inggeris).bahasa ini lebih kepada membina jati diri dan mempunyai ikatan yang kuat dengan emosi

Alat-alat sebutan
Bunyi bahasa dikeluarkan oleh alat-alat sebutan seperti bibir, gigi, gusi lelangit keras, lelangit lembut, anak tekak dan lidah. Selain itu juga, rongga tekak, rongga mulut, rongga hidung, paru-paru, peti suara dan pita suara juga merupakan alat sebutan. Alat-alat sebutan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu pengeluar (artikulator) iaitu alat yang dapat digerak-gerakkan dengan bebas dan dapat diletakkan di beberapa kedudukan. Sebagai contoh hujung lidah, bibir lelangit lembut dan sebagainya. Yang kedua ialah jenis daerah pengeluar (artikulasi) iaitu merupakan tempat-tempat yang dapat dicapai olah artikulator.Contoh, gigi atas, gusi dan lelangit keras. Penggolongan Bunyi Bahasa Melayu Umumnya, dalam bahasa Melayu, terdapat tiga golongan bunyi iaitu vokal, konsonan dan diftong. Kumpulan pertama ialah bunyi yang dihasilkan tanpa gangguan dalam rongga mulut. Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan tidak tersekat atau terhimpit. Bunyi itu hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir. Kumpulan bunyi yang dihasilkan demikian dikenali sebagai vokal. Kedudukan vokal dat ditunjukkan melalui rajah berikut.

depa sempit

tengah

belakan

Separuh

e
Separuh

o a D

luas

Terdapat enam vokal dalam Bahasa Melayu. Lihat jadual di bawah. Lambang fonetik [a] [] [i] [] [o] [u] Contoh perkataan anak, tanah, lada ela, semak, sate iring, kita, seri emak, betul obor, botak, moto ular, sultan, saku perkataan Nota

Tidak terdapat di hujung

Golongan kedua ialah bunyi yang dihasilkan dengan gangguan oleh alatalat sebutan sehingga jalan aliran udara dari paru-paru terganggu, dengan cara disekat atau dihalang dan udara keluar melalui ronga mulut atau rongga hidung. Kumpulan bunyi yang terhasil dikenali sebagai konsonan. Dalam bahasa Melayu terdapat 18 bunyi konsonan asli sembilan konsonan pinjaman. Sembilan konsonan asli dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan iaitu p, t, m, n, /ng/, s, h, r dan l. Konsonan b, d, g, c dan j hanya hadir pada akhir perkataan pinjaman seperti bab, had, beg, koc dan kolej. Huruf konosnan /ny/, w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan. Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan oleh aliran udara yang tersekat atau terhalang oleh salah satu alat sebutan seperti bibir, gusi, lelangit lembut, dan sebagainya dan udara dilepaskan melalui rongga mulut atau rongga hidung. Selain dua golongan utama itu, terdapat pula bunyi geluncuran, iaitu bunyi yang bermula daripada satu vi\oakl dan beralih kepada bunyi vokal yag lain. Geluncuran bunyi vokal ini dikenali sebagai diftong. Contohnya bunyi [ai] bermula daripada bunyi vokal depan luas (a) dan meluncur kepada bunyi vokal depan sempit [i]. Fonem

Fonem ialah unit bahasa terkecil yang berfungsi. Satu unit ujaran yang bermakna, atau perkataan, terdiri daripada beberapa unit bunyi, misalnya kata palu. Kata ini terdiri daripada empat unit bunyi, iaitu p, a, l, u. Unit-unit bunyi ini dipanggil fonem, iaitu unit terkecil yang berfungsi. Jika p diganti dengan m, maka palu akan bertukar menjadi malu. Oleh itu, p dan m adalah unit terkecil yang berfungsi kerana unit itu membezakan maksud ujaran. Alofon Fonem terdiri daripada anggota fonem yang dipanggil alofon. Misalnya fonem p dalam palu, lupa dan luap. Bunyi p dalam palu dan lupa diujarkan sebagai letupan bibir yang sempurna , tetapi dalam luap, bunyi p diujarkan sebagai letupan bibir yang tidak sempurna, yakni tidak diletupkan. Dengan itu, daripada ketiga-tiga contoh kata di atas, fonem p mempunyai dua alofon. Suku Kata Suku kata ialah bahagian perkataan yang berasaskan kehadiran vokal. Suku kata ditandai oleh suatu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau bersamasama dengan konsonan. Dalam bahasa Melayu terdapat sebelas pola suku kata. Suku kata yang berakhir dengan vokal dipanggil suku kata terbuka. Suku kata lain ialah suku kata tertutup kerana diakhiri dengan konsonan. Beberapa jenis suku kata:

1. Kata tunggal satu suku kata Suku kata KV VK KKVK Yu Am draf, gred. Brek Contoh

2. Kata tunggal dua suku kata Suku Kata V + KV V + VK V + KVK VK + KV VK + KVK KV + KVK Contoh ibu, ela, era air, ego ayat, emas anda, angsa entah, untuk, ingkar, bukan, dekat

3. Kata tunggal tiga suku kata Suku Kata KV+V+KV KV + V +KV V + KV + V KV+KV+VK KV+KVK+KVK Contoh biasa, cuaca, suara raikan asia, usia kereta, peluang kepompong, selendang

4. Kata tunggal empat suku kata Suku Kata KV+KV+KV+KV KV+KV+KV+KVK KVK+KV+V+KV Contoh revolusi kemunduran sentiasa

5. Kata-kata tunggal yang lebih daripada empat suku kata ialah: universiti = V + KV + KVK +KV+KV ( lima suku kata)

You might also like