You are on page 1of 19

EDU3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

EDU3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

TEORI TERAPI GESTALT


Teori yang paling berkaitan dengan slot bimbingan yang telah kami laksanakan ialah Teori Terapi Gestalt. Gestalt adalah satu bentuk terapi eksistensial yang berdasarkan bahawa manusia mesti mencari jalan sendiri di dalam kehidupan dan menerima tanggungjawab kalau mereka mahu kematangan. Teori ini sangat menekankan kepada makna manusia dan bagaimana manusia itu membuat pengamatan dan penanggapan serta pengetahuan terhadap segala pengalaman mereka. Matlamat asas klien dalam Teori Terapi Gestalt ialah untuk mendapat kesedaran daripada apa yang dialami dan dilakukan. Klien belajar menerima tanggungjawab daripada apa yang dirasakan , difikirkan atau dilakukan. Kami telah mengaplikasikan teori ini dalam slot bimbingan yang telah diadakan. Kami telah membantu klien untuk memahami diri sendiri dengan bertanyakan beberapa soalan. Contoh soalan-soalan yang telah dikemukakan adalah seperti berikut: Apakah diri anda sebenarnya ? Siapakah yang bertanggungjawab dalam menguruskan diri anda ? Siapakah sebenarnya yang perlu dipersalahkan disebabkan masalah tingkah laku yang anda hadapi ? Apakah manfaat yang anda peroleh daripada tingkah laku ini ?

Soalan-soalan di atas dapat membantu klien untuk menyedari kelemahan diri sendiri dan memaklumkannya kepada kaunselor. Setelah klien memaklumkannya kepada kauselor, kami telah menerangkan tentang kesan tingkah laku mereka ke atas diri mereka, keluarga, masyarakat dan negara. Andaian asas Teori Gestalt ialah individu boleh mengendalikan masalah diri sendiri dengan berkesan terutama kalau mereka sedar apa yang berlaku sekelilingnya. Terapi memberi halangan dan cabaran untuk mendapatkan pengetahuan dan kesedaran supaya mendapat kehidupan yang lebih bermakna. Klien dijangkakan mempunyai kebolehan untuk membantu diri dan mengambil peluang menjalankan

EDU3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

terapi sendiri.

Dalam konteks ini, kami guru pelatih

sebagai kaunselor telah

menjelaskan kepada klien bahawa hanya mereka sahaja yang mampu mengubah tingkah laku mereka. Sekiranya, mereka berusaha untuk mengatasi masalah tingkah laku mereka , mereka mesti boleh melakukannya. Kaunselor Gestalt berpendapat manusia ini sebenarnya lengkap dan

berkemampuan menyesuaikan diri dengan apa yang berlaku dan terjadi pada mereka. Apa yang mereka alami itu sebenarnya diarahkan oleh matlamat dan tujuan sendiri. Justeru itu, manusia berkebolehan mengandaikan tanggungjawab peribadinya dan hidup sebagai manusia yang berguna, seperti personalitI yang sihat itu lahir daripada pengalaman manusia yang bermakna. Gestalt memberi penekanan kepada keadaan semasa dan belajar menikmati dan mengalami sepenuhnya apa yang ada. Passons (1975) telah berpendapat bahawa seorang individu itu berupaya membuat pilihan di atas kesedarannya. Manusia sendiri berkebolehan memerintah kehidupan mereka dengan baik dan berkesan. Terapi Gestalt ini memusatkan kepada perasaan-perasaan klien, kesedaran masa itu, mesej tubuh / badan, dan halangan-halangan kesedaran sendiri. Oleh itu, ia ditekankan kepada membantu klien supaya berurusan dengan nyata dan ketara. Maka, tugas kaunselor ialah mencabar kliennya, sehingga mereka itu belajar menggunakan semua deria sepenuhnya. Adalah peranan kaunselor menggunakan kemahirankemahiran dalam mempergunakan dua derianya iaitu telinga dan mata membantu klien hadir dalam masa sekarang. Kami sebagai kaunselor telah menjelaskan tentang

kepentingan mengubah tingkah laku klien mengikut peredaran masa sekarang. Adalah tanggungjawab setiap insan untuk membentuk tingkah laku positif bagi melalui

kehidupan yang bermakna di dunia yang penuh dengan pelbagai cabaran. Klien-klien dapat mengakuit tingkah laku mereka yang negatif dan berjanji bahawa mereka akan mengubah tingkah laku mereka secepat mungkin.

EDU3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

TEORI TERAPI PEMUSATAN KLIEN


Terapi ini berorientasikan humanistik di mana manusia bersifat positif dan bercenderungan kearah penyempurnaan kendiri. Orang yang bertanggungjawab memperkenalkan teori Terapi Pemusatan Klien ialah Carl Rogers. Beliau yang dilahirkan pada tahun 1902, adalah seorang yang menunjukkan cara terbuka untuk membuat perubahan . Beliau mempunyai azam yang kuat untuk menempuh sesuatu bidang yang belum pernah diterokai oleh sesiapapun. Teori Terapi Pemusatan Klien ini diperkenalkan oleh Carl Rogers dalam buku pertamanya, Counseling and Psychotherapy yang diterbitkan pada tahun 1942. Dalam buku ini, Rogers mempamerkan pendekatan hasil daripada reaksinya terhadap pendekatan tradisi sebelumnya iaitu kaedah-keadah psikoanalisis yang menekankan kepada aspek-aspek diagnostik, mendalami dan pentafsiran. Tetapi Rogers memulakan pemusatannya

kepada pengalaman-pengalaman klien dan juga subjektifnya terhadap fenomena dunia ini.

Pandangan terhadap manusia Bagaimanakah pandangan Rogers terhadap manusia? Setiap individu adalah unik. Manusia berpotensi meningkatkan personaliti dan konsep kendirinya, Kesedaran kendiri seseorang berlaku dalam konteks di mana dia berada, Setiap orang berkebolehan untuk membuat pilihan yang sesuai mengenai kehidupannya.

EDU3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Konsep utama

Berpandukan pandangan terhadap manusia, Rogers menegaskan kepentingan peranan fenomenologi ( rangka rujukan ) dan kendiri seseorang untuk memahami tingkah lakunya. Teori personaliti Rogers mempunyai empat ciri seperti berikut : Reaksi seseorang terhadap dunia fenomenanya bergantung kepada persepsi dan pengalamannya . Fenomenologi seseorang merupakan indikator yang paling baik untuk

memahami tingkah lakunya . Tingkah laku seseorang itu adalah selaras dan kongruen dengan konsep kendirinya. Makin banyak pengalaman yang ditimba dan diterima oleh seseorang makin mudah baginya menerima dan memahami orang lain.

Matlamat kaunseling

Merujuk kepada konsep utama di atas, antara matlamat kaunseling termasuk :

(a) Membantu klien memerihalkan perasaan mereka (b) Mengenalpasti dan membezakan antara parasaan-perasaan yang timbul (c) Mengubah atau menerima perasaan tersebut.

EDU3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Peranan kaunselor

Bagi mencapai matlamat kaunselor tersebut, kaunselor akan berusaha untuk mengurangkan serta menghapuskan segala halangan dan penentangan yang wujud dalam diri klien, seterusnya mengembangkan kebolehannya untuk meluahkan segala perasaan yang terpendam. Kami sebagai guru pelatih yang berperanan sebagai kaunselor telah berusaha untuk mengembangkan kebolehan klien-klien

untuk meluahkan segala perasaan yang terpendam dalam hati mereka. Kami telah meminta klien untuk bersikap terbuka dan menceritakan segala rintangan hidup yang sedang dihadapi. Pendek kata, hubungan antara kaunselor dan klien berasas interaksi dalam persekitaran yang selamat dan kondusif bertujuan meningkatkan proses

pertumbuhan klien menjadi individu yang berfungsi dengan sempurna. Dalam pada itu, kaunselor lebih berperanan sebagai pembimbing, bukannya pakar. Kami telah berusaha secara maksimum untuk klien merapatkan diri mereka dengan kami dan sanggup meluahkan perasaan mereka yang sebenarnya semasa melakukan tingkah laku yang negatif.

Rogers yakin terapi Pemusatan Klien ini adalah berlandaskan kepada teori yang kukuh daripada teori-teori lain kerana ia lebih dekat kepada hubungan teori perkembangan dengan teori personaliti. Beliau memberi Sembilan garis panduan teori personaliti yang digunakan dalam pendekatan pemusatan klien ini. Berikut adalah garis panduan teori personaliti yang digunakan dalam pendekatan pemusatan klien. Semua individu lahir dengan perubahan yang berlanjutan tentang dunia

pengalamannya, di mana dirinya menjadi pusat. Bidang fenomena ini termasuklah pengalaman peribadinya, sekalipun ia cuma hadir dalam kesedaran sahaja. Yang penting ialah hanya dia yang mampu dan dapat menyiapkan segala pengalamannya

EDU3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

sendiri. Tiada siapa yang dapat memahami pengalaman dan penerimaan seseorang itu dalam sesuatu situasi tertentu. Kebanyakan individu bertindak balas dengan bidang fenomenanya sebagaimana yang dialami dan diterimanya. Para individu tidak bertindak balas terhadap kenyataan sebagaimana yang seharusnya diterima. Justeru itu, pendapat pemusatan klien ini terhadap pemahaman seseorang individu tentang bidang fenomenanya akan dapat dibantu menerusi tanggapannya sendiri sebagai

sebahagian daripada proses terapeutik. Tingkah laku adalah berlandaskan matlamat terarah yang dicuba oleh setiap individu dalam mencapai kehendak-kehendak yang dialaminya, di dalam bidang fenomena yang diterimanya. Yakni manusia tidak bertindak balas kepada kenyataan yang sebenar sebaliknya mereka bertindak balas mengikut tanggapan mereka sendiri terhadap sesuatu kenyataan itu sahaja. Fakta yang baik dan lebih menguntungkan bagi mengetahui tingkah laku adalah menerusi rujukan pada suatu rangka di mana seseorang individu itu sendiri ada di dalamnya. Rogers mengenal pasti bahawa rangka dalaman terdiri daripada

sensasi, tanggapan, pentafsiran makna , dan ingatan-ingatan yang berguna pada kesedaran. Konsep diri sendiri ini menjadi tapak atau asas kepada sistem pemusatan klien. Konsep ini sebenarnya dapat menggambarkan keselarian tanggapan seseorang terhadap dirinya semata-mata dan pada orang lain serta benda-benda di

sekelilingnya bersama-sama dengan nilai-nilai yang terdapat pada tanggapannya. Keadaan tidak seimbang yang kerap berlaku antara harapan kesedaran individu dengan tingkah lakunya merupakan hasil perpecahan antara konsep diri seseorang dengan pengalamannya sendiri. Rogers berpendapat , apabila seseorang itu mendapat kesedaran diri, dia membina keperluan pada pandangan positif dan pandangan diri yang positif.

EDU3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Apabila ketidakseimbangan antara gambaran diri dengan pengalaman seseorang itu semakin luas,wujudlah keraguan. Keraguan ini difahami sebagai hasil daripada ketidakseimbangan diri unggul seseorang dengan dirinya yang sebenar. Bagi mengurangi rasa keraguan itu, konsep dirinya hendaklah lebih seimbang dengan pengalaman-pengalaman sebenar seseorang. Oleh itu, diri unggul dengan diri sebenar hendaklah lebih serupa. Seseorang yang berfungsi penuh adalah benar-benar terbuka kepada seluruh pengalaman, mempamerkan sifat menurut kata. Pengalaman-pengalaman

seseorang yang tidak bersyarat dan pandangan diri positif adalah di antara contohcontohnya. Konsep diri adalah seimbang dengan pengalaman-pengalaman , dan seseorang itu boleh mengemukakan asas kecenderungan yang benar.

HASIL DARIPADA PROSES INI

Oleh kerana pandangan pemusatan klien mengatakan bahawa kaunselor harus membenarkan kliennya mengadakan matlamat-matlamatnya, maka dipercayai bahawa individu itu ada tenaga pendorong, kehendak pada kesempurnaan diri, yang membolehkannya membina tingkah lakunya sendiri. Kaunselor yang menyediakan

matlamat-matlamat pada kliennya tidak dapat membantu seseorang itu belajar membina kepercayaan diri sendiri. Pada tahun 1977, pandangan Rogers tentang tujuan terapi bukanlah semata-mata hendak menyelesaikan masalah, tetapi juga hendak membantu klien di dalam proses supaya dia sanggup menghadapi semua masalah yang sedang dihadapi dan yang akan dihadapi pada masa depan. Tujuan yang tersembunyi di dalam terapi ini ialah memberi suasana yang sesuai untuk membantu individu menjadi seorang yang betul-betul berfungsi. Sebelum dapat

EDU3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

berbuat demikian, seseorang itu mestilah membuang topeng yang ada padanya. Ini boleh didapati dengan bercampur dengan orang lain. Klien akan sedar bahawa dia sudah tidak mengawal diri sendiri dengan memakai topeng ini. Apabila berada di dalam sesi terapi, klien sedar akan beberapa jalan yang mungkin boleh diambil. Apabila topeng-topeng telah hilang semasa proses terapiutik apakah yang ada pada seseorang ? Rogers ( 1961) menceritakan bahawa, manusia menjadi orang sebenar adalah seperti berikut: Terbuka kepada beberapa pengalaman . Boleh mempercayai diri sendiri. Mempunyai sumber penilaian dari dalam. Mempunyai kesanggupan untuk meneruskan perkembangan.

Ini adalah ciri-ciri yang menjadi matlamat asas bagi terapi pemusatan manusia.

TEKNIK DAN PROSEDUR


Rogers berpendapat, terapi pemusatan klien lebih mengarah kepada hubungan kaunseling. Dalam rangka kerja pemusatan klien ini, teknik-teknik penerimaan komunikasi, penghormatan, persefaman dan perkongsian dengan klien bagi membina perasaan penerokaan dan juga bentuk dalaman rujukannya oleh pemikiran waras dan tenang dinyatakan. Apa pun bentuk teknik yang timbul mestilah pernyataan yang jujur daripada kaunselor atau terapinya.

Penekanan yang diutamakan ialah hal-hal sekarang. Kaunselor tidak berhak dan tidak patut mengambil tahu hal-hal yang sudah lepas dan sejarah masa lalu

kliennya sehingga mewujudkan keadaan sekarang . Yang dipentingkan ialah apa yang terjadi sekarang dan bagaimana menghadapi masa ini dan masa depannya. Pengubatan perawat tidak diperlukan, kerana ia mencadangkan bahawa manusia mempunyai kekuatan menimbangkan apa yang benar bagi semua individu itu.. Semua manusia bertanggungjawab terhadap segala tindakannya . Jadi, kami telah

EDU3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

memperfahamkan klien bahawa segala tindakan mereka akan mempengaruhi masa depan mereka.

Satu lagi penekanan yang dianggap penting ialah menumpukan perhatian kepada emosi daripada unsur-unsur intelektualisme dalam hubungan kaunseling.

Sebenarnya manusia itu ada pengetahuannya, tetapi ia dilindungi oleh perasaan dan emosi daripada rasa kesedaran lakunya itu. sebenar dan terus ia menerima tingkah

Peranan terapis yang berpusatkan manusia

berpunca daripada beberapa cara

untuk hidup dan sikapnya, bukan teknik yang digunakan untuk klien memilih sesuatu. Hasilnya penyelidikan terapi pemusatan manusia menunjukkan bahawa sikap lebih berguna daripada pengetahuan, teori atau teknik untuk mencepatkan pertukaran personaliti bagi klien. Terapis yang mengamalkan pemusatan manusia mengadakan satu perhubungan di mana klien mengalami satu kesedaran untuk bebas mencari bidang-bidang di dalam kehidupan mereka ketika itu, sudah tidak diberi atau sudah terpesong. Klien kurang mempertahankan diri dan lebih terbuka kepada beberapa kemungkinan datang dari dalam diri sendiri.

Kami sebagai kaunselor semasa slot bimbingan ini telah menggunakan teknik-teknik ini secara maksimum bagi membolehkan murid menyedari diri sendiri dan memahami bahawa segala tindakan yang dilakukannya akan mempengaruhi masa depan mereka. Kami telah menjelaskan bahawa hanya mereka sahaja yang dapat membantu diri mereka untuk mengubah tingkah laku negatif mereka dan menjadi seorang keluarga, masayarakat dan negara. pelajar yang berfungsi kepada

EDU3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

EDU3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Modifikasi tingkah laku melalui ubah suaian Luaran ( modelling) Modifikasi tingkah laku melalui ubah suaian Dalaman/ kendiri

Kaunseling Kelompok

Kemahiran Pemudahcaraan

KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING KELOMPOK

EDU3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

KEMAHIRAN PEMUDAHCARAAN

Pemudahcaraan merupakan proses yang memudahkan sesuatu tindakan . Dalam dunia pendidikan, pemudahcaraan ialah proses yang menggerakkan sesuatu aktiviti pembelajaran agar dapat dijalankan dengan lancar. Maka kemahiran pemudahcaraan merupakan kecekapan guru yang berjaya memotivasikan murid-murid bersedia belajar, membimbing mereka menjalani aktiviti pembelajaran dengan lancar , menggalakkan mereka melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti p&p.

Komponen-komponen

Kemahiran

Pemudahcaraan

untuk

aktiviti

perbincangan :
Kemahiran menentukkan struktur perbincangan.
Kami sebagai kaunselor telah menentukan struktur perbincangan sebelum mengadakan perbincangan ini.

Teknik memulakan perbincangan.


Kami telah memulakan perbincangan melalui satu persembahan power-point dan tayangan klip video mengenai tingkah laku negatif yang berkenaan dengan murid.

Teknik mengawal proses perbincangan. Kesan penggunaan kemahiran pemudahcaraan:


a) Teknik melibatkan klien-klien menyertai aktiviti perbincangan. b) Kemahiran menggunakan teknik lisan dan bukan lisan. c) Kemahiran menggunakan teknik menyoal.

Kemahiran mewujudkan suasana kondusif untuk perbincangan.


Kami telah menyediakan makmal komputer yang luas dan sedia dengan kemudahan hawa dingin bagi mengadakan slot bimbingan kaunseling ini supaya murid berasa selesa dan mampu mengeluarkan pemikiran dan pandangan mereka.

EDU3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Kemahiran membimbing klien klien merumus dan membuat cadangan.


Pada akhir slot bimbingan, kami telah memberikan satu borang senarai semak kepada klien bagi merumus dan membuat cadangan mengenai slot bimbingan yang telah diadakan.

KAUNSELING KELOMPOK

Kaunseling kelompok ialah proses sosial tentang masalah perkembangan dan sikap para murid di bawah keadaan terkawal. Ini kandungan kaunseling kelompok merangkumi keperluan dan minat bersama di kalangan sekumpulan murid. Peringkat-peringkat Kaunseling Secara Kelompok : 1. Mengenal pasti dan membentuk kumpulan serta objektif untuk Kaunseling secara kelompok. Kami guru pelatih telah menetapkan objektif slot bimbingan selepas mengenalpasti masalah klien. 2. Sesi sumbangsaran: Orientasi dan pendedahan diri. Konflik dan pertentangan Perkembangan hubungan yang rapat dan integrasi Mengusulkan alternatif penyelesaian masalah Membuat keputusan berdasarkan rumusan.

3. Tindakan susulan.

EDU3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

MODIFIKASI TINGKAH LAKU MELALUI UBAH SUAIAN DALAMAN/ KENDIRI

Untuk mengubah tingkah laku murid yang bermasalah kepada tingkah laku positif, salah satu cara ialah penggunaan modifikasi tingkah laku melalui ubah suaian dalaman, iaitu ubahsuaian kendiri. Ubah suaian dalaman ini boleh diuruskan melalui dua cara , iaitu pengurusan diri dan pengubahsuaian kognitif. Kami telah menggunakan cara pengurusan diri dalam slot bimbingan yang telah kami adakan. Modifikasi Tingkah laku Melalui Pengurusan Diri Modifikasi tingkah laku pengurusan diri meliputi langkah-langkah berikut: Menetapkan matlamat yang hendak dicapai oleh murid sendiri. Murid berusaha mengubah tingkah laku sendiri. Murid sendiri menilai kemajuan kendiri atau pencapaiannya dengan menggunakan senarai semak atau carta. Berdasarkan maklum balas daripada hasil penilaian, mengambil tindakan susulan untuk membaiki tingkah laku yang telah diubahsuai. Modifikasi Tingkah laku Melalui Ubah Suaian Luaran ( Modelling)

Modifikasi tingkah laku melalui permodelan ini merujuk kepada peniruan melalui pemerhatian tingkah laku seorang model yang disanjungi dan secara tidak

langsung mengubah tingkah lakunya.

Ciri dan Proses Permodelan Bandura a) Unsur- unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan. b) Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, misalan dan teladan. c) Murid meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demonstrasi guru sebagai modelnya, dan dapat menguasai kemahiran itu jika dia memperoleh kepuasan dan peneguhan yang berpatutan.

EDU3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

d) Proses pembelajaran meliputi pemerhatian, pemikiran, peringatan, peniruan dengan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai.

Kami telah mengaplikasikan Proses Permodelan Bandura ketika slot bimbingan ini diadakan. Di kelas 4V ini terdapat seorang klien yang bernama Sai Nath yang merupakan murid yang paling memberi tumpuan di kelas semasa aktiviti p&p dijalankan. Murid ini sangat menghormati guru, mendengar arahan guru dan bekerjasama dalam aktiviti kumpulan. Murid ini dapat menyiapkan segala tugasan yang diberikan oleh guru dan digelar sebagai murid yang pandai dan aktif di kelas 4 V ini. Kami telah memanggil murid di hadapan kelas semasa aktiviti slot bimbingan dan telah memberitahu kepada murid-murid yang lain

bahawa mereka perlu menganggap perbuatan murid ini sebagai teladan dan Role model kepada mereka dalam mengatasi masalah tingkah laku mereka.

EDU3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

Kemahiran Menyoal

Kemahiran Mendengar

Kemahiran Memberi Perhatian

Kemahiran Membina hubungan

Kemahiran asas Kaunseling Individu

EDU3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

MEMBINA HUBUNGAN
Proses kauseling merupakan perhubungan antara kaunselor dengan kliennya yang meminta bantuan. Untuk mencapai objektif kaunseling denga berkesan , maka membina hubungan atau rapport di antara kaunselor dengan klien merupakan syarat yang amat penting. Kami telah menggunakan kemahiran ini semasa slot bimbingan kami.

KEMAHIRAN MEMBERI PERHATIAN

Semasa sesi kaunseling, memberi perhatian biasanya merujuk kepada komunikasi bukan lisan, walaupun ia juga diperlukan dalam komunikasi lisan. Komunikasi bukan lisan boleh dibahagikan kepada beberapa komponen iaitu gaya badan, gerak isyarat, air muka, kontak mata dan juga nada suara. Kami guru pelatih yang berperanan sebagai kaunselor telah menggunakan kemahiran-kemahiran ini secara sepenuhnya dalam slot bimbingan.

KEMAHIRAN MENDENGAR

Mendengar adalah berkaitan dengan memberi perhatian. Rogers ( 1951) merumuskan : Tanpa perhatian, mendengar sahaja tidak akan membawa kefahaman, maka komunikasi tidak akan wujud. Sewaktu slot bimbingan, masa digunakan untuk mendengar berlaku lebih banyak daripada berucap dan respons, terutama di dalam peringkat awal slot bimbingan. Kaunselor telah mendengar punca tingkah laku klien dan klien mendengar bimbingan kaunselor dengan teliti. slot

EDU3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

KEMAHIRAN MENYOAL

Di dalam bidang kaunseling, fokus menyoal bukan ditumpukan untuk mencungkil maklumat seperti temu bual yang lain. Apabila kemahiran menyoal diaplikasikan dalam kaunseling, sungguhpun untuk memperolehi maklumat yang tertentu, fokusnya adalah ditumpukan untuk membangkitkan perasaan. Kami juga telah menggunakankemahiran ini semasa sesi bimbingan diadakan secara maksimum.

You might also like