You are on page 1of 2

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu Ya Allah kerana dengan limpah kurnia dan inayah-Mu pada hari ini

kami dapat berkumpul di dewan yang indah ini. Kami berkumpul untuk mengisi keredhaan-Mu dalam seluruh hidup kami. Kami berkumpul untuk bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan

ke arah memajukan lagi Badan Kebajikan Kakitangan Islam MKM ini , demi kebaikan seluruh ahlinya dan umat Islam ya Allah...

Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) , saf kepimpinan yang kami lantik akan menjadi pemimpin yang bertanggungjawab, mempunyai keyakinan yang tinggi , ketabahan yang padu, dan bersedia mencurahkan bakti kepada Badan Kebajikan Kakitangan Islam MKM yang tercinta ini.

You might also like