You are on page 1of 29

PENGENALAN Islam telah melahirkan antara tamadun manusia yang terunggul di dunia.

Kehebatan tamadun Islam telah mengubah arah kegelapan tamadun barat menjadi sebuah tamadun yang hebat hingga ke hari ini. Kajian demi kajian dibuat terhadap tamadun Islam telah melahirkan banyak ahli fikir eropah. Secara kasar tamadun Islam lebih mementingkan akhlak keperibadian mulia setiap insan tanpa membezakan setiap bangsa. Namun tamadun barat lebih mementingkan kepada keuntungan atau lebih tepat materialistic (kebendaan) walaupun soal akhlak insan terbiar

DEFINISI TAMADUN ISLAM DEFINISI MELALUI BAHASA: Bahasa Arab 1. badarah dikaitkan dengan kehidupan berpindah randah di pedalaman yang jauh daripada kemajuan,serta lebih banyak bergantung kepada pertanian dan ternakan bagi memenuhi keperluan hidup 2. Umran adalah terbitan dari perkataan Amara yang berertikawasan tanah atau rumah yang didiami, diduduki orang, tinggal menetap, segolongan penduduk yang menetap dan seumpamanya dalam suatu keadaan yang berkembang subur lagi makmur dari keadaan kering tandus atau terbiar dan binasa 3. Hadarat membawa erti suatu wilayah, daerah atau bahagian dari ibukota-ibukota atau bandar-bandar atau kampung-kampung dan dari kawasan yang didiami 4. maddana dan madana yang bermaksud membangunkan kawasan (material) dan akhlak (kerohanian). Bahasa Inggeris 1. civilization yang diambil dari bahasa Latin civitas berertibandar. Bahasa Melayu 1. peradaban merujuk kepada keadaan masyarakat manusiayang dicirikan oleh taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik dan lainlain), negara dan penduduknya yang telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran,budaya atau cara hidup orang-orang ( negara,

kawasan,atau sesuatu zaman), dan keadaan pemikiran ( budaya dan moral yang halus). Kamus Dewan (Edisi Ketiga), 1994.Kuala Lumpur: DBP. kebudayaan diertikan sebagai hal-hal yang berkaitan dengan budi dan akal manusia

DEFINISI TAMADUN MENGIKUT : PERSPEKTIF ISLAM Ibn Khaldun Ibnu Khaldun dalam kitabnya al-Muqaddimah memperkenalkan dua terminology al umran dan al hadarah dalam abad ke 14 yang membawa maksud sekumpulan manusia yang tinggal kekal di sesuatu tempat atau kota atau wilayah dan tanah pertanian yang akhirnya merintis kemajuan,kemakmuran dan pencapaian yang bersumberkan agama. Abu Nasir al Farabi Telah memperkenalkan istilah al madaniah dalam abad ke 11 Masihi dalam kitabnya as Siyasah al Madaniah. Terminologi ini diambil daripada akar kata Madinah iaitu sebuah Negara Islam yang pertama yang diasaskan oleh Rasuulah s.a.w. Madaniah yang digambarkan oleh Farabi ialah pencapaian umat Islam di kota yang berasaskan wahyu iaitu akidah, syarak dan akhlak. PERSPEKTIF BARAT 1. E.B Taylor Tamadun ialah suatu rangkaian rumit yang merangkumi aspek aspek keilmuan, kepercayaan, kesenian, nilai nilai moral,perundangan, tradisi, bakat dan kebolehan yang dihasilkan oleh masyarakat 2. Arnold Toynbee Tamadun ialah suatu sistem yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai empat elemen, iaitu bahan bahan ekonomi, system politik,pengetahuan dan seni. 3. J.K Fiebleman Tamadun ialah kepandaian mengeksploitasi material oleh masyarakat. Dengan perkataan lain, proses masyarakat ke atas material dengan sendiri menjadikannya barang baru bagi sesuatu keperluan.
2

PRINSIP ASAS TAMADUN ISLAM 1. SOSIOEKONOMI Prinsip paling asas yang membolehkan manusia menjalani kehidupan seharian dengan lebih sistematik . Ini adalah berdasarkan kepada pengertian badarah yang bermaksud kehidupan manusia yang menetap. Menurut Wan Abdul Rahman Latif : Kehidupan secara sistematik dapat menggerakkan pertumbuhan ekonomi sehingga membawa perubahan kepada bilangan penduduk, sistem sosial,pengkhususan kerja dan sebagainya.

2. INTERAKSI MANUSIA DAN ALAM Kehidupan manusia dengan diri sendiri tidak akan sempurna tanpa penglibatan manusia lain.Paling minimum manusia memerlukan ibu dan bapa, atau seorang teman. Interaksi dengan alam harus dibudayakan secara kolektif kerana secara fizikalnya saiz alam adalah terlalu besar untuk dinisbahkan kepada sesebuah masyarakat. Pemasyarakatan dan pembudayaan idea, tenaga, usaha dan pengalaman yang terhasil daripada interaksi manusia dengan alam membawa manusia memahami kejadian alam seterusnya membawa kepada kelahiran tamadun.

3..DAYA KREATIVITI MANUSIA Sebagai contoh, manusia melihat tindak-tanduk haiwan disekelilingnya mengurus kehidupan seperti mencari makanan,mencari tempat perlindungan membolehkan manusia berfikir untuk membuat perkara yang sama dengan lebih sistematik dan kreatif. Hakikatnya, manusia dibekalkan dengan akal fikiran dan pancaindera untuk berfikir dan mencari penyelesaian daripada maklumat yang diperolehPengalaman manusia berinteraksi dengan alam mengajarnya menjadi kreatif

4.PERSAINGAN MANUSIA Antara faktor yang mempengaruhi kehendak manusia ialah peningkatan usia, perubahan psikologi dan perubahan cara hidup. Dalam memenuhi kehendaknya, manusia perlu berdepan dengan dua batasan :

1) keupayaan diri yang dimiliki 2) sumber yang diperlukan Faktor ini menyebabkan manusia terpaksa bersaing membawa kepada perkembangan yang positif.

5. PEMINJAMAN KEPAKARAN Kerana memiliki keupayaan diri, manusia memerlukan pertukaran bantuan dan kerjasama.Sebagai contoh peminjaman perkataan tamadun daripada bahasa Arab kerana perkataan itu tidak pernah wujud dalam bahasa dan pemikiran orang Melayu.Berdasarkan pandangan Ibn Khaldun, manusia secara semulajadi dilahirkan dengan sifat madani..Perkongsian idea dan kepakaran dapat menjimatkan tenaga, jarak dan masa.Walaubagaimanapun, perkara tersebut tidak dinafikan dapat membawa kepada ancaman dan pertembungan akibat daripada perbezaan yang sukar untuk disatukan.

SUMBER TAMADUN ISLAM Sumber Tamadun Islam yang paling utama ialah aqidah dan syariat . Aqidah merupakan seluruh kepercayaan terhadap keesaan Allah s.w.t. Asas aqidah terkandung dalam syahadah iaitu tiada tuhan yang sebenar selain Allah. Aspek ini menjadi aspirasi dalaman bagi setiap orang islam dalam melakukan pekerjaan dan berusaha untuk mendapat keredaan Allah. Aqidah bersifat sarwajagat dan tidak terikat dengan mana mana bangsa dan boleh diterima oleh semua bangsa di dunia. Inilah faktor utama yang menyebabkan agama islam dan tamadun islam cepat berkembang bukan sahaja di Afrika dan Asia tetapi juga di Eropah. Manakala syariah pula ialah undang undang dan hokum islam yang berdasarkan sumber rujukan kitab Al- Quran dan sunnah . Sunnah merupakan perjalanan hidup Nabi Muhammad s.a.w yang merangkumi percakapan , perbuatannya,dan pengakuannya. Ia merupakan sumber kedua terbesar syariah dan tamadun islam serta diiktiraf oleh semua mazhab dalam islam. Dalil al quran tentang kebenaran sunnah dijelaskan dalam Surah al- Hasyr : 7 yang bermaksud,dan apa yang
4

dibawa oleh Rasul kepada kamu ,maka hendaklah kamu terima,dan apa yang ditegah olehnya hendaklah kamu tinggalkan. Peranan sunnah menjelaskan apa yang tersurat di dalam al- quran.manakala syariah menjadi aspirasi penunjuk arah ke arah pembinaan tamadun . Antara asas tamadun ialah ilmu,amal dan iman. Kesepaduan ketiga- tiga ini akan mencantumkan peranan roh,akal dan jasad yang menjadi asas kepada pembentukan peradaban tamadun islam pada zaman kegemilangan islam dahulu. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w konsep Ijma telah digunakan iaitu Persetujuan atau permuafakatan para mujtahidin umat NabiMuhammad SAW selepas kewafatan baginda.Ijma menjadi sumber rujukan sesebuah tamadun selepas Al-Quran danAl-Hadis. Contoh dalil :Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah kepada Allah dan Rasul, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama dan lebih baik akibatnya. (An-Nisa : 59). Sumber yang seterusnya ialah Qiyas iaitu menetapkan sesuatu hukum yang tertentu pada masa yang lain kerana persamaan kedua-keduanya dari segi illah. Dalil : Maka ambillah (kejadian itu) untuk pelajaran, wahai orang-orang yang mempunyai pandangan. (Al-Hasyr : 2)

MATLAMAT TAMADUN ISLAM Matlamat tamadun islam ialah mengatur dan menyempurnakan tiga perkara iaitu Hubungan manusia dengan pencipta ( Hablumminallah ). Tamadun Islam mengatur dan menyempurnakan hubungan dengan penciptanya melalui rukun iman yang mempunyai enam perkara,rukun islam 5 perkara,doa,zikir,taubat,tyasbih, jihad ,amar makruf nahi mungkar . Ini adalah merupakan ibadah khusus yang merupakan fungsi utama manusia diatas dunia ini sebagai khalifah Allah.hal ini telah dijelaskan Allah s.w.t dalam ayat terjemahannya iaitu Ingatlah ketika tuhan mula berkata kepada malaikat bahawa aku akan melantik khalifah di bumi. Mereka menyampuk: Adakah patut engkau jadikan orang yang akan merosak dan melakukan pembunuhan padanya ? sedangkan kami bertasbih memujimu dan memuliakanmu. (Allah berfirman ) sesungguhnya aku lebih mengetahui tentang sesuatu yang kamu tidak tahu.
5

Kehidupan manusia di dunia adalah sementara dan ia adalah merupakan jambatan ke akhirat . Manusia dituntut untuk beribadah kepada Allah s.w.t. dan tidak melakukan perbuatan syirik iaitu menduakan tuhan seperti menyembah berhala,manusia,jin,malaikat,roh keramat dan orang yang telah meninggal dunia.Manusia perlu beribadah dan mencari bekalan yang secukupnya di akhirat yang kekal nanti. Matlamat yang kedua ialah tamadun islam ialah mengatur dan menyempurnakan hubungan manusia dengan manusia (hablumminannas).Ini meliputi pembentukan sahsiah keluarga,hidup berjiran,pembentukan masyarakat,pemerintahan,pentadbiran,ekonomi,pendidikan,kebudayaan dan segala bidang kehidupan manusia. Ini semua dikenali sebagai ibadat umum.Manusia mendapat penghormatan yang sama daripada Allah s.w.t iaitu sebagai khalifah dimuka bumi ini.Oleh itu manusia bertanggung jawab dlam bermuamalah secara yang ditentukan oleh Allah s.w.t. Mereka yang paling mulia disisi Allah ialah mereka yang bertakwa.Hablumminannas juga penting bagi menyempurnakan kemuliaan kejadian manusia itu sendiri. Manusia perlu melakukan muamalah islam kerana islam iaitu memperjuangkan kesatuan umat manusia. Selain daripada itu juga hablumminannas perlu menyedarkan manusia dan menginsaf manusia supaya lebih bertakwa kepada Allah s.w.t. Walaupun dikurniakan pangkat yang tinggi ,kuasa ataupun harta manusia tidak boleh leka. Mereka perlu bersyukur dan meningkatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t. Jika manusia kufur akan mendapat pembalasan yang amat pedih di dunia mahupun akhirat. Matlamat seterusnya ialah tamadun islam perlu menyempurnakan hubungan diantara manusia dengan alam. Di atas muka bumi ini terdapat pelbagai haiwan,tumbuhan dan galian.Bahan ala mini amat berguna kepada manusia dengan menjadikan sebagai makanan,kelengkapan rumah,dan sebagainya. Oleh sebab itu manusia ditegah untuk melakukan perkara perkara yang mungkar seperti membunuh haiwan ,memusnahkan tanaman. Tamadun Islam mewajibkan manusia berusaha untuk kesejahteraan hidup di atas muka bumi ini tanpa merosakkan alam.contonhnya seperti menangkap ikan dengan menggunakan tuba dan bom.
6

CIRI CIRI KONSEP TAMADUN ISLAM Apabila membicarakan tentang tamadun,ia tidak boleh dipisahkan dengan kebudayaan. Kebudayaan merupakan keseluruhan tamadun hidup manusia,sementara tamadun adalah merupakan pecahan daripada kebudayaan itu. Kebudayaan dan tamadun merupakan dua konsep yang paling utama dan mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Kebudayaan juga boleh diertikan sebagai cara hidup. Kebudayaan islam ,bererti cara hidup orang islam manakala kebudayaan barat adalah cara hidup orang barat. Kebudayaan islam dilaksanakan dalam masyarakat islam yang digariskan mengikut apa yang terdapat di dalam al-Quran dan al-hadis Nabi s.a.w. Ibnu Khaldun berpendapat bahawa ciri tamadun ialah kehidupan bandar yang merangkumi : i) ii) iii) iv) v) Agama yang lebih tinggi Sistem perundangan yang teratur Sistem negara yang teratur. Sistem tulisan yang mantap. Bentuk seni yang jelas. Jurzi Zaydan pula mengatakan ciri-ciri tamadun ialah memberi perhatian kepada pemerintahan Islam termasuklah i) ii) iii) iv) sistem pentadbirannya, bandar-bandar Islam susun lapis masyarakat sosial yang teratur rapi. perkembangan ilmu sains dan pendidikan yang tinggi. bangunan-bangunan yang mempunyai ciri Islam dan kesenian Islam yang halus. v) Pembangunan dan pertumbuhan bandar telah diterima oleh kebanyakan sarjana sebagai ramuan utama dalam melihat kelahiran Tamadun Islam. vi) Bandar-bandar Islam ini telah mengembangkan Islam dan ada ikatan dengan kemantapan ekonomi.
7

CIRI CIRI TAMADUN ISLAM Terdapat beberapa cirri ciri yang utama dalam tamadun islam di antaranya ialah : 1. RABBANI Agama Islam didokongi oleh ilmu ketuhanan yang tinggi sekali. Setiap umat islam perlu mengetahui matlamat matlamat yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. dengan mengabdikan diri kepada Allah s.w.t . Di samping itu juga setiap umat islam perlu menjalankan tugas sebagai khalifah di bumi. Al-quran dan sunnah perlu dijadikan panduan dalam kehidupan sebagai umat islam di muka bumi ini.

2.

KESEIMBANGAN DAN KESEDERHANAAN Keseimbangan dalam segala aspek kehidupan rohani dan jasmani,masyarakat

dan individu,dunia dan akhirat. Umat islam perlu menjalani kehidupan di dunia ini dengan seimbang iaitu beribadah kepada Allah s.w.t dan aktiviti hidup di dunia. Manusia tidak boleh leka dalam mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Kesederhanaan perlu ada dalam melaksanakan segala perintah Allah s.w.t. tetapi tidak pula dengan maksud mempermudahkan segala urusan.Amalan ini ada kaitan dengan keadilan.Dalam al Quran terdapat beberapa saranan tentang perlu adanya kesederhanaan antaranya ialah dalam surah al- Anam yang bermaksud Dan janganlah kamu melampaui batas,sesungguhnya Allah tidak menyukai orang orang yang melampaui batas.Amalan kesederhanaan telahpun diamalkan pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w.

3.

UNIVERSAL Tamadun Islam tidak terikat dengan bangsa,tempat atau tempoh tertentu bahkan

ia milik seluruh manusia. Tamadun Islam menepati keperluan segala situasi dan peredaran zaman.

4.

IDEAL DAN REALISTIK Idea bermaksud meletakkan manusia pada tingkat yang paling tinggi dengan

mengawasi setiap gerak geri manusia. Realistik pula bermaksud mengambil kira hakikat yang berlaku iaitu di dunia yang nyata.

5.

TETAP DAN ANJAL Ciri Tamadun Islam yang seterusnya ialah tetap dan tidak berubah pada

matlamat dan sasaran tetapi anjal pada cara dan pelaksanaannya. Kebebasan diberikan kepada umat untuk merealisasikan tamadun bagi mencapai matlamat yang dikehendaki tetapi mengikut acuan yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t.

6.

MENYELURUH PADA SETIAP ASPEK KEHIDUPAN Merangkumi bidang aqidah,syariah,akhlak hubungan dengan Allah s.w.t,dengan

sesame manusia dan alam. Satu seruan keadilan untuk semua sama ada islam mahupun bukan islam,musuh atau kawan,termasuk hubungan antarabangsa,ilmu dan ibadah.

NILAI NILAI UNIVERSAL TAMADUN ISLAM Tamadun mempunyai dua bentuk iaitu tamaddun materiall dan tamaddun spiritual. Tamadun-tamadun utama dunia di dunia mempunyai persamaan dan perbezaan baik dalam aspek spiritual ataupun material. Persamaan dan perbezaan ini boleh dilihat dalam pelbagai aspek utama seperti dalam aspek a. teologi, b. etika, c. pemikiran, d. kebudayaan dan kesenian serta pencapain-pencapainnya. Etika terbahagi kepada beberapa perkara penting iaitu a. Alam sekitar b. Keluarga c. Komuniti d. Kegiatan ekonomi e. Pendidikan f. Kesihatan

PERSAMAAN DAN PERBEZAAN 1. TEOLOGI Kepercayaan kepada tuhan merupakan asas yang utama dalam Islam, Kristian, Yahudi dan Hindunisme. Konsep monoteisme dalam agama Islam, Kristian, Yahudi dan Hindunisme, namum demikian menifestasi konsep monoteisme Kristian, Yahudi dan Hindunisme adalah berbeza dengan Islam. Agama Islam, Kristian dan Yahudi telah dikembangkan oleh nabi-nabi yang mendapat wahyu dari Allah swt. Sebaliknya kewujudan agama Hindu adalah agak kabur dan agama ini tidak mempunyai pengasas ataupun nabi. Hubungan yang rapat antara Islam dan Kristian serta Yahudi dijelaskan dalam al-Quran dan penganut-penganut agama Kristian dan Yahudi dikenali sebagai ahlu-Kitab. Teologi adalah aspek tamaddun spiritial yang penting bagi sesebuah masyarakat. Sementara Buddhisme bukanlah satu doktrin agama atau metafizik, tetapi ia lebih merupakan sebuah ajaran yang berpasksikan kepada moral dan etika. Dalam ajaran
10

Buhhdisme tidak membincangkan mengenai konsep ketuhanan sebaliknya membincangkan perilaku-perilaku yang sepatutnya diamalkan oleh manusia-manusia demi melapasi kesengsaan hidup dan mencapai kebebasan diri ataupun nirwana. Oleh kerana Buddhisme terbina dalam sebuah kerangka sosio-budaya masyarakat India maka ia tidak dapat dipisahkan daripada beberapa aspek dan konsep Buddhisme yang didapat dicari persamaan dalam ajaran-ajaran Hinduisme. Persamaan yang dapat dilihat dalam aspek teologi di antara tamaddun ialah:

a. Semua tamaddun besar menekankan aspek ketuhanan, kecuali Buddhisme sahaja yang memberi keutaman kepada aspek moral dan etika.

b. Semua agama memepunyai doktrin dan amalan-amalan tertentu dalam agama yang perlu dilaksanakan oleh pengikut-pengikutnya. Bagi orang Islam, solat lima waktu sehari semalam, puasa di bulan Ramadhan, zakat, menunaikan haji adalah satu doktrin ajaran Islam yang wajib dituruti. Rutin agama yang tertentu sebagaimana agama Hindu, sembahyang di gereja bagi penganut Krisitan dan sebagainya. Itu adalah satu doktrin ajaran yang mengandungi amalan-amalan yang membezakan aspek teologi spiritual.

c. Aspek-aspek kefahaman seperti hidup selepas mati, syurga, negara mempunyai persamaan dikalangan agama samawi ( Islam, Kristian dan Yahudi ).

d. Dalam beberapa ajaran dan kefahaman Hindunisme dan Buddhisme terdapat juga beberapa sapek persamaan seperti konsep kelahiran semula, konsep Karma ( ialah yang berkaitan dengan pembalasan yang setimpal dengan usaha dan perlakuan manusia )

Perbezaan yang ada diantara tamadun besar dalam aspek teologi pulak ialah:

a. Menifestasi ketuhanan yang berbeza dalam agama tersebut, contohnya monotisme dalam Islam adalah berbeza dengan konsep monotisme dalam agama Kristian dan Yahudi. Dalam agama Kristian konsep triniti adalah berbeza dengan konsep
11

ketunggalan Tuhan dalam Islam.Begitu juga dengan konsep asosiasi dalam agama Yahudi dan Kristian adalah berbeza dengan konsep monotisme agama Islam. Manakala konsep monotisme dalam agama Hindu membenarkan Tuhan mereka digambarkan dalam pelbagai bentuk dan rupa juga bertentangan dengan Islam. Kesukaram untuk memahani konsep monotisme yang terdapat dalam ajaran Hindu menyebabkan sesetengah tokoh menyatakan bahasa konsep ketuhanan agam tersebut adalah bersifat politisme.

2.

ETIKA

a. Pendidikan Pendidikan diketegorikan sebagai aspek yang terpenting dalam setiap tamaddun. Pembentukan peribadi ( character building ) seseorang individu adalah tujuan utama pendidikan. Berasaskan kepada matlamat penting ini, tugas mengembangkan ilmu pengetahuan adalah menjadi satu tanggungjawab yang mulia. Kesedaran mengembangkan ilmu pengetahuan ini telah diberi kepentingan yang utama dalam Islam, Kristian, Hindunisme dan lain-lain agama. Apa yang membezakan kepentingan ini ialah bagaimana proses tranformasi ilmu pengetahuan itu dilakukan dan apakah elemen yang diberi keutamaan. Dalam Islam konsep Tauhid tauhidik ini diberi keutamaan dalam proses penyebaran ilmu. Dalam ajaran-ajaran Buddha dan beberapa ajaran Hindunisme, tranformasi sifat ( characters ) atau tranformasi sifat dapat dicapai melaui proses mencari diri sendiri ( self-discovery )

b. Ekonomi Kegiatan perekonomian dalam tamaddun-tamaddun awal berlangsung dalam kontek moral semesta universe moral . Kemunculan konsep hak-hak kehidupan ( livelihood right ) dalam ajaran Buddha sebegaimana yang tercatat dalam salah satu ajaran jalan lapan lapis ( eight fold path ). Dalam ajaran Islam prinsip ini berkaitan dengan hal halal dan haram yang berkait rapat dengan soal akhlak. Konsep-konsep ini lebih menjelaskan bahasa usaha-usaha ekonomi yang mempertingkatkan moral manusia. Penipuan, riba, rasuah dan betuk-bentuk penyelewengan lain amat ditegah
12

oleh Islam. Dalam tamadun China, kepentingan para petani diberi penekanan mengikut fahaman ajaran Konfusianisme. Fahaman Konfusianisme memandang rendah kepada golongan pedagang kerana golongan ini dikatakan sering melibatkan diri dalam aktiviti berunsurkan penipuan dan untung yang merupakan elemen buruk dalam ajaran Konfusianisme. Semasa Zaman Pertengahan di dalam tamadun Eropah, ajaran agama Kristian amat mempengaruhi kegiatan ekonomi. Sebagaimana ajaran Islam, unsur rasuah, riba, penipuan adalah amat dilarang dalam ajaran Kristian.

c. Keluarga Unit asas dalam sesebuah tamadun adalah keluarga. Tamadun China memberi penekanan penting dalam aspek kekeluargaan. Hubungan kasih sayang dan hieraki kuasa dalam hubungan sesama manusia amat diberi penekanan dalam ajaran Konfusianisme. Unsur li iaitu penekanan kepada lima jalinan hubungan sesama manusia iaitu

a. Hubungan maharaja dengan rakyat

b. Hubungan bapa dengan anak

c. Hubungan abang dengan adik

d. Hubungan suami dengan isteri

e. Hubungan kawan dengan kawan

Daripada lima jalinan kekeluargaan, tiga daripadanya adalah jalinan di dalam sebuah keluarga iaitu hubungan bapa dengan anak, hubungan abang dengan adik dan hubungan suami dengan isteri. Kesetiaan anak kepada bapaknya adalah sama kesetiannya seorang rakyat kepada maharaja. Atas sebab inilah, masyarakat China mengadakan upacara mengingati nenek moyang, yang bertujuan untuk mengucapkan rasa terima kasih serta menunjukkan ketaatan kepada nenek moyang serta ibu bapa
13

yang telah meninggal dunia. Tamadun Islam berasaskan ajaran al-Quran turut memberi kepentingan kepada elemen keluarga ini. Hubungan anak dengan ibu bapa berasaskan kepada hak dan tanggungjawab. Islam menegaskan hak terhadap anak mestilah dilaksanakan oleh ibu bapa sejak anak itu berada dalam kandungan lagi. Bermula daripada dalam kandungan inilah Islam mengajar ibu bapa supaya sentiasa membuat kebajikan agar anaknya nanti sentiasa cenderung untuk melakukan kebajikan, begitu juga dengan tanggungjawab memberi dan melatakkan nama yang baik sebutannya, seterusnya mempersiapkan anak-anak untuk menghadapi masa depan yang lebih sempurna dengan memberikan mereka pendidikan yang cemerlang. Ikatan kekeluargaan ini dijelaskan dengan terang dalam kitab al-Quran. Bukan ibu bapa sahaja yang perlu menunaikan tanggungjawab, malah anak-anak juga wajib menunaikan tanggungjawab mereka dengan tidak menderhaka kepada ibu bapa. Ikatan kekeluargaan ini tidak hanya diikat dengan hak dan tanggungjawab malah ia juag diikat dengan perasaan kasih dan sayang sesama ahli keluarga. Konsep keadilan menjadi asas perjalanan sesebuah keluarga Islam. Keluarga juga menjadi unit kecil dan mempunyai kepentingannya dalam masyarakat India, sistem kekeluargaan menjadi objek penerus kepada sistem keturunan yang menjadi satu sistem sokongan yang berbentuk fizikal dan kerohanian. Pertalian darah di dalam sesebuah keluarga ditambah pula dengan rasa hormat dan kasih sayang menjadi elemen pembentukan keluarga di dalam masyarakat India.

d. Komuniti Komuniti atau masyarakat merupakan unit penting dalam setiap tamadun. Identiti individu mempunyai kaitan rapat dengan keomunitinya. Perkaitan yang sangat rapat ini menyebabkan sebilangan besar pengkaji berpendapat bahawa identiti seseorang individu terbentuk daripada komunitinya. Identiti ini dapat dilihat dalam pelbagai sudut, contohnya dari segi pemikiran, pandangan semesta, sikap dan perilaku serta lain-lain. Seseorang individu mendapat sokongan moral, psikologikal dan kadang kala material daripada komunitinya. Jarang berlaku percanggahan antara idenditi individu dengan identiti komunitinya. Lazimnya identiti kedua-dua pihak dibentuk oleh sistem agama dan kepercayaan, bilai-nilai moral yang juga bersumberkan agama dan adat resam.
14

Komuniti atau masyarakat adalah unit penting dalam tamadun Islam. Ikatan sesama komuniti tidak hanya ditentukan oleh hubungan kekeluargaan tetapi juga sesama agama ( ukhuwwah ) dan hubungan sesama manusia merangkumi hubungan orang Islam dengan jiran yang bukan Islam. Tamadun Islam berasaskan kepada al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw menggariskan dengan jelas hak dan tanggungjawab seseorang individu terhadap jiran-jirannya dan peringkat-peringkat ikatan. Ikatan kekerabatan, persamaan agama dan ikatan kemanusiaan yang ditunjangi oleh hak dan tanggungjawab yang ditentukan merupakan asas hubungan individu dalam tamadun Islam. Semua asas ini adalah berpaksikan kepada konsep egalitarian ( sama rata ). konsep eglitarian yang terdapat dalam Islam, tidak menerima kewujudan kelas hamba dalam masayarakat. Hamba adalah satu institusi yang telah lama berkembang dalam masyarakat dunia samada di Timur Tengah, Eropah atau di Asia. Golongan hamba ini dinafikanhak mereka dan kedudukan mereka kadangkala adalah secara turun temurun. Pembentukan komuniti China banyak di pengaruhi oleh sistem kekeluargaan China. Sistem kekeluargaan China yang berasaskan kuasa lelaki dan bapa telah meresap dalam pembentukan komuniti China. Sistem kekerabatan yang berasaskan hubungan darah memainkan peranan penting dalam pembentukan komuniti China. Pemusatan kuasa kepada kuasa bapa atau lelaki adalah amat kuat dalam sistem kekerabatan komuniti China. Pembentukan komuniti China juga kuat dipengaruhi oleh sistem clan. Hiraki kuasa memainkan peranan penting dalam komuniti sama seperti peranannya dalam sistem kekeluargaan China. Dalam tamadun India, komuniti turut memainkan peranan penting, berbeza dengan tamadun-tamadun lain, komuniti dalam tamadun India mempunyai peraturan yang amat ketat. Sistem sosial dalam komuniti India berasaskan kepada sistem kasta yang rigid. Penentuan kasta seseorang individu adalah secara ascribed iaitu keturunan, diwarisi daripada nenek moyang. Sistem kasta juga turut menetukan jenis pekerjaan seseorang individu yang boleh dilakukan serta layanan yang patut diberikan kepada individu dari kasta-kasta tersebut. Sistem kasta memepengaruhi semua aspek kehidupan dan aktiviti dalam sesebuah komuniti samada dalam bidang perlapisan sosial dalam tamadun-tamadun lain.

15

Konsep Dharma diberi penekanan penting dalam hubungan sesama anggota dalam sesebuah komuniti. Dharma masyarakat menggariskan fungsi dan peraturan bagi menentukan apa yang harus dilakukan oleh setiap anggota masyarakat, disamping itu individu sebagai annggota masyakarat mempunyai dharma yang menetukan apa yang beliau harus lakukan mengikut kelahiran dan fungsi kehidupannya. Dharma dalam masyarakat yang menetukan fungsi anggota-anggota maysarakat.

e. Politik dan kerajaan Akhlak dan nilai moraliti telah digunakan sebagai asas sesebuah kerajaan oleh banyak tamadun-tamadun tradisional. Pembentukan tamadun tradisional menjadikan dua elemen penting ( akhlak dan moral ) sebagai tunjang kepada pembentukan sesebuah kerajaan. Peranan dan tanggungawab kerajaan dijelaskan melalui peranan dan tanggungjawab pemerintah. Raja merupakan gelaran tertinggi kepada pemerintah dalam hampir kesemua tamadun dunia. Terdapat terma lain yang digunakan untuk menjelaskan kedudukan tersebut, antaranya ialah khalifah, sultan, maharaja, ratu dan sebagainya. Seseorang pemerintah tertinggi mestilah mempunyai akhlak yang baik. Adil ialah prinsip asas yang mesti dimiliki oleh seseorang pemerintah. Pemikiran falsafah yang diasaskan oleh Kung Fu Tse, Meng Tse, Lao Tse dan ramai lagi dalam tamadun China serta tokoh-tokoh lain memberi penekanan kepada sifat-sifat yang perlu ada pada seseorang raja atau pemerintah, begitu juga dengan tamadun India, kautilya membincang aspek-aspek pemerintahan. Penulis-penulis besar dalam tamadun Islam seperti al-Farabie, al-Mawardi, alGhazali, Ibnu Khaldun dan lainnya telah memberi tumpuan yang penting terhadap halhal yang berkaitan dengan pemimpin dan kepimpinan. Sesuai dengan kedudukan Islam sebagai ad-dien ( cara hidup ), ia tidak memisahkan antara politik dan agama seperti yang diutarakan dalam konsep sekularisme. Al-Quran dan as-Sunnah telah menggariskan prinsip-prinsip penting yang perlu ada dalam pentadbiran dan perundangan. Prinsip berkenaan ialah: a. Keadilan ( al-adalah ) adalah prinsip utama yang diberi penekanan. Rasulullah saw telah memberi penekanan pada prinsip ini semasa membentuk kerajaan Islam di
16

Madinah. Prinsip keadilan bukan sahaja diamalkan oleh Rasulullah saw, tetapi juga kepada semua khalifah Islam selepas baginda terutamanya Khalifah as-Rasyidin. b. Al-Wasatiyyah ( kesederhaan ) prinsip ini mempunyai pertalian yang rapat dengan prinsip keadilan. Kesederhaan adalah dasar penting yang dijalankan oleh rasulullah saw dalam pemerintahannya, ia turut dilaksanakan pada zaman baginda dan juga sesudah baginda.

c. Syura adalah aspek penting dalam melaksanakan pentadbiran dan pengurusan. Melalui konsep syura ini, elemen kediktatoran dapat dibendung dan diatasi. Syura ialah proses untuk melahirkan sesuatu keputusan yang lebih adil dan saksama.

Dalam ajaran Confusius, telah memberikan satu garis panduan mengenai hubungan antara pemerintah dengan rakyatnya. Pemerintah mestilah berperanan sebagai bapa kepada rakyatnya. Ini bermakna, seseorang raja perlu mempunyai moral yang baik kerana baginda akan menjadi pelindung kepada rakyatnya. Tanpa sifat-sifat yang demikian mandat atau kelayakan seseorang raja untuk memerintah sesebuah dinasti itu akan terhapus. Confusius tidak menganjurkan rakyat menentang raja yang tidak mempunyai moral yang baik, sebalinya beliau mengatakan bahawa mandat itu akan ditarik balik oleh Tien ( Maha Agung ) melalui pelbagai bala bencana seperti banjir,peperangan dan sebagainya. Meng Tse ( Mencius ) iaitu salah seorang pengikut Confusius mengatakan bahawa The people ara the most important element in the nation, the spirits of the land dan garin are next, the prince is the last.. . Sementara Hsun-Tzu seorang lagi pengikut Confucius mengatakan bahawa raja umpama sebuah kapal dan rakyat itu umpama air. Air boleh menyokong kapal ( agar tidak tenggelam ) tetapi juga boleh menenggelamkan kapal. Beliau berpendapat hanya apabila rakyat berpuas hati sahaja maka seseorang raja itu akan selamat.

17

FESYEN PAKAIAN DARI SUDUT TAMADUN ISLAM

SENI PAKAIAN DAN PERHIASAN Manusia memerlukan tiga perkara asas dalam kehidupan. Antaranya ialah makanan,pakaian dan tempat tinggal. Pakaian adalah keperluan asas yang amat penting dalamkehidupan manusia sejagat. Perhiasan pula adalah pelengkap kepada gaya penampilandan personaliti seseorang individu. Isi-isi penting di bawah akan memuatkan maklumatmengenai pemakaian dan perhiasan mengikut zaman.Pada Zaman Nabi S. A. W. dan Khulafa al-Rasidin pakaian yang dihasilkan oleh umat Islam pada zaman awal Islam adalah sangat mudahdan senang buatannya. Kebanyakkan daripada mereka tidak gemar menunjuk-nunjuk dalam dalam etika pemakaian. Antara material yang digunakan untuk membuat pakaianpada zaman ini ialah bulu binatang, kain linen iaitu jalinan rami yang membentuk kain dan kain kapas. Secara umumnya pemakaian orang Arab adalah terdiri daripada jubah, tunik,mantel atau pakaian yang biasanya dipakai oleh imam-imam dan kasut atau capal.Pakaian yang diperbuat daripada linen dan bulu kambing biri-biri adalah sangat tinggiharganya. Terdapat lebih daripada 20 000 atau mungkin lebih daripada 100 000 sama adakoleksi simpanan peribadi atau simpanan awam yang telah diklasifikasikan sebagaiCoptic. Kebanyakkan daripada Coptic ini akan dihiasi dengan sejenis pingat yangdiletakkan dipinggang. Pingat ini berfungsi sebagai tali pinggang. (Patricia L. Baker:1995). Telah dinyatakan di dalam hadith bahas Nabi Muhammad S. A. W. telah memakaisejenis pakaian yang diperbuat daripada benang bulu biri-biri. Malah kebanyakkandaripada ahli sufi orang-orang yang zuhud telah mengenakan pakaian seperti ini. Dalam bahasa Arab kain kapas dipanggilsuf, dalam bahasa Turki pula ia disebut sebagai yn dan bahas parsi pula ia diungkapkan sebagai pasm. Pakaian daripada benang bulu biri-biri ini turut menunjukkan hati yang rendah diri.(Patricia L. Baker: 1995).

18

3 VISUAL DAN KETERANGAN FESYEN PAKAIAN MENGIKUT TAMADUN ISLAM

Islam tidak menetapkan bentuk atau warna pakaian untuk dipakai, baik ketika beribadah atau di luar ibadat. Islam hanya menetapkan bahawa pakaian itu mestilahbersih, menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang Muslim. Namun begitu, tamadun islam memainkan peranan yang penting dalam cara pemakaian masyarakat islam masa kini serta masyarakat bukan islam.

Gamis adalah pakaian tradisi masyarakat arab turun temurun sejak darizaman Rasullulah S.A.W lagi. Pakaian ini digunakan sejak zaman dahulu sebagaipakaian rasmi kerajaan dan rakyat semasa zaman itu. Sehinggalah kini pakaian initetap di pelihara bagi memastikan kelansungannya. Pada zaman pemerintahan bani Abbasiyyah dan Umayyah pakaian yang seperti ini telah digunakan oleh pemimpin-pemimpinnya. Warna putih dan hitam menjadi pilihan utama dalam memakaipakaian seperti ini. Warna putih menjadi pilihan kerana ia merupakan warna yangmelambangkan kebersihan dan kesucian. Namun begitu, warna hitam jugadigunakan sebagai warna pakaian yang digunakan oleh masyarkat pada zaman itu.Secara tidak lansung ia juga menjadi pencentus kepada penggunaan warna dalam pakaian islam. Baginda bersabda bermaksud: "Pakailah pakaian putih kerana ia lebih baik,dan kafankan mayat kamu dengannya (kain putih)." (an-Nasaie dan al-Hakim)

19

Pakaian diatas terdiri daripada ghutra yakin bahagian yang menutup kepala sipemakai. Namun begitu, pada zaman dahulu, mereka memakai serban sebagaipenutup kepala. Ghutra berfungsi sebagai penutup kepala seperti juga serban yang di pakai oleh Rasullulah S.A.W. pakaian ini terdiri daripada pakaian didalam yang berwarna putih dan diluarnya berwarna hitam. Pakaian yang berwarna hitam itu dipanggil bisht. Pakaian ini seperti pakaian pemerintah pada zaman dahulu di mana mereka memakai satu lapis baju di dalam dan satu lapis lagi diluar. Walaupun ia tidak sama seratus peratus, namun unsur pemakaian tersebut tetap ada dan diguna pakai sehingga ke hari ini. Begitula hebatnya, pemakaian dan fesyen tamadun islam. Pengaruhnya dapat dilihat sehingga ke hari ini. Tidak dilupakan, pakaianyang berwarna putih yang dipakai didalam di kenali sebagai Thawb Dishdasha.Walauapapun jenis fesyen yang diketengahkan dalam tamadun islam, ia semestinyamengikut hukum syarak. Contohnya menutup aurat.

Selain lelaki, wanita juga mempunyai fesyen dalam pemakaian. Islam tidak pernah melarang pengikutnya berfesyen. Namun begitu, fesyen yang digayakan itu hendaklah sesuai serta tidak bertentangan dengan syariat yang telah ditetapkan.Terutamanya mengenai menutup aurat. Seperti yang kita lihat di atas, ini adalah fesyen yang kerap kita lihat dinegara kita. Namun sekiranya anda melihat keadaansekarang, ramai wanita yang ingin berfesyen tetapi tidak berlandaskan syarak.

20

Mereka memakai tudung tetapi pakaiannya ketat dan menampakan bentuk badan.Ini amatlah bertentangan dengan adab berpakaian dan berfesyen yang di tetapkanoleh Islam.Gambar di atas menunjukkan cara bertudung yang betul iaitu tudung yangdipakai hendaklah menutupi dada dan tidak jarang. Ini bagi mengelakkantertedahnya aurat wanita tersebut. Pemakaian sebegini bukan baru dimulakan padahari ini tetapi ia telah di gunakan sejak zaman Saidatina Khadijah lagi. Tudung yangdipakai oleh wanita Islam hendaklah tidak jarang dan menutup bahagian dadamereka. Selain daripada tudung, baju yang dipakai juga hendaklah longgar danlabuh supaya tidak menampakkan bentuk badan dan menutup kawasan yangsepatutnya. Ini bagi mengelakkan fitnah daripada orang yang melihatnya. Allah berfirman bermaksud: "Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta perempuanperempuan beriman, supayamereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasamereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang." (al Ahzab:59)Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia dan satu golongan lagi wanitayang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liukkan badan jugakepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dantidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh." (Muslim) Kain atau seluar yang dipakai hendaklah labuh sehingga ke paras buku lali.Di samping itu, kaum wanita juga perlu memakai stoking untuk menutup auratmereka. Beginilah antara cara berfesyen yang perlu diamalkan dalam Islam. Kita boleh memakai pakai lain selain baju kurung atau burqa tetapi pakaian tersebuthendaklah mengikut hukum syarak.

21

Baju Melayu Cekak Musang Baju Melayu merupakan satu panggilan bagi baju tradisional Melayu yang biasa di pakai oleh golongan lelaki di Malaysia dan negara serantau. Ia biasanya terbahagi kepada dua jenis utama, iaitu baju Melayu potongan Teluk Belanga danpotongan Cekak Musang. Baju Melayu selalunya dipakai semasa majlis rasmi atau perayaan. Ia merupakan fesyen turun- temurun dari zaman Sultan Abu Bakar pada tahun 1866. Unsur-unsur dalam baju melayu juga dipengaruhi oleh tamadun islam.Contohnya pada bahagian songkok. Songkok sebelum ini telah digunakan pada zaman Abbasiyyah di mana pegawai kerajaan akan memakai songkok panjangdiatas arahan pemerintah mereka. Pengaruh itu telah meresap masuk ke dalam budaya melayu yang telah menerima Islam semasa zaman kegemilangan Melaka.Baju Melayu juga dipakai bersama seluar panjang dan selalunya bersama sampin.Sampin ialah sejenis kain yang biasanya ditenun dan selalunya menggunakan kain songket. Namun ada juga yang menggunakan kain pelikat sebagai sampin. Ianyamengikut kreativiti masing-masing.Seperti juga baju kurung, baju Melayu juga semestinya direka mengikuthukum syarak. Bajunya yang menutupi pusat dan juga seluarnya yang panjangmenutup paras lutut. Semua aspek ini adalah mengikut apa yang telah ditetapkanoleh syarak. Di samping itu, baju tersebut juga tidak boleh jarang dan ketat. Bagiorang melayu yang beragama Islam, baju Melayu merupakan pakaian utama danrasmi mereka ketika menyambut hari kebesaran Islam seperti Hari Raya Aidiladha,Hari Raya Aidilfitri dan bermacam-macam lagi. Pakaian ini telah sebati dengan masyarakat Melayu sejak dari dulu hingga ke hari ini.

22

Jadi walauapapun fesyen yang ingin kita gayakan, yang penting pakaian dan fesyen tersebut hendaklah selari dengan hukum syarak dan kita tidak memakai pakaianyang boleh menyebabkan kita mendapat dosa kerana pakaian atau fesyen yang kitakenakan itu tidak mengikut apa yang ditetapkan oleh agama.

23

SENI BINA DARI SUDUT TAMADUN ISLAM Satu lagi seni Islam ialah seni bina di mana ianya menapai tahap yang mengagumkan. Seni bina bermaksud satu bidang seni untuk mendirikan bangunan,reka bentuk yang direka oleh manusia. Menurut Ibn Khaldun seni bina merupakan satu daripada asas tamadun yang paling utama yag merupakan lambang ataumenifestasi daripada sesuatu tamadun. Oleh itu berdasarkan pencapaian ini maka keagungan dan ketinggian sesuatu tamadun itu dapat diukur. Buktinya daat dilihat melalui tamaduntamadun purba yang agung. Pada zaman tersebut, seni bina yang bermutu dihasilkan dan masih lagi wujud walaupun dalam bentuk yang telah usang dan hampir runtuh. Aspek seni bina Islam yang terpenting yang harus diperhatikan iala seni bina masjid. Ini adalah kerana Islam telah meletakkan tempat ibadah sebagai ciri terpenting sesebuah bandar. Ini dapat kita perhatikan daripada sirah Rasullah s.a.w tatkala baginda berhijrah ke Madinah, perkara yang pertama baginda lakukan ialah mencari tapak yang sesuai untuk membina masjid. Masjid pertama menjadi lanmbang kekuatan aqidah, kesatuan dan perpaduan umat Muslimin. Masjid pertama yang didirikan di Madinah ialah Masjid al-Nabawi yang digunakan oleh Rasulallah s.q.w sebagai pusat tarbiah (pendidikan) dan pentadbiran dalam menyusun strategi ekonomi, peradaban, perang dan sebagainya. Selari dengan perkembangan masa dan kepentinganya, masjid ekemudiannya dikembangkan dan diperindahkan dengan pelbagai unsur dekoratif-ornamentif berdasarkan latarbelakang budaya persekitaran umat Islam. Seni bina masjid menjadi lambang keagungan tamadun berbanding dengan barat, kerana unsur-unsur ketamadunan yang dikembangkan di kota-kota raya Islam mementingkan nilai kerohanian dan pada masa yang sama pembangunan fizikal dankebendaan tidak dipinggirkan. Konsep penting dalam seni bina Islam ialah pencapaian iman dan amal, taqwa dan tawadhu', aman dan damai serta merendah hati kepada keagungan Allah s.w.t. Pengagunan dan perhiasan bukanlah menjadi matlamat seni bina Islam, tetapi kerana kreativiti dan inovasi mat, artis, seniman dan arkitek Muslim, ia menjadi suatu seni yang bernilai tinggi yang disepadukan bersama penggunaan corak, warna dan eka bentuk yang dibuat berdasarkan ajaran al-Quran. Kepentingan seni bina masjid di bandar silam Islam digambarkan dengan terdapat 241

24

buah masjid. Di Kaherah pada abad ke 15 masehi pula terdapat 88 buah masjid jamek (masjid uatama) dan 19 masjid kecil Dari segi strktur dalaman dan luaran masjid, beberapa perkara dapat dilhat khususnya dari asek mimbar, arah kiblat, tempat kedudukan imam, ruang terkumpul, tiang dan pilar utama, anjug dan serambi, mihrab, tempat berwuduk, menara tempat muazzin melaungkan azan, kubah dan lain-lain lagi. Perkaraperkara i merupakan karektiristik sebi bin a masjid yang memperlihatkan keuhikannya yang tersendiri berbanding dengan seni-bina yang lain. Selain itu, seni bina masjid banyak mengetengahkan bentuk-bentuk blat yang merupakan bentuk yang paling sempurna yang mencerminan kelembutan dan kehalusan seolah-lah ia tidak berkesedahan. Selain daripada masjid, seni bina Islam juga merangkumi bangunan-bangunan kediaman, kedai, jambatan, saluranair, rumah rehat, bilik mandi, perpustakaan, sekolah dan sebagainya. Seni bina mencirikan kepada lambang islam dan berlandaskan tauhid kepada Allah s.w.t serta menitikberatkan kepada reka bentuk islam banyak dipengaruhi oleh seni bina masjid seperti istana-istana, taj Mahal, kota-kota seperti kta Baghdad malah di Malaysia sendiri seerti bangunan Sultan Abdul Samad, bangunan kerertapi tanah melayu, bangunan daya bumi dan pintu gerbang darul ehsan.

25

3 VISUAL DAN KETERANGAN SENIBINA MENURUT TAMADUN ISLAM DI KALANGAN RAKYAT MALAYSIA

Di Malaysia,perkembangan senibina islam telah lama muncul dengan penemuan bahan bahan bersejarah yang seiring dengan kemasukkan islam di Tanah Melayu contonhya seperti penemuan batu bersurat,batu batu nisan ,peninggalan masjid masjid lama seperti Masjid Kg Laut,Masjid Tengkera di Melaka dan lain lain lagi. Kesan penemuan ini telah membawa kepada perkembangan seni bina islam sehingga sekarang . Pembinaan bangunan dan masjid di Malaysia banyak mengikut seni bina tamadun islam.

Masjid Kristal di Terengganu

26

Masjid Kristal di Kuala Terengganu,Terengganu adalah merupakan kesenimbungan daripada perkembangan seni bina tamadun islam di Malaysia. Seni bina Masjid Kristal mengikut Senibina Alhambra Kota Granada, istana raja, halaman masjid Parsi serta Taj Mahal dianggap seperti Kristal cahaya yang terang dan cerah, yang menerangi dan diterangi ( Nasr 1987: 64). Maka tercetuslah idea untuk membina Masjid Kristal di Terengganu. Walaupun tidak menyerupai senibina bersejarah tersebut, Masjid Kristal yang memantulkan cahaya boleh dianggap sebagai salah satu simbol yang mewakili kegemilangan senibina dalam tamadun Islam.

Menara Kembar Petronas

Senibina yang kedua ialah Menara Kembar Petronas yang juga menunjukkan cirri cirri binaan islam. Menara Berkembar Petronas turut mengambil rekaan daripada menara Qutb atau The celebrated Qutb Minaret, yang dibina pd 1206 di Delhi. Ciri

27

persamaan yang terdapat pada Menara Berkembar Petronas dan Qutb Minaret adalah pada bentuk geometrinya. Menara Qutb ini bukan sahaja dijadikan sebagai menara untuk memanggil orang solat tetapi dianggap sebagai spectacular simbol of new faith in India (Grabar 1967 : 76).

Bangunan Matrade

Visual yang ketiga ialah bangunan Matrade di Kuala Lumpur, bangunan ini juga direka berdasarkan seni bina islam dengan keunikan bentuk bangunannya seperti pintu gerbang. Bangunan MATRADE (Malaysian International Trading Center) turut mengambil ilham daripada senibina Char Minar di Hydrabad (1592M). Ia merupakan bangunan berbentuk seperti pintu gerbang masuk sebelah timur pada Masjid Wazir Khan di Lahore (Tadgell 2008 : 582). Bangunan unik yang mempunyai lubang ini lebih

28

menyerupai bentuk pintu gerbang utama Masjid Badshah di Lahore (Tadgell 2008 : 587)

KESIMPULAN Kemunculan Tamadun Islam telah membawa banyak perubahan positif terhadap dunia pada hari ini. Nilai nilai universal tamadun islam ada kaitan dengan kemajuan dunia pada hari ini. Nilai nilai merangkumi dalam pelbagai bidang kehidupan manusia sama ada agama , politik ,ekonomi,social, sains dan teknologi,perubatan,astronomi dan bidang bidang lain . Dengan berpandukan al-Quran dan sunnah tamadun islam dapat berkembang ke seluruh dunia dengan penyebaran agama islam.

29

You might also like