You are on page 1of 15

Isi Kandungan

Isi kandungan1 1.0 Pengenalan.2 2.0 Masalah disiplin-FENOMENA PONTENG SEKOLAH.4 2.1 Punca-punca berlaku masalah ponteng..... 2.1.1 Ibu Bapa..5 2.1.2 Guru.5 2.1.3 Rakan Sebaya6 2.1.4 Ekonomi Keluarga..7 2.2 Kesan Ponteng..7 3.0 Cadangan. 3.1 Peranan Ibu Bapa............9 3.2 Peranan Guru............... 10 3.3 Peranan Masyarakat......11 3.4 Peranan Pihak Berkuasa...12 4.0 Penutup13 Rujukan15 Lampiran..16

1.0 PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, disiplin membawa maksud latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri untuk patuh pada tatatertib selain membawa maksud peraturan yang telah ditetapkan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik. Menurut Oxford Advanced Learners Dictionary pula, disiplin atau discipline membawa maksud the practice of training people to obey rules and orders and punishing them if they do not; the controlled behavior or situation that results from this training. bermaksud disiplin merupakan peraturan yang perlu dipatuhi dan dan jika sebaliknya, hukuman atau denda akan dikenakan. Bagi liputan berpusatkan pendidikan, disiplin di sekolah lebih tertumpu kepada disiplin pelajar. Melalui ini, dapat disimpulkan bahawa disiplin merupakan suatu tunjang untuk membentuk sikap baik dalam diri pelajar untuk pembangunan modal insan yang berkualiti dan berwawasan. Penekanan disiplin di sekolah adalah sejurus berasaskan landasan Falasafah Pendidikan Kebangsaaan iaitu untuk memperkembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan seimbang dari segala aspek. Masalah disiplin yang berlaku di sekolah pada zaman globasisasi kini kian meruncing. Pelbagai isu mengenai kekangan ini kerap terbeleguh di dada-dada akhbar dan kaca televisyen sehinggakan masyarakat telah sinonim dengannya dan majoriti komuniti hanya memandang ringan permasalahan ini. Ledakan teknologi secara objektivitas seantero dunia kini turut dikaitan kepada permasalahan keruntuhan moral dan disiplin dalam kalangan remaja generasi-Y. Remaja generasi-Y sering dikaitkan dengan kemajuan perkembangan dalam dunia sains dan teknologi sebagai masyarakat pasca moden. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia bagaimanapun telah mengorak langkah untuk membendung masalah ini. Antara inisiatif yang diambil ialah seperti mengadakan kempen seperti kempen sifar salah laku, dan mengetatkan peraturan dan undang2

undang di sekolah seperti memberi amaran dan hukuman kepada pelajar yang terlibat dalam melakukan kesalahan disiplin. Menurut koleksi satistik Kementerian Pelajaran Malaysia, pada tahun 2009, graf masalah disiplin di sekolah rendah dan menengah telah menurun sebanyak 0.01 peratus. Walau bagaimanapun, masalah disiplin seperti kes ponteng sekolah, kekemasan diri serta kurang sopan semakin meningkat.

3 2.5 2 1.5 1 0.5 0 2008 2009 Sekolah Menengah Sekolah Rendah

Peratusan salah laku murid mengikut tahun 2008 dan 2009

Pelajar merupakan aset yang paling penting dalam pembangunan negara ini sejajar dengan target mantan Perdana Menteri Malaysia yang keempat iaitu Tun Sri DatoDr. Mahathir Mohammad ke arah membina wawasan 2020. Buktinya,

pembangunan infrastruktur moden dan canggih haruslah berlandaskan konteks modal insan yang bermutu untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju setaraf dengan negara-negara Eropah seperti Perancis,Inggeris, Denmark dan Jerman. Tuntasnya, masalah disiplin seyogianya ditangani dengan bijak dan berkesan supaya lapisan

masyarakat akan datang mengharumkan dan meletakkan nama Malaysia di persada dunia.

2.0 Masalah Disiplin FENOMENA PONTENG SEKOLAH


Marcapada ini, terdapat pelbagai jenis masalah disiplin yang dapat dikenal pasti di sekolah. Menurut kajian yang telah dijalankan ke atas sebuah sekolah rendah kelompok luar bandar, fenomena ponteng mencapai purata peratusan yang maksima dalam kalangan pelajar. Masalah ini juga semakin meningkat dari hari ke hari persis cendawan tumbuh selepas hujan.

Masalah Disiplin Pelajar


ponteng sekolah buli merokok vendalisme kekemasan diri

Takrif bagi ponteng menurut kamus Dewan Edisi Keempat, ponteng membawa maksud kecoh, tipu dan lari daripada tugas (tanggungjawab) tanpa kebenaran. Oxford Advanced Learners Dictionary pula menerangkan absenteeism is the fact of being frequently away from work or school, especially without good reasons. Fenomena ponteng dianggap sebagai masalah induk dalam masalah disiplin kerana majoriti masalah yang lain timbul kesan daripada ponteng sekolah. Buktinya, pelajar yang ponteng sekolah bergaul dengan kumpulan yang tidak bermoral dan terjebak dalam masalah lain seperti merokok, vandelisme dan buli . Oleh sebab itu, fenomena ponteng dianggap serius dan merupakan salah satu faktor punca terjadinya masalah disiplin yang lain.

2.1 Punca-punca berlaku masalah ponteng


Terdapat beberapa punca utama yang telah dikenal pasti menjadi faktor penyumbang kepada peningkatan kadar masalah ponteng. Kajian kecil telah dilaksanakan ke atas sebuah sekolah rendah kelompok luar bandar dan kesimpulan kecil berkaitan maslah ini telah diperoleh.

2.1.1 Ibu Bapa


Segalanya bermula daripada rumah. Ungkapan ini sering dikaitkan dengan sesuatu permasalahan termasuklah almalan ponteng . Memang tidak dapat dinafikan lagi, ibu bapa merupakan aset yang paling penting untuk mendidik dan memantau segala tingkah laku anak-anak mereka. Ketandusan kasih sayang dan ledakan tekanan pada diri seseorang pelajar datang daripada keluarga bermasalah dan menyebabkan mereka ponteng sekolah. Selain itu,ibu bapa yang terlalu fanatik dengan kerjaya dan mencari wang menyebabkan anak-anak mereka terasa dipinggirkan. Keluarga yang mempunyai ibu bapa yang bersikap materialistik lebih mementingkan kebendaan dan harta semata-mata sekaligus meminggirkan persoalan kebajikan anak-anak mereka. Keruntuhan institusi keluarga merupakan pengaruh yang paling utama dalam fenomena ponteng sekolah bak kata pepatah jika baik acuan, baiklah adunannya. Masalah sedemikian berkait rapat dengan teori fungsionalisme (Comte, Spencer dan E Durkhiem), di mana ibu bapa yang tidak menjalankan tanggungjawab mereka dengan sempurna (difungsi). Anak-anak yang kurang mendapat kasih sayang ini akan lebih cenderung melakukan masalah disiplin terutamanya ponteng sekolah kerana beranggapan bahawa ibubapa mereka tidak menghiraukan soal kebajikan mereka . Sebagai sebuah keluarga,ibu bapa sewajarnya mengambil tahu perihal anak-anak mereka. Selain itu, didikan agama dan ajaran moral yang cukup haruslah diterapkan dalam diri anak-anak mereka dari kecil bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa sewajarnya bertindak sebagai role model dan menjadi suri teladan terhadap anak-anak

mereka. Didikan yang bermula dari rumah banyak mempengaruhi identiti serta perilaku pelajar.

2.1.2 Guru
Seorang warga pendidik haruslah mempunyai sikap amanah dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasannya tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan sebagai guru. Seorang guru juga haruslah mempunyai disiplin kendiri dan pandai mengawal dirinya supaya keadaan sekolah terutamanya pelajar dapat dikawal dengan baik. Marcapada ini, terdapat pelbagai laporan mengenai hubungan antara guru yang pelajar yang dianggap kronik. Sebagai contoh, terdapat laporan mengenai pelajar Sarawak yang didenda dengan direndam oleh gurunya. Kes-kes seperti ini membuatkan pelajar gamang atau takut untuk ke sekolah dan seterusnya mengambil jalan mudah iaitu ponteng. Sememangnya sesuatu kerangka dan stratergi baharu diperlukan bagi menggariskan bidang kuasa guru dalam mendisiplinkan pelajar agar guru mempunyai ruang untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik dan pada masa yang sama tidak menyalahgunakan kuasa tersebut. Di samping itu, faktor pelajar ponteng sekolah adalah kerana menyatakan bahawa susah untuk memahami apa yang diajar sewaktu P&P. Akibatnya, pelajarpelajar ini akan ponteng kelas dan akan ketinggalan dalam sukatan pelajaran. Bagaimanapun, bagi sesetengah pelajar yang berkemampuan, ibu bapa mereka mampu untuk membayar guru tutor peribadi di rumah mereka sendiri. Bagi pelajar yang kurang mampu, ini akan menadatangkan masalah kepada guru-guru terutamanya sewaktu minggu peperiksaan menjelang. Mengikut kajian, sudah menjadi tradisi keseluruhan pelajar akan hadir ke sekolah pada hari peperiksaan. Pihak guru sewajarnya mengetahui daya penarik pelajar untuk menarik minat mereka hadir ke kelas dan menjalani P&P seperti biasa. Selain guru, persekitaran sekolah juga menjadi penyumbang utama kepada fenomena ponteng sekolah ini. Kondisi sekolah yang tidak menarik akan menyebabkan pelajar kurang minat untuk belajar. Selain itu, koordinat sekolah yang terletak di kawasan tengah-tengah bandar juga mempengaruhi jiwa pelajar untuk tidak pergi ke
6

sekolah sebaliknya menghabiskan masa melepak di pusat membeli-belah dan bermain permainan video di kafe siber.

2.1.3 Rakan Sebaya


Selain ibu bapa dan guru, faktor utama yang menyebabkan pelajar terjebak dalam gejala ponteng sekolah ialah rakan sebaya. Ini kerana, orang yang paling rapat dan mudah mempengaruhi pelajar ialah rakan-rakan mereka sendiri Ajakan rakan

dapat mempengaruhi minda pelajar supaya tidak berfikir panjang dan tidak berfikir secara rasional. Kekangan ini sering menjadi punca kukuh berlakunya gejala ponteng sekolah. Pelajar akan mengalami beberapa bahagian fasa dalam pembentukan tingkah laku sepanjang tempoh pembelajaran . Teori Behaviouris oleh Thorndike dan Skinner berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan tingkah laku. secara umumnya teori behaviouris menyatakan bahawa pelajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar sama ada baik atau sebaliknya. (ms60) Teori ini membuktikan perihal tindak balas pelajar daripada

ransangan rakan sebaya yang mempunyai pengaruh besar bagi tingkah laku pelajar. Pelajar lazimnya akan mengikut tingkah laku rakan yang rapat dengannya. Tambahan pula jika pelajar tersebut mempunyai masalah dengan keluarganya. Pelajar akan menganggap bahawa rakan sebaya sebagai keluarga dan membenarkan segala tindak tanduk mereka dan lebih parah menjadikannya sebagai contoh.

2.1.4 Ekonomi Keluarga


Memang tidak dapat dinafikan faktor ekonomi keluarga sedikit sebanyak menjadi faktor penyumbang kepada peningkatan kuantiti kadar ponteng sekolah terutamanya di kawasan pedalaman. Tanggapan bahawa dengan pergi ke sekolah hanya akan membuang masa dan membazirkan wang adalah salah sama sekali. Kepentingan pembelajaran haruslah diterapkan dan difahami oleh seluruh bangsa dan lapisan masyarakat supaya masyarakat kuno dan bak pepatah katak di bawah tempurung tidak wujud.

2.2 kesan ponteng


Ponteng sekolah merupakan perlakuan yang menyalahi peraturan sekolah dan termasuk dalam salah laku disiplin yang serius. Ini kerana, fenomena ponteng sekolah yang menjadi amalan dan tabiat pelajar boleh mengundang kepada landasan ke arah kegiatan-kegiatan negatif. Masa yang dihabiskan dengan sia-sia akan membawa kepada masalah disiplin yang lain. Sebagai contoh, pelajar yang ponteng sekolah menghabiskan masa di kafe siber dengan bermain permainan video, di situ juga mereka mula berjinak-jinak dengan kegiatan merokok dan lebih parah mereka mudah terjebak dengan najis dadah. Akibatnya, pelajar tersebut akan terlibat dengan pelbagai gejala sosial dan jenayah di mana bermula dengan gejala ponteng yang terkadang dipandang ringan oleh segelintir masyarakat. Lebih buruk lagi, jika fenomena ponteng sekolah ini tidak dapat dibendung, lambat laun kadar jenayah di negara akan turut menigkat dengan mendadak sekaligus akan menjatuhkan maruah diri, keluarga serta negara. Pelajar yang ponteng sekolah akan ketinggalan pelajarannya. Hal ini akan menyulitkan pelajar sewaktu menduduki peperiksaan akhirnya akan menjatuhkan prestasi akademik sekolah selain menyebabkan masa depan pelajar tersebut pudar. Pelajar yang demikian akhirnya akan hidup bak melekut di tepian gantang dan mungkin akan dianggap sebagai sampah masyarakat. Sudah terang lagikan bersuluh bahawa gejala ponteng sekolah ini mendatangkan kesan yang buruk. Tuntasnya, pelajar haruslah berpandangan jauh dan memikirkan tentang masa hadapan mereka dan berusaha menghindari kekangan ini sebelum nasi menjadi bubur. Di samping

itu, amalan ponteng sekolah juga akan menyebabkan ekonomi negara semakin mundur. ini dapat dijelaskan dengan keadaan pelajar ponteng yang suka melepak mengganggu para pelancong dengan mengeluarkan kata-kata kesat. Kesannya, para pelancong akan berasa terganggu dengan situasi demikian dan pasti membuat tanggapan bahawa kemanisan budaya dan ketinggian budi bahasa masyarakat timur telah lupus sama sekali. Sebagai bukti, kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan bahawa ramai pelancong kurang senang dengan gelagat golongan remaja yang melepak di kawasa membeli-belah, malah terdapat juga pelancong yang mengadu mereka diganggu dan sering menerima katakata kesat daripada golongan remaja yang sedang melepak.
8

3.0 Cadangan
Untuk mengelakkan masalah ini daripada terus berleluasa dan semakin parah, tindakan segera dan efektif haruslah diambil. Terdapat beberapa inisiatif yang boleh dilaksanakan dalam usaha membanteras fenomena ponteng sekolah.

3.1 Peranan Ibu Bapa


Ibu Bapa sebagai pemangkin institusi keluarga memainkan peranan yang paling besar dalam usaha membentuk pelajar yang berakhlak mulia. Ibu Bapa berperanan sebagai orang yang paling rapat dengan pelajar. Buktinya, Noller dan Tyler (1989) berpendapat bahawa penyertaan ibu bapa amat berkesan dalam menangani pelajarpelajar yang bermasalah. Ibu Bapa sepatutnya mengambil tahu tentang kelakuan dan prestasi anak-anak mereka di sekolah dengan selalu berbincang bersama guru kelas mahupun guru penyelaras. Selain itu, salah satu cara yang didapati berkesan ialah dengan memanipulasi minda pelajar tersebut. Sabagai ibu bapa yang bertanggungjawab, haruslah tahu tentang refleksi pelajar dan tindak balas mereka terhadap persekolahan mereka seharihari. Ibu Bapa perperanan menyokong pelajar untuk berusaha dengan lebih tekun dan gigih untuk mencapai cita-cita mereka. Sokongan ini dapat dilakukan secara literasi mahupun dalam bentuk hadiah untuk menghargai usaha anak-anak mereka. Ini dapat dijelaskan dengan konsep Teori Pelaziman Operan Thorndike iaitu menurut teori ini, pembelajaran hanya boleh bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap sesuatu ransangan yang ada. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi yang sesuai, iaitu sesuatu penggerak yang dapat mendorongnya berusaha memikirkan erti ransangan itu. (ms72)

Hukum Pembelajaran E.L. Thorndike

hukum kesediaan (kesedaran psikomotor, afektif dan kognitif)

hukum kesan (meningkatkan ransangan dan tindak balas)

hukum latihan (diulang untuk meningkat kemahiran)

3.2 Peranan Guru


Guru dan kaunselor sekolah haruslah bertindak agresif untuk memastikan pelajar menghindari amalan ponteng sekolah. Bertindak agresif di sini membawa erti guru-guru serta kaunselor haruslah mengorak langkah yang berkesan dalam membentuk pelajar sifar salah laku termasuk sifar poteng sekolah. Guru-guru seharusnya mahir dan menguasai kemahiran menangani masalah salah laku. Pelbagai aktiviti dan program haruslah dilaksanakan bagi menyedarkan pelajar mengenai kepentingan pendidikan. Selain itu,perbincangan secara berkelompok atau individu wajar dilakukan dengan lebih kerap. Dengan ini, guru-guru dapat mengenalpasti dan menganalisa faktor psikologi pelajar yang mendesak mereka ke arah salah laku ponteng sekolah. Disamping itu, teknik dan stratergi pengajaran sewaktu kelas haruslah mencapai keberkesanan. Ini adalah penting untuk menarik minat para pelajar bagi menghadiri kelas dan mengurangkan kadar ponteng sekolah. Dalam melaksanakan suatu

pengajaran, guru perlu menggunaknan pelbagai pendekatan yang sesuai dengan potensi, minat serta bakat pelajar. Selain itu,guru juga haruslah mempelbagaikan kaedah penyampaian maklumat seperti menggunakan komputer ataupun mengadakan permainan mini sewaktu pembelajaran. Menurut Salomon (1993) pendidikann yang

10

melibatkan bantuan media dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran itu lebih bermakna. (ms145) Menurut sumber rujukan Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku,oleh Choong Lean Keow, terdapat tiga jenis kaedah interversi dalam menangani masalah disiplin pelajar iaitu pastoral care, bimbingan dan kunseling dan teknik modifikasi tingkah laku. Menurut Hornby, Halldan Hall (2003), parastoral care merujuk kepada proses pendidikan yang berhubung dengan bantuan yang diberikan kepada muridmurid dari segi peribadi, perkembangan sosial dan moral, bimbingan akademik dan vokasional (ms133) bimbingan dan kaunseling merupakan stratergi yang diterangkan di bawah pastoral care. Menurut Brophy (1983:192), perkhidmatan kaunseling yng diberikan kepada murid-murid yang mempunyai tingkah laku bermasalah berasaskan kepada andaian bahawa murid-murid ini kurang memahami tingkah laku mereka. Bagi memastikan keberkesanan sesi kaunseling yang dijalankan, penekanan hendaklah diberikan kepada kemahiran-kemahiran atas kaunseling.. (ms134). Seorang guru haruslah mempunyai bakat untuk memberi kaunseling atau nasihat kepada pelajar supaya dapat menangani masalah disiplin seperti ponteng sekolah.

3.3 Peranan Masyarakat


Walaupun masyarakat terdiri daripada bilangan yang majmuk, setiap individu dalam masyarakat setempat haruslah peka dengan keadaan persekitaran. Masyarakat setempat haruslah bertindak untuk membanteras gejala ponteng sekolah ini seperti dengan melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa. Masyarakat yang sejahtera haruslah saling bekerjasama dalam mengatasi masalah ini dan tidak menjadi seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing sahaja. Sekolah dan masyarakat haruslah mewujudkann suatu suasana yang positif dan membangun kepada perkembangan jati diri pelajar yang baru mula meningkat ke alam remaja.

11

3.4 Peranan Pihak Berkuasa


Pihak berkuasa juga turut memainkan peranan penting bagi membanteras gejala ponteng sekolah. Kementerian Pelajaran berperanan membuat analisa dan kajian yang lebih terperinci mengenai sistem pendidikan dan peraturan sekolah. Dengan ini, faktor dan punca pelajar ponteng sekolah akan dapat dikesan seterusya permasalahan disiplin di sekolah dapat dikurangkan. Marcapada ini, sistem persekolahan lebih tertumpu kepada kecemerlangan akademik semata-mata. Penekanan dalam

pembentukan akhlak dan moral juga haruslah ditingkatkan supaya pelajar dapat dibentuk menjadi insan yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial.

12

4.0 Penutup

Marcapada ini, masalah disiplin dan keruntuhan moral semakin meruncing dalam kalangan pelajar. Menurut laporan akhbar Utusan Malaysia, 10 Oktober 2009, graf pelajar ponteng ke sekolah semakin meningkat 0.01% bagi kedua-dua sekolah rendah dan menengah. Ini menambahkan kerisauan pada Timbalan Menteri Kementerian Pelajaran pada waktu itu, Dato Dr Wee Ka Siong bagi menangani

kekangan ini. Kementerian pelajaran juga turut merekodkan bahawa pelajar yang ponteng pada tahun tersebut adalah seramai 21, 060 pelajar (0.39%). Masalah ini memerlukan pemerhatian yang serius supaya pelbagai kesan yang buruk dapat dielakkan. Pelbagai pihak terutamanya ibu bapa seyogianya merancang dan bertindak supaya masalah ini tidak terus menular dalam kalangan pelajar. Segala inisiatif yang diambil oleh Kementerian Pelajaran mahupun pihak sekolah haruslah mendapat kerjasama daripada masyarakat terutama ibu bapa bagi mengurangkan kadar ponteng sekolah di Malaysia. Jelaslah fenomena ponteng sekolah ini dapat dibendung jika semua pihak memegang tanggungjawab masing-masing dalam membanteras masalah ini. Pelajar haruslah dididik dengan pendidikan dan akhlak dengan secukupnya untuk membentuk negara yang maju suatu hari nanti.

13

Rujukan
Ahmad Subki Miskon, Syed Ismail Syed Mustapa (2011) Murid dan Alam Belajar, Freemind Horizons Sdn Bhd, Kuala Lumpur. Anita Woolfolk (2010) Educational Psychology, Pearson Education Inc, Upper Saddle River, New Jersey. Choong Lean Keow (2009), Pengurusan Bilik Darjah dan TIngkah Laku untuk PISMP, Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Subang Jaya Selangor. Teressa M McDevitt, Jeanne Ellis Ormrod (2004), Child Development,Pearson Education Inc, Upper Saddle River, New Jersey. Dr. Ir. Herien Puspiwati, M.Sc., M.Sc., Teori Struktural Fungsional dan Aplikasinya Dalam Kehidupan Keluarga pada 19September 2011 04.00am diakses dari http://iirc.ipb.ac.id/jspui/bitstream/123456789/40279/2/Pages%20from%20TEORI %20STRUKTURAL%20FUNGSIONAL%20DAN%20APLIKASINYA%20DALAM %20KEHIDUPAN%20KELUARGA%20(1-50).pdf Sapora Sipon, Pemimpin Berciri Kaunselor Menangani Kegawatan Sosial, pada 20 September 2011 08.30pm diakses dari http://ddms.usim.edu.my/bitstream/handle/123456789/2730/Peranan%20Kaunse lor%20Sekolah%20Dan%20Masalah%20Keruntuhan%20Moral%20Pelajar.pdf?s equence=1 Yahya Ismail, mentalisis :ponteng sekolah di kalangan remaja sekolah pada 17 September 2011 08.20am diakses dari http://www.scribd.com/doc/20981153/KAJIAN-PONTENG-SEKOLAH gejala ponteng sekolah pada 17 September 2011 08.20am diakses dari http://www.scribd.com/doc/19337443/Kajian-Tindakan-Oum-Gejala-PontengSekolah disiplin sekolah semakin merosot pada 17 September 2011 08.24am diakses dari http://tuanmat.tripod.com/disiplin.html maksud perkataan disiplin Pusat Rujukan Persuratan Melayu pada 17 September 2011 08.30am diakses dari http://prpm.dbp.gov.my/ absentieesm Kamus Oxford pada 17 September 2011 08.30am diakses dari http://www.oxfordadvancedlearnersdictionary.com/dictionary/absenteeism

14

modal insan pemangkin negara pada 17 September 2011 09.14am diakses dari http://cempakabiru.wordpress.com/2008/02/25/modal-insan-pemangkin-negaramaju/ program sifar ponteng sekolah pada 17 September 2011 09.14am diakses dari http://www.scribd.com/doc/52460676/Program-Sifar-Ponteng-KPM-2011 punca-punca berlakunya ponteng sekolah pada 20 September 2011 9.00pm diakses dari http://nowieyieda.wordpress.com/kandungan/punca-punca-berlakunyaponteng-sekolah/

15

You might also like