You are on page 1of 15

EDU 3106 : BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DI SEKOLAH Pada masa ini terdapat pelbagai pilihan jenis sekolah dalam sistem pendidikan dalam negara. Pada peringkat rendah terdapat Sekolah Kebangsaan ( SK ), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina ( SJKC ), dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil ( SJKT ). Manakala bagi peringkat Menengah pula terdapat SMK Harian, Sekolah Model Khas, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama. Dalam kalangan sekolah ini pula terdapat sekolahyang di kategorikan sebagai Sekolah Premier. KPM turut mengadakan sekolah khas untuk pendidikan khas pada peringkat rendah dan menengah.Selain itu, terdapat juga sekolah seperti Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Swasta dan Sekolah Antarabangsa Kepelbagaian sosio budaya telah mewujudkan sekolah yang

terdiri daripada pelbagai bangsa seperti sekolah jenis Cina dan Tamil. Sekolah Wawasan juga ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid di sekolah. Apabila anak orang Melayu, Cina, India dan kaum lain dapa tberinteraksi sejak peringkat awal persekolahan, sudah tentu akan lahir satu generasi Malaysia yang bersifat pelbagai budaya.

PISMP SEMESTER 5 2011

EDU 3106 : BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN ( RIMUP ) Sistem pendidikan merupakan salah satu alat terpenting dan berkesan bagi membangunkan identiti nasional, semangat kebangsaan, perpaduan dan cinta akan negara dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini. Menyedari pentingnya peranan sistem pendidikan dalam menyediakan persekitaran untuk sosialisasi sebilangan besar golongan muda di negara ini, maka aspek memperkasakan sistem pendidikan di sekolah-sekolah telah diberi penekanan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang telah dibentangkan oleh Y.A.B Perdana Menteri . KONSEP

RIMUP ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran.

MATLAMAT

Matlamat Rimup adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibah dan mapu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.

OBJEKTIF RANCANGAN RIMUP menggariskan empat objektif utama iaitu:

Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para guru dan muird serta warga sekolah dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah dalam kegiatan-kegiatan khas secara bersama.

Mewujudkan

sikap

kerjasama,

tolong-menolong

dan

mewujudkan

suasana muhibah secara sedar dan terancang.

PISMP SEMESTER 5 2011

EDU 3106 : BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Melahirkan persefahaman dan toleransi antara muird pelbagai kaum di sekolah. Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk

menjayakan kegiatan-kegiatan khas secara bersam-sama. KONSEP 1 MALAYSIA DI SEKOLAH Menurut Dato Sri Najib Tun Abd. Razak, dalam konsep 1 Malaysia, kerajaan perlu memulakan polisi yang kelihatan adil dan dilaksanakan dengan komitmen membantu tanpa melihat ras dan etnik. Selagi seseorang itu memegang status sebagai warga Negara Malaysia, mereka layak menerima bantuan tanpa melihat dari kaum mana mereka datang. Setiap rakyat Malaysia sepatutnya berupaya untuk memenuhi sepenuhnya dari segi pembangunan diri mereka tanpa mengira jantina. Tanggungjawab dan amanah ini terletak dipundak guru yang mengajar mengenal berlaku. tulis baca. Guru perlu berkemahiran menangani masalah dan kepelbagaian sosio-budaya murid murid agar masalah dalam mengajar tidak Sewajibnya yang guru perlu berkemahiran aspek dalam pengajaran dan pembelajaran merangkumi perancangan perlaksanaan

pengajaran dan pembelajaran yang dapat menjamin kemajuan pelajar secara optimum. Sebagai seorang guru perkara perkara pokok seperti perancangan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, spesifik dan relevan dengan objektif pembelajaran, persekitaran bilik darjah, masa yang diperuntukkan dan profil pelajar mengikut tahap kecerdasan. Dalam erti kata lain, elemen yang perlu dikuasai oleh setiap guru untuk menjadikan pengajarannya berkesan meliputi kesesuaian bahan pengajaran, sumber pembelajaran, penglibatan aktif murid, penilaian prestasi, pengukuran dan penambahbaikan. Selain itu guru perlu mahir dalam menguruskan bilik darjah dan mengintegrasikan TMK. Murid adalah pelanggan manakala guru merupakan individu yang menawarkan perkhidmatan. Oleh itu perkhidmatan yang diberi haruslah mengikut standard yang telah ditetapkan oleh majikan iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia.

PISMP SEMESTER 5 2011

EDU 3106 : BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

KURIKULUM TERSIRAT Kurikulum tersirat ialah perkara yang dipelajari secara tidak langsung oleh pelajar : o Di dalam bilik darjah o Di luar bilik darjah o Pengurusan dan pentadbiran o Kurikulum dan Ko-kurikulum Kurikulum ini ialah kurikulum yang digariskan oleh Kementeriaan Pelajaran Malaysia yang diamalkan di sekolah untuk mengatasi masalah kepelbagaian etnik : o Mengajar mengunakan konekstual o Pembelajaran mastri, simulasi o Inkuiri, Akses Kendiri dan Ekspose

4 STRATEGI UNTUK MEREALISASIKAN PEMBENTUKAN 1 MALAYSIA MELALUI KURIKULUM TERSIRAT 1. DI DALAM BILIK DARJAH Merujuk kepada Dasar Pernyataan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan Malaysia, (2001), proses pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dan dilaksanakan mengikut beberapa prinsip yang digariskan. Antaranya ialah: 1. Pendekatan, kaedah dan teknik yang dipelbagaikan dengan melibatkan murid secara aktif; 2. Berpandukan bahan bahan sokongan yang relevan dengan tahap pencapaian semasa, potensi dan kemajuan murid; 3. Penilaian dan penambahbaikan P&P secara berterusan. Berdasarkan apa yang dinyatakan di atas, seseorang guru haruslah peka dengan kepelbagaian sosio-budaya murid muridnya.
PISMP SEMESTER 5 2011

EDU 3106 : BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Pendekatan yang bijak harus digunakan dengan tidak membezakan kelas sosial murid. Murid hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira samada mereka dari kelas atasan atau bawahan. Perbezaan tahap kecerdasan murid juga harus dititik beratkan oleh seseorang guru dalam menyampaikan pelajaran. Guru harus mempelbagaikan kaedah pengajaran bersesuaian dengan tahap murid. Perkara ini perlu untuk mengelakkan murid murid merasa bosan dan seterusnya akan mengakibatkan masalah disiplin yang sukar dikawal. Guru juga harus bijak mencetuskan situasi pembelajaran yang mesra rakan. Aktiviti yang melibatkan interaksi di kalangan murid haruslah sentiasa dijalankan agar murid dapat menjalinkan hubungan yang lebih mesra sesama mereka tanpa mengira latar belakang sosial dan kecerdasan individu. Murid yang lambat menerima pembelajaran tidak diabaikan. Pelbagai kaedah dan strategi boleh dirancang dan dilaksanakan dalam mengatasi masalah murid murid sedemikian. Penggunaan bahasa standard iaitu bahasa rasmi kebangsaan iaitu bahasa Melayu hendaklah digunakan tanpa pengaruh bahasa dialek. Ini akan memberi peluang sama rata kepada semua murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Aktiviti pembelajaran yang dirancang oleh guru seharusnya boleh memberi peluang kepada semua murid tanpa mengira etnik dan jantina. Isu yang mempunyai unsur bias kepada mana mana jantina mesti dielakkan untuk member peluang sama rata pada setiap murid meneroka aktiviti pembelajaran. Bagi murid yang kecelaruan jantina, menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk persepsi yang positif di kalangan murid supaya mereka tidak terus hidup dengan kecelaruan tersebut.

PISMP SEMESTER 5 2011

EDU 3106 : BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Isu sensitif berkaitan dengan agama dan kaum hendaklah dielakkan sama sekali. Setiap kepercayaan dan nilai haruslah diterima seadanya oleh setiap guru. Aktiviti pembelajaran yang dirancang hendaklah menjurus kepada penglibatan semua murid tanpa mengira kaum, adat budaya dan pegangan agama mereka.

2. DI LUAR BILIK DARJAH Dalam konteks negara membangun, Malaysia memerlukan pemimpin yang bukan sahaja mempunyai latar belakang akademik yang memuaskan, tetapi juga cekap menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan yang sentiasa berubah. Bagi mencapai keperluan ini, rancangan kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah mempunyai falsafah yang berlandaskan kepada nilainilai hidup, moral dan disiplin, di samping berusaha memperluas skop pendedahan kepada pelajar dalam pelbagai aspek hidup, selain ilmu yang didapati di bilik darjah . Berdasarkan falsafah seperti yang dinyatakan di atas, maka usaha-usaha telah diambil untuk melaksanakan rancangan kokurikulum di sekolah dengan memberi penekanan kepada aspek-aspekseperti: (a) Memberi peluang yang seluas-luasnya kepada murid untuk melibatkan diri dalam kegiatan sosiobudaya mengikut pilihan pelajar berdasarkan kepada minat dan keupayaan masing-masing melalui penglibatan dalam persatuan dan pertandingan dan juga sambutan perayaan bagi setiap kaum (b) Memberi pendedahan kepada murid tentang isu-isu penting berkaitan dengan pembangunan negara melalui kegiatan-kegiatan khidmat masyarakat seperti dengan melakukan aktiviti gotong royong, menderma bahan bacaan di pusat sumber dan pelabagai lagi aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah . (c) Mencungkil dan memajukan bakat-bakat terpendam murid dalam bidang kebudayaan dan sukan. Di samping itu, dapat mempertingkatkan minat dan bakat kecemerlangan yang sudah wujud. (d) Melalui kegiatan kokurikulum ini adalah diharapkan agar sosiobudaya masa kini dipertahan serta diperkembangkan.

PISMP SEMESTER 5 2011

EDU 3106 : BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

3. PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ( SEKOLAH ) Pihak pengurusan dan pentadbiran ( Sekolah ) dan guru-guru haruslah memastikan persekitaran di sekolah adalah persekitaran yang sejagat dan segala kemudahan serta keperluan sesuai dengan semua kaum. Begitu juga dengan sudut-sudut di sekolah, bahan-bahan dan juga aktiviti yang dijalankan. Sumber-sumber fizikal atau infrastruktur adalah seperti pejabat, pusat sumber sekolah (PSS), bilik darjah, kerusi dan meja, makmal, kantin, padang permainan, kawasan rekreasi , sudut-sudut pembelajaran memainkan peranan dalam membentuk sekolah yang dapat mengintegrasikan kaum dengan baik . Pejabat sekolah adalah pusat di mana semua urusan luar dan dalaman dilakukan. Di sini letaknya pengurusan yang menjadi asas organisasi pendidikan itu. Di sini tenaga perkeranian memainkan peranan utama. Hubungan sekolah dengan pihak atasan yang berkaitan dengan pendidikan seperti Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan juga hubungan dengan institusi-institusi lain dan masyarakat sekitar banyak berlaku di sini. Kepakaran guru besar, penolong-penolong kanan dan juga pembantu tadbir menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh guru dan murid membolehkah pengurusan pendidikan itu berjalan lancar. Pusat sumber sekolah pula memainkan peranan memaksimumkan pendedahan maklumat dan bahan kepada pengguna. Guru tidak lagi dianggap sebagai satu-satunya punca pengetahuan dalam proses P&P di bilik darjah, tetapi lebih berperanan sebagai fasilitator pembelajaran. Fasilitator mempunyai tanggungjawab dengan memberi kesempatan kepada murid menggunakan keupayaannya secara optimum. Peranan murid pula diubah dari pada pasif kepada penglibatan dan pelakuan yang aktif. Di antara kemudahan-kemudahan yang disediakan di pusat sumber sekolah ialah bilik bacaan yang selesa, bahanbahan cetak, carta, peta, transparensi, slaid, pita rakaman audio dan video dan pelbagai koleksi buku bacaan pelbagai bahasa.

PISMP SEMESTER 5 2011

EDU 3106 : BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Padang permainan disediakan untuk murid-murid melakukan aktiviti pendidikan jasmani dan juga kegiatan kokurikulum seperti bersukan dan olahraga. Pendidikan jasmani sememangnya perlu selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara iaitu melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Selain itu, ekolah merupakan ruang untuk guru menerapkan keparcayaan dan nilai dalam masyarakat. Oleh itu, murid perlu diterapkan dengan nilai-nilai yang baik tanpa mengira latar sosio-budaya mereka. Murid juga haruslah sentiasa diingatkan agar sentiasa mengikut aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah. Selain daripada meningkatkan pengetahuan murid, hubungan di antara setiap murid dapat dijalinkan melalui aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah. Program Integrasi Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah salah satu aktiviti yang diusahakan oleh Kementerian Pelajaran di sekolah bagi memastikan perpaduan dipupuk di kalangan murid tanpa mengira latar belakang, agama, kaum, jantina dan sebagainya. Pihak-pihak berwajib boleh menyumbangkan sokongan samada dalam bentuk moral ataupun material bagi mengembangkan lagi pengetahuan dan perpaduan di kalangan murid. Guru memainkan peranan penting bagi menjayakan kembali program ini

4. KURIKULUM DAN KO-KURIKULUM Kurikulum merujuk kepada perancangan bertulis yang sistematik

merangkumi objektif, kandungan, strategi penyampaian dan penilaian untuk dilaksanakan. Kurikulum tersirat pula merujuk kepada norma, nilai dan kepercayaan yang disebarkan melalui pendidikan formal dan interaksi di sekolah. Kurikulum tersirat memberi penekanan kepada persekitaran yang wujud di kalangan warga sekolah. Budaya akademik di sekolah boleh dikatakan sebagai kurikulum tersirat.

PISMP SEMESTER 5 2011

EDU 3106 : BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Kurikulum tersirat juga boleh dilaksanakan melalui aktiviti ko-kurikulum seperti aktiviti berpersatuan, kegiatan panitia dan sebagainya. Menyertai aktiviti kokurikulum juga membolehkan para pelajar mengenali dan memahami budaya dan adat resam kaum-kaum lain di Malaysia. Hal ini juga dapat mewujudkan rasa bangga dalam kalangan pelajar dengan budaya dan cara hidup masyarakat di negara ini. Dengan menyertai aktiviti-aktiviti kokurikulum, seseorang pelajar dapat menyihatkan badan dan mencerdaskan otak serta dapat membina keyakinan diri dalam mengharungi kehidupan dan ini juga secara tidak langsung akan mengurangkan berlakunya gejala sosial yang melibatkan pelajar kerana masa lapang pelajar telah diisi dengan aktiviti yang berfaedah. Kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap persatuan dan kelab ada banyak ahlinya. Ahli-ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum. Ada yang berbangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul. Mereka boleh berbincang untuk bertukar-tukar pendapat. Dengan ini akan mengeratkan hubungan sesama mereka. Oleh itu, dengan kegiatan kokurikulum, perpaduan kaum dapat diwujudkan. Kesimpulannya, terdapat banyak faedah menyertai kegiatan kokurikulum. Pihak sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk menggalakkan pelajar menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah menggalakkan anak-anak mereka terlibat dengan kegiatan kokurikulum. Oleh itu, kita dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang Kurikulum tersirat merangkumi nilai-nilai yang dibentuk oleh warga sekolah sendiri seperti amalan, prosedur, peraturan, pertalian dan struktur di sekolah. Ianya dijalankan secara tidak langsung seperti murid mempelajari tingkah laku baik guru, guru mempamerkan akhlak budi pekerti, hubungan rapat di antara warga sekolah dan sebagainya. Nilai, norma, peraturan, daya intelek dan apa juga yang dibawa di dalam persekitaran sekolah akan memberi kesan secara tidak langsung tetapi amat bermakna terhadap amalan hidup murid.

PISMP SEMESTER 5 2011

EDU 3106 : BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Namun

demikian,

sesetengah

kurikulum

tersirat

kadang-kadang

mempunyai konotasi negatif kerana nilai-nilai yang disebarkan mungkin menjurus kepada hal-hal seperti menyokong perbezaan kelas di mana murid dibahagikan kelas mengikut tahap kepandaian, kaum dan jantina dan ini akan menjurus kepada pengagihan modal pendidikan secara tidak sekata. Dalam hal ini, guru perlu memainkan peranan dan memberikan perhatian kepada kurikulum tersirat sewajarnya supaya bersifat positif ke arah membina keadilan sosial berlandaskan kepada kepelbagaian sosio-budaya masyarakat setempat. PELAN TINDAKAN UNTUK MEREALISASIKAN PEMBENTUKAN 1 MALAYSIA MELALUI KURIKULUM TERSIRAT STRATEGI : PENDEKATAN KURIKULUM DALAM MEREALISASIKAN PEMBENTUKAN 1 MALAYSIA MELALUI KURIKULUM TERSIRAT o o o Mempelbagaikan kaedah pengajaran Situasi pembelajaran yang mesra rakan Penggunaan bahasa standard ( Bahasa Melayu) o Aktiviti pembelajaran yang dirancang memberi peluang kepada semua murid untuk melibatkan diri tanpa mengira kaum, kepercayaan dan agama o Objektif : Mengelakkan isu sensitif semasa sesi pengajaran dan

Perduan antara kaum akan terbentuk melalui penglibatan murid-murid dalam aktiviti kurikulum yang dijalankan di dalam kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Hasil

Murid-murid dapat menguasai pembelajaran dengan lebih terancangan tanpa mengira kaum majoriti atau minoriti. Mereka tidak akan berasa terasing kerana mereka adalah

Pembelajaran

PISMP SEMESTER 5 2011

EDU 3106 : BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

golongan minoriti dan dapat menikmati pengajaran dan pembelajaran dengan lebih kondusif

REFLEKSI
NAMA KELAS NO. K.P : : : YAN FATHEEHAH BINTI ZUBER PISMP 5J 870913-01-5354 PISMP 9194462 DR. TAJULDDIN BIN MUHAMMAD

NO MATRIK : PENSYARAH:

Bagi tugasan Budaya dan Pembelajaran EDU 3106, tugasan yang perlu dilakukan ialah berkaitan dengan Konsep 1Malaysia iaitu merealisasikan pembentukan Masyarakat 1 Malaysia di sekolah . Konsep 1Malaysia adalah konsep yang yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang ke - 6. Tugasan ini dibuat secara berpasangan iaitu bersama Ainie Norina Ismail. Bagi tugasan ini saya dapati banyak sumber yang boleh di dapati di internet. Ini kerana Konsep 1 Malaysia ini mempunyai laman webnya sendiri. Tedapat juga penerang yang dihuraikan oleh beberapa Jabatan Kerajaan seperti Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Penerangan Malaysia. Oleh kerana kekurangan sumber rujukan dari buku, saya mengambil inisiatif menggunakan maklumat dari internet yang merupakan fakta yang tepat tentang Konsep 1 Malaysia ini. Saya juga menggunakan surat khabar sebagai bahan rujukan kerana konsep ini adalah isu semasa yang sedang hangat diperkatakan. Oleh itu banyak bahan bacaan yang berkaitan dengan konsep ini. Saya juga menggunakan rujukan tugasan yang lepas iaitu Matapelajaran Hubungan Etnik di mana tugasan ini menghuraikan konsep 1 Malaysia.

PISMP SEMESTER 5 2011

EDU 3106 : BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Namun begitu tugasan ini, hanya memerlukan pemahaman memalui konsep 1 Malaysia dan tugasan yang lebih mencabar adalah mengaitkan 1 Malaysia dengan situasi di sekolah. Dengan memberikan tumpuan aspek kurikulum tersirat kami perlu memikirkan strategi untuk merealisasikan pembentukan Masyarakat 1 Malaysia di sekolah. Dalam memikirkan strategi-strategi yang boleh dilaksanakan, Pensyarah Pembimbing iaitu Dr. Tajulddin ada memberikan contoh-contoh strategi yang boleh dilaksanakan. Beliau juga menerangkan cara-cara kami membuat pelan tindakan bagi merealisaikan pembentukan Masyarakat 1 Malaysia melalui kurikulum tersirat. Kami menggunakan konsep tempat dan siapa iaitu di mana dan pihak yang menjalankan strategi ini. Strategi ini boleh dilaksanakan iaitu di dalam bilik darjah, di luar bilik darjah. Pihak pengurusan dan pentadbiran dan juga pihak atasan yang menggubal kurikulum dan kokurikum sebagai pelaksana strategi ini. Konsep tempat iaitu di dalam dan luar bilik darjah merupakan tempat yang paling sesuai dalam menjalankan strategi ini kerana dia dalam bilik darjah, murid-murid pelbagai kaum akan ditempat dalam satu ruang yang sama. Jadi mereka akan belajar untuk mengenali antara satu sama lain. Guru adalan peranan terbesar dalam memastikan perhubungan sosial ini bejalan dengan lancar selain sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru juga berperanan untuk memastikan kaum minoriti tidak merasa terasing dalam kelas mereka sendiri dan sentiasa manjaga sensitiviti antara kaum. Di luar bilik darjah pula pelbagai aktiviti dapat dilakukan bagi melaksanakan strategi ini. Di samping aktiviti kurikulum, aktiviti kokurikulum juga dapat di jalankan dalam memupuk perpaduan dan memberikan pendedahan kepada murid-murid tenyang budaya lain. Selain itu memberikan kesedaran bahawa perpaduan adalah tonggak negara bangsa.
PISMP SEMESTER 5 2011

EDU 3106 : BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Bagi aspek pengurusan dan pentadbiran pula iaitu pihak sekolah. Pihak sekolah haruslah memastikan persekitaran di sekolah adalah persekitaran yang sejagat. Segala kemudahan dan keperluan adalah untuk semua kaum tanpa bersikap bias atau prejudis. Segala aktiviti yang dirancang harusla mengambil kira semua kaum dan aktiviti yang dijalankan membolehkan semua kaum terlibat. Bagi aspek kurikulum dan kokurikulum pula merangkumi nilai-nilai yang dibentuk oleh warga sekolah sendiri seperti amalan, prosedur, peraturan, pertalian dan struktur di sekolah. Ianya dijalankan secara tidak langsung seperti murid mempelajari tingkah laku baik guru, guru mempamerkan akhlak budi pekerti, hubungan rapat di antara warga sekolah dan sebagainya. Bagi pelan tindakan yang akan dilaksanakan kami telah memilih strategi berkonsepkan dalam bilik darjah untuk merealisasikan Pembentukan Masyarakat 1 Malaysia. Bagi pembelajaran di dalam bilik darjah semesti sesi pengajaran dan pembelajaran adalah fokus utama. Kami juga menyelitkan beberapa program seperti Sambutan Perayaan dan Sambutan Kemerdekaan. Murid- murid akan lebih fokus apabila ia dibuat dalam peringkat kelas. Namun penyertaan kelas lain juga di alu-alukan. Selain itu program Kenali Malaysia juga di terapkan dalam beberapa Matapelajaran. Kami berharap strategi dan pelan tindakan yang telah kami rancang adalah satu idea yang dapat diterima untuk membentik Masyarakat ! Malaysia melalui Kurikulum tersirat di sekolah.

PISMP SEMESTER 5 2011

EDU 3106 : BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

RUJUKAN
Choong Lean Keaw, (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku.Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Omardin Ashaari, (1996). Pengurusan Sekolah - Suatu Pandangan Lengkap. Kuala Lumpur : Utusan Publications Syed Ismail b. Syed Mustapa& Ahmad Subki bin Maskon, (2010). Budaya dan Pembelajaran.Puchong,Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

Laman web: www.1malaysia.com.my/ ( 25 Februari 2011) www.wikipedia.org/wiki/1Malaysia ( 25 Februari 2011) www.1malaysia.org.my ( 25 Februari 2011) http://www.pmo.gov.my/ ( 28 Februari 2011) www.penerangan.gov.my ( 28 Februari 2011) http://www.slideshare.net/khalidipda/edu3106-kuliah4implikasi-kepelbagaiansosiobudaya ( 28 Februari 2011 ) http://rimupsmktp09.blogspot.com/2009/07/konsep-matlamat-objektif.html ( 28 Februari 2011) http://rimupsmktp09.blogspot.com/2009/07/panduan-pelaksanaan-aktivitirimup.html ( 28 Februari 2011 ) http://www.scribd.com/doc/47766287/kurikulum-tersirat (28 Februari 2011)

PISMP SEMESTER 5 2011

EDU 3106 : BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

PISMP SEMESTER 5 2011

You might also like