You are on page 1of 3

Oleh : Mohd Nakhaie Ahmad

Soalan : Dalam menjalankan penyelidikan atau kajian, semestinya kita


menghadapi cabaran atau rintangan. Apakah cabaran-cabaran yang wujud dalam
menjalankan kajian tindakan dan kajian pembelajaran?

Dri skop cabaran, tidak terdapat perbezaan diantara kedua-dua kajian ini. Namun begitu,
dari sudut persamaan, terdapat beberapa item atau tajuk yang sama. Antaranya ialah;

1 Cabaran kepada penyelidik itu sendiri.

Pertama, guru tidak mahu meningkatkan prestasi mengajar. Kebanyakan guru lebih
mementingkan pengajarannya semata-mata tanpa menitikberatkan kesan daripada
pengajaran tersebut. Jadi, guru tersebut tidak dapat menilai atau mentaksir
sejauhmanakah kesan hasil daripada sesi pengajaran yang telah dijalankan.
Kesannya, guru itu tidak dapat melihat sejauhmanakah prestasi para pelajarnya.
Jadi, sebagai seorang pendidik, apa yang seharusnya dilakukan ialah, guru tersebut
perlulah bertanggungjawab terhadap apa yang disampaikan. Guru tidak seharusnya
mementingkan tugasnya sahaja iaitu menjalankan sesi pengajaran. Jadi, guru
perlulah membuat satu inisiatif untuk menilai prestasi pelajarnya. Untuk menilai
prestasi ini, ia perlulah menjalankan satu kajian tindakan untuk mengukur kesan
daripada pengajaran yang dibuat.

Kedua, guru lebih selesa dengan keadaan sedia ada. Apabila guru mempunuai sifat
sebegini, ia akan memberikan kesan yang negatif dalam jangka masa panjang. Hal
ini kerana, apabila guru tidak mempunyai perasaaan untuk memajukan diri, ia ia
tidak dapat memberikan input yang terbaik kepada para pelajar. Sebagai seorang
guru ia perlulah merefleksi setiap perkara yang diajar supaya ia dapat tahu
sejauhmanakah pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan dapat diserapkan
kepada pelajar. Oleh yang demikian, tidak seharusnyalah seseorang yang bergelar
guru bersikap selesa dengan keadaan sedia ada. Sikap inilah yang menjadi
penghalang kepada guru dalam menjalankan kajian tindakan atau kajian
pembelajaran.

21
Ketiga, guru kurang mahir tentang statistik. Sebenarnya ramai guru memikirkan
bahawa penyelidikan atau kajian tindakan yang dibuat tentang pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas ataupun sekolah perlu menggunakan soal selidik dan
datanya perlu diproses dengan menggunakan pakej pemprosesan data tertentu
seperti “Statistical Pakage for Social Sciences” (SPSS) atau SAS. Sebenarnya guru
yang hendak menjalankan kajian tindakan, di kelas atau sekolah masing-masing
tidak perlu mahirdengan statistik yang canggih terutama dengan statistik inferential
(seperti Ujian t atau ANOVA), cukup dengan statistik yang mudah seperti
peratusan,kekerapan, atau min. Untuk menjalankan kajian tindakan memadai
dengan analisis bersifat kualitatif dengan teknik dan kaedah berbentuk diskripsi dan
naratif yang mana kaedah pengutipan data secara temubual ataupun pemerhatian.
Perlu diingat, tujuan guru menjalankan kajian tindakan bukannya untuk membuat
generalisasi daripada dapatan kajian tetapi melalui kajian tindakan, guru mendapat
sumber maklumat untuk memahami amalan pengajaran guru dan amalan
pembelajaran murid supaya guru dapat membaiki amalan guru dalam pengajaran
dan pembelajaran.

2 Cabaran dari segi masa

Seperti yang kita tahu, seseorang guru bukan sahaja berperanan sebagai pendidik,
malah tanggungjawab guru amatlah luas. Kekangan masa ini kadangkala
membuatkan guru tiada masa untuk menjalankan kajian tindakan. Selain itu,masa
untuk menjalankan kajian tindakan juga amat panjang kerana ia melibatkan
beberapa peringkat iaitu peringkat perancangan, bertindak, menilai dan mereflek.
Apabila kita telah berjaya menjalankan satu kajian tndakan, kita tidak boleh
berhenti disitu sahaja. Ini kerana kitaran dalam menjalankan kajian tindakan
perlulah berterusan. Ini bermakna kita sentiasa mencari yang terbaik dalam
menjadikan pelajar berjaya menguasai sepenuhnya perkara atau ssubjek yang
diajar. Perkara inilah yang dianggap beban oleh para guru kerana mereka terpaksa
mengorbankan banyak masa dalam membuat kajian tindakan. Jadi ia merupakan
cabaran kepada guru sekiranya mereka melakukan kajian ini.

22
3 Sumber Maklumat

Kadangkala, dalam menjalankan kajian atau penyelidikan, kesahihan dan kesahan


maklumat yang diterima boleh dipertikaikan. Ini kerana kebiasannya dalam
menjalankan kajian, ketidakbolehpercayaan sumber maklumat tetap wujud. Jadi,
keputusan hasil kajian tindakan tidak boleh 100% digunakan sebagai ukuran dlam
membuat keputusan atau penilaian. Sebagai seorang pendidik, ini merupakan satu
cabaran dalam menentukan maklumat yang diperoehi benar-benar tepat. Oleh yang
demikian, cabaran kepada penyelidik adalah memastikan instrumen yang digunakan
untuk menilai perlulah sesuai. Begitu juga dengan refleksi yang dilakukan oleh guru
mestilah sesuai dengan pelajaran yang diajar. Apabila input yang diberikan adalah
betul, tindak balas atau dapatan maklumat daripada pelajar juga berkemungkinan
besar adalah tepat. Jadi untuk memastikan kesahan dan kebolehpercayaan
maklumat yang diperolehi adalah tinggi, penyelidik perlulah memberikan input yang
betul kepada pelajar.

4 Dana/Peruntukan

Secara amnya, penyelidikan pendidikan di Malaysia dijalankan dalam 2 peringkat


iaitu peringkat makro dan mikro. Di peringkat makro, kajian dilakukan oleh agensi-
agensi di bawah Kementerian Pelajaran dan university tempatan. Jadi perbelanjaan
yang diperlukan akan ditanggung sepenuhnya oleh kementerian. Di peringkat mikro
pula, penyelidikan dijalankan secara kecil-kecilan oleh institusi pendidikan seperti
sekolah atau maktab. Peruntukan untuk menjalankan kajian mungkin ada, tetapi ia
agak terhad. Jadi, ini menurunkan minat para guru untuk terus bergiat dalam
menjalankan kajian tindakan. Situasi ini amat berbeza dengan peruntukan kepada
penyelidiakn lain selain kajian tindakan unuk pendidikan.

23

You might also like