Kajian TindakanDBK 1053
1.PENGENALAN
Pada kebiasaannya apabila seseorang guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran(P&P) dalam kelas masing-masing, mereka akan menggunakan segala pengetahuan yangtelah dipelajari dan dilaluinya semasa latihan di institut perguruan atau universiti. Makadalam hal ini, pendekatan serta teknik-teknik pengajarannya adalah amalan biasasebagaimana yang dilakukan oleh guru-guru lain. Pada masa-masa seterusnya pula,amalan
duplicating of experience
akan berlaku. Jika amalan ini berterusan maka kreativitidan inovasi dalam pendidikan tidak akan berlaku dengan mudah. Oleh sebab itu, kajiantindakan adalah salah satu cara yang perlu dibuat oleh guru untuk menggalakkan pembaharuan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
2.LATAR BELAKANG KAJIAN TINDAKAN
Kajian tindakan adalah salah satu bentuk pendekatan bersifat penyelidikan yang bolehdigunakan oleh guru dalam P&P dalam bilik darjah. Oleh kerana kemampuan pendekatanini dalam menyelesaikan permasalahan dalam bilik darjah maka penggunaan teknik ini perlu difikirkan. Sebenarnya kajian tindakan telah lama diguna pakai dalam bidang pendidikan. Bagi pengamal kajian tindakan, didapati bahawa kajian ini menggalakkankreativiti dan inovasi guru dalam meneroka amalan pengajaran yang baru. MenurutMcniff (1988):“Action research implies adopting a deliberate openess to new experiences and processess, and, as such, demands that the action of educational research is itself educational research is itself education. By consciouslay engaging in their own educationdevelopment, teachers gain both profesionally and personally; and it is thispersonalcommitment that counts in the process of human enquiry”Kajian tindakan merupakan satu aktiviti sistematik yang dilakukan dalam usaha untuk mengubah dan memperbaiki amalan pengajaran seseorang guru. Proses kajian kajianmementingkan proses tindakan dan refleksi. Maka aktiviti kajian tindakan adalah suatu1
Leave a Comment
http://www.scribd.com/full/10434779?a...
SENT 2 ME..zanda89_22@yahoo.com tq God bless you..