Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Sains Adalah Sebahagian Dari Kehidupan Harian Kita

Sains Adalah Sebahagian Dari Kehidupan Harian Kita

Ratings: (0)|Views: 69 |Likes:
Published by Nur Jalil

More info:

Published by: Nur Jalil on Aug 30, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/30/2012

pdf

text

original

 
Terangkan dengan membuat rujukan yang berkaitan tentangkepentingan dan kewajiban kemahiran saintifik dalam pembelajaran danpengajaran sains sekolah rendah (20%).
Sains menekankan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Dalamproses tersebut kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir perlu digunakan.Kemahiran saintifik merupakan kemahiran penting untuk menjalankansebarang aktiviti mengikut kaedah saintifik. Kemahiran saintifik terdiridaripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Terdapat 12 jenis kemahiran proses sains dan 5 kemahiran manipulatif.Bagi tujuan pembelajaran dan pengajaran sains di sekolah rendahkemahiran saintifik perlu ada pada murid. Kemahiran ini membolehkan muridmempersoalkan tentang sesuatu perkara dan mencari jawapan secarabersistem. Murid juga boleh mengguna dan mengendalikan peralatan danbahan sains dengan betul, menyimpan peralatan dan bahan sains denganbetul dan selamat, membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul,mengendali spesimen dengan betul dan selamat dan melakar spesimenperalatan dan bahan sains dengan tepat.Kemahiran saintifik sering kali kita dengar dalam mata pelajaran sains.Penerapan KS adalah amat penting untuk memastikan para pelajar dapatmengkaji dan memahami alam, mencari jawapan kepada sesuatu masalahserta membuat keputusan secara bersistem selain daripada dapatmenjalankan aktiviti penyiasatan dalam Sains dengan berkesan danbermakna.Kemahiran proses sains sering kali digunakan oleh guru-guru sewaktudi dalam kelas tanpa mereka sedari. Ini kerana di dalam pengajaran sains,KPS adalah amat penting selain daripada dapat menarik minat pelajar untukmempelajari Sains ianya juga dapat membuat pelajar berfikir secara kreatif dan kritis (Rohiza Binti Husin, 2008)Bagi mata pelajaran Sains, ianya merupakan subjek yang praktikal(Miller, 1991). Ini bermaksud para guru haruslah menggunakan pendekatanpengajaran ke arah yang lebih praktikal berbanding teoritikal. Praktikal yangdi maksudkan adalah aktiviti hands-on di mana para pelajar diberi kebebasanmelakukan eksperimen untuk menguji sesuatu teori yang telah mereka
 
pelajari di dalam kelas. Guru-guru seharusnya menerapkan KPS yangberkenaan ketika sesi pengajaran Sains di dalam kelas. MenurutIsmail Jusoh, (1998) menyatakan bahawa dalam pengajaran sains hendaklahditerapkan KPS bersama-sama dengan isi kandungan yang disampaikan.Kelemahan pelajar dalam menguasai konsep Sains bukanlah masalahbaru. Salah satu punca kemerosotan pencapaian pelajar dalam matapelajaran Sains ialah kurangnya penguasaan terhadap konsep Sains. Ianyaakan menjadi lebih rumit jika pelajar tidak dapat memahami konsep Sains itusendiri. Ini kerana setiap pelajar mempunyai tahap pemikiran yang berbeza-beza. Maka guru-guru di sekolah haruslah bijak memilih pendekatan yangbersesuaian agar para pelajar dapat memahami sesuatu konsep sains itudengan mudah.Dalam melangkah menjadi sebuah negara yang maju, negara kitamasih kekurangan golongan-golongan saintis yang sepatutnya dapatmembantu membangunkan negara selain daripada golongan pekerjaan lain.Ini kerana kebanyakkan siswazah-siswazah dalam negara kita hanyamengetahui sesuatu bidang yang dipelajari secara teorinya sahaja. Apabiladiberikan peralatan atau radas mereka tidak tahu mengaplikasikan apa yangdipelajari sejak dari sekolah rendah hinggalah ke institusi pengajian tinggi.Oleh itu seharusnya sejak dari sekolah rendah lagi, para pelajar didedahkandengan kemahiran proses sains supaya masalah-masalah seperti initidak berlaku di masa hadapan agar kita dapat melahirkan lebih ramai parasaintis dari negara kita.Pemupukan kemahiran proses sains di kalangan pelajar adalah satuagenda penting bagi setiap guru sains. Seseorang guru sains bolehmembantu murid memahami prosedur dan piawai kerja saintis. Melakukanaktiviti dalam makmal dengan meniru budaya kerja saintis membolehkan hasildaripada sebarang aktiviti sains itu betul dan tepat serta boleh diterima pakaibukan sahaja oleh pelajar berkenaan tetapi juga orang-orang lain yangberminat. (Hazrulrizawati Bt Abd Hamid, 2007)Kurikulum sains sekolah rendah memberi penekanan kepadapenguasaan kemahiran saintifik (kemahiran proses dan manipulatif) dankemahiran berfikir di samping pemahaman kepada prinsip asas sains sertapemupukan sikap saintifik dan nilai murni supaya melahirkan rakyat Malaysia
 
yang progresif dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Disamping itu, ia juga bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada muridtentang kepentingan pengetahuan sains dan teknologi dalam prosespembangunan dan perindustrian. (Tan Ming Tang & Chin Teoi Peng, 2001).Sebagai kesimpulan keseluruhan, berdasarkan maklumat kajian-kajianyang saya perolehi dari beberapa artikel membuktikan bahawa kemahiransaintifik perlu ada pada murid seawal persekolahan di sekolah rendah.Kemahiran saintifik perlu ada pada murid supaya mereka dapat mengkaji danmemahami alam sekitar. Kemahiran ini juga akan membantu murid dalammencari jawapan kepada sesuatu masalah dan seterusnya membuatkeputusan secara bersistem. Selain itu, murid juga akan tertarik untukmempelajari mata pelajaran sains dan secara tidak langsung akanmembentuk murid yang berfikir secara kreatif dan kritis. Apabila minat sudahwujud maka pencapaian murid dalam mata pelajaran sains akan meningkatdan seterusnya akan mewujudkan golongan saintis yang berdaya saingdengan saintis dari negara luar. Faedah paling utama adalah saintis-saintis iniakan dapat membantu negara membangunkan sektor pembangunan danperindustrian negara.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->