DBK 1053 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN
Senario Kajian Tindakan di Malaysia
Kementerian Pendidikan khususnya Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP/EPRD), telah memulakan inisiatif untuk membudayakan KajianTindakan di sekolah melalui aktiviti Sub-Program 4, iaitu Penyelidikan Pendidikan dibawah program yang dikenali sebagai 'Programme for Innovation, Excellence andResearch (PIER)'. Program pembiayaan Bank Dunia ini bermula pada tahun dari1993 sehingga 1996 dengan mengadakan kursus-kursus Kajian Tindakan kepadaguru-guru di seluruh Malaysia serta menyediakan peruntukan untuk menjalankanprojek Kajian Tindakan di sekolah-sekolah. Sebanyak 741 projek Kajian Tindakantelah berjaya dilaksanakan oleh guru-guru sepanjang program PIER (Madzniyah:1998). Pada tahun 1998 hingga 2000, BPPDP/EPRD telah mendapat peruntukan khas dariKementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar di bawah Program Kesedaran Sainsuntuk membolehkan aktiviti Kajian Tindakan dilaksanakan. Sebanyak 632 projekKajian Tindakan telah dijalankan oleh guru-guru Matematik dan Sains di seluruhnegara di bawah peruntukan ini. Manakala bagi kursus Kajian Tindakan, sebanyak20 kursus telah dijalankan kepada guru-guru Matematik dan Sains selama 3 tahun ini(Madzniyah: 2000).Sejak tahun 1993, Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan telah diadakanoleh BPPDP/EPRD sebagai wahana untuk menyebarkan hasil-hasil penyelidikan,terutama di kalangan guru untuk dikongsi bersama. Di samping itu, beberapa orangguru yang terlibat diberi peluang membentangkan hasil Kajian Tindakan mereka(Prosiding Seminar, BPPDP: 2000).
CABARAN DAN HALANGAN 2
Leave a Comment