You are on page 1of 1

LAPORAN MINIT CURAI

TAJUK TARIKH MASA TEMPAT KEHADIRAN :PENGEMASKINIAN PANGKALAN DATA MURID : 13 MEI 2012(Ahad) : 1.15 PM : 6 HIJAU : SEMUA GURU KELAS

PENDAHULUAN Guru data mempersilakan semua guru yang menghadiri bengkel pengemaskinian data murid di Pangkalan Data Murid KPm. Guru data menjelaskan bahawa data murid-murid yang masih belum dikemaskini perlu dikemaskini sebelum atau pada 15 Mei 2012.

Agenda : 1. Guru data juga memberitahu bahawa data-data yang dimasukkan oleh guru kelas perlu sahih mengikut borang SMM yang dikutip oleh guru kelas pada awal tahun 2012. 2. Guru data juga menjelaskan bahawa segala maklumat seseorang murid itu adalah sulit dan Penyedutan data untuk SAPS,SPPBS dan biasiswa adalah melalui portal Pangkalan Data Murid. 3. Guru-guru kelas harus mengisi No.My kid setiap murid yang berdaftar di sekolah dan bukan lagi menggunakan No.surat beranak. 4. Guru data juga meminta guru kelas supaya mengisi nama penuh murid untuk memudahkan guru mengenali seseorang murid dengan mudah. 5. Guru data juga membimbing guru-guru untuk memindahkan nama murid-muird yang berpindah kelas dan menghapuskan data bagi murid yang telah berpindah sekolah.Bagi murid yang telah berpindah sekolah pastikan guru kelas mendapat pengesahan daripada PK HEM terlebih dahulu untuk di catat di bahagian catatan pindah sekolah murid. 6. Guru data juga menyeru supaya guru-guru mengisi ruangan info peribadi bapa dan ibu dengan tepat supaya tidak timbul kemusykilan seperti yang dikemukakan dalam borang SMM. 7. Guru data juga mengingatkan guru-guru kelas supaya peka dengan sebarang perubahan yang dilakukan di dalam portal Pangkalan Data Murid haruslah seperti yang tertera di dalam borang SMM untuk mengelakkan kesangsian. PENUTUP Guru data mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang telah memberikan kerjasama dalam mengemaskini Pangkalan Data Murid sesi 2012 dengan berjayanya. Bengkel ditangguhkan jam 3.30 petang. Laporan disediakan oleh, (P.BACKIYERAJ A/L PALAYA) GURU DATA, SJK(T)LADANG BUKIT MERTAJAM

You might also like