You are on page 1of 11

MOHD ISHA BIN BAKAR

GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU


KERTAS 1. LATIHAN 1 Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan A, B dan C atau empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Antaranya, ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan yang betul itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan. 1 "Sungguh ______ tidak menyangka, tuan hamba sanggup menderhaka," titah baginda dengan murkanya.

A B C D

beta tuanku sultan baginda

Gambar 1 Pak Leman sedang menggali parit supaya air dapat mengalir dengan lebih ______. A lebat B kuat C laju

Anak kapal itu menggunakan ______ kain untuk membuat layar. A B C D sebidang sekajang secebis selembar

Gambar 2 Tuan Haji Rahim merupakan ______ di Masjid Amin semenjak lima tahun yang lalu. A B C D juruacara jurulatih juruulas juruazan

Gambar 3 Perajurit itu sedang ______ pihak musuh menggunakan senapang. A B C D membedil mengarah menghala mengacu

Biskut yang terbiar lama boleh berbau _________, kata nenek. A lemau B harpak C tengik

Tayar basikal datuk pancit. ________, dia membonceng motosikal Pak Ali untuk ke masjid. A B C D Kemudian Kendatipun Selepas itu Oleh sebab itu

Hardi menyiapkan kerja sekolahnya dengan ______ agar dia dapat bermain sepak takraw. A gopoh B cepat C kuat

Gambar 4 Mak Cik Liah ______ beras menggunakan nyiru. A B C D menebar menampi mengayak membanting

10

________ besar daripada penduduk Parit Kardi hanya mempunyai ________ matlamat, iaitu untuk meningkatkan hasil kelapa sawit di kampung mereka. A B C D Sekalian ... beberapa Sebahagian ... satu Setengah ... sesuatu Setengah ... setiap

11

Gambar 5 Kakak sedang ________ daun pandan untuk dibuat bunga rampai. A mencincang B menghiris C mengerat

12

"______ belikan cili merah. Saya hendak membuat sambal belacan sambal," kata ibu kepada ayah.

A B C D 13

Sila Minta Jemput Tolong

Pinang Sebatang yang aman damai menjadi __________ semenjak kedatangan lanun-lanun dari Pulau Seribu. A B C D punah-ranah gegak-gempita lintang-pukang porak-peranda

14

Pengacara kacak itu sedang _________ dengan Menteri Besar Kedah di Dewan Saksama. A B C D menyoal siasat menemu ramah beramah mesra bertemu muka

15

Gambar 6 Pokok yang tumbang itu telah ______ kenderaan yang lalu lintas ke bandar Kuala Langat. A B C D merenggang menggalang menyekat memutus

16

Kami belajar dengan gigih ______ mendapat kejayaan yang cemerlang dalam setiap ujian di sekolah.

A B C D 17

kerana sampai supaya hingga

"Ernaliza tidak balik lagi. ______ dia pergi ke perpustakaan," kata abang kepada kakak. A Rasa-rasa B Rupa-rupa C Agak-agak

18

Hang Tuah ______ keris Taming Sari pada pinggang sebelum menghadap sultan. A B C D menyelitkan memasukkan mengepilkan menyarungkan

19

Kakak gemar melanggan beberapa ______ majalah tentang bahasa pada setiap bulan. A buku B buah C keping

20

Sikap Rohayu yang ______ menyebabkan kami kurang senang untuk berkawan dengannya. A B C D atas pagar atas angin kepala angin bunga dedap

21

Senjata canggih Amerika tidak berjaya menjatuhkan semangat pejuang-pejuang Hamas untuk mempertahan bumi mereka. Perkataan seerti bagi canggih ialah A B C D unik aneh moden istimewa

Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris. 22 Parlimen akan dibuka oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong. Perkataan berlawan bagi dibuka ialah

A B C D

dibatalkan ditutupkan dibubarkan dimansuhkan

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 23 I. Dodol yang dibuat oleh Mak Tam sangat manis rasanya. II. Manis betul kelakuan kamu, sindir Cik Laila Sari III. Puan Athia cuba manis mukanya ketika berucap.

IV.
A B C D

Usahlah berperangai begitu, nanti tidak manis dipandang orang. I dan II II dan III II, III dan IV I dan IV

Pilih jawapan yang paling sesuai kepada soalan yang bergaris. 24 Bagaimanakah kamu boleh membaca lapan buah buku dalam sebulan? A B C D Saya sangat berminat dengan buku-buku. Ayah dan ibu saya ialah penjual buku di kedai. Saya mesti membaca dua buah buku dalam seminggu. Saya terpaksa membaca sebuah buku sehari.

Pilih soalan yang paling sesuai kepada jawapan yang bergaris. 25 Zalina telah membeli tiket kapal terbang ke Rusia. A B C D Mengapakah Zalina hendak ke Rusia? Apakah yang dibeli oleh Zalina di Rusia? Siapakah yang akan ke Rusia? Apakah yang dibeli oleh Zalina?

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. 26 "Berbincanglah baik-baik dengan ayah kamu, kata Cikgu Sharima kepada Taufik. A B C D Cikgu Sharima merayu agar Taufik berbincang dengan ayahnya sehabis baik. Taufik dipujuk oleh Cikgu Sharima untuk baik-baik berbincang dengan ayahnya. Cikgu Sharima meminta Taufik agar berbincang baik-baik dengan ayahnya. Cikgu Sharima menyuruh Taufik berbincang dengan ayahnya agar boleh berbaik-baik.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris. 27 Pak Lang sedang menebang sebatang pokok macang di tepi rumahnya.

A B C D 28

Sebatang pokok macang hendak ditebang oleh Pak Lang di tepi rumahnya. Sebatang pokok macang tengah ditebang oleh Pak Lang di tepi rumahnya. Sebatang pokok macang telah ditebang oleh Pak Lang di tepi rumahnya. Sebatang pokok macang akan ditebang oleh Pak Lang di tepi rumahnya.

Pilih ayat yang betul. A B C D Pakaian berjalur itu bukan sesuai dipakai oleh orang kurus. Hidangan itu tidak untuk semua murid, kata cikgu. Pulau Aur bukan di Sarawak tetapi di Johor. Perempuan tua itu tidak nenek saya.

Pilih ayat yang betul. 29 I. Mereka berbincang novel Si Putih daripada segi moral. II. Dakwaan kamu adalah tidak benar, kata Siti Erma. III. Para guru-guru sedang menjamu selera di Hotel Seri Mutiara. IV. Bangunan yang cantik itu ialah Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Gudang. A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV Pilih ayat-ayat yang betul. 30 I. Di malam ini, kami akan menjamu kamu. II. Bahan-bahan peperiksaan itu disimpan dalam bilik kebal. III. Haji Latif sentiasa menuntun isterinya yang buta ketika berjalan. IV. Berbagai-bagai jenis makanan telah dibeli oleh ayah di pasar tani. A I dan II B I dan III C II dan III D III dan IV

Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Bagaimana persekolahan Hakimi hari ini? Amir bertanya. Adiknya kelihatan ceria.

Mestilah seronok, bang. Hakimi dapat berjumpa dengan kawan-kawan. Masing-masing ada cerita yang menarik pada musim cuti. Hakimi pun ada cerita yang menarik juga, tolong ibu jual kuih, Hakimi bercerita kepada abangnya. Amir mengeluh. Dia tahu adiknya teringin melawat tempat-tempat menarik seperti rakanrakannya, tetapi wang yang ada hanya cukup untuk membiayai persekolahan mereka. Hakimi, mari kita pergi ke rumah datuk dan nenek. Sudah lama abang tidak makan masak lemak cili api air tangan nenek. Hui, sedapnya sampai menjilat jari! ujar Amir sambil menjilat bibirnya. Tak mahulah, bang. Mesti ibu sudah tunggu kita untuk makan bersama-sama, kata Hakimi sambil memuncungkan bibirnya. Alah... sekejap sahaja. Datuk dan nenek tentu rindu akan Hakimi, Amir sengaja memancing adiknya. Hakimi terdiam. Tidak lama kemudian, dia mengangguk. Amir tersenyum senang. Dia tahu adiknya sentiasa beralah. Amir segera ke hujung kampung. Wajah datuk dan neneknya terbayang di ruangan mata. Tidak lama kemudian, Amir dan Hakimi tiba di hadapan sebuah rumah kampung yang sederhana besar. Halamannya penuh dengan pokok-pokok bunga yang terjaga rapi. Tuk Hussin amat rajin berkebun. Banyak tanaman herba yang ditanam oleh Tuk Hussin. Pokok kunyit, cili padi dan ulam raja ditanam di tepi rumah manakala sayur-sayuran seperti bayam dan kacang panjang ditanam di bahagian belakang. Begitu juga pokok durian dan pokok buahbuahan yang lain. Nenek Saodah tidak perlu bersusah payah ke pasar tani. Petik sahaja di tepi dapur, sekejap sahaja sudah boleh bersila menghadap hidangan. Apabila musim buah-buahan, Amir dan Hakimi puas menjamu selera. Tuk Hussin akan memberikan hasil tanamannya itu kepada jiran-jiran. Adakalanya dijual kepada peraih. Sesiapa sahaja yang meminta akan diberinya dengan senang hati. Semua ini milik Allah, pesan datuk.

31

Mengapakah Hakimi menjual kuih pada musim cuti sekolah?

A B C D 32

Dia suka menolong ibunya menjual kuih. Dia tidak melawat tempat-tempat menarik. Dia daripada keluarga yang kurang berada. Dia memerlukan wang untuk menyertai lawatan.

Apakah nilai murni yang ada pada diri Hakimi? A B C D rajin, beralah dan penyayang tekun, sabar dan menurut kata mengikut nasihat dan baik hati pengasih, penyabar dan setia

33

Maksud memancing A B C D menangkap menjerat memikat menarik

34

Berdasarkan petikan, dengan siapakah Amir dan Hakimi tinggal? A B C D datuk dan nenek ibu dan ayah datuk ibu

35

Yang manakah tanaman herba yang ditanam oleh datuk Amir? A B C D kacang panjang sayur-sayuran kunyit bayam

Baca petikan dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Selepas makan tengah hari, ayah membawa mereka berdua menziarahi saudara-mara yang

tinggal di kampung itu. Rumah pertama yang dikunjungi mereka ialah rumah Pak Long Hasan, bapa saudara ayahnya. Sebelum beredar, Pak Long Hasan menghidangkan bubur lambuk kepada mereka. Mereka makan beramai-ramai. Dari rumah Pak Long Hasan, mereka singgah di rumah Ustaz Jaafar. Sani dan Saiful pernah bertemu dengannya di surau. Ustaz Jaafar ialah imam di kampung itu. Semasa kanakkanak dahulu, ayah mereka belajar mengaji dengan Ustaz Jaafar. Ayahnya menghormati Ustaz Jaafar sebagai seorang guru, imam, dan orang yang paling tua di kampung itu. Kebetulan ketika mereka bertiga sampai, rumah Ustaz Jaafar penuh dengan anak-anak kampung sedang mengaji. Ada juga pemuda dan orang dewasa sedang memperdengarkan bacaan. Jika ada kesalahan, Ustaz Jaafar menegur dari jauh. Sani dan Saiful kagum akan anak-anak murid Ustaz Jaafar. Murid yang pandai membantu murid yang lemah. Bagi murid yang lemah pula, mereka bersedia mendengar teguran serta cuba membetulkan bacaan. Mereka semua seperti adik-beradik. Wujud satu sikap saling menghormati dan menyayangi antara satu sama lain. Sani mula sedar. Segala yang dilihat kini terlalu jauh bezanya dengan budak-budak di bandar termasuk kawan-kawannya. Mereka mementingkan diri sendiri serta berbangga dengan status keluarga masing-masing. Mereka tidak pernah mendekati kawan-kawan daripada kalangan keluarga miskin. Selama ini, Sani bangga dengan dirinya. Dia ramai kawan. Dia ada pengaruh di sekolah dan semua murid suka berkawan dengannya. Sani sedar, penerimaan kawan-kawannya itu bukan kerana erti persahabatan atau menghormatinya, tetapi sebenarnya ada udang di sebalik batu. Setelah selesai mengaji, mereka semua beransur pulang. Sebelum pulang, mereka bersalaman sesama mereka dan mencium tangan Ustaz Jaafar. Ketika bertembung dengan mereka yang berada berhampiran pintu, mereka memberikan salam dan bersalaman. Sani nampak kekok, namun dia menerima salam mereka dengan hati yang terharu.

36

Siapakah yang dibawa oleh ayah menziarahi saudara-mara?

A B C D 37

anak-anak murid Ustaz Jaafar murid-murid yang pandai Pak Long Hasan Saiful dan Sani .

Apakah pekerjaan Ustaz Jaafar? A B C D imam bilal ketua kampung guru Pendidikan Islam

38

Mengapakah ramai anak kampung di rumah Ustaz Jaafar? A B C D Murid lemah belajar daripada murid pandai. Mahu menjadi imam apabila besar nanti. Belajar menghormati orang yang lebih tua. Mereka belajar membaca quran.

39

Pilih penyataan yang tidak benar tentang petikan. A B C D Ustaz Jaafar mencium tangan anak-anak muridnya selepas mengajar. Rumah Pak Long Hasan ialah rumah pertama yang dilawati. Ayah ialah anak saudara kepada Pak Long Hasan. Anak-anak kecil dan remaja juga belajar mengaji.

40

Pengajaran daripada cerita di atas. A B C D Sikap anak-anak kampung lebih baik daripada anak-anak di bandar. Anak mesti mengikut bapa jika hendak ke mana-mana. Sebelum menjadi imam kita mesti belajar mengaji. Budak-budak di bandar tidak bermoral. KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like