Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
1Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Jurnal Sem 6 Minggu 3

Jurnal Sem 6 Minggu 3

Ratings: (0)|Views: 138|Likes:
Jurnal praktikum
Jurnal praktikum

More info:

Published by: AZLIZA BINTI MOHAMED on Aug 31, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

12/07/2013

pdf

text

original

 
AZLIZA BINTI MOHAMEDPISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010
BIL. JURNAL : MINGGU KETIGATARIKH : 06 OGOS- 10 OGOS 2012
PENDAHULUAN
1)Kepentingan pengurusan tingkah laku di kalangan murid-murid pendidikan khas.
Tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorangindividu. Tingkah laku juga semua tindakan manusia yg boleh diperhati, diukur dandinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak,secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikapyang berasaskan nilai-nilai tertentu. Menurut Lewis M.Beaker (2001), sebarangperbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separasedar.Tingkah laku murid perlu diurus dengan sebaiknya untuk mewujudkan suasanadan keadaan yang lebih kondusif, dapat mendidik murid untuk berdikari dan menjadikankehidupan seseorang murid itu lebih bermakna. Terdapat beberapa kepentinganpengurusan tingkah laku kepada murid pendidikan khas ini. Pertamanya, iamembolehkan pembelajaran yang afektif dan memastikan murid memperolehikemahiran hidup untuk berdikari. Bidang akademik bukanlah bidang yang palingpenting di ajar kepada anak-anak istimewa ini sebaliknya kemahiran dalam kehidupanyang perlu ditekankan supaya murid dapat hidup berdikari pada masa hadapan.Kedua, tingkah laku murid juga perlu diurus supaya setiap tindakan atauperbuatan yang dilakukan oleh murid adalah sesuatu yang boleh diterima olehmasyarakat dan meningkatkan maruah murid. Ketiga, tingkah laku juga perlu diuruskansupaya beban penjaga dapat dikurangkan. Keempat, supaya murid dapatmenyesuaikan dirinya dengan orang lain supaya mereka dapat turut serta dalam
 
AZLIZA BINTI MOHAMEDPISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010
kegiatan masyarakat yang biasa. Walau bagaimanapun, di antara semua kepentinganpengurusan tingkah laku yang telah dinyatakan di atas, tujuan utama yang palingpenting ialah supaya kualiti hidup murid dapat ditingkatkan.
MASALAH / PERISTIWA :
1. Pelaksanaan pengurusan tingkah laku yang telah digariskan di dalam di dalam RPI2. Meningkatkan komunikasi bersama muridPada minggu ini, saya masih lagi meneruskan perancangan yang dikehendakiiaitu mengurangkan arahan kepada murid untuk menyiram pokok bunga. Cuaca yangsentiasa hujan pada setiap pagi menyebabkan saya gagal untuk melaksanakanrancangan tersebut. Daripada lima hari, hanya dua hari sahaja yang saya sempatmanfaatkan untuk bersama-sama menguruskan tingkah laku murid yang telah sayapilih.Saya masih tidak nampak sebarang perubahan pada minggu ini dan guru masihperlu memberikan banyak kali arahan kepada murid untuk menyiram pokok bunga.Namun, pada minggu ini murid yang sedang saya uruskan tingkah lakunya itu tidak lagikelihatan seolah-olah berada di dalam dunianya sendiri kerana apabila sayamemandangnya dia sudah boleh tersenyum. Seolah-olah memahami siapa diri saya,saya kira murid ini sudah boleh menerima kehadiran saya sebagai guru yangmembantunya pada setiap pagi.Walau bagaimanapun, semasa berada di kelas, terdapat satu masa di manamurid ini lari keluar dari kelas kerana marah dengan guru Sains. Murid ini marah keranadia dimarahi oleh guru tersebut kerana mengganggu komputer riba di atas meja.Melalui peristiwa-peristiwa ini, saya telah dapat mengenal pasti bahawa murid-murid
 
AZLIZA BINTI MOHAMEDPISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010
bermasalah autisma juga mempunyai sifat yang sangat sensitif, tidak boleh menerima jika orang lain terlalu berkeras dengan mereka.Selain waktu pagi semasa melakukan tugasannya, saya juga mengambil masa-masa terluang seperti waktu rehat untuk mendekati murid ini bagi melihat sikapnya,kegemarannya, dan penerimaannya terhadap orang yang baru dikenalinya. Saya dapatimurid ini agak manja dan sangat gemar diberi perhatian. Kesimpulannya, pada mingguini dari segi pelaksanaan tugasan, murid ini masih memerlukan banyak tugasan tetapidari segi komunikasi, sudah menunjukkan bahawa murid ini boleh menerima sayasebagai gurunya.
ANALISIS
Kegagalan saya dalam menguruskan tingkah laku murid yang telah saya pilihiaitu mengurangkan arahan untuk menyiram pokok bunga mungkin berpunca daripadasaya sendiri iaitu ketiadaan pengalaman dan taktik yang berkesan. Saya sendiri buntubagaimana hendak memberi arahan yang jelas dan mudah supaya murid dapatmengingatinya dan tidak perlu lagi guru mengulanginya. Namun, sebagai seorang guruyang masih berada dalam proses latihan saya tidak akan berputus asa.Selain masalah saya sendiri, saya juga percaya bahawa murid tidak dapatmengikut apa yang saya kehendaki kerana murid itu sendiri tidak memahami bahawadia perlu melakukan tugas tersebut pada setiap pagi tanpa diberi arahan. Muridbermasalah autisma sepatutnya dijaga khusus oleh seorang guru kerana masalahnyayang gemar berfantasi sendiri, namun kerana bilangan murid lain yang masih ramaiperlu diuruskan, sukar untuk guru memerhatikan murid ini sahaja.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->