You are on page 1of 3

Acara sukaneka sempena hari guru 2012

1. Gula-gula pening (semua pelajar) a. Murid akan melakukan putar helikoptor sebanyak 5 pusingan dan berlari ke kawasan padang yang telah ditaburkan dengan gula-gula. 2. Tiru gaya Superhero (guru dan pelajar) a. Semua peserta akan diberikan penerangan tentang gaya hero dan mereka perlu mengayakannya mengikut gaya hero yang akan disebut oleh pengelola. b. Mana-mana peserta yang gagal melakukan gaya yang disebut oleh pengelola maka mereka akan tersingkir c. Gaya yang dicadangkan adalah Spiderman, Batman, Superman, Ultromen 3. Aku hebat (acara pecah belon dan jalan di atas bata)=(pelajar dan guru) a. Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan belon b. Setiap kumpulan akan dibahagikan kepada 2 kumpulan kecil c. Permainan dimulakan dengan setiap peserta perlu meniup belon dan memecahkannya menggunakan punggung d. Selepas belon pecah, peserta perlu berjalan dengan menggunakan bata yang telah disediakan oleh pihak pengelola e. Kumpulan yang habis dahulu akan dikira sebagai pemenang 4. Baling botol di atas meja (guru sahaja) a. Setiap ahli kumpulan akan membaling botol yang disediakan di atas meja menggunakan bola b. Setiap ahli kumpulan sukan akan diberi dua percubaan c. kumpulan yang menjatuhkan botol paling banyak akan dikira pemenang

5. Pijak belon semua pelajar a. Semua murid akan diberikan belon dan mereka akan meniup dan mengikatnya pada kaki b. Murid akan berada dalam kawasan yang telah disediakan c. Murid dikehendaki memecahkan belon murid lain dengan menggunakan kaki d. Murid yang masih mempunyai belon akan dikira sebagai pemenang 6. Cuit ekor semua pelajar a. Peserta akan diberikan ekor yang disediakan oleh pihak penganjur b. Peserta dikehendaki memasukkan ekor ke dalam seluar c. Muzik dimainkan dan para peserta perlu menjaga ekornya dan pada masa yang sama perlu mengambil ekor peserta lain d. Peserta yang masih mempunyai ekor dan mempunyai jumlah ekor peserta lain yang terbanyak akan dikira sebagai pemenang 7. Lari kepit belon - semua pelajar a. Peserta dikehendaki meniup dan mengepit belon di celah kangkang b. Peserta akan masuk ke dalam gelung rotan yang disediakan c. Peserta perlu membawa belon ke garisan penamat d. Peserta yang sampai dahulu ke garisan penamat akan dikira sebagai pemenang 8. Limbo rock - semua pelajar a. Semua peserta akan melalui tali yang akan dipegang oleh guru b. Peserta perlu melalui tali tanpa lutut menyentuh tanah c. Peserta yang dapat melepasi tali dengan paling rendah akan dikira sebagai pemenang 9. Rebut kerusi dan rotan- pelajar dan guru a. Permainan ini diadakan secara serentak antara pelajar dan guru b. Peserta harus mengelilingi gelung rotan (bagi pelajar), kerusi (bagi guru) c. Apabila muzik dihentikan, semua peserta harus mencari tempat duduk masing-masing dan peserta yang tiada tempat duduk akan disingkirkan d. Peserta yang terakhir akan dikira sebagai pemenang 10. Tarik upih pinang a. Peserta akan diberikan upih pinang b. Peserta perlu menarik upih pinang melepasi kon yang disediakan dan berpatah balik ke tempat permulaan c. Kumpulan yang abis dahulu akan dikira sebagai pemenang

11. Cari gelung getah dalam tepung a. Setiap kumpulan akan mencari gelung getah yang berada di dalam tepung dengan cara meniup dengan menggunakan mulut dan mengambilnya dengan mulut b. Kumpulan yang menjumpai kesemua gelung getah akan dikira sebagai pemenang

Permainan pelajar

guru

You might also like