You are on page 1of 4

     

TASAWWUR AL-ISLAM

MUKADDIMAH: i)Tasawwur: Gambaran / penjelasan yang hakiki terhadap sesuatu


sehingga dapat di fahami.
ii)Al-Islam: Agama yang di turunkan oleh Allah SWT keatas junjungan
besar kita Nabi Muhammad SAW bagi mengatur urusan2 kehidupan manusia yang
berhubungan dengan Penciptanya,dirinya dan manusia2 lain.

iii)Tasawwur Al-Islam: Gambaran /penjelasan yang hakiki terhadap


Islam sehingga dapat difahami dengan sahih(benar) dan jelas. Berkaitan dengan semua
aspek terhadap Islam samaada tatacara mendapatkan gambaran tersebut,skop ajarannya
dan juga tatacara beramal dengannya.

ISLAM :AGAMA FIKRIYYAH(PEMIKIRAN)

Ayat awal yang diwahyukan kepada Rasulullah SAW ialah firman Allah SWT:

               
            
     
1. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan,
2. Dia Telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
3. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha pemurah,
4. Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam[1589],
5. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.

Ayat ini mengandungi perintah kepada junjungan besar kita supaya


membaca Al- Quran.Tujuan perintah membaca ini adalah untuk
membentuk pemikiran(kefahaman) Rasulullah SAW terhadap Islam
iaitu pemikiran(kefahaman) yang sayugia dan selayaknya dilaksanakan
secara mendunia bagi mengatur segala urusan kehidupan semua
manusia samaada mu’min mahupun kafir.

Pemikiran Islam menyentuh berkaitan tatacara pengurusan urusan2


kehidupan manusia bermula dari asasnya iaitu Aqidah Islamiyyah,
serta apa yang lahir daripada Aqidah ini iaitu Syari’ah Islamiyyah yang
meliputi Ibadah,makan-minum,pakaian,akhlak,politik-
pemerintahan,perekonomian,sosial,pendidikan dan hukuman.
Adapun urusan kehidupan yang bersifat sains / seni,teknologi dan
kemahiran,perkara2 ini tidak disentuh(di jelaskan) oleh pemikiran
Islam.Bahkan Islam membiarkan manusia memanfaatkan akal yang di
kurniakan Allah SWT untuk memikirkannya sendiri.Sabda Rasulullah
SAW yang bermaksud,”Kamu lebih mengetahui dengan urusan2 dunia
kamu”

Pemikiran(kefahaman) Islam inilah yang kemudiannya diajar oleh


Rasulullah SAW kepada sahabat2nya,seterusnya sahabat ajar kepada
tabi’in dan tabi’in mengajarkannya kepada tabi’ tabi’in.Proses belajar
dan mengajar ini berterusan dari satu generasi ke generasi
berikutnya.Firman Allah SWT:
       
   
                  
  
2. Dia-lah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara
mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan
mengajarkan mereka Kitab dan hikmah (As Sunnah). dan Sesungguhnya mereka
sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata,

KEWAJIPAN MENUNTUT ILMU(BELAJAR)

Oleh kerana Islam adalah agama pemikiran(kefahaman) iaitu agama


yang sepatutnya kita fahami dengan sebenar2nya,dari itu satu2nya
jalan untuk membentuk dan menyuburkannya adalah melalui
menuntut ilmu ataupun belajar.

Hukum menuntut ilmu / belajar ini adalah FARDHU ’AIN iaitu


kewajipan yang mesti dilaksanakan oleh semua individu muslim
samaada lelaki mahupun perempuan yang telah baligh lagi
berakal.Firman Allah SWT:
             
        
        
   
122. Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang).
Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk
memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan
kepada kaumnya apabila mereka Telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat
menjaga dirinya.
Dan sabda Rasulullah SAW:

Yang bermaksud,”Menuntut ilmu itu adalah wajib keatas semua


muslim”.
Akibat dari mengabaikan kewajipan menuntut ilmu

i)Berdosa kerana meninggalkan kewajipan.


ii)Menjerumuskan kita kepada kesalahan dan kekeliruan. Firman
Allah SWT :
           
       28. Dan
mereka tidak mempunyai sesuatu pengetahuanpun tentang itu. mereka tidak lain
hanyalah mengikuti persangkaan sedang Sesungguhnya persangkaan itu tiada
berfaedah sedikitpun terhadap kebenaran

iii)Mengakibatkankita ditimpa kemudharatan dan kesusahan


didalam kehidupan dunia dan di azab di hari akhirat nanti.Firman
Allah SWT:
        
   
124. Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, Maka Sesungguhnya
baginya penghidupan yang sempit, dan kami akan menghimpunkannya pada hari
kiamat dalam keadaan buta".

Khatimah:

i)Islam adalah agama pemikiran(kefahaman).Dari itu tasawwur


Islam iaitu penjelasan tentang Islam itu mestilah benar.
ii)Satu2nya cara untuk mendapatkan gambaran Islam yang benar
adalah dengan menuntut ilmu (belajar).
iii)Mengabaikan kewajipan menuntut ilmu akan mengakibatkan kita
berdosa.Hidup kita di dunia akan ditimpa kemudharatan dan
kesusahan dan yang lebih ditakuti lagi adalah azab yang sedia
menanti di hari akhirat yang tidak ada keraguan tentang nya.

WALLAHU ’ALAM.

You might also like