You are on page 1of 27

TEKNIK PENANDAAN BAHASA MELAYU KERTAS 2 PMR EDISI GURU

DISEDIAKAN OLEH: ALIEMAH BTALI SMK SG RAMBAI

MARKAH PENUH KERTAS 2 :100 markah

BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN

A(i) A(ii) B C D

: 20 markah : 10 markah : 20 markah : 40 markah : 10 markah

Peraturan pemarkahan Bahasa Melayu Kertas 2 Bahagian A (i) :


RINGKASAN Pemeriksa dikehendaki menandakan (/) apabila terjumpa isi. Baca dan periksa setakat 80 patah perkataan sahaja atau sehingga ayat itu berakhir.

Buat satu garisan panjang selepas 80 patah perkataan atau sehingga ayat itu berakhir.

Jika calon menulis dalam bentuk perenggan periksa seperti biasa.

Jika calon menulis dalam bentuk catatan(poin), berikan markah penuh untuk isi,tetapi markah maksimum untuk bahasa ialah 6.
Jika semua isi disalin secara terpilih daripada petikan tanpa membuat apaapa perubahan markah isi seperti biasa tapi markah maksimum untuk bahasa ialah 5.

Jika ada pengguguran perkataan dalam ayat isi, tidak dianggap sebagai menyalin secara terpilih.
Jika calon menyalin isi secara terpilih dan dibuat dalam bentuk catatan(poin),markah untuk isi adalah seperti biasa tetapi markah maksimum untuk bahasa ialah 4.

BAHAGIAN B : Karangan berdasarkan bahan rangsangan


Baca dan periksa setakat 120 patah perkataan sahaja atau sehingga ayat itu berakhir.
Isi sekurang-kurangnya 3(blh cemerlang)

Jika calon menggunakan semua isi dalam rajah- peringkat cemerlang. Jika calon menggunakan sebahagian isi(2 isi)-peringkat baik.

Jika calon tidak menggunakan isi dalan rajah-peringkat memuaskan.

Isi luaran yang berkaitan dengan tugasan diterima (memuaskan).

Jika calon tidak menjawab tugasan (contoh : Kesesakan lalu lintas) markah maksimum yang boleh diperoleh adalah penguasaan minimum. Markah boleh dinaikkan ke peringkat memuaskan jika bahasa cemerlang.

Isi Dalaman 3 2 2 1

Isi Luaran 0 1 0 1

Peringkat Cemerlang Baik

1
0

2
3

Memuaskan

Langkah-langkah memeriksa
1. Pemeriksa hendaklah membaca karangan itu sekali lalu terlebih dahulu untuk mendapatkan kesan (impression) daripadanya. Perkara yang perlu diperhatikan semasa membuat pertimbangan ialah menjawab tugasan, bahasa. Kerelevenan idea dan pengolahan. Kemudian, nilaikan dan tetapkan mengikut karangan berkenaan berdasarkan kriteria penskoran yang disediakan.

2. Baca karangan itu sekali lagi dengan teliti untuk pertimbangan yang muktamad. Sambil membaca itu tandakan kesalahan-kesalahan bahasa,tanda baca, ejaan dan isi/fakta seperti yang berikut.

_______ Kesalahan bahasa, perkataan dan frasa / Kesalahan ejaan // kesalahan ejaan berulang ( ) Kesalahan isi/fakta

Isi cadangan
Tingkatkan mutu pengangkutan awam (isi dalaman) Baiki sistem lalu lintas (isi dalaman) Amalan kongsi kereta (isi dalaman) Tingkatkan perkhidmatan sistem transit aliran ringan di bandar (isi luaran) Menguatkuasa undang-undang kepada pengguna jalan raya (isi luaran).

BAHAGIAN C : Karangan Respon


Terbuka (40 markah)

PERINGKAT Cemerlang
Kepujian Baik Memuaskan Penguasaan Minima

MARKAH 33 - 40
25 - 32 17 - 24 09 - 16 01 - 08

KRITERIA MENILAI KEMAHIRAN MENULIS ASPEK KRITERIA


BAHASA -Kegramatisan : kata,ayat -Ejaan dan tanda baca betul -Kosa kata luas dan tepat -Isi-isi sesuai -Huraian -Contoh yang sesuai

IDEA

PENGOLAHAN

-Pengolahan menarik dan berkesan -Pemerengganan sesuai -Format menepati tugasan -Unsur keindahan bahasa (pantun dan peribahasa)

Langkah-langkah memeriksa
1. Pemeriksa hendaklah membaca karangan itu sekali lalu terlebih dahulu untuk mendapatkan kesan (impression)daripadanya. Perkara yang perlu diperhatikan semasa membuat pertimbangan ialah menjawab tugasan,bahasa, kerelevanan idea dan pengolahan. Kemudian, nilaikan dan tetapkan mengikut karangan berkenaan berdasarkan kriteria penskoran yang disediakan.

Baca karangan itu sekali lagi dengan teliti untuk pertimbangan yang muktamad. Sambil membaca itu, tandakan kesalahan-kesalahan bahasa, tanda baca, ejaan dan isi/fakta seperti yang berikut. --------Kesalahan bahasa, perkataan dan frasa

/
//

Kesalahan ejaan
Kesalahan ejaan yang berulang

Kesalahan isi/fakta

Pemotongan markah untuk ejaan yang salah.


a. markah dipotong bagi setiap salah. ejaan yang

b. Pemotongan keseluruhan tidak lebih daripada 2 markah.

c. Kesalahan ejaan yang berulang tidak diambil kira.


d. Ejaan hendaklah mengikut sistem ejaan Rumi Baru Bahasa Melayu. Tulisan jawi,hendaklah dibaca seperti biasa.

Bahagian D: Pemahaman Novel (10 markah)


Pembahagian Markah
PERINCIAN MARKAH

Isi
Bahasa

6 markah
4 markah

Kriteria Markah Bahasa


Peringkat Cemerlang Markah 04 Kriteria -Bahasa baik dan lancar -Ayat gramatis -Ejaan dan tanda baca yang betul -Bahasa masih baik dan masih lancar -Penggunaan ayat masih gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum

Baik

02-03

Memuaskan

01

-Bahasa tidak cekap -Ayat tidak gramatis -Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara

Markah Isi
1. 2. 3. Maksimum : 3 isi Isi dihuraikan beserta contoh : 2 markah Isi tanpa huraian dan contoh : 1 markah

Perhatian bagi bahagian D 1. Jawapan berdasarkan novel-novel yang dipelajari dalam Tingkatan 1,2,3 dan dalam ayat yang gramatis. 2. Markah maksimum bagi bahasa 4 markah. 3. Markah bahasa diberi secara tanggapan (impression) 4. Markah maksimum 10 markah.

Cara Penandaan
1.
2.

Tandakan (/) jika terjumpa isi yang betul.


Kurungkan jawapan calon dengan tanda ( ) jika: i) contoh peristiwa yang dikemukakan oleh calon adalah salah ii) latar tempat yang dikemukakan oleh calon adalah salah.

Cara Menulis Markah I - 06 B - 04 --------10 --------I B 04 02 -------06 ------bentuk poin ATAU bahasa kurang gramatis

I B

- 00 tidak menjawab tugasan soalan - 02 kurang gramatis ---------02

Kalau ada jarum yang patah, Jangan simpan di dalam peti, Kalau ada silap dan salah, Jangan simpan di dalam hati.

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like