You are on page 1of 34

KOLEKSI PEDOMAN BAHASA

Bahagian 1
Penggandaan Kata
Perkataan seperti lima, sepuluh, seratus, lima ribu, semua, segala, sejumlah, beberapa, sekalian, seluruh, sebilangan, sepertiga, berabad-abad, berkotak-kotak, masing-masing, setiap, setengahsetengah dan sebagainya tergolong dalam kata bilangan yang menunjukkan jamak atau banyak. Dalam penggunaan kata bilangan dalam ayat, kita selalu membuat kesilapan dengan menggandakan perkataan yang mengikutinya atau tidak mengeja sepenuhnya kata bilangan berkenaan sebagai satu bentuk yang mematuhi sistem morfologi tatabahasa bahasa Melayu. Kesilapan yang sering kita lakukan dalam penggunaan kata bilangan adalah seperti contoh yang berikut: (i) Kesilapan kerana menggandakan perkataan yang mengikuti kata bilangan SALAH Banyak organisasi-organisasi Banyak perkara-perkara Beberapa orang peminat-peminat Empat unsur-unsur yang berikut... Kebanyakan pekerja-pekerja Keseluruhan peserta-peserta Kesemua agenda-agenda Lima peratus (5%) daripada pembeli-pembeli Penambahan jumlah anak-anak Ramai pengguna-pengguna Segala maklumat-maklumat Sebahagian daripada peneroka-peneroka Semua surat-surat Semua ilmu-ilmu dan panduan-panduan Semua kerja-kerja pembinaan Sesetengah pensyarah daripada golongan-golongan Banyak organisasi Banyak perkara Beberapa orang peminat Empat unsur yang berikut... Kebanyakan pekerja Keseluruhan peserta Kesemua agenda Lima peratus (5%) daripada pembeli Penambahan jumlah anak Ramai pengguna Segala maklumat Sebahagian daripada peneroka Semua surat Semua ilmu dan panduan Semua kerja pembinaan Sesetengah golongan pensyarah Setiap masalah Tiga orang daripada penjenayah BETUL

Setiap masalah-masalah Tiga orang daripada penjenayah-penjenayah

(ii) Kesilapan dalam membentuk kata bilangan SALAH Antara kedua tugas Berbagai bidang Berbagai isu-isu Di kedua buah negara Merangkumi berbagai kegiatan Para-para petugas Setengah koperasi Setiap satu tugas/Tiap satu tugas Tiap usaha Berbagai-bagai bidang Berbagai-bagai isu Di kedua-dua buah negara Merangkumi berbagai-bagai kegiatan Para petugas Sesetengah koperasi / Setengah-setengah koperasi Setiap tugas/Tiap-tiap tugas Setiap usaha/Tiap-tiap usaha BETUL Antara kedua-dua tugas

(iii) Kesilapan kerana menggandakan kata yang mengikuti kata yang bermaksud kumpulan Terdapat sebilangan kata dalam bahasa Melayu seperti antara, antologi, banjaran, barisan, daftar, deretan, gabungan, gerombo-lan, gugusan, jemaah, kalangan, kawan, kumpulan, mesyuarat, peibagai, perhimpunan, persatuan, persekutuan, pertemuan, rangkaian, rentetan, rombongan dan. senarai yang bermakna 'kumpulan' atau 'banyak1, iaitu yang melibatkan orang, benda, unsur, perkara dan sebagainya yang lebih daripada satu. Oleh itu, kita tidak perlu menggandakan perkataan yang mengikutnya. Contohnya: SALAH Antara maklumat-maklumat Antologi cerpen-cerpen Barisan pemain-pemain Daftar pengundi-pengundi Deretan kedai-kedai Di kalangan tokoh-tokoh Gabungan persatuan-persatuan Gerombolan pengganas-pengganas Golongan pelajar-pelajar Gugusan pulau-pulau Himpunan cerpen-cerpen Jemaah menteri-menteri Kebanyakan pekerja-pekerja Kelompok industri-industri Koleksi lagu-lagu Antara maklumat Antologi cerpen Barisan pemain Daftar pengundi Deretan kedai Di kalangan tokoh Gabungan persatuan Gerombolan pengganas Golongan pelajar Gugusan pulau Himpunan cerpen Jemaah menteri Kebanyakan pekerja Kelompok industri Koleksi lagu BETUL

SALAH Kesatuan pengusaha-pengusaha industri Kumpulan pelabur-pelabur Longgokan kayu-kayu Mesyuarat ketua-ketua bahagian Pelbagai kuih-muih Pelbagai rancangan-rancangan Perhimpunan pekerja-pekerja Persatuan bekas-bekas perajurit Persekutuan syarikat-syarikat Pertemuan penulis-penulis Ramai pelajar-pelajar Rangkaian syarikat-syarikat Rentetan peristiwa-peristiwa Rombongan penduduk-penduduk Segala bukti-bukti Senarai nama-nama Susunan fail-fail Timbunan karung-karung beras Kumpulan pelabur Longgokan kayu

BETUL Kesatuan pengusaha industri

Mesyuarat ketua bahagian Pelbagai kuih/Kuih-muih Pelbagai rancangan Perhimpunan pekerja Persatuan bekas perajurit Persekutuan syarikat Pertemuan penulis Ramai pelajar Rangkaian syarikat Rentetan peristiwa Rombongan penduduk Segala bukti Senarai nama Susunan fail Timbunan karung beras

(iv) Kesilapan kerana menggandakan kata yang mengikuti kata yang berimbuhan se- atau berkata bilangan satu yang bermaksud kumpulan Dalam bahasa Melayu terdapat perkataan yang berawalan se- (yang bermakna satu) atau perkataan yang berangkai dengan kata bilangan satu yang mengandungi makna kumpulan atau mengandungi unit lebih daripada satu di dalamnya. Oleh itu, kata yang mengikutinya tidak perlu digandakan. Contohnya: SALAH Sebahagian daripada peneroka-peneroka Sebaris rumah-rumah/satu baris rumah-rumah Sebanyak pelajar-pelajar di sekolah itu Sebilangan ahli-ahli Sedikit sahaja daripada ulasan-ulasan Segelintir daripada pemohon-pemohon Segerombolan pengganas-pengganas/satu gerombolan pengganas-pengganas BETUL Sebahagian daripada peneroka Sebaris rumah/satu baris rumah Sebanyak pelajar di sekolah itu Sebilangan daripada ahli Sedikit sahaja daripada ulasan Segelintir pemohon Segerombolan pengganas/ satu gerombolan pengganas

SALAH Sejambak bunga-bungaan Sejumlah besar daripada pemaju-pemaju Sekandang lembu-lembu Sekawan burung-burung Sekumpulan pelajar-pelajar/ satu kumpulan pelajar-pelajar Seramai lima orang pekerja-pekerja ladang Seramai penilai-penilai yang ditetapkan Serangkai manik-manik/ satu rangkai manikmanik Serombongan pelawat-pelawat/ satu rombongan pelawat-pelawat Sesetengah daripada golo-ngan-golongan pensyarah Setiap masalah-masalah Setimbun buku-buku Sejambak bunga

BETUL Sejumlah besar daripada pemaju Sekandang lembu/satu kandang lembu Sekawan burung/satu kawan burung Sekumpulan pelajar/satu kumpulan pelajar Seramai lima orang pekerja ladang Seramai penilai yang ditetapkan Serangkai manik/ satu rangkai manik Serombongan pelawat/satu rombongan pelawat Sesetengah golongan pensyarah Setiap masalah Setimbun buku

(v) Kesilapan kerana menggandakan kata yang mengikuti perkataan ada yang bermaksud telah tersedia atau telah terkumpul SALAH BETUL

Ada pekerja-pekerja yang didapati melanggar Ada pekerja yang didapati melanggar peraturan peraturan pejabat pejabat (vi) Kesilapan kerana menggandakan kata nama sebelum kata kerja berapitan ber-...-an yang menunjukkan jamak Kata kerja yang berimbuhan apitan ber-...-an seperti bergantun-gan, berguguran, berkejaran, berkibaran, bertaburan, berterbangan dan sebagainya membawa maksud perbuatan yang menunjukkan jumlah yang banyak atau berulang-ulang dengan banyaknya. Oleh itu, kata nama yang hadir sebelumnya tidak perlu digandakan lagi. Contohnya SALAH Bendera-bendera yang berwarna-warni berkibaran di sepanjang jalan. Bintang-bintang berkerdipan di langit. Burung-burung berterbangan di angkasa. Daun-daun kering berguguran. BETUL Bendera yang berwarna-warni berkibaran di sepanjang jalan. Bintang berkerdipan di langit. Burung berterbangan di angkasa. Daun kering berguguran.

SALAH Lampu-lampu merah bergantungan di dinding.

BETUL Lampu merah bergantungan di dinding

(vii) Kesilapan kerana menggandakan perkataan yang sudah mendukung maksud banyak SALAH Ibu bapa-ibu bapa diseru.../ Ibu-ibu bapa diseru... Mereka-mereka yang mengambil bahagian... Rakyat-rakyat negara ini... BETUL Ibu bapa diseru... Mereka yang mengambil bahagian... Rakyat negara ini...

Bahagian2
Penggunaan adalah atau ialah Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala adalah yang menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Kekeliruan penggunaan kedua-dua kata ini dapat dikategorikan seperti yang berikut: (i) Kesilapan penggunaan kata adalah di tempat ialah BETUL Anak ialah anugerah Allah. Beliau ialah orang yang pertama membiakkan Kaum wanita ialah elemen Malaysia mesti mempunyai rakyat yang sejumlah besar daripadanya ialah orang yang berpendidikan... Masalah yang kita hadapi ialah kekurangan pendapat yang bemas. Matlamat NURY ialah pembinaan masyarakat cemerlang. Memandangkan T.Y.T. Pengerusi Lembaga Tun ialah bekas

SALAH Anak adalah anugerah Allah. Beliau adalah orang yang pertama membiakkan Kaum wanita adalah elemen Malaysia mesti mempunyai rakyat yang sejumlah besar daripadanya adalah orangorang yang berpendidikan... Masalah yang kita hadapi adalah kekurangan pendapat yang bernas. Matlamat NURY adalah pembinaan masyarakat cemerlang. Memandangkan T.Y.T. Tun adalah bekas Pengerusi Lembaga.. Perkara ini adalah masalah yang tidak mudah diatasi. Sepak takraw adalah sukan yang elok dipertandingkan

Perkara ini ialah masalah yang tidak mudah diatasi. Sepak takraw ialah dipertandingkan sukan yang elok

(ii) Kesilapan penggunaan kata ialah di tempat adalah SALAH Kursus ini ialah untuk ... BETUL Kursus ini adalah untuk ...

Tarikh kerja pembaikan lif dijangka siap ialah Tarikh kerja pembaikan lif dijangka siap pada ... adalah pada ... Baju itu ialah baik. Baju itu adalah baik

(iii) Kesilapan penggunaan kata adalah di hadapan kata kerja SALAH Matlamat utama unit ini adalah membantu pihak pengurusan melaksanakan tanggungjawabnya secara berkesan Satu usaha yang dijalankan adalah menerbitkan risalah penerangan untuk tatapan masyarakat. BETUL Matlamat utama unit ini adalah untuk membantu pihak pengurusan melaksanakan tanggungjawab-nya secara berkesan Satu usaha yang dijalankan adalah dengan menerbitkan risalah penerangan untuk tatapan masyarakat.

(iv) Kesilapan penggunaan kata adalah pada awal ayat SALAH Adalah dengan ini dimaklum-kan bahawa... Adalah diharapkan dengan pemilihan ini... Adalah dimaklumkan bahawa... Adalah diumumkan bahawa... BETUL Dengan ini dimaklumkan bahawa... Dengan pemilihan ini diharapkan... Dengan ini dimaklumkan bahawa... Dengan ini dumumkan bahawa...

Selain itu, pengguna bahasa Melayu cenderung untuk mengguna-kan ungkapan adalah + kata kerja seperti yang berikut: ...adalah berasaskan... ...adalah berdasarkan... ...adalah dibuat... ...adalah digalakkan... ...adalah dinasihati... ...adalah diperakui... ...adalah melambangkan... ...adalah menjadi...

...adalah merupakan... ...adalah tertakluk... Contohnya : SALAH Institut Irshad adalah merupakan sebuah institut persendirian... Para pelajar adalah dipelawa memohon... Keputusan ini diambil adalah berdasarkan... Warna merah pada bendera Malaysia adalah melambangkan... Perjanjian ini adalah tertakluk kepada... BETUL Institut Irshad merupakan sebuah institut persendirian... Para pelajar dipelawa memohon... Keputusan ini diambil berdasarkan... Warna merah pada bendera Malaysia melambangkan... Perjanjian ini tertakluk kepada...

Ayat atau frasa di atas dikategorikan sebagai frasa yang salah kerana tanpa kata adalah, ayat atau frasa tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa. Kata adalah sebelum kata kerja berkenaan tidak membawa sebarang maksud atau fungsi tatabahasa sama ada berfungsi sebagai penegas atau yang seumpama dengannya. Kesimpulannya: (a) Kata pemeri adalah hanya boleh diikuti oleh kata sendi nama dan kata adjektif yang bersifat huraian sahaja. (b) Kata pemeri ialah hanya boleh diikuti oieh kata nama atau frasa nama yang bersifat persamaan sahaja.

Bahagian 3
Penggunaan di, dalam dan di dalam

alam penggunaan bahasa Melayu kini, kita kadang-kadang tersilap meletakkan kata sendi nama di pada tempat dalam, dan frasa sendi nama di dalam pada tempat kata sendi dalam. Kesilapan ini berlaku kerana kekeliruan tentang fungsi kata sendi nama dan frasa sendi nama tersebut. (i) Kesilapan penggunaan kata sendi nama di pada tempat dalam SALAH Beliau memiliki ijazah sarjana di bidang pengurusan pemiagaan. Di masyarakat itu, ahlinya merupakan insan yang sihat. Kanak-kanak bergembira di suasana had raya yang mulia ini. BETUL Beliau memiliki ijazah sarjana dalam bidang pengurusan pemiagaan. Dalam masyarakat itu, ahlinya merupakan insan yang sihat. Kanak-kanak bergembira dalam suasana hari raya yang mulia ini.

Kata sendi nama di digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Contohnya: 1. Majlis itu akan diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Mereka menunggu ketibaan tetamu kehormat itu di lapangan terbang. 3. Mesyuarat itu diadakan di Kementerian Pendidikan. 4. Pelajar itu menelaah pelajarannya di perpustakaan. 5. Penderma darah mendapat rawatan percuma di hospital kerajaan. (ii) Kesilapan penggunaan kata sendi nama di dalam pada tempat dalam SALAH Di dalam pelbagai bidang kehidupan... Beliau sering dijemput membentangkan kertas kerja di dalam beberapa seminar. Malaysia pemah terperangkap di dalam kegawatan ekonomi. Sememangnya dia sudah lama terdidik di dalam bahasa Melayu. Terdapat bahagian yang terlibat di dalam penggunaan istilah. BETUL Dalam pelbagai bidang kehidupan... Beliau sering dijemput untuk membentangkan kertas kerja dalam beberapa seminar. Malaysia pernah terperangkap dalam kegawatan ekonomi. Sememangnya dia sudah lama terdidik dalam bahasa Melayu. Terdapat bahagian yang terlibat dalam penggunaan istilah.

Kata sendi nama dalam pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak seperti perkara, peristiwa, hal, urusan, bahasa, bidang, masyarakat dan sebagainya. Contohnya: 1. Dalam hal ini, kita semua setuju. 2. Dalam keheningan malam, dia duduk berdoa dengan penuh khusyuk dan tawaduk. 3. Masalah itu telah dibangkitkan dalam mesyuarat yang lalu. 4. Persoalan itu bermain-main dalam fikirannya. 5. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus fasih bertutur dalam bahasa kebangsaan kita, iaitu bahasa Melayu. Penggunaan frasa sendi nama di dalam yang betul adalah seperti contoh yang berikut: 1. Pengembara itu sesat di dalam hutan. 2. Penumpang tidak dibenarkan merokok di dalam kabin kapal terbang. 3. Semua peserta berkumpul di dalam dewan. 4. Tanda harga ada di dalam dan di luar kotak. 5. Tulislah jawapan anda di dalam ruangan yang disediakan. Kata dalam dalam lima contoh ayat di atas tergolong dalam kata nama arah. Justeru, penggunaan kata sendi nama di di hadapan kata dalam tidak salah kerana kata dalam ini berfungsi sebagai kata nama arah.

Bahagian 4
Penggunaan di antara dan antara Kata antara dapat berfungsi sebagai kata sendi nama dan kata arah. Kata sendi nama ialah perkataan yang digunakan di ha-dapan frasa nama untuk menghasilkan frasa sendi nama. Kata arah pula ialah kata yang menunjukkan arah atau kedudukan. Kata arah seperti 'atas', 'bawah', 'tengah', 'depan', 'belakang', 'luar', 'dalam', 'antara' dan sebagainya biasanya digunakan dalam frasa sendi, yakni mengikuti kata sendi nama. Hanya kata sendi nama di dan ke sahaja dapat membentuk frasa sendi dengan kata arah. Yang berikut ialah senarai contoh penggunaan kata sendi nama dan kata arah: KATA SENDI NAMA ...akan anaknya akan kelakuan anaknya antara adik-beradik antara dua Negara antara mereka antara persoalan penting antara sekolah antara sektor awam antara wilayah bagai pinang dibelah dua bagi tahun hadapan dalam bahasa kebangsaan dari kiri dari pukul tujuh pagi dari sudut ekonomi daripada buluh daripada persatuan demi kepentingan bersama dengan majikan hingga dinihari kepada pihak polls oleh polls oleh senjatanya sendiri KATA SENDI NAMA ARAH ...di atas meja ...di bawah rumah ...di tengah padang ...di depan bangunan ...di belakang pintu ...di luar pejabat ...di dalam ruangan ...di antara Johor Bahru dengan Kuala Lumpur ...di antara tiang elektrik ...di antara dua bangunan itu ...disepanjangjalan ...di puncak gunung ...dihujungjalan ...di KotaTinggi ...di kampung ...keatas bukit ...ke bawah meja ...ketengahjalan ...ke belakang dewan ...ke depan bangunan ...ke luarkamar ...ke dalam bahasa Inggeris ...ke dalam tong

KATA SENDI NAMA pada papan kenyataan pada pukul tujuh petang sejak kematian ibunya semenjak subuh lagi seperti batu tentang kesejahteraan rakyat tentang masalah negara . terhadap anak buahnya . umpama kilat . untuk kegunaan

KATA SENDI NAMA ARAH ...kesekolah ...keTanjungTuan ...ke puncak gunung ...kearah selatan ...ke dewan pameran ke tepi iaut ke hulu sungai . ke muka pengadilan . ke seluruh dunia . ke sisi rumah

Kata arah antara hanya dapat berganding dengan kata sendi nama di dan ke dalam pembentukan frasa sendi nama, di antara, yang menunjukkan tempat. Sering terdapat kekeliruan dalam penggunaan antara kata sendi nama antara dengan frasa sendi di antara, yang merupakan gabungan antara kata sendi nama di dengan kata nama antara. Contohnya: SALAH Di Australia, bahasa Melayu adalah di antara mata pelajaran yang paling digemari penuntut. BETUL Di Australia, bahasa Melayu ialah antara mata pelajaran yang paling digemari penuntut.

Inilah antara hal yang mesti difahami dalam Inilah di antara hal yang mesti difahami dalam bidang pembentukan kata. bidang pembentukan kata. Masalah disiplin merupakan antara perkara Masalah disiplin merupakan di antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat itu. yang dibincangkan dalam mesyuarat itu. Kebolehan anda mendapatkan orang bercakap kepada anda membezakan di antara pemberitaan yang kurang baik dengan... Kini ramai di antara mereka ini telah mempelajari bahasa Melayu. Kebolehan anda mendapatkan orang bercakap kepada anda membezakan antara pemberitaan yang kurang baik dengan... Kini ramai antara mereka mempelajari bahasa Melayu. ini telah

Kita melihat pertentangan di antara sektor awam dengan sektor swasta timbul secara

Kita melihat pertentangan antara sektor awam dengan sektor swasta timbul secara

SALAH mendadak. Masakan anda lupa akan tulisan anda sendiri yang mencatatkan bahawa awalan 'me-...' adalah di antara pembentuk kata kerja yang penting. mendadak.

BETUL

Masakan anda lupa akan tulisan anda sendiri yang mencatatkan bahawa awalan 'me-...' adalah antara pembentuk kata kerja yang penting.

Kesimpulan: (i) Frasa sendi nama di antara digunakan apabila kata antara berfungsi sebagai kata nama. Justeru, frasa sendi nama di antara hanya dapat digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau tempat. Contohnya: 1. 2. 3. 4. 5. Anak kecil itu duduk diam di antara ibu dengan bapanya. Hasnah duduk mencelah di antara Fatimah dengan Rahmah. Lif itu terhenti di tengah-tengah di antara tingkat tiga dengan tingkat empat. Rumahnya terletak di antara dua bangunan tinggi itu. Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura.

(ii) Kata antara yang berfungsi sebagai kata sendi nama boleh mendahului ayat yang menunjukkan perbandingan. Contohnya: 1. 2. 3. 4. 5. Antara Johor Bahru dengan Singapura, banyak perbezaannya. Antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi, ada persa-maannya. Antara tingkat tiga dengan tingkat empat, tingkat empat lebih baik hiasannya. Antara Fatimah dengan Rahmah banyak perbezaannya. Antara yang dibincangkan termasuklah soal disiplin.

(iii) Kata sendi nama antara biasanya diikuti oleh kata nama am yang tidak periu diulang. Contohnya:

SALAH ... adalah di antara sumber-sumber tidak rasmi... Antara lagu-lagu persembahannya ialah... Di antara nama-nama yang disebut ialah...

BETUL ... adalah antara sumber tidak rasmi...

Antara lagu persembahan-nya ialah... Antara nama yang disebut ialah...

Di antara peraturan-peraturan yang perlu Antara peraturan yang perlu dipatuhi ialah... dipatuhi ialah... Pertandingan Bahas di antara Sekolah-Sekolah Pertandingan Bahas antara Sekolah Menengah Berasrama Penuh... Menengah Berasrama Penuh...

Kata sendi nama antara hanya dapat diikuti kata nama am jamak yang mengalami penggandaan separa seperti adik-beradik, yang membawa makna kumpulan orang dan sebagainya yang tertentu. Contohnya: 1. Mereka berbincang antara adik-beradik. 2. Hubungan antara kedua-dua negara itu telah lama terjalin. (iv) Kata sendi nama antara boleh juga diikuti oleh bilangan tentu seperti dua, tiga, sepuluh, seribu dan sebagainya, kata bilangan tidak tentu seperti beberapa, semua dan sebagainya, dan kata bilangan himpunan seperti kedua-dua, ketiga-tiga, keenam-enam, beratus-ratus, berjuta-juta dan sebagainya. Kata bilangan tingkat seperti 'kedua, ketiga, kesepuluh' dan sebagainya tidak pemah digunakan seiring dengan kata sendi nama antara. Kesilapan yang sering dilakukan ialah penggunaan kata bilangan tingkat pada tempat yang sepatutnya kata bilangan himpunan. (a) Contoh penggunaan kata sendi nama antara dengan kata bilangan tentu dan kata bilangan tidak tentu: 1. ... perbualan itu antara satu dengan satu... 2. Antara dua bangunan itu jauh perbezaannya. 3. Kamsiah adalah antara peserta wanita yang mengambil bahagian dalam sukan itu. (b) Contoh penggunaan antara dengan kata bilangan himpunan:

SALAH dalam mempertimbangkan untung rugi antara keduanya. ... perhubungan antara kedua negara... Di antara ketiga patukan ini, patukan ketiga...

BETUL ... dalam mempertimbangkan untung rugi antara kedua-duanya. ...perhubungan antara kedua-dua negara... Antara ketiga-tiga patukan ini, patukan ketiga...

(v) Kata sendi nama antara juga boleh diikuti oleh kata ganti nama diri seperti mereka, kita dan -nya. Contohnya: 1. 2. 3. 4. Antara kita, jauh berbeza. Antara mereka, banyak persamaannya. Antaranya, kita mahu masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan... Malah ramai antara mereka yang terkenal sebagai pengkritik sosial...

(vi) Kata sendi nama antara dan frasa sendi nama di antara boleh membentuk frasa sendi nama berpasangan. Kata yang menjadi pasangannya ialah kata sendi nama dengan bukan kata hubung dan. Contohnya:

SALAH di antara calon dan penemu duga... di antara Muar dan Batu Pahat. menghasilkan manfaat yang bersalingan antara perkembangan teknologi dan kemantapan bahasa...

BETUL antara calon dengan penemu duga... di antara Muar dengan Batu Pahat. menghasilkan manfaat yang bersalingan antara perkembangan teknologi dengan kemantapan bahasa...

(vii) Kata hubung dan hanya dapat digunakan apabila kata sendi nama antara diikuti oleh lebih daripada dua frasa. Contohnya: 1. ... antara Hasnah, Rabitah dan Mariah... 2. ... antara irama, lagu dan mutu persembahan... 3. ... pertemuan khas antara Jabatan Bahasa, Pusat . Dokumentasi dan Jabatan Penerbitan.

(viii) Kata sendi nama antara boleh digandingkan dengan kata sendi nama hingga untuk menunjukkan lingkungan (tentang jarak, peratusan, masa, berat dan sebagainya). Contohnya: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. ... antara 10 kilometer hingga 15 kilometer. ... antara 20 peratus hingga 50 peratus. ... antara 8 kilogram hingga 10 kilogram. ... antara akhir tahun tersebut hingga tarikh laporan ini. ... antara pukul 7.00 pagi hingga 6.00 petang. ... antara lain... .... antara satu dengan yang lain... ... antara satu sama lain...

Bahagian5
Penggunaan di dan ke Pengguna sering terkeliru antara penggunaan di dan ke sebagai kata sendi dengan di dan ke sebagai imbuhan. Kedua-dua bentuk ini berbeza dari segi penggunaan dan ejaannya. Perbezaan itu dapat kita lihat dengan penjelasan yang berikut. (i) Kata sendi nama di Kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat dan ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Contohnya: SALAH diangkasa diantara diatas dibarat dibawah didalam diJohor diMalaysia dilaut dimana dinegeri dipantai diruang dirumah disana disini ditanah ditangga ditengah ditepi diudara di angkasa di antara di atas di barat di bawah di dalam di Johor di Malaysia di laut di mana di negeri di pantai di ruang di rumah di sana di sini di tanah di tangga di tengah di tepi di udara BETUL

Kata sendi nama di tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menerangkan waktu, masa atau zaman. Contohnya: SALAH di abad ke-20 di hari cuti di saat ini di suatu masa di tahun ini di waktu itu di zaman ini (ii) Kata sendi nama ke Kata sendi nama ke digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan tempat, arah atau masa dan ditulis terpisah daripada frasa nama atau kata nama yang mengikutinya. Contohnya: (a) Menunjukkan tempat atau arah 1. 2. 3. 4. 5. Dia melihat ke kiri dan ke kanan sebelum melintas jalan. Mereka pergi ke Kuala Kedah. Pelajar itu pergi ke sekolah beramai-ramai. Pengembara itu meneruskan perjalanannya ke arah timur. Penyelam itu terjun ke dalam sungai. pada abad ke-20 pada hari cuti pada saat ini pada suatu masa pada tahun ini pada waktu itu pada zaman ini BETUL

(b) Menunjukkan waktu atau masa 1. 2. 3. 4. 5. Anak kecil itu menunggu ayahnya di hadapan pintu hingga ke petang. Dia asyik termenung dari sehari ke sehari. Pengurus syarikat itu sentiasa menilai prestasi pekerjanya dari semasa ke semasa. Perempuan itu berada di sisi suaminya hingga ke saat terakhir. Tradisi itu masih kekal hingga ke zaman sekarang.

(iii) Imbuhan Awalan di- dan keSeperti imbuhan yang lain, awalan di-dan ke-hendaklah dieja serangkai dengan kata yang menerimanya.

(a) Awalan diAwalan di- membentuk kata kerja, iaitu kata kerja pasif diri ketiga. Contohnya: SALAH di basahi di bukukan di campak di catat di apit di curi di catu di hukum di isi di laporkan di patuhi di peralat di peristeri di perluas di peroleh di persembahkan di pertingkatkan di rakam di sapu di tapis di yakini dibasahi dibukukan dicampak dicatat diapit dicuri dicatu dihukum diisi dilaporkan dipatuhi diperalat diperisteri diperluas diperoleh dipersembahkan dipertingkatkan dirakam disapu ditapis diyakini BETUL

(b) Awalan keAwalan ke- bergabung dengan kata dasar untuk membentuk kata terbitan tertentu. Contohnya:

SALAH ke hendak ke luar pintu ke rangka ke semua masalah ke tua kampung ke kasih kehendak keluar pintu kerangka kesemua masalah ketua kampung kekasih

BETUL

Awalan ke- apabila diimbuhkan pada kata bilangan dan dieja sepenuhnya hendaklah diserangkaikan pada kata yang mengikutinya dan, jika melebihi satu perkataan, pada kata yang pertama mengikutinya, tetapi apabila diimbuhkan pada angka Arab hendaklah disisipi dengan tanda sempang manakala, jika diimbuhkan pada angka Roman, tinggal lafaznya sahaja. Contohnya: SALAH ke tiga ke sepuluh ke dua puluh ke lima puluh dua ke 4/ke 4 ke 13/ke 13 ke IV/kelV ke XV/keXV ketiga kesepuluh kedua puluh kelima puluh dua keempat ke-13 IV XV BETUL

Bahagian 6
Penggunaan dari dan daripada Pengguna sering beranggapan bahawa dari dan daripada sebagai sama dan boleh bersaling ganti penggunaannya. Kata sendi nama dari dan daripada mempunyai pengertian yang berbeza dan penggunaannya adalah seperti yang berikut: (i) Kata sendi nama dari Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, waktu atau masa. (a) Contoh yang menyatakan tempat atau arah: 1. Awak datang dari mana? 2. Kajian itu dibuat dari sudut ekonomi. 3. Lori itu datang dari arah kiri. 4. Mereka baru sampai dari Kuching. 5. Saya datang dari kampung. (b) Contoh yang menyatakan waktu atau masa: 1. 2. 3. 4. 5. Keadaannya semakin tenat dari sehari ke sehari. Kerajaan itu terkenal dari kurun ke-18. Perangainya masih tidak berubah-ubah dari dahulu hingga sekarang. Perkara itu telah diketahui dari waktu subuh lagi. Persatuan itu sering mengadakan perjumpaan dari semasa ke semasa.

Yang berikut merupakan contoh kesilapan penggunaan kata sendi nama dari: SALAH bermula daripada bulan Mac bermula daripada tarikh itu daripada bandar ke desa daripada hadapan daripada kiri ke kanan daripada pukul tiga petang daripada saat ini daripada sawah turun ke kali daripada sebulan ke sebulan BETUL bermula dari bulan Mac bermula dari tarikh itu dari bandar ke desa dari hadapan dari kiri ke kanan dari pukul tiga petang dari saat ini dari sawah turun ke kali dari sebulan ke sebulan

SALAH daripada waktu subuh datang daripada mana? datang daripada pejabat tanah datang daripada utara diadakan daripada pukul lapan dibuat daripada segi ekonomi dikuis daripada penjuru padang merantau daripada Pahang sejak daripada kurun ke-17 sejak daripada zaman dahulu , dari waktu subuh datang dari mana?

BETUL

datang dari pejabat tanah datang dari utara diadakan dari pukul lapan dibuat dari segi ekonomi dikuis dari penjuru padang merantau dari Pahang sejak dari kurun ke-17 sejak dari zaman dahulu

Kata sendi nama daripada hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan perkara berikut: Punca bagi manusia atau institusi, haiwan, benda dan unsur mujarad (abstrak); Sumber atau asal kejadian sesuatu benda; Perbezaan atau perbandingan; dan Menyatakan sebahagian daripada semua, perbezaan, perubahan atau perbandingan. (a) Menyatakan punca bagi manusia, institusi, haiwan benda dan unsur mujarad 1. AH menerima sepucuk surat daripada ibunya. 2. Gadangan daripada persatuan telah kami terima. 3. Dia menjauhkan diri daripada bahaya dadah. 4. Encik Karim bam sahaja menerima arahan daripada ketuanya. 5. Mereka sudah pun menerima sumbangan daripada pihak kerajaan. (b) Menyatakan maksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda 1. Ahli persatuan itu terdiri daripada pelajar sekolah. 2. Air terdiri daripada gabungan hidrogen dan nitrogen. 3. Benang berasal daripada kapas. 4. Kasut itu diperbuat daripada kulit buaya. 5. Saya bersedia untuk meminta maaf sekiranya kesilapan itu berpunca daripada saya.

(c) Menyatakan sebahagian daripada semua 1. Enam orang daripada mereka mati disambar petir. 2. Kami tiba lewat daripada mereka. 3. Sebahagian daripada pelajar sudah pulang ke rumah masing-masing. 4. Sebilangan besar daripada pekerja tidak bersetuju dengan peraturan baru syarikat. 5. Seorang daripadanya bertubuh tinggi dan tegap. (d) Menyatakan perubahan, perbezaan atau perbandingan 1. Ali lebih tinggi daripada Ahmad. 2. Kami tiba lewat daripada mereka. 3. Membaca buku ilmiah lebih baik daripada membaca majalah hiburan. 4. Pendapat yang dikemukakannya jauh lebih matang daripada usianya yang sebenar. 5. Perangainya lain daripada yang lain. Yang berikut merupakan contoh kesilapan penggunaan kata sendi nama daripada: SALAH berbeza dari buku itu berlainan dari abangnya dari anaknya dari cempedak baiklah nangka dari dara baiklah janda dari kakak lebih baik adiknya dari ketuanya dari lemak lembu dari lembu kita mendapat susu dari madu lebah dari orang itu dari teruna baiklah duda diperbuat dari kapas hasil dari ketekunannya ilham dari lukisan itu kata putus darinya lebih baik dari orang ini lebih lembut dari kain itu naik dari RM9.00 kepada RM10.00 teladan dari kisah yang lalu BETUL berbeza daripada buku itu berlainan daripada abangnya daripada anaknya daripada cempedak baiklah nangka daripada dara baiklah janda daripada kakak lebih baik adiknya daripada ketuanya daripada lemak lembu daripada lembu kita mendapat susu daripada madu lebah daripada orang itu d daripada teruna baiklah duda diperbuat daripada kapas hasil daripada ketekunannya ilham daripada lukisan itu kata putus daripadanya lebih baik daripada orang ini lebih lembut daripada kain itu naik daripada RM9.00 ke padaRMIO.OO teladan daripada kisah yang lalu

Nota: Kata sendi nama daripada hanya boleh hadir di hadapan kata kerja atau frasa kerja dan kata adjektif atau frasa adjektif apabila digunakan untuk menyatakan perbezaan atau perbandingan. Contohnya: (a) Lebih baik menjawab salah daripada tidak menjawab langsung. (b) Aku lebih sanggup menentang sikap Zali daripada meninggalkan Norlina seorang di sini. (c) Daripada duduk sahaja di rumah lebih baiklah beramal ibadat, membersihkan kawasan masjid dan lain-lain. (d) "Apakah yang lebih baik daripada bijaksana dan sabar?"Kintobercakapdengankuatsepertiditujukan kepada seseorang.

Bahagian 7
Penggunaan untuk atau bagi Kata sendi untuk tidak boleh bertukar ganti dengan bagi apa-bila digunakan untuk menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Contohnya: SALAH Bagi siapakah hadiah ini? Bagi siapakah makanan ini? Bagi siapakah pinggan mangkuk ini? Bagi siapakah televisyen ini? Cincin ini bagimu. Dia membeli buah tangan bagi Jenny. Dia membeli kasut bagi Norida. Dia membeli rantai emas bagi Salma. Jam ini bagi Azian. Kain sutera ini bagi ibu. Kereta besar itu bagi Zariha. Komputer peribadi ini bagi Fairuz. Novel ini bagi Aini. Pemain cakera ini bagi Sahariah. Periuk nasi ini bagi Kim Lee. Rumah banglo dua tingkat itu bagi ibu. Sawah padi itu bagi anak-anaknya. Tanah kebun yang luas itu bagi kami. BETUL Untuk siapakah hadiah ini? Untuk siapakah makanan ini? Untuk siapakah pinggan mangkuk ini? Untuk siapakah televisyen ini? Cincin ini untukmu. Dia membeli buah tangan untuk Jenny. Dia membeli kasut untuk Norida. Dia membeli rantai emas untuk Salma. Jam ini untuk Azian. Kain sutera ini untuk ibu. Kereta besar itu untuk Zariha. Komputer peribadi ini untuk Fairuz. Novel ini untuk Aini. Remain cakera ini untuk Sahariah. Periuk nasi ini untuk Kim Lee. Rumah banglo dua tingkat itu untuk ibu. Sawah padi itu untuk anak-anaknya. Tanah kebun yang luas itu untuk kami.

Kata sendi nama untuk boleh bertukar ganti penggunaannya dengan bagi jika digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang berfungsi untuk menunjukkan kegunaan sesuatu. Contohnya: 1. Dewan makan untuk/bagi mahasiswa universiti itu sedang dibina. 2. Perancangan aktiviti untuk/bagi tahun hadapan bagi/untuk kelab itu sedang dibincangkan. 3. Kereta untuk/bagi kegunaan pejabat sahaja.

Bahagian 8
Penggunaan Ejaan Kata dengan k dan kk
Kesilapan ini berlaku kerana pengguna tidak dapat membezakan antara imbuhan -kan dan meN -kan dengan imbuhan -an, peN -an dan ke-...-an akibat pengaruh sebutan. imbuhan -kan dan -an tidak akan berubah apabila diimbuhkan pada kata dasar yang berakhir dengan konsonan k. (i) Contoh kesilapan mengeja kata dengan dua k/(kk) pada kata yang sepatutnya dieja dengan satu k/(k) SALAH kebanyakkan keburukkan kecantikkan kedudukkan kemasukkan kemudahbaikkan kenaikkan kependekkan kependudukkan kerancakkan keretakkan kerosakkan ketidakmasukkan peletakkan pembaikkan pengelompokkan percetakkan pergolakkan pertunjukkan peruntukkan kebanyakan keburukan kecantikan kedudukan kemasukan kemudahbaikan kenaikan kependekan kependudukan kerancakan keretakan kerosakan ketidakmasukan peletakan pembaikan pengelompokan percetakan pengolakan pertunjukan peruntukan BETUL

(ii) Contoh kesilapan mengeja kata dengan satu k/(k) pada kata yang sepatutnya dieja dengan satu k/(k)

SALAH meletakan memasukan membalikan membanyakan membelokan membotakan memburukan memendekan memperuntukan menaikan menampakan mencampakan mencantikan menggalakan menggerakan mengoyakan menunjukan menyesakan meretakan merosakan meletakkan memasukkan membalikkan membanyakkan membelokkan membotakkan memburukkan memendekkan memperuntukkan menaikkan menampakkan mencampakkan mencantikkan menggalakkan menggerakkan mengoyakkan menunjukkan menyesakkan meretakkan merosakkan

BETUL

Bahagian 9
Penggunaan sekali, sungguh, paling dan teRPerbandingan dapat dinyatakan dengan kata adjektif dan terbahagi kepada tiga, iaitu darjah biasa, darjah bandingan dan darjah penghabisan. (i) Darjah biasa 1. Hidup keluarga itu sederhana sahaja.

2. Laut tenang ketika waktu pagi. 3. Malam ini bulan terang. 4. Perangai pemuda itu baik. 5. Tubuh budak itu kurus. (ii) Darjah bandingan Darjah bandingan digunakan dalam dua bentuk sama ada darjah bandingan yang sama atau darjah bandingan yang berbeza. (a) Darjah bandingan yang sama Darjah bandingan ini menggunakan kata adjektif dengan awalan se-. Contohnya: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Air sirap itu semanis gula. Anak saya tidak setinggi anaknya. Fatimah tidak sepandai kakaknya. Gadis itu secantik puteri raja. Masakannya tidak sesedap masakan ibu saya. Rumah Ali sebesar rumah Ahmad.

Nota: Awalan se- ini boleh bertukar ganti dengan kata sama. Contohnya: sebesar secantik semanis sepandai sesedap setinggi = = = = = = sama besar sama cantik sama manis sama pandai sama sedap sama tinggi

(b) Darjah bandingan yang berbeza Darjah bandingan ini menggunakan kata penguat lebih atau kurang yang berfungsi sebagai bandingan. Contohnya: 1. Anaknya lebih gemuk daripada anak jirannya. 2. Bunga ini lebih harum daripada bunga itu. 3. Gadis itu kurang cantik daripada kawannya. 4. Kami kalah kerana kami kurang cekap daripada pasukan lawan. 5. Kedai itu kurang maju daripada kedai di sebelahnya. 6. Rambut saya lebih panjang daripada rambutnya. (iii) Darjah penghabisan Penggunaan kata adjektif dalam ungkapan darjah penghabisan dapat dilakukan dengan cara yang berikut: (a) se + kata adjektif + gandaan + kata nama 1. Dialah sebaik-baik sahabat yang pernah kukenali. 2. Secantik-cantik bunga segar, jika disiram, layu juga akhirnya. 3. Sekeras-keras batu, tidak sekeras hatinya yang degil itu. 4. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh juga ke tanah. 5. Setinggi-tinggi gunung, tinggi lagi impian saya. (b) ter + kata adjektif 1. Antara kami berempat, dia yang tertinggi. 2. Dialah pelajar yang terpandai di sekolah kami. 3. Gadis itu antara yang tercantik di kampungnya. 4. Inilah pemandangan yang terindah yang sempat saya rakam. 5. Markah peperiksaan kali ini adalah yang terbaik yang pernah saya peroleh. 6. Tokoh termasyur itu meninggal dunia semalam. (c) paling + kata adjektif 1. Antara adik beradiknya, dialah yang paling cerdik 2. Bagi saya, masakan ibulah yang paling lazat. 3. Dialah yang paling pandai dalam matapelajaran matematik. 4. Kita mesti mencari cara yang paling baik untuk menyelesaikan masalah tersebut. 5. Menara itu paling tinggi di negara tersebut. 6. Pokok yang paling besar .

(d) kata adjektif + sekali 1. Ahmad pandai sekali. 2. Besar sekali rumah di atas bukit itu. 3. Cerdik sekali adik awak yang kecil itu. 4. Guru bahasa Melayu saya baik sekali. 5. Lazat sekali makanan yang saya makan tadi. 6. Pemain bola keranjang itu tinggi sekali. (e) ter + amat, sangat + kata adjektif 1. Bangunan itu tersangat tinggi. 2. Di dalam kelas, dialah yang teramat pandai. 3. Dia tersangat baik sehingga kami begitu sayang kepadanya. 4. Inilah makanan yang tersangat lazat yang pernah saya makan. 5. P. Ramlee seorang seniman agung yang teramat masyhur. 6. Puteri raja itu teramat cantik. (f) amat, sungguh, sangat + kata adjektif + sekali 1. Mereka amat cergas sekali 2. Dia amat pandai sekali 3. Bangunan itu amat tinggi sekali 4. Salmah sangat baik sekali 5. Suaranya sangat merdu sekali 6. Rupanya sungguh cantik sekali 7. Ramu sungguh cergas sekali

(iv) Kata penguat seperti amat, sungguh dan sangat terbahagi kepada tiga, iaitu kata penguat bebas, kata penguat hadapan dan kata penguat belakang. a) Kata penguat bebas Kata penguat ini boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif. Contohnya: 1a. Pakaian seragam pasukan itu amat kemas. 1b. Pakaian seragam pasukan itu kemas amat. 2a. Pemandangan di tepi pantai itu sangat indah. 2b. Pemandangan di tepi pantai itu indah sangat. 3a. Tiupan angin pada waktu petang sungguh nyaman. 3b. Tiupan angin pada waktu petang nyaman sungguh.

(b) Kata penguat hadapan Kata penguat ini terletak di hadapan kata adjektif. Contohnya: 1. Harga batu permata itu paling mahal. 2. Pokok di belakang rumah saya terlalu tinggi. 3. Sungai itu agak dalam. (c) Kata penguat belakang Kata penguat ini terletak di belakang kata adjektif. Contohnya: 1. Indah nian puteri bunian. 2. Keputusan peperiksaannya kali ini baik sekali. 3. Lambat benar bas itu sampai.

(v) Kesilapan penggunaan teR-, sekali dan paling Dalam bahasa Melayu, imbuhan teR- dan kata penguat sekali dan paling sudah menunjukkan darjah penghabisan. Oleh itu, suatu kata adjektif itu hanya boleh menggunakan teR- atau sekali atau paling. Kedua-dua atau ketiga-tiganya tidak boleh digunakan serentak. Misalnya, apabila suatu kata adjektif itu telah menggunakan imbuhan teR-, maka kata penguat sekali dan paling tidak perlu lagi. Begitu juga sebaliknya. Contohnya: SALAH paling terbaik sekali paling terbaik paling tercantik sekali paling tercantik paling termasyhur paling masyhur sekali paling terpandai sekali terindah sekali terpandai sekali tertinggi sekali terendah sekali baik sekali paling baik cantik sekali paling cantik paling masyhur masyhur sekali pandai sekali terindah terpandai tertinggi terendah BETUL

Bahagian10
Penggunaan Kata Nafi bukan atau tidak
(i) Kesilapan penggunaan kata nafi tidak Kata nafi tidak digunakan untuk penafian dalam frasa kerja dan frasa adjektif. Contohnya: SALAH bukan berjaya bukan bertunang bukan berusaha bukan besar bukan hidup bukan kaya bukan kecil bukan manis bukan mati bukan melanggar bukan membawa bukan menangkap bukan mengantuk tidak berjaya tidak bertunang tidak berusaha tidak besar tidak hidup tidak kaya tidak kecil tidak manis tidak mati tidak melanggar tidak membawa tidak menangkap tidak mengantuk BETUL

SALAH bukan miskin bukan muda bukan pandai bukan pergi bukan rendah bukan tinggal bukan tinggi bukan tua tidak miskin tidak muda tidak pandai tidak pergi tidak rendah tidak tinggal tidak tinggi tidak tua

BETUL

(ii) Kesilapan penggunaan kata nafi bukan

Kata nafi bukan digunakan untuk penafian dalam frasa nama dan frasa sendi nama. Contohnya: SALAH tidak dari Kuantan tidak di desa tidak di Subang tidak doktor tidak emak mertua tidak gas tidak kakak tidak Kassim tidak ke Ipoh tidak kerajaan tidak ketua kampung tidak lembu tidak mahasiswa tidak oleh ibu tidak pelajar tidak tangan tidak tentang masakan tidak tentang Perdana Menteri tidak untuk kekasih tidak untuk wanita BETUL bukan dari Kuantan bukan di desa bukan di Subang bukan doktor bukan emak mertua bukan gas bukan kakak bukan Kassim bukan ke Ipoh bukan kerajaan bukan ketua kampung bukan lembu bukan mahasiswa bukan oleh ibu bukan pelajar bukan tangan bukan tentang masakan bukan tentang Perdana Menteri bukan untuk kekasih bukan untuk wanita

Nota :Kata nafi bukan hanya boleh digunakan di hadapan frasa kerja dan frasa adjektif apabila digunakan untuk mendukung maksud pertentangan maklumat. Contohnya: 1. Ulasannya bukan bertujuan untuk menghina penulis berkenaan, tetapi sekadar memberi pandangan peribadi. (frasa kerja) 2. Dia bukan hendak bekerja tetapi hendak bermain sahaja. (frasa kerja) 3. Dia bukan sahaja cantik, malah pintar juga. (frasa adjektif) 4. Program latih tubi bukan bertujuan untuk mendera peserta tetapi untuk menerapkan disiplin dan ilmu yang dipelajari. (frasa adjektif)

You might also like