You are on page 1of 3

Nama No Matriks Program Fakulti

: Aznooreen Suhaina Binti Mohd Azman : 020671 : Sarjana Muda Usuluddin Dengan Kepujian : Pengajian Kontemporari Islam Artikel 11, Tajuk :Kebangkitan Islam Suatu masa dahulu, umat Islam berada dalam zaman kegemilangan. Kemajuan yang

dicapai meliputi segenap pelosok dunia. Walau bagaimanapun, zaman keruntuhan Islam bermula dari kejatuhan Kerajaan Abbasiyyah ke tangan tentera Moghul, disusuli kejatuhan Sepanyol kemudian kejatuhan Turki Uthmaniyah yang dicetuskan oleh seorang pengkhianat agung dalam sejarah Islam, Mustapha Kamal Atartuk. Detik-detik pahit pernah dilalui oleh umat Islam. Politik negara tergadai, ekonomi dikikis oleh Barat dan nilai-nilai yang murni dirosakkan oleh penjajah. Atas kesedaran setelah sekian lama dijajah dan diperhambakan oleh penjajah dan pemerintah yang zalim, zaman kebangkitan Islam mula muncul. Hal ini kerana Islam hanya dari sudut religion bukan sebagai Ad-Din. Dalam konteks kebangkitan Islam dibahagikan kepada beberapa aspek iaitu zaman kebangkitan Islam pertama, zaman kebangkitan Islam untuk membebaskan negeri daripada belenggu penjajahan, zaman kebangkitan Islam untuk membebaskan diri daripada ideologi-ideologi bukan Islam. Sebab-sebab kebangkitan Islam ialah wujudnya fahaman-fahaman yang bertentangan Islam contohnya fahaman kapitalisme yang menindas orang lain. Ajaran Islam merupakan ajaran yang lengpa selari dengan pembangunan rohani dan material. Kesedaran terhadap penghayatan Islam inilah mendorong kebangkitan Islam di seluruh dunia Islam. Namun, terdapat cabaran yang harus ditempuhi iaitu kita kena faham sekularisme yang menguasai, pendirian Ulama yang Maddi, dan cabaran kejahilan umat Islam terhadap hakikat Islam. Dan disebabkan itu, sebagai umat Islam, kita seharusnya mempunyai tanggungjawab dan peranan untuk mengharungi cabaran-cabaran tersebut. Antaranya pembentukan peribadi muslim, pendidikan yang sebenar tentang Islam dan menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Tokoh yang banyak berjasa dalam kebangkitan Islam ini antaranya Muhammad bin Abdul Wahab pelopor gerakan Al-Muwahhidun (1703-1791M), Madhat Pasha (1822-1833M), Syed Abdul Rahman AlKawakibi (1848-1902M) dan Sayid Jamaluddin al-Afghani (1839-1897M).

Artikel 12, Tajuk : Sayid Jamaluddin al-Afghani. Satu Kenangan Silam. Muhammad Jamaluddin yang lebih dikenali sebagai Sayid Jamaluddin al-Afghani dilahirkan pada tahun 1839M. Beliau dilahirkan di Asadabad di perkampungan Kunar di Negara Afghanistan. Ayahnya Safdar adalah terdiri daripada kalangan keluarga termasyhur di Afghanustan. Beliau merupakan berketurunan Sayid yang bersambung nasabnya dengan Imam alTirmizi, seorang ahli hadis yang mempunyai salasilah keturunan dari Imam Hassan bin Ali bin Abi Talib. Ayahnya meninggal dunia ketika beliau berusia 17tahun pada 1856M. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 1897M ketika usianya berusia 58 tahun. Beliau membiayai pengajiannya sendiri dengan bekerja untuk mendapatkan wang selepas pemergian ayahnya. Beliau menyambung pengajiannya di Universiti al-Azhar, Mesir. Disinilah ketokohannya mula terserlah. Dia mula dikenali sebagai seorang pejuang yang gigih, seorang ahli fikir,anti antokrat dan anti imperialis. Disinilah juga beliau bertemu dengan Muhammad Abduh. Beliau banyak mengajar Muhammad Abduh tentang ilmu agama, falsafah dan pemikiran. Selain itu beliau mengajarnya menulis artikel. Sayid Jamaluddin al-Afghani banyak berjasa terhadap umat Islam. Beliau berjuang bukan semata-mata untuk dirinya tetapi umat Islam. Beliau dikenali juga sebagai tokoh pengislah pemikiran kerana semangat membebaskan diri umat Islam daripada pemerintah yang bersifat kuku besi dan penjajah. Selain itu, beliau juga berani mengislah pemerintah dan kerajaan ke arah kembali kepada tuntutan hidayah agama. Kemana sahaja beliau pergi, beliau memberi kesedaran terhadap rakyat agar mereka berfikir dan jangan berada dibawah kongkongan pemerintah dan penjajah yang mengaut keuntungan daripada rezeki yang rakyat usahakan. Beliau menyampaikan fikrah pemikirannya melalui artikel-artikel serta majalah-majalah yang dikarangnya. Antara majalah yang dikarangnya ialah majalah Al-Urwah-Al Wuthqa. Selain itu, beliau juga sentiasa mengemukakan pelbagai persoalan kepada pemuda-pemuda yang mendampinginya dan juga anak muridnya untuk mengerah akal pemikiran mereka supaya menanamkan semangat kesedaran dan cita-cita yang tinggi bagi menyatukan umat Islam agar tidak terjajah.Walaupun beliau pernah difitnah dan buang negeri, namun ajaran dan pemikirannya masih tetap dijalankan oleh anak muridnya.

Artikel 22, Tajuk : Gerakan Teroris Dalam Masyarakat Islam: Analisis Terhadap Gerakan Jemaah Islamiyah (JI) Jemaah Islamiyyah (JI) merupakan nama bagi kumpulan Muslim yang beroperasi di Asia Tenggara. JI ditubuhkan oleh Sungkar sekitar tahun 1990-an di Malaysia. Kumpulan ini menjadi popular selepas melakukan beberapa peristiwa. Antaranya ialah pengeboman sebuah pusat hiburan di Bali pada 12 Okrober 2002. Oeh sebab itu, JI secara rasmi telah dimasukkan ke dalam senarai organisasi teroris di PBB pada 23 Oktober 2002. Menurut Sidney Jones, ada empat ideologi yang mewarnai gerakan Jemaah Islamiyyah ini. Pertama, ideologi Salafiyah iaitu bejuang mewujudkan negara Islam untuk menegakkan syariah Islam semurni-murninya sebagaimana yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad, para sahabat dan generasi dahulu (Salaf). Kedua, Dewan Islamiyah Indonesia (DDII) yang juga berorientasikan Salafiyyah. Ketiga, pemikiran tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin yang memberi inspirasi bagi mereka untuk mendirikan gerakan usrah. Keempat pula ialah ideologi Mujahidin Afghanistan dan al-Qaeda yang lebih mementingkan semangat jihad serta melatih, merekrut, dan mendanai sukarelawan bagi berjuang melawan Soviet Union di Afghanistan. Manakala strategi perjuangan JI berlandaskan Iman, Hijrah dan Jihad. Selain itu juga, strategi perjuangan yang dilakukan oleh Rasulullah ketika berjihad banyak mempengaruhi gerakan ini. Terdapat juga langkah yang digunakan oleh JI terinspirasi daripada gerakan Ikhwanul Muslimin, pertama, mendakwah individu-individu muslim, kedua, individu-individu yang sudah menerima dakwah dikelompokkan menjadi kumpulan kecil dipanggil usrah, ketiga, daripada kumpulan kecil, membentuk kumpulan besar dipanggil Jamaah Islamiyyah. Dan akhirnya membentuk negara Islam. Kekuatan yang perlu ada ialah kekuatan akidah, kekuatan persaudaraan sesama Muslim dan kekuatan senjata. Ramai yang menyalah tafsir mengenai JI. Mereka beranggapan JI merupakan sekumpulan Muslim yang mengamalkan sikap keganasan. Dalam erti kata yang lain ialah teroris. Walaupun ada segelintir yang melakukan keganasan tersebut, namun bukan semuanya yang terlibat. Hanya segolongan yang terlalu ekstrem. Pejuang JI lebih banyak terbabit dalam kegiatan pendidikan agama bagi membentuk negara Islam. Maka tidak adil kumpulan ini dianggap pengganas hanya kerana segolongan sahaja yang melakukan, sebaliknya ramai yang berjuang bagi menegakkan kepentingan, ketauhidan kepada Allah dan pelaksanaan syariah Islamiyyah.

You might also like