You are on page 1of 2

PANDUAN UNTUK GURU 1. TOPIK Menyatakan topik/ tajuk P&P 2.

OBJEKTIF TINGKAH LAKU Mengandungi 4 elemen iaitu kumpulan sasar, tingkah laku yang ingin diubah, syarat dalam pembelajaran dan darjah penghasilan pembelajaran. Berdasarkan teks Virul Zel Untuk Abah, pada akhir pembelajaran, pelajar dapat : a. menyatakan tema dan persoalan dengan tepat; b. menyenaraikan 10 ayat aktif transitif dalam cerpen dengan tepat c. Menjelaskan cara menangani masalah gangguan emosi akibat perceraian ibu bapa. 3. FOKUS UTAMA & SAMPINGAN (Rujuk kepada Sukatan Pelajaran BM) Gabungan dua daripada tiga jenis kemahiran iaitu : a. Kemahiran Interpersonal (HPU 1 hingga 6) b. Kemahiran Maklumat (HPU 7 hingga 9) c. Kemahiran Estetik (HPU 10 hingga 12) 4. ALAT BANTU MENGAJAR Nyatakan ABM yang digunakan, misalnya : Teks Virus Zel Untuk Abah. 5. AKTIVITI (1 aktiviti atau lebih untuk 1 objektif) 6. PENYERAPAN ILMU -Keusahawanan -Psikologi/ Kaunseling -ICT 7. NILAI MURNI -Baik hati -Berdikari -Hemah Tinggi -Hormat-Menghormati -Kasih Sayang -Keadilan -Kebebasan -Keberanian -Kebersihan Fizikal dan Mental -Kejujuran -Kerajinan -Kerjasama -Kesederhanaan -Kesyukuran -Patriotisme -Rasional -Semangat Bermasyarakat 8. SISTEM BAHASA Terdiri daripada : Tatabahasa, Sistem Ejaan, Sebutan dan Intonasi, Kosa Kata dan Peribahasa. 9. KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH -Kemahiran Berfikir -Kemahiran ICT -Kemahiran Belajar Cara Belajar -Kajian Masa Depan -Kecerdasan Pelbagai -Pembelajaran Konstruktivisme -Pembelajaran Kontekstual 10. REFLEKSI -Merenung semula perkara yang telah dicapai dalam pembelajaran dan memikirkan cara untuk

membuat penambahbaikan terhadap objektif P&P yang belum tercapai. -luahan dalam rasa hati sama ada berjaya/ tidak mencapai semua objetif yang dihasratkan.

You might also like