You are on page 1of 10

Model Pembelajaran Penemuan Terbimbing

PISMP RBT2

Makna Teknik, Kaedah dan Strategi

Teknik
Kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik,

karang-mengarang dan sebagainya. Kamus Dewan(edisi ketiga) Pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku didalam bilik darjah dimana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abd Aziz

Kaedah
Satu rencana/prosedur yang menyeluruh untuk

mengajar sesuatu bahan bahasa, yang secara keseluruhannya mestilah didasarkan kepada pendekatan yang digunakan. Mangantar Simanjuntak(1982) secara teratur bahan-bahan bahasa, tidak ada bahagianbahagiannya yang saling bertentangan semuanya berdasarkan kepada pendekatan. Parera(1986)
sesuai dengan situasi bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran. Ishak Ramly(2006)

Satu rancangan menyeluruh untuk menyampaikan

Satu rancangan tentang apa yang akan dilaksanakan

Strategi
Secara mudahnya, kita boleh katakan maksud strategi

adalah usaha-usaha untuk mencapai sesuatu objektif dengan melihat kepada teknik-teknik yang sistematik yang terancang.
Mengikut Kamus Dewan (1994), strategi didefinisikan

sebagai rancangan/pendekatan yang teratur (yang memperhitungkan pelbagai faktor) untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Dalam mengatur strategi selain dari teknik terancang, perlu juga difikirkan caracara untuk mengatasi permasalahan yang boleh dijangkakan yang akan timbul.

Model Pembelajaran Penemuan Terbimbing

Pengenalan
Model penemuan terbimbing atau terpimpin adalah model

pembelajaran penemuan yang dalam pelaksanaanya dilakukan oleh pelajar berdasarkan tunjuk ajar guru. Petunjuk diberikan pada umumnya berbentuk pertanyaan membimbing (Ali, 2004:87).
Model penemuan terbimbing menempatkan guru sebagai fasilitator.

Guru membimbing pelajar apabila diperlukan. Dalam model ini, pelajar didorong untuk berpikir sendiri, menganalisis sendiri sehingga dapat menemukan prinsip umum berdasarkan bahan atau data yang telah disediakan guru (Yani, 2008).
Model pembelajaran penemuan adalah berlandaskan teori belajar

kognitif-kontruktivis oleh Piaget, Vygotsky, Dewey,dan Bruner yang menekankan pada hakikat inkuiri-sains dari pembelajaran (Zainuddin &Suriasa, 2005 : 36).

Model pembelajaran ini memerlukan penglibatan aktif

pelajardalam proses pembelajaran. Guru berfungsi sebagai pembimbing dengan memberikan pertanyaan yang merangsang deria ingin tahu pelajar untuk mencari maklumat dengan lebih mendalam. Fungsi guru hanyalah membimbing, bukannya pemberi jawapan. Apabila menggunakan model ini, guru haruslah melibatkan diri secara aktif bukan sahaja sebagai pengajar(instructor) tetapi juga sebagai pemudah cara(fasilitator). Guru boleh bertanyakan soalan, menyediakan tugasan, dan membantu pelajar mencari maklumat. Dengan cara ini maklumat yang diperoleh melalui penemuan akan memberikan kepuasan kepada pelajar dan membolehkannya berkongsi maklumat tersebut.

Kelebihan
membenarkan penglibatan lebih oleh pelajar dalam proses pembelajaran. 2. Mengambil kira perbezaan di kalangan pelajar dan pelajar mempunyai peluang belajar mengikut tahapnya sendiri. 3. Memupuk pembangunan arah kendiri. 4. Teruja dengan pembelajaran.
1.

Kelemahan
Tidak semua topik sesuai untuk diaplikasikan model ini. 2. Tidak semua pelajar dapat menerima model ini kerana terbiasa dengan model sebagai contoh ceramah. 3. Memerlukan jangka waktu yang lebih panjang.
1.

You might also like