You are on page 1of 3

GARIS PANDUAN PENYEDIAAN RINGKASAN MENGAJAR UNTUK PENDIDIKAN MUZIK Ringkasan mengajar perlu mempunyai butir-butir berikut: 1.

Butir-butir umum (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) 2. Mata Pelajaran Tahun/Darjah Tarikh Masa Bil.Murid Aspek Item

Hasil Pembelajaran Bagi setiap item disediakan HP yang harus dicapai oleh setiap murid. Majoriti item mengandungi tiga aras pencapaian. Murid perlu menguasai sekurang-kurangnya satu aras pencapaian untuk setiap item. Objektif Pelajaran Perlu dinyatakan dengan cara eksplisit atau dalam bentuk tingkah laku, iaitu dengan jelas dan tepat menyatakan: (i) Hasil pembelajaran yang diharapkan seperti mana yang terkandung dalam aras yang perlu dikuasai oleh murid. (ii) Cara-cara bagaimana perlakuan ini akan dihasilkan (iii) Peringkat pencapaian minimum yang dikehendaki berdasarkan kriteria-kriteria yang ditetapkan. Pengetahuan sedia ada Nyatakan pengetahuan yang berkaitan dengan tajuk pelajaran ini yang telah sedia ada pada murid-murid sebelum pelajaran ini. Langkah ini perlu untuk menentukan sama ada muridmurid bersedia untuk menerima pengetahuan baru atau tidak.
1

3.

4.

5.

Kemahiran Berfikir Unsur-unsur KB yang melibatkan murid semasa guru berinteraksi dengan murid semasa guru menyampaikan pengajaran dan pembelajaran. Pencerapan Nilai Kaitkan isi pelajaran dengan nilai-nilai murni yang terdapat dalam pendidikan Moral Pencerapan Ilmu Kaitkan dengan mata pelajaran lain. Bahan Bantu Mengajar (BBM) Catatkan alatan yang digunakan dengan penerangan yang ringkas tentang penggunaannya. Set Induksi Pernyataan tentang bagaimana pelajaran akan dimulakan. Gunakan contoh yang menarik dan bersangkut paut dengan isi pelajaran untuk mendapatkan perhatian dan minat murid Perkembangan Catatan tentang: (i) Peringkat atau turutan (ii) Langkah-langkah mengikut peringkat atau turutan. Jumlah langkah-langkah bergantung kepada panjang atau pendek isi pelajaran. (iii) Isi, kaedah dan aktiviti pelajaran setiap langkah (iv) Aspek peneguhan (v) Pengagihan masa untuk tiap-tiap langkah dan bahagian dalam persediaan. Penutup/Penilaian pencapaian objektif. Catatan tentang gerakerja dan sejauh manakah objektifobjektif yang dituju mungkin dicapai.
2

6.

7. 8. 9.

10.

11.

12.

Ulasan guru pelatih Ruangan disediakan untuk pelatih sendiri mencatatkan segala perkara tentang kebaikan atau kelemahan pencapaian pelajaran (refleksi) Ulasan Pensyarah/penyalia Ruang kosong disediakan untuk mencatat kelebihan atau kelemahan pelajaran dari kacamata penyeliaan dan cadangancadangan untuk memperbaiki pengajaran.

13.

You might also like