You are on page 1of 8

Suamiku Vampire 39

idya mempercepatkan langkahnya. Dia su-

dah terlewat 20 minit daripada masa yang telah dijanjikan. Dengan jubahnya, memang sukar untuk dia berjalan lebih laju. Tapi, itu bukan alasan untuk dia tidak mengenakan pakaian itu. EiiJanji Melayu betullah Lidya ni, rungut Salina dengan muka kurang sennag. Lain kali saya buat janji orang putih pula. Janganlah marah. Saya berusaha bersungguh-sungguh untuk sampai ke sini lebih awal tau. Kalau tak, awak kena tunggu dua jam lagi, balas Lidya yang cuba membuat lawak bodoh. Salina memandang Lidya dengan muka bengang. Yalah, yalahsaya salah. Saya belanja Salina minum hari ni. Macam mana? Lidya cuba memujuk Salina. Salina mula mengukir senyuman manis kepada Lidya.

Eleh, sukalah tu giat Lidya. Dia juga turut tersenyum. Nak! Tapi lain kali. Kenapa? Sebab saya dah pun bayar ni. Kali ini saja saya terima alasan Lidya tu, tapi jangan harap dapat lagi lain kali. Saya ada hal nak beritahu awak ni. Apa dia? Ada orang masuk meminang saya, kata Salina membuka bicara. Biar betul? Salina terima ke pinangan tu? soal Lidya. Wajah comel Salina direnungnya. Salina memang seorang yang cantik dan manis orangnya. Salina mengangguk kepalanya. Aik, dulu Salina kata nak bercinta sebelum kahwin. Apasal sekarang ubah fikiran? soal Lidya ingin tahu. Entahlah Lidya, dah jodoh kut. Memang saya tak nak pada hakikatnya, tapi kalau ibu bapa dah suka, saya sendiri pun tak dapat nak kawal. Ibu kata dia kacak sangat dan baik hati. Ibu saya dah kena penangan mukanya yang kacak kut, tapi bukan saya tau kata Salina sambil bergurau. Oh, ya? Siapakah lelaki bertuah tu? Lidya bertanya. Terima kasih. Dia seorang pensyarah kata ibu.Yang lain saya tak tau, kata Salina sambil tersenyum. Wah! Mesti dia seorang romantik? Lidya meneka. Muka Salina yang berseri-seri mula kemerahmerahan disebabkan rasa malu yang mula mengambil tempat. Kenapa Lidya cakap macam tu? Macam mana nak tahu seseorang itu romantik? Lidya teka sahaja. Jangan marah ya? Lidya ter-

40 Ria Natsumi

sengih.Dia anak nombor berapa? Rasanya anak sulung. Dia ada sorang adik perempuan. Kenapa Lidya? Anak sulung ni biasanya unsur tanah. Orang unsur tanah ni sesuai dengan unsur tanah atau air. Salina anak nombor dua. Jadi, Salina daripada unsur air. Sesuailah tu. Mana Lidya tahu? Umi yang kata. Oh, kalau macam tu baguslah. Minta-mintalah sesuai. Eh, cakap macam tu, dah setuju ke? soal Lidya sambil menjeling Salina. Muka Salina merah lagi. Ya kut, jawabnya sambil meneguk minuman. Akhirnya mereka berdua ketawa gembira dan meneruskan perbualan mereka. daMia memulakan pekerjaannya sebagai tukang sapu di sebuah syarikat yang terkemuka. Memang sikapnya pelik. Dia suka mencuba pekerjaan yang orang biasa lakukan. Sebelum ini dia pernah bekerja sebagai tukang kebun sekolah. Pengalaman itu tidak akan dilupai. Mana tidaknya, semua bunga mati di bawah jagaannya.Tidak sampai seminggu dia sudah dibuang kerja. Kesian pokok-pokok ni. Kenapa mati ya? Aku dah khatam baca buku penanaman pokok yang betul, tapi masih mati pokok ini. Damia termenung melihat pokok bunganya yang layu. Memanglah mati pokok tu kalau Mia letak banyak sangat baja. Lepas tu, Mia selalu sembur racun, jawab Mak Cik Ita yang bekerja di situ. Tapi Mia letak banyak sebab nak pokok itu besar

Suamiku Vampire 41

cepat-cepat dan tak kena penyakit. Mak Cik Ita itu hanya gelengkan kepalanya. Dia terus meninggalkan Damia. Malas dia mahu melayan kerenah Damia. Damia tersenyum teringatkan pengalaman bekerja sebagai tukang kebun. Selepas itu dia bekerja sebagai tukang gunting. Baru gunting rambut seorang pelanggan, dia sudah kena buang kerja. Saya mahu rambut saya seperti Shah Rukh Khan boleh tak? kata seorang pelanggan lelaki. Damia hanya mengangguk tanda faham, tetapi sudahnya, dia membotakkan kepala lelaki tersebut. Kesannya, dia dimarahi majikannya dan terus dibuang kerja. Itulah kisah Damia dengan kerja-kerja yang dicubainya. Damia tersenyum gembira memulakan perkerjaan barunya sebagai tukang sapu sementara. Di situ, Kak Sall yang menjadi teman sekerjanya. Hari pertama Damia bekerja, dia hanya perlu menyapu di karidor. Dia memulakannya dengan baik. Esok, Mia sapulah kat tempat akak tunjuk tu. Tak susah pun kerjanya. Kena sapu saja. Tapi hati-hati dengan geng menyapu kat sini. Dia orang ni geng perasan cantik. Mesti dia orang akan selalu kacau Mia sebab Mia ni cantik. Hati-hati ya? kata Kak Sall sambil mengemas peralatan menyapu.Dia terpaksa meninggalkan Damia bekerja sendiri oleh kerana dia akan cuti bersalin. Baiklah, jawab Damia sepatah. Dia juga mengemas peralatan menyapu ke tempat asalnya.Tugasnya untuk hari itu sudah tamat. Selesai mengemas, dia meminta diri daripada Kak Sall. Dia harus mengejar bas yang

42 Ria Natsumi

akan dinaikinya. Beberapa ketika dia menunggu, bas yang sering dinaiki Damia sudah berhenti betul-betul di hadapannya. Tanpa membuang masa, laju saja kakinya melangkah mendapatkan tempat duduk. Mujur masih ada ruang yang kosong. Di waktu petang begini, agak susah mahu menaiki bas yang tidak ramai orang. Waktu pulang daripada kerjalah katakan. Ramai yang berpusupusu untuk mendapatkan tempat duduk. Mujur nasibnya begitu baik hari ini. Memandangkan tempat kerja Damia kali ini tidak berapa jauh dengan rumahnya, cepat saja dia tiba di kawasan rumahnya. Dia mula mengatur langkah menuju ke arah rumahnya. Sebaik tiba, dia terus melabuhkan punggungnya di sofa ruang tamu. Mahu melepaskan lelah buat seketika. Penat kerja? soal Danish dengan senyuman. Damia membalas senyuman abangnya. Sejak abangnya berubah, dia sangat senang dengan abangnya.Penat jugak. Tambahan pula kerja yang tak selalu Mia buat. Danish tersenyum. Jom, Danish. Kita pergi Papa dan abang nak pergi mana? soal Damia hairan. Nak pergi masjidlah. Kan dah nak maghrib ni, ujar Dato Akil dengan senyuman. Damia hanya mengangguk. Papa pergi dulu. Damia menghantar papa dan abangnya ke muka pintu. Beberapa ketika, bayangan papa dan abangnya sudah menghilang daripada pandangan matanya. Dia mengatur langkah menuju ke biliknya. Dia mahu mem-

Suamiku Vampire 43

bersihkan diri. Selepas mandi dan selesai menunaikan solat, telefon bimbitnya berbunyi. Tertera nama Yusuf. Damia mengeluh. Kenapalah mamat ni suka call aku? Dia tak tahu ke yang aku ni tak suka dia? Macam mana dia nak tahu, aku tak bagi tahu dia face to face. Damia tersenyum. Akhirnya dia membiarkan telefon bimbitnya terus berbunyi dan dia bergegas keluar dari biliknya. Dia mula menuju ke dapur. Mahu mencari makanan untuk mengisi perutnya yang sudah mula berkeroncong. Ada buah! Okey jugak tu. Baik untuk kesihatan. Damia mengambil buah epal merah. Ini mesti Abang Danish yang beli. Epal merah pun menjadi pilihan dia. Buah-buahan yang berwarna merah mesti dibelinya. ContohBuah epal merah, tembikai merah, rambutan merah walaupun isinya putih, tapi kulit dia merah. Hah! Buah naga merah tu lagi tak boleh blah. Bila makan saja, mulut Abang Danish pasti merah. Jelas sangat nampak macam vampire baru lepas minum darah. Damia ketawa sendirian. Apa vampire, vampire ni? Mengutuk abang ke? Tak baik tau. Cepat minta maaf! tegur Danish yang baru sahaja pulang dari masjid. Dia mengambil satu tin 100 Plus dan dibukanya. YalahMinta maaf abang! Eh, terus minta maaf? Memang betullah tu kutuk abang. Mia ni, abang gigit baru tau. Tak mahu abang. Abang, LA abang sihat tak? Sengaja Damia mengubah topik. Sihat aje. Kenapa tiba-tiba tanya? Danish terasa pelik. Rindu pula pada LA.

44 Ria Natsumi

Kalau rindu, pergilah ke rumahnya. Kata Danish lalu bangun. Dia terus hilang ke ruang tamu untuk menonton rancangan kegemarannya. Damia mengeluh. Huh, selamat! danish keluar bersama Haris. Bosan pula duduk di rumah tanpa berbuat apa-apa. Terasa bosan pula. Kegiatan yang tidak sihatnya dulu dikenang. Sikapnya suka pada leher perempuan sudah tiada. Tetapi, dia berdoa dan berharap akan berjumpa semula dengan Lidya Alya, gadis yang satu-satunya berjaya buat hatinya tertawan. Dia rindukan wajah cantik perempuan itu. Dia teringatkan zaman persekolahannya bersama Lidya sebelum Lidya kemalangan. Kenangan-kenangan di zaman persekolahan mula bermain di fikirannya. Kau makan apa? soal Danish. Nasi lemak. Awak tak nampak ke atau tak pernah tengok? soal Lidya agak sinis. Aku nampak. Saja nak kau yang bagi tahu aku, kata Danish sambil merampas makanan Lidya. Sah! Mamat ini memang tak sihat daripada aspek mental. Hati Lidya geram kerana perbuatan Danish. Itu makanan saya! Lidya cuba merampasnya kembali, tetapi Danish sudah membelakanginya. Lidya tidak suka bersentuhan dengan lelaki, lalu dia membiarkan Danish makan nasi lemaknya. Sedap! puji Danish. Oh, nasi lemakku. LaparHati Lidya merintih sambil melihat makanannya rakus dimakan Danish si vampire. Sibuk makan makanan orang lain, makanan sendiri tak dimakan pula. Di sebelah Danish ada roti dan air Milo kotak. Lidya merampasnya lalu melarikan diri. Dia menjelirkan

Suamiku Vampire 45

lidah kepada Danish. Danish tersenyum. Itu memang untuk kau, Lidya. Sebagai ganti aku makan nasi lemak kau. Oi, tidur ke?! sergah Haris. Danish terkejut sambil mengurut dadanya. Aku baru tinggalkan kau sekejap, kau dah tertidur! Kau dah lama hidup ke? Nasib baik aku ni sihat walafiat. Kalau tak, kau bertanggungjawab atas kematian aku, kata Danish serius. Wei, takkan macam tu sekali.Aku gurau saja, Haris tersenyum. Sarah dan seorang sahabat perempuan menghampiri mereka. Hai, sayang! Danish pun ada. I kenalkan kawan I, Lidya Amira. Mereka berpandangan. Lidya Amira. Ingatkan Lidya Alya. Kalaulah ini dia, mesti aku dah pikat dia. AlahaiDi mana sebenarnya gadis itu? bisik hati Danish. You all can call me, Mira, kata Mira sambil tersenyum. Mira merupakan seorang ahli perniagaan terkenal. Tambahan pula dia seorang perempuan cantik. Penampilan yang anggun dan bergaya membuatkan ramai lelaki ingin berkenalan dengannya. Dia ingin bersalaman dengan Danish, tetapi Danish hanya tersenyum sahaja. Dia pula yang tersipu malu. Menyampah Danish melihatnya. Dia tidak tahu kenapa dia tidak menyukai Mira. Haris dan Sarah meminta diri untuk pulang ke rumah. Mahu tak mahu, Danish terpaksa menghantar Mira pulang. Leceh betul!

46 Ria Natsumi

You might also like