Professional Documents
Culture Documents
CIRI-CIRI BERITA
Tiga ciri penting yang harus ada dalam berita adalah pertama,bahasa yang digunakan adalah mudah. Kedua, gaya tulisan yang jelas Ketiga, isi tulisan mestilah tepat. Ayat yang panjang, mengandungi beberapa klausa, menggunakan petikan, metafora, dan kiasan, haruslah dielakkan.
Berita merupakan salah-satu daripada cara penulisan naratif. Oleh yang demikian, ciri-ciri penulisan berbentuk naratif juga terdapat dalam ciri-ciri penulisan berita, iaitu :
Penulisan berita daripada siaran akhbar -cerita yang datang daripada individu,jabatan atau pertubuhan disebut siaran akhbar. Jenis siaran akhbar: 1. pengumuman peristiwa yang dijangka akan berlaku atau hal perseorangan seperti persaraan, galakan jualan dan perkara seumpama. 2. maklumat berhubung dengan kebajikan atau amal. 3. maklumat untuk menonjol imej seorang atau imej pertubuhan.
Penulisan Berita daripada Ucapan, Sidang akhbar, Akhbar, dan Mesyuarat. Dalam sidang akhbar, orang berkenaan mengadakan sidang akhbar. Orang ini tidak mengirim jemputan kepada orang ramai tetapi menerusi pelbagai media berita. Surat khabar, radio, televisyen menerima undangan itu kerana orang mengadakan sidang akhbar biasanya orang penting dan dia berkata tentang perkara tertentu yang ada nilai beritanya.
Penulisan Berita Musibah (kemalangan, kebakaran, Bencana Alam) Penulisan Berita Jenayah dan Liputan daripada Mahkamah.