You are on page 1of 4

Antara 3 tokoh pilihan kami ialah Mohd Hoeissen Enas, Abdullah Ariff dan Abdul Latiff Mohiddin.

Mohd Hoessein Enas ( 1924-1995 ) Mohd Hoeissein Enas di lahirkan di Bogor Jawa pada tahun 1914 dan berhijrah ke Malaysia pada tahun 1947. Beliau belajar melukis di bawah tunjuk ajar Encik Koima di Medan dan Profesor Stanley Green di London. Pada tahun 1985 beliau telah menubuhkan Angkatan Pelukis Semenanjung. Mohd Hoeissein Enas juga dikenali sebagai Pelukis Potret Diraja dan dianugerahi bintang kebesaran yang membawa gelaran dato berdasarkan sumbangan beliau dalam bidang seni lukis di Malaysia. Bakat seni beliau adalah semulajadi dan beliau telah banyak meneliti kejadian alam dan kehidupan manusia dan merujuk kepada keindahan wajah dan budaya tempatan Gaya catan yang dipersembahkan oleh beliau ialah secara realistic di mana catan dilukis mengikut subjek dengan tepat dan menyerupai bentuk sebenar. beliau dikenali sebagai pelukis realistik dan naturalistik.

Dalam penghasilan karya, Hossein Enas banyak menunjukkan wajah-wajah yang membawa mesej-mesej budaya melalui penampilan pakaian dan kegiatan sosial masyarakat. Antara karya beliau membawa mesej budaya melalui wajah ialah Potret Diri (1958). Karya ini menggunakan media kapur atau pastel. Tema karya beliau ialah potret diri sendiri. Gaya yang dipersembahkan di dalam potret bersifat realistic menerusi daya pengamatan yang amat sensitive terhadap subjek, memberi lebih tumpuan kepada wajah dengan mengabaikan latar belakang serta pakaian yang agak dipermudahkan. Nilai yang terdapat pada karya ini ialah raut wajah model digambarkan dengan terperici dan halus sehingga Berjaya memancarkan nilai-nilai peribadi Melayu yang lemah-lembut dan bersopan.

Antara karya lain yang dihasilkan oleh Hoessein Enas ialah Nelayan (1966). Dalam catan Nelayan ini, Hossein Anas menggunakan media cat minyak di atas kanvas. Beliau menggunakan warna-warna panas dan gelap untuk mesej yang ingin disampaikannya

Karya Nelayan (1966), Hossein Enas menyampaikan kekuatan dalaman dan kearifan warga tua yang telah lama bergantung hidup kepada laut. Hossein Enas menggunakan sapuan cat minyak atas kanvas bagi menggambarkan kulit muka nelayan dibakar cahaya matahari. Ianya dapat dilihat melalui penggunaan warna gelap seperti campuran warna kuning dan coklat bagi menunjukkan kulit nelayan tua ini. Latar catan menggunakan warna panas iaitu kuning bagi menunjukkan suasana panas terik ataupun cahaya matrahari yang terpaksa dihadapi setiap hari oleh nelayan tersebut.

Unsur seni reka garisan dan jalinan digunakan untuk memastikan efek yang wujud lebih realistik. Jalinan yang digunakan pada wajah dan badan nelayan ini menunjukkan kulit nelayan ini kasar kerana terdedah kepada cahaya panas. Unsur seni ruang dapat dilihat melalui penggunaan warna. Latar kuning yang cerah menunjukkan ruang belakang manakala fokus kepada penceritaan catan ini berada pada ruang hadapan yang menjadi penegasan kepada karya. Mesej yang cuba disampaikan oleh pelukis ialah keperitan dan usaha seorang nelayan tua yang berpenat lelah tanpa mengira kesusahan dalam usahanya mencari rezeki sebagai seorang nelayan.

Karya lain yang dihasilkan oleh beliau ialah Gadis Melayu pada tahun 1950. Media yang digunakan ialah cat minyak. Kaya ini menggambarkan seorang gadis, yang berambut hitam, bersanggul, bibir yang tebal, beranting-anting, memndang ke satu tempat, dan memakai baju kemeja. Rambut yang hitam dan bibir yang tebal memberi makna seorang gadis melayu yang asli. Baju kemeja pula membawa makna kemodenan. Karya potret ini secara keseluruhannya membawa makna seorang gadis Melayu yang menjaga kemelayuannya di dunia serba moden. Ini juga merupakan fesyen gadis Melayu dizaman itu.

Disini beliau cuba menimbulkan identiti kebangsaan dengan imej figura rakyat tempatan yang digambarkan secara natural.

Di dalam potret ini, beliau telah melahirkan rasa bangga dan kagum beliau terhadap identiti gadis-gadis melayu dengan feyennya dimasa itu dengan mengabadikannya di dalam potret agar boleh dilihat dan terus kekal selagi hasil karyanya ini masih ad

Amron omar

Amron Omar, satu lagi nama yang tidak asing dalam dunia seni tanahair...beliau yang terkenal dengan karya-karya figura yang realistik dan

You might also like