Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 pula, sampah ditakrifkan sebagaisuatu bahan buangan, termasuk semua bahan yang telah ditetapkan sebagai bahan buangan terjadual, atau semua bahan samaada dalam bentuk pepejal, cecair atau dalam bentuk gas atau wap yang dilepaskan, dikeluarkan atau diletakkan dalam alam sekelilingyang akan menyebabkan pencemaran (Laws of Malaysia 1998). Selain itu, pengurusansampah sarap boleh didefinisikan sebagai suatu disiplin ilmu yang berkaitan dengankawalan penjanaan, penyimpanan, pengumpulan, pemindahan, pengangkutan, pemprosesan dan pelupusan sampah di tapak pelupusan sampah dengan suatu kaedahyang sesuai dengan asas kesihatan orang ramai, ekonomi, kejuruteraan, pemuliharaan,astetik dan pertimbangan kepada alam sekitar.Menurut kajian yang dilakukan oleh Cooper (1981), pengurusan sampah sarapmerupakan suatu istilah yang mesti diterapkan kepada sistim yang dirancang dan ditadbir berhubungan dengan tempat penyimpanan sementara, pemungutan, pengangkutan, pemulihan dan pelupusan akhir terhadap dasar yang diuruskan bagi semua bahan pepejalyang tidak dikehendaki muncul daripada sumber-sumber domestik, komersil, industri danklinikal.
3.PEMBAHAGIAN SAMPAH SARAP
Mengetahui sumber dan jenis sampah juga komposisi sampah merupakan suatu bahagianyang penting dalam merancang dan melaksanakaan program pengurusan sampah sarap.Secara umum sampah masyarakat terkait dengan gunatanah suatu kawasan.Tchobanoglous mengklasifikasikan sumber sampah adalah berasal dari perumahan,komersial, pejabat, pembinaan, hospital, industri dan pertanian (Tchobanoglous 1993).Sampah sarap ini berbeza dari segi bentuk asal dan kandungan fizikalnya. Sampahsarap yang terdapat dapat dikelaskan seperti berikut: