Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
2Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Blogger Semakin Menarik Perhatian

Blogger Semakin Menarik Perhatian

Ratings: (0)|Views: 132 |Likes:
Published by eman

More info:

Published by: eman on Jan 16, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX or read online from Scribd
See more
See less

12/12/2012

 
Blogger semakin menarik perhatian
SEMAKIN mendapat perhatian di dalam negeri dan negara-negara lainketika ini ialah peranan para penulis yang dipanggil bloggers. Kerana adaketikanya pembaca bertanya, mempersoal dan mengkritik dan juga adayang memuji.Lalu RTM mengadakan rancangan temu ramah dengan seorang demi seorang blogger melaluiprogram Blog. Sementara itu di Australia terbit komentar yang bertanya: Adakah orang lainmengedit tulisan blogger sebagaimana berlaku pada laporan wartawan akhbar? Sementara ituWikipedia, ensiklopedia bebas melaporkan hal-hal berikut, antara lainnya:* Di Singapura dua blogger warga Cina dihukum penjara di bawah undang-undang menghasutnegara kerana menyebarkan kenyataan anti-Islam.* Seorang blogger warga Mesir bernama Kareem Amar didakwa menghina Presiden HosniMubarak dan sebuah pertubuhan Islam. Ia kali pertama seorang blogger didakwa. Blogger tersebut dibicarakan dan didapati bersalah lalu dihukum penjara tiga tahun kerana menghinaagama Islam dan menghasut, serta setahun penjara kerana menghina Mubarak.* Seorang lagi blogger warga Mesir ditangkap pada bulan April 2007 kerana tulisan-tulisannyayang antikerajaan. Blogger tersebut, Abdul Monem Mahmood seorang ahli Muslim Brotherhoodyang diharamkan.Dijelaskan juga betapa sebilangan ramai blogger menggunakan Internet untuk tujuan-tujuanpolitik. Mengulas aliran tersebut ialah rencana sebuah jurnal Amerika, The Atlantic setelahmenginterviu Rupert Murdoch, jutawan yang memiliki akhbar-akhbar di Amerika, Britain danAustralia serta stesen-stesen televisyen.BelanjaLalu dicatat, antara lainnya: Internet berupa saluran kewartawanan yang lebih bagus. Ia tidakmenelan belanja berbanding akhbar-akhbar yang perlu membeli kilang cetak berharga puluhan juta ringgit, iaitu selain membeli beribu-ribu gulung kertas cetak, bertangki-tangki dakwat sertaberatus-ratus lori pembawa akhbar. Juga gaji untuk beribu-ribu pekerja.Namun, laman web belum lagi mengadakan institusi-institusi yang menggantikan akhbar-akhbar yang dicetak. Sebaliknya laman web acap kali menyebarkan komentar berat sebelah dan tidakdiedit. Manakala segala warta berita disebar begitu cara, maka kita hidup dalam duniapropaganda. Paling menyedihkan ialah bahawa orang ramai tidak peduli. Demikian bersabitdengan Internet.Dalam keadaan sekarang ramai para wartawan menulis blog mereka sendiri dan yang menjadimasyhur atau ‘celebrity” kerananya. Ini selain gembung-gembung politik yang menjadi blogger.Di Amerika ada di antara mereka yang bersaing dengan penulis-penulis pojok akhbar. Satucontoh ialah pojok oleh Garrison Keillor. Sering dicatat olehnya ialah current occupant sasarankritiknya. Yang dimaksudkan ialah Presiden Bush.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->