You are on page 1of 17

1.

0 PENGENALAN

Linguistik merupakan satu disiplin ilmu yang juga satu bidang yang baharu berkembang jika dibandingkan dengan disiplin ilmu yang lain, seperti Sejarah, Matematik, Geografi dan sebagainya. Bidang linguistik merupakan bidang yang telah lama dikaji oleh pengkaji bahasa di Malaysia dan serata dunia. Pengkajian bidang ini adalah penting sejak dahulu hingga kini. Tidak hairanlah, subjek ini diajar di peringkat tinggi seperti di institusi pengajian tinggi, institut perguruan, hingga ke peringkat yang lebih rendah, iaitu di sekolah-sekolah. Jelasnya, subjek ini terus menjadi penting, walaupun negara telah menuju ke arah globalisasi yang menjadikan teknologi sebagai fokus utama. Walaupun pada masa ini, bidang teknologi diberi perhatian oleh kerajaan, namun ilmu linguistik terus diberi perhatian untuk mengimbangi keperluan rohaniah di kalangan rakyat. Dalam konteks ilmu, linguistik mula dikaji pada permulaan separuh abad ini dan berkembang di Britian pada awal tahun 60-an. Di Amerika, disiplin linguistik berkembang lebih awal, iaitu sekitar tahun 50-an di peringkat ijazah lanjutan. Lingusitik bermaksud ilmu pengetahuan yang mengkaji soal bahasa yang merangkumi semua segi komunikasi manusia, iaitu daripada pamerian bunyi-bunyi bahasa kepada analisis seluruh pemikiran manusia yang dinyatakan dalam bentuk pertuturan dan tulisan. Perkataan linguistik itu berasal daripada perkataan Latin lingua, iaitu bahasa. Perkataan Latin ini juga digunakan dalam banyak bahasa lain yang berasal daripada bahasa Latin seperti dalam bahasa Perancis (Langue, langage), bahasa Itali (lingua, atau bahasa Sepanyol (lengua) atau dalam bahasa Inggeris (linguistics). Dalam bahasa Melayu pula, istilah linguistik merupakan nama bagi bidang ilmu, dan kata adjektifnya adalah linguistik atau linguistik . Menurut Kamus Dwibahasa (1981:716) Linguistik bererti pengajian ilmu bahasa. David Crystal juga mendefiniskan linguistik dalam bukunya A Dictionary of Linguistics anf Phonetics (1986 : 181), linguistik merupakan kajian saintifik terhadap bahasa (The Svientific study of language). Stork dan Widdowson(1993) turut mengatakan linguistik merupakan bidang kajian dan subjek kajiannya ialah bahasa. Menurut Abdullah Hassan, linguistik adalah bidang yang mengkaji bahasa secara saintifik. Saintifik bermaksud kajian yang dijalankan dengan teratur menurut rumus1

rumus tertentu. Linguistik ini terbahagi kepada dua iaitu linguistik tulen dan linguistik terapan. Linguistik tulen adalah seperti fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik Manakala linguistik terapan, seperti sosiolinguistik, psikolinguistik, wacana, pragmatik, pengkomputeran linguistik dan linguistik forensik. Berdasarkan pandangan tokoh-tokoh tersebut, kita dapat merumuskan bahawa linguistik merupakan bidang yang memerlukan kajian yang mendalam dan teliti yang memberi penekanan kepada bidang kajian bahasa secara khusus serta

menghubungkan bahasa dengan ilmu disiplin yang lain.

2.0 BIDANG LINGUISTIK 2.1 LINGUISTIK PERBANDINGAN

Linguistik perbandingan (asalnya filologi perbandingan) juga dikenali sebagai linguistik komperatif ialah satu cabang linguistik sejarah yang membuat

perbandingan beberapa bahasa yang difikirkan mempunyai hubungan dari sudut sejarah supaya dapat menentukan perhubungan sejarah antara bahasa-bahasa itu. Kaedah perbandingan merupakan teknik asas yang digunakan di dalam linguistik perbandingan ini, tujuannya untuk membandingkan sistem-sistem fonologi, morfologi, sintaksis, dan leksikon. Pada dasarnya, setiap perbezaan antara dua bahasa yang berkait harus dapat diterangkan dengan amat munasabah, dan perubahan-perubahan sistematik, umpamanya dalam sistem-sistem fonologi atau morfologi, dijangka amat tetap. Jika bahasa-bahasa berasal daripada leluhur yang amat jauh, dan tidak rapat hubungannya, maka kaedah perbandingan tidak begitu berguna. Linguistik perbandingan ini turut mengkaji pertalian dan hubungan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Mereka mendapati bahawa hubungan bahasa bukan melalui peminjaman atau kebetulan tetapi wujud daripada satu rumpun yang sama. Linguistik perbandingan menyelidik, menganalisis, mengklasifikasi dan memberikan perbezaan dan persamaan struktur bahasa, hubungan sejarah dan rumpun sesuatu bahasa itu diambil kira untuk mengenal pasti perbezaan dan persamaan struktur. Selain itu, linguistik komparatif juga boleh menumpukan kajian kepada aspek sebutan, perkataan dan ayat di antara beberapa bahasa yang dikaji itu. Contohnya, mengkaji bahasa bahasa di Nusantara atau di Kepulauan Melayu. Linguistik jenis ini membandingkan dua bahasa atau lebih dari sudut bunyi , perkataan dan ayat iaitu dengan cara melihat aspek-aspek persamaan dan perbezaan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Linguistik ini kerap digunakan untuk membanding-bandingkan satu dialek dengan satu dialek yang lain. Linguistik hubungan memeriksa kesudahan-kesudahan
3

linguistik tentang hubungan antara penutur-penutur bahasa yang berbeza, khususnya sebagaimana yang terbukti dalam kata-kata pinjaman. Cabang kajian linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan perkembangan sesuatu bahasa dari segi sejarah yang dilalui melalui masa iaitu dari zaman kemunculannya hinggalah ke suatu tahap yang tertentu. Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan dan asal usul (etimologi) sesuatu bahasa. Kajian tertumpu kepada lebih dari satu zaman. Kajian perlu dilakukan secara sinkronik iaitu kajian secara terperinci dalam beberapa zaman atau masa dan tempat tertentu. Kemudian, kajian perlu dilakukan secara diakronik, iaitu membuat perbandingan bagi menentukan perubahan dan perkembangan yang berlaku di dalam bahasa tersebut. Linguistik perbandingan lebih dikenali sebagai bidang kajian yang

membandingkan antara bahasa yang sekeluarga. Tujuannya adalah untuk melihat ciri-ciri perbezaan dan persamaan antara bahasa yang sekeluarga, yakni bahasa seketurunan daripada bahasa induk. Perbandingan dilakukan antara beberapa aspek tertentu sahaja atau seluruh aspek bahasa yang dibandingkan itu. Linguistik ini memperlihatkan hubungan yang erat dengan linguistik huraian. Hal ini disebabkan huraian yang lengkap diperlukan tentang aspek-aspek yang dibandingkan itu

2.2

LINGUISTIK SEJARAH

Linguistik sejarah atau historis ialah disiplin linguistik yang bersangkutan dengan perkembangan sesuatu bahasa, iaitu dari zaman awal kemunculannya hinggalah ke suatu tahap yang tertentu. Dengan kata lain, pakar linguistik historis membuat kajian secara sejarah, misalnya peringkat untuk memperoleh data, maka kajian akan dilakukan secara sinkronik. Selepas seseorang pakar berpuas hati dengan dapatan kajian secara sinkronik maka kajian secara diakronik akan dijalankan, iaitu membuat perbandingan antara beberapa zaman untuk melihat perbezaan, menentukan perubahan dan perkembangan yang berlaku dalam bahasa tersebut. Perbandingan boleh dibuat dari pelbagai segi, seperti fonologi, morfologi, sintaksis, makna, ejaan, sistem tulisan, dan sebagainya. Satu cabang linguistik yang mengkaji satu-satu bahasa daripada sudut sejarah, iaitu menyelidiki segala perubahan dan perkembangan satu-satu bahasa. Misalnya, Linguistik Historis mengkaji sejarah pertumbuhan dan perkembangan bahasa Melayu sejak zaman sebelum merdeka hingga ke hari ini. Turut dikaji ialah mengkaji sejarah perkamusan bahasa Melayu, sejarah sistem ejaan dan seumpamanya. Bahasa Melayu dapat dikaji perkembangannya melalui batu-batu bersurat, manuskrip lama dan lain-lain. Abdul Samat Ahmad banyak membuat kajian tentang linguistik sejarah dan meneliti tinggalan sejarah pada batu bersurat dan dokumen lama. Dalam kajian beliau, terbukti bahawa bahasa Melayu ini sudah mempunyai sistem tulisannya yang menggunakan huruf pallava dari India. Melalui penemuan tulisan pada batu bersurat yang ditemui di Batu Kapur di Palembang dan Sungai Teresat di Terengganu maka dapatlah kita memahami perkembangan bahasa Melayu sejak zaman sebelum merdeka hingga ke hari ini. Sebagai contoh, bentuk bahasa Melayu yang terdapat dalam novel-novel Melayu pada hari ini. Perubahan yang berlaku atas sesuatu bahasa kadang kala mengambil masa yang cukup singkat. Cabang ilmu bahasa ini dikembangkan atas dasar untuk memperoleh bentukbentuk prasejarah sesuatu bahasa yang tidak memiliki naskhah-naskhah tertulis. Untuk memperoleh bentuk bahasa prasejarah sesuatu bahasa yang tertentu iaitu
5

yang tidak memiliki naskhah-naskhah tertulis, ahli-ahli linguistik sejarah akan meneliti data bahasa atau bentuk serta perkataan yang hampir sama daripada bahasa tersebut yang wujud pada waktu ini. Linguistik sejarah mempunyai empat kepentingannya iaitu mengukur sejauh mana hubungan kekeluargaan bahasa-bahasa yang berada dalam rumpun yang sama dan hubungan kekeluargaan ini diukur melalui empat aspek linguistik iaitu fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik dengan mengadakan rekonstruksi bahasa-bahasa yang ada pada masa ini kepada bentuk bahasa protonya, mengadakan pengelompokan ke atas bahasa-bahasa yang berada dalam suatu rumpun bahasa atau subkelompok bahasa yang tertentu dan menentukan pusat penyebaran bahasa-bahasa proto dan menetapkan gerak migrasi purba yang pernah berlaku.

3.0 BANDING BEZA ANTARA LINGUISTIK GUNAAN DAN LINGUISTIK SEJARAH

Kajian perlu dilakukan secara sinkronik dan secara diakronik

perbandingan beberapa bahasa yang difikirkan mempunyai hubungan dari sudut sejarah

LINGUISTIK PERBANDINGAN

mengkaji pertalian dan hubungan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain.

menyelidiki segala perubahan dan perkembangan satusatu bahasa.

LINGUISTIK SEJARAH

kajian tentang linguistik sejarah dan meneliti tinggalan sejarah

Merupakan cabang atau sub disiplin linguistik. B Kajian berkaitan dengan masa dan kajian bermula pada abad ke-19. Kepentingan kajian cenderung kepada pengkelompokan rumpun penutur sesuatu bahasa.

Untuk memperoleh bentuk bahasa prasejarah

4.0 PEMIKIRAN DALAM LINGUISTIK

Terdapat beberapa tokoh linguistik yang terkenal di dalam kelima-lima cabang tersebut. Tokoh-tokoh linguistik ini wujud sejak zaman tamadun Greek dan Sanskrit. Pada zaman ini tokoh yang terkenal ialah Socrates, Plato, Aristotle, Stoics, Thras, Priscian dan Donatus yang menjalankan kajian di dalam bahasa Yunani dan Romawi. Panini dan Bopp pula menonjolkan diri mereka dengan kajian yang dijalankan di dalam bahasa Sanskrit. Di dalam abad ke-18 dan ke-19 pula muncul D. Jenish melalui bukunya Philosophisch kritische vergleichung und wurdigung von vierzehn altern und neuern sprachen Europens (1976) yang telah menjelaskan sifat-sifat bahasa. Rask dan Grimm pula mengkaji ilmu tatabahasa perbandingan. Mereka mempunyai pengaruh yang kuat kepada pengkaji terkemudian. Rask mempunyai kekuatan dalam kajian linguistik sejarah. Beliau mengkajinya dari sudut etimologi (asal usul bahasa). Selepas itu, perkembangan ilmu linguistik pada abad ke 20 atau lebih dikenali sebagai zaman moden menggunakkan kaedah kajian penyelidikan sains linguistik. Pada zaman ini telah muncul ramai ahli bahasa dengan pelbagai pembaharuan dalam aspek pengkajian bahasa. Antara ahli bahasa yang terkenal dan banyak membawa pemikiran baru pada abad ini ialah antaranya Edward Sapir (1884 1939), Leonard Bloomfield (1887 1949) dan juga Ferdinard de Saussure (18571913).

4.1

Pemikiran Edward Sapir Dalam Bidang Linguistik

Edward Sapir (1884 1939), seorang sarjana linguistik struktural dan antropologi (asal usul) Amerika pada awal abad ke-20. Menurut Sapir, psikologi dapat memberikan dasar ilmiah yang kuat dalam pengkajian bahasa. Beliau mengkaji hubungan bahasa dengan pemikiran dengan dari aspek psikologi (pemikiran manusia). Menurutnya, psikologi memberikan pengkajian bahasa dasar yang kuat dalam sains. Dari kajian itu beliau berkesimpulan bahwa bahasa, terutama strukturnya,merupakan unsur yang menentukan struktur pemikiran manusia. Sesuatu struktur bahasa itu menentukan struktur pemikiran manusia. Manusia menyampaikan fikiran (idea), perasaan dan hasrat dengan menggunakan suatu sistem simbol-simbol yang arbitrari. Sapir: Tiada bahasa yang sempurna. Bahasa akan sentiasa berubah. (The Language Drift). Kebanyakan bahagian bahasa yang berubah adalah bahagian yang terpenting dalam bahasa. Masalah Komunikasi interpersonal ialah kekurangan perkataan untuk mendiskriminasi atau menggunakan bahasa tubuh. Menulis bukunya yang pertama iaitu Language (1881). Buku ini bersifat agak umum dan ternyata berbeza sekali dengan buku language (1933) yang ditulis oleh Bloomfield. Buku ini lebih mementingkan pendekatan kajian dari segi antropologi dan melihat bahasa dan fungsinya dari segi masyarakat yang menggunakannya.
9

4.2

Pemikiran Leonard Bloomfield Dalam Bidang Linguistik

Bloomfield (18871949), seorang pakar linguistik yang berasal dari Amerika. Buku beliau yang popular ialah Language (1933). Beliau berpendapat bahawa bahasa dimulai dari melahirkan pengalaman yang luar biasa, terutama sebagai penjelmaan dari adanya tekanan emosi yang sangat kuat. Beliau menerapkan teori psikologi behaviorisme dalam teori bahasa yang kini dikenal sebagai linguistik struktural atau linguistik taksonomi. Pemikiran Bloomfield sebenarnya berakar dari pikiran Plato tentang mimetic (meniru). Bloomfield terkenal dengan behaviorisme (kelakuan). Rumusan beliau, sekiranya tingkah laku manusia lain berpunca daripada adanya rangsangan atau stimulus, maka bahasa pun dapat dilahirkan sebagai gerak balas atau respons terhadap rangsangan itu. Beliau juga beranggapan bahawa bahasa ialah satu tingkah laku manusia. Beliau memperlihatkan konsep saintifik dalam kajiannya, iaitu suatu kenyataan yang menunjukkan bahawa semua bahan kajian hendaklah dapat diperhatikan dan dianalisis secara empirikal. Definisi bahasa (Bloomfield) bahasa terdiri daripada sejumlah isyarat yang berupa unsur-unsur vokal. Teori linguistik Bloomfield adalah lambang-lambang perilaku ucapan dan erti hubungannya yang dilaksanakan melalui ujaran. Semua ujaran adalah bentuk tetapi tidak semua bentuk merupakan ujaran. Bentuk adalah
10

pengenalan kumpulan fonem yang serupa (ciri-ciri rangsangan/gerak balas dalam perilaku ucapan). Hasil analisis bahasa Bloomfield: menerangkan hakikat daripada hubungan bahagian bermula dari fonem-morfem-kata-frasa-ayat. (juga dikenali sebagai linguistik taksonomi kerana mengkaji bahagian dengan terperinci).

4.3

Pemikiran Ferdinand de Saussure Dalam Bidang Linguistik

Ferdinand de Saussure (18571913) Bapa linguistik moden dan tokoh gerakan strukturalisme. Dilahirkan pada 26 November 1857 di Geneva. Belajar di Universiti Geneva, Universiti Liepzig, dan Berlin. Tesis beliau berkaitan dengan The Primitive Vowel System in Indo-European Languages- (Sistem vokal asli dalam bahasa-bahasa Indo-Eropah). Menerima sijil kedoktoran pada 1880. Menurut beliau, bahasa ialah satu sistem isyarat yang memiliki bahagian terpenting, berupa gabungan daripada makna dengan imej bunyi dan kedua-duanya itu dalam rantaian ucapan menurut tatabahasa yang bersifat psikologi. Beliau telah berkecimpung dalam kajian linguistik perbandingan. Kemudian mendapat ilham baru dan memulakan kajian linguistik deskriptif struktur. Beliau telah menjadi tersohor dengan hasil penelitiannya yang dikenali dengan Couse de Linguistique Generale

11

pada tahun 1915. Karya agung beliau ini adalah hasil daripada usaha pelajarpelajarnya yang telah mengumpul dan menyusun semula bahan-bahan kuliah sehingga diterbitkan dalam bahasa Perancis. Kemudiannya, pada tahun 1959, karyanya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Wade Baskin. Beliau ialah orang yang pertama mengasaskan ilmu linguistik moden. Ketokohan beliau sebagai Bapa Ilmu Linguistik Moden telah terbukti melalui penemuan-penemuan konsep dan pendekatan baru dalam bidang pengkajian bahasa secara moden. Dalam sejarah ilmu linguistik moden, beliaulah orang pertama yang mengemukakan malahan yang menekankan peri pentingnya tinjauan mengenai bahasa itu dilakukan dari sudut yang berbeza-beza, iaitu melalui kajian secara sinkronis dan kajian diakronis. Beliau telah mengemukakan bahawa linguistik deskriptif (sinkronis) hendaklah dibezakan daripada linguistik historis (diakronis) kerana masing-masing

menggunakan pendekatan yang berlainan, khususnya apabila menganalisis bahasa. Penekanan ini tidak lain merupakan prinsip metodologi yang memungkinkan penghuraian bahasa itu bebas daripada pertimbangan sejarah. Linguistik sinkronis meninjau bahasa sebagai satu keseluruhan yang hidup, yang wujud sebagai suatu keadaan pada sesuatu masa yang tertentu. Linguistik sinkronis bermaksud suatu kajian mengenai sesuatu bahasa pada satu masa yang tertentu. Bidang linguistik diakronis ialah satu kajian bahasa dari segi sejarah dengan berdasarkan bahanbahan sejarah iaitu bidang yang mempelajari perkembangan yang dilalui oleh bahasa melalui masa. Linguistik diakronis bererti kajian tentang perkembangan dan sejarah yang dilalui oleh bahasa serta perubahan-perubahan bahasa dan sebagainya. Ferdinand de Saussure orang pertama yang telah mengemukakan konsep langue dan membezakan konsep keseluruhan pertuturan yang terdiri daripada dua aspek iaitu langue (sistem bahasa) dan parole (pertuturan yang konkrit). Istilah langue pengertiannya agak sama dengan bahasa dan parole sama dengan loghat atau dialek. Parole terdiri dari ciri-ciri bahasa yang terdapat dalam pertuturan individu yang memperlihatkan kebebasannya sendiri. Ringkasnya, parole bererti pertuturan sebenar yang diucapkan oleh individu dalam sesuatu masyarakat. Langue pula merupakan keseluruhan yang terkumpul dalam sesuatu bahasa, iaitu suatu sistem
12

yang abstrak yang dipakai sebagai rujukan bagi setiap penutur dalam sesuatu masyarakat bahasa. Langue pula terdiri daripada ciri-ciri parole yang umum dalam sekelompok parole. Dengan kata lain, langue ialah sistem komunikasi yang dimiliki bersama oleh semua penutur yang akhirnya secara automatik menjadi rujukan bagi setiap kanak-kanak yang dilahirkan dalam sesuatu masyarakat, dan oleh yang demikian, langue ialah fenomena sosial. Tegasnya, Saussure juga menyatakan bahawa bahasa mempunyai jirim dan bentuk. Misalnya bunyi-bunyi yang dituturkan adalah jirim, dan lambang huruf yang menggambarkan perkataan itu adalah bentuknya. Apa yang dikatakan oleh Saussure sebagai jirim itu agak rapat pengertiannya dalam kajian dikronik.

13

5.0 RUMUSAN

Dalam bab ini kita telah meninjau sedikit tentang bagaimana teori dan deskripsi bahasa dapat membantu pengajaran bahasa. tetapi, kalaulah seorang guru itu telah belajar atau didedahkan kepada sistem bunyi, tatabahasa, dan struktur makna dalam bahasa Malaysia, masih belum terjamin yang dia akan menjadi guru bahasa Malaysia yang biak. Untuk menjadi seorang guru yang baik, diperlukan banyak sifat dan pengetahuan yang lain, seperti bahan mengajar, motivasi pelajar, kaedah, persekitaran yang mendorong, sikap yang sihat, alat bantu, dan sebagainya. Setiap satu hal ini sama pentingnya. Pengetahuan linguistik bahasa Malaysia itu akan menjadi alat sahaja. Ini akan membolehkan kita memahami bahan yang diajarkannya itu. Agak mustahil bagi kita memahami bagaimana seorang guru itu akan dapat mengajarkan bahasa Malaysia tanpa pengetahuan sistem dan bagaimana sistem itu berlaku. Wilkins (1972) mengatakan kita jangan harus menerima sahaja hasil linguistik dan terus mencari kegunaannya. Apa yang patut dilakukan ialah kita mengenali semua masalah pengajaran bahasa dan kemudian baru melihat jawapannya dalam linguistik. Inilah sumbangan besar linguistik kepada pengajaran bahasa, iaitu memberi maklumat tentang bahasa itu. Kalau seorang guru bahasa itu gagal mencapai tujuan sesebuah rancangan mengajarkan bahasa itu, maka harus ada banyak sebabnya. Misalnya, kegagalan mengajarkan bahasa Malaysia di sekolah itu boleh disebabkan oleh banyak hal. Kekurangan pengetahuan linguistik memangnya menjadi satu sebab. Latihan guru bahasa Malaysia juga menjadi sebab, iaitu guru yang tidak terlatih mengajar bahasa Malaysia. Guru yang tidak mahir dalam bahasa Malaysia ditugaskan mengajarkan bahasa Malaysia. Guru-guru seperti ini tidak akan berjaya. Ada banyak sebabnya dan kita tidak harus menyalahkan mana-mana satu pihak sahaja.

14

REFLEKSI

Alhamdullilah bersyukur kepada hadrat ilahi kerana dengan izin dan inayahnya sayatelah dapat menyiapkan tugasan yang diberikan tepat pada masanya. Didalam menyiapkan tugasan yang diberikan ini pelbagai perkara, input dan ilmu baru telah saya perolehi. Namun begitu dalam proses menyiapkan tugasan ini juga pelbagai masalah dan halangan yang telah terpaksa saya hadapi. Namun dengan berkat ketekunan dan kesabaran akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan in dengan jayanya dengan berbincang bersama rakan-rakan dan menemui pensyarah sebagai tempat rujukan. Selepas meneliti dan memahami setiap sub tugasan tersebut, saya memulakan draf pertama serta menacari pelbagai bahan maklumat yang diperlukan dari pelbagai sumber. Sepanjang proses dalam menyiapkan tugasan ini, antara kekuatan yang saya perolehi iailah saya sendiri telah dapat mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan baru yang sangat penting sebagai bakal seorang pendidik iaitu saya dapat mengetahui cabang bidang linguistik dengan lebih jelas lagi. Selain itu, saya dapat memahami kepentingan kajian linguistik ini terhadap bahasa yang saya tuturkan serta dapat memahami pemikiran tokoh ahli linguistik yang terkenal dan banyak membawa pemikiran baru pada abad ini ialah antaranya Edward Sapir (1884 1939), Leonard Bloomfield (1887 1949) dan juga Ferdinard de Saussure (1857 1913). Saya yakin dan percaya ianya akan memberikan kesan yang positif kepada bakal guru untuk mendidik anak bangsa dengan cara yang menarik dan berkesan. Antara kekangan-kekangan yang dihadapi semasa menyiapkan kerja kursus ini ialah saya pada awalnya menghadapi kesukaran dalam memahami apakah

sebenarnya cabang-cabang linguistik serta pemikiran-pemikiran ahli linguistik. Hal ini mungkin disebabkan subjek pengantar linguistik ini lebih kepada penerangan secara teori dan sejarah. Jadi ia memberi sedikit kesukaran untuk saya memahami dengan lebih jelas. Jadi bagi mengatasi masalah ini, saya perlu membuat pelbagai sumber rujukan terlebih dahulu sebagai bahan bacaan saya untuk saya memahami subjek ini dengan lebih jelas dan mendalam sebelum dapat membuat refleksi tentang pemikiran tokoh tersebut dan membanding beza cabang bidang linguistik tersebut..

15

Seterusnya, saya juga menhadapi masalah dalam mencari sumber rujukan. hal ini mungkin keranan subjek ini jarang dipelajari oleh pelajar-pelajar lain, jadi sumber rujukan juga adalah terhad. Hal ini telah menyebabkan saya terpaksa mengambil sedikit masa dalam menyiapkan tugasan ini Secara tuntasnya, tugasan pada kali ini telah memberikan saya pengalaman baru dan ilmu yang begitu berguna bukan sahaja pada masa sekarang bahkan kelak. Sebagai seorang bakal guru Bahasa Melayu, saya perlulah menyediakan diri saya dari pelbagai aspek untuk mendidik anak bangsa dengan ilmu- ilmu yang berguna secara berkesan. Dengan itu, saya mesti mendalami dan memahami dengan lebih lanjut berhubung pendidikan pemulihan tersebut agar dapat melahirkan lebih ramai murid-murid yang celik ilmu dan bukannya menjadi lebih tercorot. Semoga, segala pengalaman dan pengetahuan yang telah saya timba sepanjang menyiapkan tugasan ini dapat diaplikasikan semasa melaksanakan tugas sebagai seorang pendidik kelak.

16

BIBLIOGRAFI

Ab. Rahman Abb. Rashid, Yap Kim Fatt dan Ab. Rahim Selamat, 1997. Pengajian Melayu 1. Petaling Jaya: Longman. Abdullah Hassan. (1997). Bahasa Melayu sebagai bahasa Ilmu dan esei-esei lain. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti. Abdullah Hassan, 1980. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Asmah Haji Omar.(1989). Perancangan bahasa dengan rujukan khusus kepada perancangan bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ferdinand de Saussure, 1993. Pengantar Linguistik Umum. Diterjemah oleh Ajid Che Kob. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Teks asal dalam bahasa Inggeris.) Kamus Dewan Edisi Ketiga, 1996. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Linguistik, 1997, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Lutfi Abas, 1975. Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Haji Karim (1986). Bahasa Melayu tinggi teori dan penerapan. Kuala Lumpur:Nurin Enterprise.

17

You might also like