You are on page 1of 10

KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF

PJM31

Pembelajaran koperatif
Merujuk kepada pembelajaran murid-murid secara bekerjasama, biasanya dalam bilik darjah. Sewaktu pembelajaran koperatif, murid-murid berinteraksi dan saling bantu-membantu dalam aktiviti pembelajaran dengan tujuan mencapai kemajuan dan prestasi yang cemerlang.

Langkah-langkah pembelajaran koperatif


Guru mula menyampaikan pelajaran baru. Murid-murid membentuk kumpulan untuk membincangkan secara koperatif mengenai pelajaran yang telah disampaikan oleh guru. Ujian untuk mengesan kemajuan atau pencapaian murid-murid dalam setiap kumpulan. Peneguhan sosial diberikan kepada kumpulan yang menunjukkan prestasi yang cemerlang.

Ciri-ciri pembelajaran secara koperatif


Murid-murid melibatkan diri secara aktif dan kolaboratif dalam pembelajaran kumpulan. Murid-murid dilatih dengan akauntabiliti diri dan tanggungjawab berkongsi. Kemahiran interaksi sosial dapat dipupuk dalam pembelajaran koperatif. Kesedaran bahawa pembelajaran koperatif adalah kunci pencapaian yang lebih baik daripada pembelajaran diri sendiri.

Pendekatan dan strategi pengajaranpembelajaran secara koperatif


Pengajaran dan pembelajaran secara koperatif merujuk kepada suatu strategi dan kaedah mengajar di mana guru membimbing murid-murid di dalam kumpulan pelbagai kebolehan, bekerjasama dan tolong-menolong antara mereka untuk menyelesaikan sesuatu kerja kursus atau projek yang diberikan.
Pendekatan pengajaran-pembelajaran secara koperatif berasaskan kepada kepercayaan bahawa sekumpulan murid yang mempunyai semangat bekerjasama akan dapat mencapai objektif pelajaran lebih cepat dan lebih berkesan daripada usaha secara sendiri.

Pendekatan dan strategi pengajaranpembelajaran secara koperatif


Mereka berjaya dilatih cara memimpin, membuat keputusan bersama-sama, dan mengurus konflik, antara kemahiran yang diperlukan untuk kejayaan dalam kehidupan pada masa depan.

Kriteria asas menjayakan pengajaranpembelajaran secara koperatif


Mempunyai semangat saling bergantung yang positif, iaitu murid-murid tetap percaya bahawa mereka adalah bersama hati ke arah mencapai prestasi yang cemerlang bukan sahaja bagi diri sendiri tetapi juga bagi semua anggota dalam kumpulan. Kemahiran sosial yang penting serta perlu untuk komunikasi yang berkesan, berkongsi kemahiran kepimpinan, membina kepercayaan antara satu sama lain, dan menguruskan konflik.

Kesedaran akauntabiliti individu, iaitu setiap anggota dalam kumpulan akan sedar tanggungjawabnya terhadap prestasi semua anggota. Setiap anggota dikehendaki menyumbangkan kemahiran dengan berusaha sepenuhnya untuk menjayakan projek yang ditugaskan.

Kriteria asas menjayakan pengajaranpembelajaran secara koperatif


Penilaian kumpulan dijalankan dari semasa ke semasa untuk memastikan kelancaran aktiviti pembelajaran serta kejayaan projek.

Strategi, kaedah dan teknik mengajar secara koperatif


Bahagikan kumpulan murid dengan menentukan saiz yang sesuai dan memberikan nama untuk setiap kumpulan dengan tujuan mudah mengidentifikasikan mereka. Nyatakan objektif, bahan-bahan pelajaran yang digunakan serta langkah-langkah melaksanakan aktiviti. Mengajar prosedur melaksanakan aktiviti. Tentu dan ajaran kemahiran koperatif yang diperlukan. Tegaskan kepada setiap anggota bahawa mereka berakauntabiliti dalam prestasi kumpulan.

Ajarkan murid-murid cara menilai kejayaan usaha bersama.

RUJUKAN
Mok Soon Sang. (2010). Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

You might also like