You are on page 1of 13

14.

5 SUSUNAN AYAT

Ayat terbina daripada subjek dan prediket. Daripada segi susunan subjek dan prediket, terdapat dua bentuk susunan ayat : Ayat susunan biasa Ayat susunan songsang
Dalam ayat susunan biasa, konstituen subjeknya terletak di hadapan konstituen prediket. Contohnya :
Subjek Prediket Semua pelajar Tidak dibenarkan berbuat bising

Ayat susunan songsang melalui proses pendepanan penjudulan, iaitu unsur-unsur dalam konstituen prediket biasanya hadir selepas subjek dipindahkan ke hadapan subjek. Proses pendepanan dapat dibahagikan kepada : Pendepanan seluruh prediket Pendepanan sebahagian daripada prediket Contoh ayat tunggal susunan songsang pendepanan seluruh prediket. Pendaki itu berjaya juga akhirnya . Daya kita apa?

a)

Susunan songsang pendepanan sebahagian prediket terbahagi kepada : Pendepanan frasa kerja : Bekerja mereka setiap hari.
(pendepanan kata kerja sahaja)


b)

Membaca buku dia di rumah.


(pendepanan kata kerja + objek)

Masih bermain budak itu.


(pendepanan kata bantu + kata kerja)

Pendepanan frasa adjektif : Cemerlang calon itu dalam semua pelajaran.


(Pendepanan kata adjektif sahaja)

c)

Pendepanan frasa sendi nama : Di dalam kotak itu ada sebuah akuarium.

14.6 RAGAM AYAT

AYAT AKTIF Ayat aktif mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contohnya :

Ayat aktif terbahagi kepada dua, iaitu : Ayat aktif transitif Ayat aktif tak transitif

AYAT AKTIF TRANSITIF Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandung kata kerja diikuti oleh frasa nama atau ayat komplemen yang berfungsi sebagai objek atau unsur penyambut. Hanya ayat aktif transitif sahaja yang boleh dipasifkan kerana objek dalam ayat aktif transitif akan dijadikan sebagai subjek dalam ayat pasif. Yang berikut ialah beberapa contoh ayat aktif transitif :
PREDIKET SUBJEK Mekanik Peluh Perdana Menteri KATA KERJA AKTIF TRANSITIF membaiki membasahi merasmikan OBJEK sebuah kereta yang rosak. baju petani itu. pameran batik tempatan.

Klausa komplemen sebagai objek atau penyambut.


PREDIKET KATA KERJA AKTIF TRANSITIF menyedari mengesahkan OBJEK(KLAUSA KOMPLEMEN) bahawa sifat bekerjasama itu penting. bahawa pembunuh itu sudah diberkas.

SUBJEK Kami Polis

AYAT AKTIF TAK TRANSITIF Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandung kata kerja tak transitif, iaitu kata kerja yang tidak boleh dipasifkan. Ayat aktif tak transitif terbahagi kepada dua jenis :

Keterangan yang boleh digugurkan, misalnya :


CONTOH AYAT

KETERANGAN YANG BOLEH DIGUGURKAN

1. Ayat aktif jenis ini boleh a) Kumpulan remaja itu sedang berbual dengan mengandungi frasa keterangan rancaknya di kelas. atau tidak. b) Kumpulan remaja itu sedang berbual. 2. Frasa keterangan dalam Ayat Aktif jenis ini boleh digugurkan a) Pak Cik Aqil sedang bercucuk-tanam di tanpa mencacatkan ayat itu. kebunnya. b) Pak Cik Aqil sedang bercucuk-tanam.

Keterangan yang tidak boleh digugurkan, contohnya :


KETERANGAN YANG TIDAK BOLEH DIGUGURKAN CONTOH AYAT a) Ayahnya bercadang untuk melancong ke Pulau Pangkor. b) Ayahnya bercadang. a) Encik Harjan menetap di Johor Bahru. b) Encik Harjan menetap.

1. Yata aktif ini mesti mempunyai frasa keterangan. 2. Ayat itu dianggap salah atau tidak lengkap jika tidak mempunyai frasa keterangan.

AYAT PASIF Ayat pasif terbit daripada ayat aktif transitif dan mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal atau subjek terbitan sebagai judul atau unsur yang diterangkan.
a)

Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif, contohnya :


Ikan-ikan itu disiang oleh Fadli dan kakaknya. Neela sudah beberapa kali ketinggalan bas.

b)

Ayat pasif dengan kata ganti nama diri orang pertama dan kedua, mislanya :

Pemalsuan logo halal itu telah saya laporkan kepada pihak Jakim. Filem Sepet sesuai awak tonton.

Ayat pasif dengan kata bantu pasif kena, contohnya:


Kesemua adik saya kena marah. Aqil kena puji oleh guru kerana kerajinannya.

TAMAT
-M.HAFIZ-MEY-

You might also like