You are on page 1of 36

1 | MukaSurat: Perkara-Perkara Yang Membatalkan Syahadah

Senarai Kandungan

Penghargaan..2

Pendahuluan3

Huraian...4

Kesimpulan34

Rujukan.35

2 | MukaSurat: Perkara-Perkara Yang Membatalkan Syahadah

Penghargaan

Alhamdulliah. Segala pujian bagi Allah. Sesungguhnya dengan limpah kurnianya, kami dapat menyiapkan sebuah folio mengenai perkara-perkara yang membatalkan syahadah. Bersyukur kepada Allah kerana telah mengizinkannya kerana sesungguhnya hanya dengan izin-Nya sahajalah dapat kami siapkan folio ini.

Selain itu, bersyukur juga kepada Allah kerana telah meniupkan api-api semangat dan motivasi melalui rakan- rakan untuk memotivasikan kami untuk menyiapkannyal.

Di samping itu, bersyukur juga kepada Allah kerana telah memudahkan urusan kami dengan menetapkan Ustaz Abdul Rahman sebagai guru penasihat dalam menyiapkan folio.

Tidak lupa juga untuk mengucapkan kesyukuran kepada Allah kerana telah mengizinkan kami untuk mencetak folio ini di perpustakaan Intec. Mudah-mudahan, hasil kerja siap folio ini akan mendapat keberkatan daripada Allah.

3 | MukaSurat: Perkara-Perkara Yang Membatalkan Syahadah

PENDAHULUAN

Aku bersaksi bahawa tiadatuhan (yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya) melainkan ALLAH dan aku bersaks ibahawa Muhammad itu adalah Pesuruh ALLAH

Syahadah adalah satu pengakuan dan penjelasan ikrar daripada seorang hamba untuk bertuhankan Allah danbernaqibkan Nabi Muhammad SAW. Ia adalah garis pemisah antara yang batil dan yang hak. Syahadah atau penyaksian tiada tuhan selain Allah dan Muhammad pesuruh Allah adalah 2 kalimah yang cukup penting dan asas dalam kehidupan seseorang Islam kerana ia menjadi landasan penerimaan amal atau penolakannya. Ia juga menjadi asas kekal atau tidak seseorang dalam neraka. Jika kalimah syahadahnya ada, lambat-laun akan juga dikeluarkan daripada neraka jika memasukinya terlebih dahulu (menurut iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah). Jika tiada kalimah syahadah, maka kekal selama-lamanya dalam nerakaitu. Justeru itu , 2 kalimah syahadah ini cukup penting untuk dipelihara supaya selamat dunia dan akhirat. Tidak mungkin ia dijual-beli dengan harga yang murah seperti kebendaan, wang, pangkat, jawatan atau kedudukan sementara di dunia.

Para ulama telah membincangkan bagaimana 2 kalimah syahadah seseorang itu boleh gugur dan terbatal.Tujuan perbincangan ini adalah supaya umat Islam tahu akan perkara-perkara yang dapat membatalkan syahadah agar memudahkan mereka untuk memeliharanya, lantas terpelihara dirinya dari azab dan sengsara neraka.

4 | MukaSurat: Perkara-Perkara Yang Membatalkan Syahadah

Syahadah ( )dalam bahasa Arab bermakna perkhabaran tentang apa yang telah dilihat dan pengakuan tentang perkara yang telah diketahui. Dari segi penggunaannya dalam bahasa Arab, perkataan syahadah juga boleh digunakan untuk sijil atau apa-apa sahaja surat yang mengandungi keterangan-keterangan dan akuan. Perkataan 'Syahadah' juga mengandungi maksud: ikrar dan pengakuan serta keyakinan. Syahadah yang akan kita bincangkan di sini adalah penyaksian, pengakuan dan keyakinan pada Dua Kalimah Syahadah yang menjadi syarat untuk seseorang itu memeluk agama Islam.

(1) Gambar dipetik di http://guasyed.blogspot.com/2011/08/syahadah.html

5 | MukaSurat: Perkara-Perkara Yang Membatalkan Syahadah

Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau berkata: Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesankesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa

Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya.

6 | MukaSurat: Perkara-Perkara Yang Membatalkan Syahadah

Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau.

Dia berkata lagi: Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.

Lelaki

itu

bertanya

lagi:

Terangkan

kepadaku

tentang

Qiamat.

Baginda

bersabda:

Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kamibng berlumba-lumba memibna bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu. (Hadis riwayat al-lmam Muslim) (2)

(2) Hadis riwayat Muslim, kitab al-iman, no: 9 dan 10, al-Tirmizi, kitab al-iman, no: 2535, beliau berkata: hadis ini hasan shahih, al-Nasaaie, kitab al-iman, no: 4904, 4905, Abu Dawud, kitab al-sunnah, no:4075, Ibn Majah, kitab al-muqaddimah, no: 62 dan 63, Ahmad, musnad , no: 346

7 | MukaSurat: Perkara-Perkara Yang Membatalkan Syahadah

Menurut hadith kedua daripada Hadis 40 Imam al-Nawawi

(3),

Islam itu terdiri daripada

bahawasanya aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah (syahadah), (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Dalam hadis ini telah menyatakan secara jelas bahawa rukun Islam pertama ialah mengucap dua kali syahadah iaitu bahawasanya aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah. Di sini Jumu` ulama telah sepakat barang sesiapa yang terbatal syahadahnya, maka wajib baginya untuk memperbaharui syahadahnya. Dan barang sesiapa yang mati dalam keadaan syahadahnya terbatal, maka sesungguhnya dia mati dalam kekufuran, dan tiadalah syurga baginya. Oleh itu, teramat pentinglah bagi kita untuk mengetahui perkara-perkara yang dapat membatalkan syahadah agar kita sentiasa berada dalam keadaan yang beriman dan mati sebagai seorang muslim.

(3) 40 Hadis Imam Nawawi: Zahazan Mohammed, Muhammad Zakari :Telaga Biru / Januari 2011

8 | MukaSurat: Perkara-Perkara Yang Membatalkan Syahadah

Berdasarkan Al-Quran dan sunnah Rasulullah, Al-Imam At-Tahawi menyenaraikan empat perkara asas yang membatalkan iman, iaitu :

1.) Mengengkari sifat Rubbubiyyah

Setiap iktikad, perkataan dan tindak-tanduk yang mengengkari dan tidak mempercayai Allah sebagai kuasa yang mencipta alam dan sekalian makhluk, mentadbir, memberi rezeki, boleh menyebabkan seseorang menjadi kufur.

Dan jika kamu bertanya kepada mereka, siapakah yang menciptakan mereka, nescaya mereka menjawab : Allah! Maka bagaimanakah mereka dapat dipalingkan. (Az-Zukhruf : 87)

9 | MukaSurat: Perkara-Perkara Yang Membatalkan Syahadah 2.) Mengengkari sifat Uluhiyyah

Setiap

iktikad,

kepercayaan

dan

tindak-tanduk

yang

mengengkari

dan

tidak mempercayai Allah sebagai ilah dengan penuh kasih, takut, dan lain- lain serta tidak disekutukan ibadat selain kepadaNya dan menerima segala hukum-Nya dengan yakin dan redha.

Hanya kepada Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.

(Al-Fatihah : 5)

Inilah dasar yang memisahkan antara mukmin dan kafir kerana ramai manusia mempercayai sifat Rubbubiyyah Allah tetapi mengengkari sifat Uluhiyyah Allah.

Mengengkari Asma Allah dan sifat-sifat-Nyaa.

10 | M u k a S u r a t : P e r k a r a - P e r k a r a Y a n g M e m b a t a l k a n Syahadah

Kafir Nafi : Menafikan dan mengengkari mana-mana sifat Allah seperti ilmu-Nya, qudrat-Nya dan lain-lain atau mentakrifkan mana-mana sifat Allah dengan takrifan yang kurang sempurna seperti menyamakan ilmu Allah dengan ilmu makhluk (terhad) dan mempertikaikan hak dan kekuasaan Allah seperti tidak merujuk kepada perintah dan larangan Allah dalam menggubal undang-undang.

Kafir Isbat : Menetapkan mana-mana sifat kekurangan atau mustahil bagi Allah sedangkan Al-Quran dan Hadith menafikannya seperti mengatakan Allah mempunyai anak dan isteri serta mengadakan peraturan sendiri yang bercanggah dengan yang telah ditetapkan oleh Allah.

3.) Mengengkari Rasulullah dan kerasulannya.

Setiap iktikad, perkataan dan tindak- tanduk yang mengengkari dan mencela peribadidan kerasulan Rasulullah serta apa yang disampaikannya seperti tidak melaksanakan hukum Islam dalam pemerintahan, mengkafirkan sahabat dan lain-lain lagi.

11 | M u k a S u r a t : P e r k a r a - P e r k a r a Y a n g M e m b a t a l k a n Syahadah

Menurut Jumu` ulama , antara perkara-perkara yang boleh membatalkan syahadah seseorang muslim terbahagi kepada 3 jenis, iaitu:

a) Murtad Iktikad- kemurtadan yang disebabkan oleh iktikadnya ( keyakinannya) b) Murtad Perbuatan (afal) - kemurtadan yang disebabkan oleh perbuatan. c) Murtad Ucapan ( Aqwal) - kemurtadan yang disebabkan oleh percakapan.

Ketiga-tiga jenis murtad tersebut masing-masing memiliki cabang yang banyak sekali. Oleh sebab itu, kita harus berwaspada dan menilai seluruh perbuatan dan tingkahlaku kita seharihari. Seandainya ada ucapan, perbuatan atau iktiqad kita yang sudah mendekati apa yang disebut sebagai garis kemurtadan, maka seharusnya kita bersegera mengucap dua kalimah syahadah dan bertaubat kepada Allah. Pada petikan yang berikutnya akan menghuraian cara-cara untuk memperbaharui syahadah kita agar kita sentiasa dalam keadaan yang beriman.

A) Murtad Iktikad

12 | M u k a S u r a t : P e r k a r a - P e r k a r a Y a n g M e m b a t a l k a n Syahadah

Murtad Iktikad adalah kemurtadan yang disebabkan oleh keyakinan dalam dirinya. Berikut adalah contoh-contoh tentang murtad Iktikad:

1. Meragukan adanya Allah 2. Meragukan kerasulan Nabi Muhammad SAW 3. Meragukan Adanya Al-Quran 4. Meragukan adanya Hari Akhirat 5. Meragukan adanya pahala 6. Meragukan adanya seksa 7. Menafikan salah satu sifat-sifat Allah 8. Menghalalkan perkara yang haram 9. Mengharamkan perkara yang halal 10. Menolak kewajipan yang diperintahkan oleh Allah 11. Mewajibkan perkara yang tidak wajib 12. Ingin kembali kepada kafir pada masa akan datang 13. Mengingkari kerasulan salah seorang rasul 14. Mengingkari salah satu huruf Al-Quran 15. Menambah huruf Al-Quran 16. Berkeyakinan masih ada nabi lagi selepas Nabi Muhammad

B) Murtad Perbuatan

Murtad perbuatan adalah kemurtadan yang disebabkan oleh tingkah laku atau tindakan. Berikut

13 | M u k a S u r a t : P e r k a r a - P e r k a r a Y a n g M e m b a t a l k a n Syahadah

adalah contoh-contoh murtad Perbuatan.

1. Menyembah berhala 2. Menyembah matahari 3. Bersujud kepada makhluk 4. Memakai lambang agama lain

C) Murtad Ucapan

Murtad ucapan adalah kemurtadan yang disebabkan oleh perkataan.

1. Memanggil saudara seagama dengan panggilan hai kafir 2. Memanggil saudara seagama dengan panggilan hai nasrani, hai yahudi 3. Menghina salah satu nama Allah 4. Merendahkan ancaman dan janji Allah 5. Mengucapkan: ( Jika Allah memerintahkan aku untuk berbuat demikian pasti aku tidak akan melaksanakannya) 6. Mengucapkan: ( Jika Allah memindahkan Kiblat ke arah lain, pasri aku tidak akan melakukan solat mengadap kiblat tersebut.) 7. Mengucapkan: ( Jika Allah memberikan aku syurga, maka aku tidak mahu memasukinya)

14 | M u k a S u r a t : P e r k a r a - P e r k a r a Y a n g M e m b a t a l k a n Syahadah

8. Mengucapkan: ( Jika Allah menyiksa aku, lantaran tidak melakukan solat kerana ketidakberdayaanku seperti sakit bererti Allah berbuat zalim kepadaku.) 9. Mengucapkan: ( Sekalipun para nabi, malaikat dan semua orang Islam menjadi saksi bagiku tentang hal ini pasti aku tidak mahu menerima persaksian mereka. 10. Mengucapkan: ( Aku bebas dari Allah dan bebas dari para nabi, malaikat dan Al-Quran.)

Sebenarnya kalau dilihat, pada zaman sekarang banyak perkara yang membatalkan syahadah dipandang remah. Malah bagi umat Islam itu sendiri, kalimah La illaha illallah Muhammadur Rasulullah lansung tidak bererti dan menyentuh jiwa. Oleh sebab itu, Maulana

15 | M u k a S u r a t : P e r k a r a - P e r k a r a Y a n g M e m b a t a l k a n Syahadah

Zakariya al-Kandahlawi ada menyata penyelesaian bagi kemasalahatan ummat Islam zaman sekarang ialah meperteguhkan iman dengan erti kata lain menegakan kalimah syahadah dalam hati masing-masing. Dikatakan dalam sebuah cerita ketika Rasulullah shalallahu alaihi wasallam menawarkan kepada mereka (kaum musyrik Quraisy). Beliau mengatakan: Mahukah kalian berikan kepada saya satu kalimat yang dengannya kalian akan mampu mendudukkan orang-orang Arab dan Ajam?, Abu Jahl mengatakan: Senang sekali, saya akan memberikannya. Bahkan 10 kali ganda dari kalimat yang kamu minta itu, kemudian Rasulullah mengatakan: Katakan; Laa ilaaha illallaah. Lalu mereka pun bangkit dan pergi sambil mengatakan: Apakah kami harus menjadikan ilah-ilah itu hanya menjadi satu saja?, ini adalah sesuatu yang sangat menghairankan!! [Diriwayatkan oleh At Tirmidzi dan Al Hakim]

Mereka (kaum musyrik Quraisy) adalah orang Arab asli, mereka sangat faham kandungan Laa ilaaha illallaah, dan mereka tak perlu diajari ertinya, tidak seperti kita. Mereka faham bahawa di antara maknanya adalah sesungguhnya mereka harus meninggalkan illah selain Allah, kerana hal itulah mereka menolak. Berbeza dengan orang sekarang telah berucap ratusan kali bahkan ribuan kali akan tetapi perbuatannya masih bertentangan dengan kandungan La illaha illallah Muhammadur Rasulullah. As-Syahid Sayed Qutub, As-Syaikh Said Hawa dan Abu 'Ala Al-Maududi juga ada menyatakan terdapat 20 perkara yang boleh membatalkan syahadah seorang muslim (4). Antaranya ialah :

16 | M u k a S u r a t : P e r k a r a - P e r k a r a Y a n g M e m b a t a l k a n Syahadah

1. Tawakkkal atau bergantung harap kepada sesuatu selain daripada Allah.

2. Mengengkari nikmat Allah samada yang terang atau tersembunyi, sesuatu yang mudah difikir atau yang memerlukan kajian. Bukanlah menjadi bidang kuasa manusia dalam urusan memberi dan menahan rezeki seseorang tetapi ia merupakan hak Allah.

3. Beribadat khusus, berkerja atau berkhidmat dengan tujuan selain daripada Allah kerana segala yang kita lakukan mestilah selari dengan apa yang dikehendaki oleh Allah. Bersesuaian dengan kata-kata Al-Imam Asy Syahid Hasan Al-Banna : Yang saya maksudkan dengan ikhlas ialah setiap muslim mestilah mengharapkan keredhaan Allah dan ganjaran pahala dari-Nya. Semua perkataan, amalan dan jihad tidak memandang kepada sebarang keuntungan, kemegahan, gelaran, kedudukan terkemuka atau mundur. Dengan itu beliau menjadi tentera fikrah dan aqidah, bukan tentera yang mengejar sesuatu atau kepentingan.

(4) Iman dan 20 perkara yang membatalkan syahadatain : As-Syahid Sayed Qutub, As-Syaikh Said Hawa dan Abu 'Ala Al-Maududi

17 | M u k a S u r a t : P e r k a r a - P e r k a r a Y a n g M e m b a t a l k a n Syahadah

Katakanlah olehmu: Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah kerana Allah Tuhan semesta alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya dan dengan yang demikian itulah aku diperintahkan. (Surah Al-Anam 162-163) 4. Menggubal undang-undang atau peraturan mengikut kemahuan manusia bukan mengikut ketentuan Allah sedangkan hanya Allah sahaja yang berhak menentukan peraturan manusia. 5. Menumpukan segala ketaatan kepada selain daripada Allah dengan cara yang tidak disukaiNya. 6. Menjalankan hukuman yang lain daripada hukum Allah atau tidak merujukkan kepada hukum Allah dalam sesuatu perkara. Mempercayai bahawa ada ajaran lain yang lebih benar dan sempurna dari ajaran Nabi Muhammad saw atau adanya hukum-hukum yang lebih baik dari hukum-hukum Nabi Muhammad saw seperti halnya orang-orang yang lebih menyukai hukum-hukum thaaghuut daripada hukum-hukum Nabi saw, atau menganggap hukum Islam sudah tidak sesuai lagi atau menganggap hukum Islam adalah sebab dari kemunduran kaum muslimin pada zaman ini atau menganggap agama Islam hanya sesuai untuk mengatur hubungan antara pribadi-pribadi dengan Allah swt.

18 | M u k a S u r a t : P e r k a r a - P e r k a r a Y a n g M e m b a t a l k a n Syahadah

Sebagaimana firman Allah swt :


Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu Nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendeta-pendetanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu) dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia) dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orangorang yang kafir. [Al-Maidah : 44]

19 | M u k a S u r a t : P e r k a r a - P e r k a r a Y a n g M e m b a t a l k a n Syahadah

7. Membenci atau menentang sesuatu perkara yang berhubung dengan Islam atau pun membenci agama Islam secara keseluruhannya. 8. Mencintai kehidupan dunia mengatasi kecintaan kepada akhirat di mana dia menjadikan dunia ini sebagai matlamat utama yang unggul dalam kehidupannya. 9. Menghina sesuatu daripada al-Quran atau hadis atau pun kitab orang alim yang menegakkannya atau pun mempersendakan hukum daripada hukum Allah. Mengejek, Mencemuh, Memperli atau mencela sesuatu dari agama Islam. Sebagaimana firman Allah swt :

. .
Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main. Katakanlah: Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya? Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman. Jika Kami maafkan sepuak dari kamu (kerana mereka bertaubat), maka Kami akan menyeksa puak yang lain, kerana mereka adalah orang-orang yang terus bersalah. [Al-Taubah : 65-66]

20 | M u k a S u r a t : P e r k a r a - P e r k a r a Y a n g M e m b a t a l k a n Syahadah

10. Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan mengharam apa yang dihalalkan oleh Allah 11. Tidak beriman kepada semua sumber hukum daripada al-Quran dan hadis. 12. Melantik orang kafir dan munafik menjadi pemimpin serta tidak mencintai orang yang berakidah Islam dan beriman. 13. Tidak beradab dalam pergaulan dengan Rasulullah S.A.W. di mana bagi mereka yang datang selepas kewafatannya mesti beradab dalam percakapan, penulisan dan syarahan. 14. Rasa takut dan gentar dalam menegakkan Islam dan rasa lapang, riang dalam menegakkan perkara syirik. 15.Menyatakan bahawa al-Quran terdapat pertentangan antara ayat yang zahir dan isi yang terkandung dalam ayat itu dan juga menyatakan bahawa isi yang terkandung dalam ayat al-Quran hanya boleh difahami oleh setengah orang melalui ilham. Begitu juga bagi mereka yang menuduh perkara demikian terhadap sunnah nabi. 16. Tidak mengetahui tentang makrifat Allah dengan pengenalan yang jelas serta mengengkari sifat ketuhananNya atau nama-nama Allah. 17. Tidak mengetahui atau mengenali Rasul dengan betul atau menafikan bahawa adanya sifat yang terpuji yang dianugerahkan oleh Allah kepadanya atau menghina sifat kepujian atau tidak beriktikad bahawa baginda adalah sebagai contoh ikutan utama bagi umat manusia.

21 | M u k a S u r a t : P e r k a r a - P e r k a r a Y a n g M e m b a t a l k a n Syahadah

Membenci sesuatu dari apa-apa yang diajarkan Rasulullah saw, walaupun perkara itu dikerjakan oleh orang tersebut. Sabda Nabi saw :


Barangsiapa yang membenci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku. (Muttafaq `Alaih)(5)

18. Mengkafirkan orang yang mengucap dua kalimah syahadah serta tidak mengkafirkan orang yang telah engkar syahadah dan tidak menghalalkan perang dengan mereka. Apakah ada kata-kata cemuhan dan ejekan yang lebih buruk selain dari menggelarkan seseorang itu dengan panggilan kafir? Maka amalan pengkafiran bukan sahaja dilarang oleh syariat tapi ianya juga adalah satu tindakan yang amat zalim. Sesungguhnya semua umat Islam itu bersaudara dan tidak selayaknya bagi kita terjebak dalam perbuatan kafirmengkafirkan terhadap saudara kita yang lain. Ini sebagaimana sabda Nabi Shalallahu 'alaihi wasallam:

Seorang muslim adalah saudara bagi Musim yang lain, tidak boleh dia menzaliminya dan menjerumuskannya ke dalam kebinasaan.(5)

(5) Sahih al-Bukhari, Kitab al-Mazhalim, hadis no. 2442.

22 | M u k a S u r a t : P e r k a r a - P e r k a r a Y a n g M e m b a t a l k a n Syahadah

Kezaliman yang paling melampau dan kebinasaan yang paling meranapkan adalah tatkala seorang Musim mengkafirkan saudaranya yang lain. Demi mengawal tindak tanduk seorang muslim dari bermudah-mudahan dalam mengkafirkan saudaranya yang lain, Nabi shallallahu alaihi wasallam telah bersabda :

Tidak boleh seseorang menuduh orang lain dengan kefasikan dan tidak pula dia menuduhnya dengan kekafiran, melainkan hal ini akan kembali kepadanya jika orang yang tertuduh tidak demikian. (6)

Apabila seseorang mengatakan kepada saudaranya, Wahai Kafir!, maka hal ini akan kembali kepada salah seorang daripada kedua-duanya. (7)

(6) Sahih al-Bukhari, Kitab al-Adab, hadis no. 6045. (7) Sahih al-Bukhari, Kitab al-Adab, hadis no. 6103.

23 | M u k a S u r a t : P e r k a r a - P e r k a r a Y a n g M e m b a t a l k a n Syahadah

Dengan ini dapat kita fahami bahawa menuduh seorang muslim yang lain sebagai kafir mendatangkan risiko yang amat merbahaya iaitu boleh menyebabkan si penuduh jatuh kafir apabila yang tertuduh bebas daripada tuduhan tersebut. Oleh itu ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah amat berwaspada serta tidak terburu-buru dalam isu pengkafiran.

Hujjat al-Islam Imam al-Ghazali rahimahullah telah berkata dalam kitabnya al-Iqtishad fi al-Itiqad, ms. 269:

Sesuatu yang patut kita berhati-hati adalah masalah pengkafiran, selagi mana ada jalan untuk berhati-hati. Ini kerana menghalalkan darah dan harta orang yang sembahyang menghadap kiblat dan yang mengikrarkan kalimat Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah adalah suatu kesalahan dan kesalahan membiarkan seribu orang kafir hidup adalah lebih ringan daripada kesalahan kerana menumpahkan darah seorang muslim. (8)

Mengkafirkan seorang muslim yang lain diumpamakan dengan membunuhnya. Ini sebagaimana dikatakan oleh al-Alla bin Ziyad, seorang tabiin yang mulia, Tidak ada bezanya antara kamu mengkafirkan seorang muslim dengan membunuhnya. (9) (8)Dinukil dari kitab Dr. Khalid bin Ali bin Muhammad al- Anbary, Kafirkah Orang Yang Berhukum Dengan Selain Hukum Allah? (edisi terjemahan oleh Abu Abdirrahman al-Salafy, Pustaka As-Sunnah, Surabaya 2004) ms. 11. (9) Diriwayatkan oleh al-Zahabi dalam Siyar Alam al-Nubala`, jld. 4, ms. 198; dinukil dari kitab Kafirkah Orang Yang Berhukum Dengan Selain Hukum Allah?, ms. 11.

24 | M u k a S u r a t : P e r k a r a - P e r k a r a Y a n g M e m b a t a l k a n Syahadah

Oleh itu ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah sentiasa berhati-hati dalam menjatuhkan hukuman kafir terhadap muslim yang lain. Persyaratan yang amat ketat telah digariskan sebagai langkah untuk mengelakkan amalan pengkafiran berlaku secara berleluasa tanpa kawalan.

"Sesiapa yang mengkafirkan orang mukmin maka ia menjadi kafir, sebaliknya sesiapa yang tidak mengkafirkan orang kafir maka dia menjadi kafir. Sesiapa yang syak tentang kekafiran orang kafir maka dia juga menjadi kafir."

Dari Ibnu Umar r.a katanya: Rasullullah SAW bersabda: Siapa yang berkata kepada saudarasaudaranya: "Hai kafir, maka ucapan itu kembali kepada salah satu di antara keduanya: Jika apa yang diucapkan itu benar, maka ucapan itu tertuju kepada orang yang dipanggil. Jika tidak, maka ucapan itu tertuju kepada yang mengucapkan". (Sahih Muslim 49)

25 | M u k a S u r a t : P e r k a r a - P e r k a r a Y a n g M e m b a t a l k a n Syahadah

Mendukung dan membantu kaum kuffar dalam melawan, menindas dan memusuhi kaum muslimin, dan dia adalah kufur akbar. Firman Allah swt :

.
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya dia adalah dari golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim. [Al-Maaidah : 51)

19. Membuat sesuatu pekerjaan (ibadat) bukan kerana Allah seperti sembelih binatang bukan kerana Allah, sujud dan tawaf pada selain Baitullah dengan niat mendekati Allah.

26 | M u k a S u r a t : P e r k a r a - P e r k a r a Y a n g M e m b a t a l k a n Syahadah

20. Melakukan syirik Sebagaimana di dalam firman Allah swt :

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua) dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya) dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar. [An-Nisaa': 48].

27 | M u k a S u r a t : P e r k a r a - P e r k a r a Y a n g M e m b a t a l k a n Syahadah

Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Mariam. Padahal Al-Masih sendiri berkata: Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga dan tempat kembalinya ialah Neraka dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim. [Al-Maaidah : 72].

28 | M u k a S u r a t : P e r k a r a - P e r k a r a Y a n g M e m b a t a l k a n Syahadah

Menurut silibus Pendidikan Agama Islam bagi Sijil Tinggi Pelajaran, terdapat 6 perkara perkara yang membatalkan iman atau iman . (Terbatalnya iman seseorang muslim dan menjadi kafir. Bermaksud seseorang yang telah mengucap dua kalimah syahadah, lalu secara sengaja telah mengeluarkan kata-kata lisan atau perbuatan yang menyebabkan terbatalnya syahadah atau iman) 1.) 2.) 3.) 4.) 5.) 6.) Syirik Kufur Riddah Khurafat Sihir Nifak

29 | M u k a S u r a t : P e r k a r a - P e r k a r a Y a n g M e m b a t a l k a n Syahadah

Syirik Syirik ialah menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan perbuatan-Nya syirik boleh berlaku melalui pemujaan, penyembahan atau permintaan kepada sesuatu selain dari Allah Bahagian syirik: Syirik jali: perlakuan syirik terang-terangan seperti sembah berhala, bulan dan sebagainya Syirik khafi: tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat atau syirik secara sembunyi seperti percaya kepada tangkal, riak, ujub, takbur

Kufur Kufur bererti tidak percaya kepada Allah serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Orang yang melakukannya adalah kafir

30 | M u k a S u r a t : P e r k a r a - P e r k a r a Y a n g M e m b a t a l k a n Syahadah

Bahagian Kufur: Kufur hakikat: Ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa Rasulullah. Contoh: tidak mengakui adanya balasan di akhirat, tolak hukum yang ada dalam al-Quran dan menyatakan solat membuang masa Kufur nikmat: Mengingkari pencipta atau Allah sebagai pemberi nikmat kepada maknusia dan makhluk ciptaan-Nya seperti guna nikmat ke jalan maksiat, tidak keluarkan zakat/sedekah dan sebagainya

Riddah Riddah bererti berpaling atau keluar daripada agama Islam. Orang yang keluar agama Islam dihukum murtad Murtad Boleh Berlaku Dalam 3 Perkara (sebagai mana yang dinyatakan di atas tadi). Iktikad (hati): berniat hendak keluar Islam Perkataan: mengisytihar keluar Islam Perbuatan: menganut agama selain Islam

31 | M u k a S u r a t : P e r k a r a - P e r k a r a Y a n g M e m b a t a l k a n Syahadah

Khurafat Khurafat ialah kepercayaan karut yang bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat Islam Contoh Perbuatan Khurafat Mempercayai azimat atau tangkal boleh memberi kesan kepada pemakainya Membuang anjak bagi menghalau hantu Mempercayai suara burung hantu boleh membawa tuah atau sial Mempercayai kubur yang dianggap keramat

Sihir Sihir ialah ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib iaitu dengan bantuan jin dan syaitan Sihir bertujuan memudarat dan mengelirukan manusia

32 | M u k a S u r a t : P e r k a r a - P e r k a r a Y a n g M e m b a t a l k a n Syahadah


Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui Baqarah :102] [Al-

33 | M u k a S u r a t : P e r k a r a - P e r k a r a Y a n g M e m b a t a l k a n Syahadah

Nifak Nifak bererti berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah dan orang yang melakukannya digelar munafik Ciri-Ciri Munafik: bercakap bohong Khianat apabila diberi amanah Mungkir janji Melampaui batas apabila bertengkar


"Ada empat perkara jika sesiapa yang mempunyai empat perkara tersebut, maka dia merupakan orang munafik. Sesiapa yang bersifat dengan salah satu daripadanya bererti dia bersifat kemunafikan, sehinggalah dia meninggalkannya iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila membuat persetujuan dia mengkhianati, apabila berjanji dia menyalahi dan apabila berlaku pertikaian dia melampaui batas"

[Hadith Sahih Riwayat Muslim]

34 | M u k a S u r a t : P e r k a r a - P e r k a r a Y a n g M e m b a t a l k a n Syahadah

KESIMPULAN
Kesimpulannya, seluruh umat islam hendaklah sentiasa berwaspada dalam apa yang kita fikir, lakukan, dan perkatakan agar kita tidak tergolong dalam golongan yang terbatal syahadahya. Hal ini kerana, golongan yang terbatal shahadahnya merupakan golongan yang bakal menghuni neraka selamalamanya.

Sekiranya sudah terbatal shahadahnya, segeralah bertaubat dengan bersungguh-sungguh dan penuh ikhlas kerana sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. ,Bahawasanya ALLAH yang Maha Mulia lagi Maha Besar menerima taubat hambaNya selama belum sampai rohnya kepada halkumnya.Selain itu dalam al-quran juga ada menyatakan kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Diakhiri dengan sepotong kisah:
Seseorang datang kepada Rasulullah Saw lalu berkata, Ya Rasulullah..aku ini seorang pendosa.. Rasulullah bersabda kepadanya, Mohon ampunlah kepada Allah.. Si pendosa berkata, Aku sudah bertaubat, tapi kuulangi lagi perbuatan dosa tersebut, ya Rasulullah Rasulullah : Setiap kali kau berbuat dosa bersegeralah bertaubat kepada Allah. Si pendosa : Bukankah jika begitu kian bertambah dosa-dosaku? Rasulullah : Ampunan Allah lebih banyak lagi, teruslah bertaubat sampai setan menyerah menggodamu. Rasulullah Saw lalu bersabda : Sesungguhnya Allah lebih bergembira dengan taubat seorang hambaNya. Allah Swt telah berfirman, Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan Dia juga mencintai orangorang yang mensucikan dirinya. (al-quran)

35 | M u k a S u r a t : P e r k a r a - P e r k a r a Y a n g M e m b a t a l k a n Syahadah
(Kitab Irsyad al-Qulub 1:46)

Rujukan
1) http://guasyed.blogspot.com/2011/08/syahadah.html

2) http://quran.com

3) http://www.facebook.com/note.php?note_id=161027690612004

4) http://soaljawab.wordpress.com/2007/04/21/perkara-perkara-yang-membatalkan5) syahadah/

6) Buku Tesks Pendidikan Agama Islam Tingkatan 4 KBSM

7) Kitab al-Iman, no: 9 dan 10, no: 2535, no: 4904 dan 4905

8) Kitab al-Sunnah, Abu Dawud, no:4075,

36 | M u k a S u r a t : P e r k a r a - P e r k a r a Y a n g M e m b a t a l k a n Syahadah 9) Kitab al-Muqaddimah, Ibn Majah, no: 62 dan 63,

10)Musnad , Imam Ahmad, no: 346

11)40 Hadis Imam Nawawi: Zahazan Mohammed, Muhammad Zakari :Telaga Biru / Januari

2011

12)Iman dan 20 perkara yang membatalkan syahadatain : As-Syahid Sayed Qutub, As-Syaikh

Said Hawa dan Abu 'Ala Al-Maududi

13)

Kafirkah Orang Yang Berhukum Dengan Selain Hukum Allah?, Dr. Khalid bin

Ali bin Muhammad al- Anbary (edisi terjemahan oleh Abu Abdirrahman al-Salafy, Pustaka As-Sunnah, Surabaya 2004)

You might also like