You are on page 1of 1

Al-Farabi (870 Masihi -950 Masihi) Nama : Abu Al-Nasr Muhammad Ibnu Muhammad Ibnu Tarhan Ibu Awzalagh

Al-Farabi T/Lahir : 870 Masihi/ 257 Hijrah diTurkistan M/Dunia: 80 Tahun Gelaran Barat: Alpharabius Pendidikan: Beliau dilahirkan pada keluarga yang miskin, bapanya seorang tentera namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk menimba ilmu dalam pelbagai bidang Sejak kecil lagi beliau telah menunjukkan kecerdasan yang luar biasa Al-Farabi telah dihantar olah ayahnya ke Bahgdad untuk berguru dengan Yohanna bin Hailan, seorang tokoh beragama kristian Beliau mempelajari bahasa, matematik, geografi, dan lain-lain ilmu Selepas tamat berguru dengan Yohanna beliau mempelajari tentang falsafah, perubatan, ilmu bintang, falak, ilmu hokum dan lain-lain. Oleh kerana ilmunya yang tinggi beliau pernah dilantik menjadi hakim tetapi selepas itu meninggalkan jawatan tersebut untuk menimba ilmu

Profession: Beliau amat terkenal sebagai seorang pakar dalam pelbagai bidang disebabkan beliau meletakkan ilmu mengatasi segala-galanya Beliau mampu menguasai bahasa Arab, Turki, Parsi, Syria, dan Greek. Al-Farabi seorang pemuzik yang handal kerana lagunya mampu membuat penontonnya menangis, ketawa ataupun tidur. Beliau merupakan pencipta alat muzik bernama gambus. Ilmu beliau dalam perubatan sangat tinngi tetapi belia tidaj menjadikan perubatan sebagai kariernya. Beliau dianggap guru kedua selepas Aristotle kerana ilmu falsafahnya sangat tinggi

Sumbangan: Al-Farabi telah menulis lebih daripada 100 karya dalam bidang logik, politik, metafizik, fizik, perubatan, sosiologi, dan muzik. Karya Al-Farabi akhirnya telah menjadi pentunjuk dan panduan kepada Ibnu Sina, Ibnu Rusd dan sarjana-sarjana di Timur dan Barat Selain menulis, beliau juga aktif menterjemah buku-buku dari bahasa Greek, Parsi, Hindi, China, Mesir, Syria dan lain-lain bahasa.

You might also like