You are on page 1of 27

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Berkuat kuasa mulai Jun 2011

KANDUNGAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 13. 17. Rasional Objektif Kurikulum BIG PPG Objektif Buku Panduan BIG Pelaksanaan BIG PPG Struktur Pelaksanaan BIG PPG Pelaksanaan Pentaksiran BIG Kriteria Pentaksiran Prosedur Pentaksiran Unjuran Pelaksanaan Pentaksiran BIG PPG Spesifikasi Pentaksiran BIG PPG Fasa 1 Syarat Lulus / Gagal / Ulang / Tangguh Kawalan Mutu Dan Keselamatan Panel Modul

MUKA SURAT 4 4 5 5 6 9 10 11 13 14 24 25 26

PENDAHULUAN

BIG PPG merupakan satu mata pelajaran dalam komponen Kursus Wajib yang mesti diikuti oleh semua pelajar PPG. BIG PPG diperuntukan tiga kredit bersamaan 120 jam interaksi. Semua pelajar wajib lulus BIG PPG. Program ini direalisasikan dalam 3 fasa yang dilaksanakan di tempat masing-masing sepanjang tempoh pengajian. Aktivitiaktiviti yang dirancang ini bertujuan membentuk dan memupuk insan guru yang berkualiti serta berketrampilan melalui penampilan diri yang terpuji.

Pelaksanaan BIG PPG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan.

Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus

globalisasi. Resolusi Konvensyen Pendidikan kali pertama tahun 2003 mengatakan, .pendidikan guru hendaklah berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat dan komitmen untuk melahir, membina, membentuk dan memupuk insan guru yang berkualiti iaitu yang memiliki keterampilan profesional yang tinggi dan dicirikan oleh penampilan diri yang terpuji selaras dengan hasrat negara. Semasa pelancaran Hari Guru 2006 YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan bahawa guru, sebagai barisan hadapan pelaksana agenda pendidikan negara, memainkan peranan amat penting dalam melahirkan modal insan yang terbaik.

1.0 RASIONAL Program Bina Insan Guru (BIG PPG) bermatlamat melahirkan guru-guru yang mempunyai akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan yang mantap, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

2.0 OBJEKTIF KURIKULUM BIG PPG Program BIG PPG ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar : Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza. Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan atau aktiviti Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan. Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan. Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi, kebolehan berdikari dan penampilan diri yang sesuai. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani (spiritual) dan sosial. Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan. Berupaya berfikir secara reflektif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan. 4

4.0 OBJEKTIF BUKU PANDUAN

Penggubalan Buku Panduan dan Spesifikasi Pentaksiran BIG PPG ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut: menjadi rujukan kepada penilai-penilai dalam melaksanakan pentaksiran pelajar dalam program BIG PPG. menjadi rujukan kepada pelajar dalam merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti dengan lebih berkesan; mendapatkan maklumat dan bukti-bukti yang jelas dan autentik mengenai penguasaan kemahiran, perlakuan dan penghayatan pelajar terhadap ciri-ciri insan guru; menggunakan instrumen pentaksiran yang sesuai dan sah dalam membuat pemerhatian dan pentaksiran prestasi pelajar dalam aspek kognitif, emosi dan psikomotor; dan mengekalkan kesetaraan pentaksiran bagi program BIG PPG antara IPG.

5. 0 PELAKSANAAN BIG PPG

Program BIG PPG mencakupi enam domain utama kandungan kurikulum BIG PPG bermula dengan Fasa 1 ,iaitu Perkhemahan yang dilaksanakan pada awal semester kedua dan diikuti dengan aktiviti-aktiviti lain yang akan dilaksanakan secara berterusan di Fasa 2 dan 3 . Aktiviti yang dijalankan ialah perkhemahan , ceramah, seminar, bengkel, lawatan bench-marking dan kembara sosial .

5.1

Struktur Pelaksanaan BIG PPG

Bil 1 2 3 5.2

Performa BIG PIMSP Peringkat Tahun Pelaksanaan PPG

1 Pkt 1 2012 45

2 Pkt 2 2013 10

4 Pkt 3 2014

5 Pkt 4 2015 10

Jumlah Jam

10

35

10

120

Domain Kandungan Kurikulum BIG PPG

Pembangunan ciri-ciri dan kualiti insan guru melalui kursus Bina Insan Guru (BIG PPG) dilaksanakan berasaskan kepada enam domain kandungan kurikulum kursus. Domain kandungan ini adalah sejajar dengan matlamat melahirkan insan guru yang memiliki ciri-ciri personaliti yang unggul dan kualiti profesionalisme yang tinggi melalui pembinaan budaya IPG.

Domain kandungan kursus BIG PPG adalah seperti berikut:

A.

Kerohanian dan Akhlak Keguruan Mengamalkan tingkah laku terpuji. Mempunyai kemantapan jati diri. Menghayati disiplin diri yang tinggi. Memiliki personaliti kerjaya keguruan yang utuh.

B.

Berilmu, Beramal dan Berbakti Pembelajaran sepanjang hayat. Mencintai ilmu, mencari, membina dan mengembangkan ilmu. Menggunakan ilmu dalam pemikiran, tindakan dan amalan (capacity building). Memanfaatkan ilmu untuk kesejahteraan peribadi, masyarakat dan negara. Pembinaan Pasukan. Perkongsian misi dan visi. Kejelikitan berpasukan secara strategik Hidup Berbakti. Kerja sebagai ibadat Kesanggupan dan keikhlasan bekerja Menggunakan ilmu dan kepakaran untuk kesejahteraan masyarakat

C.

Berakauntabiliti dan Amanah Akauntabiliti profesional - perundangan, mandat dan maklumat. Memahami realiti persekitaran - peka dan responsif kepada realiti persekitaran. Komitmen - optimis dan beriltizam tinggi kepada profesion dan perkhidmatan pendidikan. Kemahiran sosial (termasuk unsur Kecekapan Kecerdasan Emosi (KKE)) Tanggungjawab sosial & perkhidmatan komuniti.

D.

Berdaya Tahan Yang Tinggi Ketahanan fizikal - kecergasan, ketahanan diri, keseronokan. Ketahanan mental - berfikiran positif, terbuka, dan melihat konflik dan cabaran sebagai peluang. Ketahanan emosi - memahami dan mengawal emosi Ketahanan spritual - kemantapan keyakinan dan menjaga kesucian akidah

E.

Berjiwa Merdeka dan Perkasa Pengurusan diri - pembinaan disiplin kendiri, berdikari, penampilan & keterampilan Perubahan sikap - terbuka kepada tingkah laku baru dan keadaan luar jangka Bijak membuat keputusan - cepat bertindak, tepat dan bijaksana. Bijak menyelesaikan masalah Pengurusan perubahan - menerima dan mengurus perubahan

F.

Kreatif dan Inovatif Kesediaan menerima idea dan teknologi baru Berupaya menggunakan ilmu dan kemahiran menjana ikhtiar untuk kemajuan dan kecemerlangan. Dapat berfikir secara kritis, analitis, luas, luwes dan global. Berkemahiran berfikir secara futuristik dan strategik. Berupaya berfikir secara reflektif ke arah perkembangan dan peningkatan diri.

6.0

PELAKSANAAN PENTAKSIRAN Objektif pentaksiran Menilai pemikiran kreatif dan analitis pelajar di dalam penyelesaian masalah Menilai keupayaan pelajar membuat penilaian kendiri dan mencadangkan penambahbaikan Menilai komitmen pelajar di dalam aktiviti-aktiviti BIG PPG yang dilaksanakan Menilai amalan nilai nilai keguruan di kalangan pelajar Menilai kesesuaian kerjaya perguruan dengan perkembangan personaliti pelajar melalui pra dan post ujian personaliti Menilai kemahiran merancang aktiviti menggunakan dapatan daripada pengalaman sedia ada

Bentuk pentaksiran Rujukan Kriteria Penilaian berterusan secara formatif untuk membolehkan Mentor mengambil tindakan susulan berdasarkan maklumat yang diperoleh. Penilaian sumatif untuk mengukur pencapaian pelajar setelah mengikuti BIG PPG.

Instrumen pentaksiran Pentaksiran kursus BIGPPG adalah berdasarkan kepada komponen-komponen yang merangkumi laporan, portfolio, rakaman dan sahsiah. Cadangan wajaran adalah seperti dalam jadual berikut:

Komponen Pentaksiran Laporan Portfolio Rakaman Sahsiah Jumlah

Wajaran 30% 30% 30% 10% 100%

Penulisan reflektif adalah komponen wajib dalam laporan, portfolio dan rakaman

Portfolio Mengandungi: Laporan Reflektif Maklum balas pelajar (Refleksi Kendiri) Folio individu Kertas Cadangan/Kertas Kerja

7.0

KRITERIA PENTAKSIRAN dilaksanakan melalui penilaian formatif kedudukan pencapaian dinyatakan dalam bentuk gred bukti-bukti pembelajaran dan perkembangan pelajar dinilai berasaskan hasil: 10

Portfolio Laporan Rakaman Penilaian pihak sekolah

8.0

PROSEDUR PENTAKSIRAN

8.1 Menyediakan folio ( Individu ) 8.1.1 Format folio semina r / bengkel / ceramah adalah seperti berikut: Pengenalan Objektif Kandungan ( menggunakan pengurusan grafik dan gambar, rajah dan lain-lain bentuk ilustrasi sesuai ) Refleksi kendiri ( kepentingan kepada diri, kerjaya, organisasi dan komuniti ) Penutup yang

8.2 Portfolio 8.2.1 Spesifikasi Penulisan Portfolio Penyediaan portfolio mengikut format yang ditetapkan Disiapkan dalam masa seminggu selepas aktiviti berlangsung Diserahkan kepada Mentor masing-masing untuk tujuan pemarkahan 8.2.2 Format Portfolio 11

Muka depan diisikan dengan maklumat berikut: Nama Institut Bilangan siri dan tarikh program BIG PPG Lokasi pelaksanaan Nama pelajar dan ahli kumpulan Gambar pelajar dan ahli kumpulan Nama Mentor

Laporan Reflektif (program) Laporan dilaksanakan secara individu pelajar membuat ulasan apa yang dialami dan dipelajari sepanjang program memberikan cadangan penambahbaikan program untuk masa hadapan ditulis menggunakan analisis SWOT (kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman) diserahkan kepada Mentor masing-masing seminggu selepas tamat progran BIG PPG

Maklum Balas Pelajar PPG (Penilaian Kendiri) menyatakan manfaat yang diperolehi oleh pelajar hasil daripada program BIG PPG yang telah dilaksanakan dan memberi cadangan penambahbaikan.

Lampiran Bahan-bahan bukti seperti: o brosur 12

o o o o

salinan surat rakaman gambar-gambar dan bahan-bahan lain yang berkaitan

8.3 Kertas Kerja Disediakan oleh pelajar PPG Menggunakan 4W1H (apa, bila, di mana, siapa yang terlibat dan bagaimana)

8.5 Unjuran Pelaksanaan Pentaksiran BIG PPG


FASA PROGRAM / AKTIVITI INSTRUMEN MARKAH 30 % 30 % 30 % 10 % JUMLAH WAJARAN

1.

Perkhemahan

Portfolio Laporan Rakaman Penilaian pihak sekolah

100 %

37.5 %

2.

Kursus / bengkel / seminar / kajian kes

Laporan Rakaman Penilaian pihak sekolah

50 % 40 % 10 %

100 %

25 %

3.

Aktiviti Kemasyarakatan / Kembara Sosial Lawatan bench-marking

Laporan Rakaman Penilaian pihak sekolah


JUMLAH PERATUS WAJARAN

50 % 40 % 10 %

100 %

37.5 %

100 %

13

8.6

Tindakan Susulan Perkembangan pelajar seterusnya dimantapkan lagi oleh personel-personel berikut: Menggunakan khidmat bimbingan rakan sebaya membantu dari segi perkongsian maklumat diri Kaunselor mengendalikan kes-kes kecelaruan personaliti dan bimbingan Mentor memantau perkembangan secara berterusan dan membimbing Pensyarah-pensyarah mengikut keperluan.

9.0 9.1

SPESIFIKASI PENTAKSIRAN BIG PPG FASA 1 Spesifikasi Penyemakan Portfolio Aktiviti Perkhemahan : ASPEK HASIL PEMBELAJARAN
Menyusun maklumat mengikut format yang telah ditetapkan menguasai kemahiran membuat pengurusan secara strategik (strategic planning management) mengaplikasikan analisis 4W1H untuk menjana strategi. Melatih diri membuat rundingcara secara profesional menguasai kemahiran membuat keputusan dan menghargai keputusan secara musyawarah

INDIKATOR PRESTASI
Kandungan portfolio ditulis bertepatan dengan format yang ditetapkan Menyediakan kertas cadangan (4W1H) - Nama aktiviti - Bila, di mana, siapa yang terlibat dan bagaimana dilaksanakan - Bentuk JK Kerja dan spesifikasi tugas. - Memberi penjelasan, kefahaman tentang objektif program. - Membina plan kerja. Menentukan lokasi program Mendapatkan mandat / maklumat program dari pihak-pihak berkaitan.

PROSEDUR
Penulisan portfolio Kandungan Pra perancangan - JK pelaksana - Peranan JK - Objektif - Latar belakang pelajar - Demografi pelajar Kertas cadangan - 4W1H - Jadual kerja - Kewangan Laporan reflektif - Analisis SWOT Maklum balas pelajar ( Penilaian kendiri )

MARKAH

1. Kandungan Portfolio

Perancangan (Sebelum aktiviti )

60

Pihak atau agensi yang berkaitan dengan program. Menyediakan kertas cadangan yang

14

ASPEK

HASIL PEMBELAJARAN

INDIKATOR PRESTASI
lengkap Mengadakan mesyuarat JK Kerja dan agihan kerja. Menyediakan jadual program yang lengkap untuk edaran semua JK dan pihak-pihak yang terlibat. Melaksanakan taklimat awal program kepada semua ahli yang terlibat. Menyatakan tarikh dan masa pergerakan ke lokasi program. Melaksanakan semua tugasan dalam bidang kuasa yang telah ditetapkan. Berhubung dengan pihak bertanggungjawab jika berlaku sesuatu masalah . Menyelaras semua kerja mengikut keperluan semasa. Membantu JK-JK lain melicinkan program. Melaksanakan semua aktiviti yang telah dirancangkan mengikut jadual.

PROSEDUR
Surat memohon kebenaran melalui KJ HEP Surat kebenaran daripada agensi berkaitan

MARKAH

Semasa Program dilaksanakan

Semua JK Kerja bertindak dan melaksanakan tanggungjawab mengikut bidang dan spesifikasi kerja yang telah ditetapkan mengetahui sistem sosial masyarakat menguasi kemahiran membuat keputusan dan menghargai keputusan secara musyawarah.

Jadual kerja

Selepas program

Catatan: Kandungan (60)

membuat penilaian dan refleksi diri tentang menghadapi perubahan dalam bidang perguruan. Membuat penilaian program dan membuat refleksi. Dapat membuat penilaian dan refleksi diri tentang menghadapi perubahan dalam bidang

Mesyuarat akhir / post mortem. Menyediakan laporan reflektif untuk dihantar kepada Mentor. Mengembalikan semua barang dan peralatan pinjaman. Menghantar surat penghargaan terima kasih kepada agensi luar yang terlibat.

Laporan reflektif Salinan surat dilampirkan Sisipkan lampiran berkaitan

15

ASPEK

HASIL PEMBELAJARAN
perguruan.

INDIKATOR PRESTASI

PROSEDUR

MARKAH

2. Kreativiti ( 20 )

Penyampaian / persembahan menarik dan kreatif

Persembahan menarik dan menunjukkan kreativiti ke arah memenuhi keperluan format yang ditetapkan Penulisan portfolio tersusun dengan kemas mengikut format

Penulisan portfolio dan lampiran - Bahan-bahan bukti Penulisan portfolio dan lampiran

20

3. Kekemasan ( 20 )

Portfolio tersusun kemas mengikut format

20

Wajaran Portfolio : 30%

9.2

Spesifikasi Laporan Aktiviti Perkhemahan


ASPEK HASIL PEMBELAJARAN
Kebolehan pelajar PPG menghubungkan pengalaman sedia ada dengan pengalaman baru Kesedaran / pembelajaran baru diperolehi daripada pengalaman Membuat refleksi kendiri sebagai wahana pembangunan diri dan profesionalisme keguruan Ulasan kendiri menunjukkan pemikiran reflektif, matang dan mendalam dengan memasukkan analisis SWOT

INDIKATOR PRESTASI
Ulasan dapat menjelaskan pemikiran reflektif yang terhasil daripada program BIG PPG Setiap pelajar dikehendaki menyediakan satu laporan reflektif berkaitan ceramah/bengkel/seminar yang dilaksanakan. Panjang laporan adalah antara 1000 1500 patah perkataan

PROSEDUR
Penulisan portfolio Analisis SWOT: - kekuatan - kelemahan - peluang - ancaman

MARKAH

Laporan Reflektif

Catatan: Aktiviti Perkhemahan (60)

60

16

ASPEK
5. Penilaian Kendiri

HASIL PEMBELAJARAN
Kesan pengalaman baru terhadap perlakuan / perkembangan diri Kesedaran tentang kekuatan dan kelemahan diri Kesedaran tentang manfaat yang diperolehi daripada penyertaan dalam program BIG PPG

INDIKATOR PRESTASI
Ulasan dapat menunjukkan peningkatan nilai dan kemahiran diri sebagai seorang insan guru daripada keseluruhan aktiviti BIG PPG

PROSEDUR
Sesi refleksi Penulisan Portfolio

MARKAH

Catatan: Aktiviti Perkhemahan (40)

40

Wajaran Laporan : 30% 9.3 Spesifikasi Rakaman Aktiviti Perkhemahan


ASPEK
Audio

HASIL PEMBELAJARAN
Kebolehan pelajar PPG menghubungkan pengalaman sedia ada dengan pengalaman baru Kesedaran / pembelajaran baru diperolehi daripada pengalaman .

INDIKATOR PRESTASI
Penggunaan audio yang sesuai ( lagu, kesan bunyi dan rakaman suara ). Kesan bunyi yang digunakan sesuai Muzik latar tidak menghilangkan fokus persembahan Skrip persembahan sesuai dan bertepatan dengan video/gambar yang dipaparkan Kualiti video yang digunakan sesuai, jelas dan tidak kabur Penggunaan sudut penggambaran sesuai dengan fokus utama. Pemilihan warna yang kontras dan sesuai. (Contrast). Susunletak Grafik (Alignment). Persembahan yang harmonis (Simplicity). Penjajaran (Proximity). Penekanan fokus (Emphasis). Ketekalan warna, font, latarbelakang, dsb (Repetition).

PROSEDUR
Penerbitan CD / DVD Penggunaan fail-fail MP3,MP4, FLV, WMP dan sebagainya dalam penerbitan.

MARKAH
10

Video

Kebolehan pelajar PPG menghubungkan pengalaman sedia ada dengan pengalaman baru Kesedaran / pembelajaran baru diperolehi daripada pengalaman

Penerbitan CD / DVD Penggunaan fail-fail MP3,MP4, FLV, WMP dan sebagainya dalam penerbitan.

20

17

Wajaran Rakaman : 30% 9.4 Spesifikasi Penilaian Pihak Sekolah


ASPEK
Perancangan (Sebelum aktiviti )

HASIL PEMBELAJARAN
Kebolehan pelajar PPG merancang dan menguasai kemahiran membuat pengurusan secara strategik (strategic planning management) mengaplikasikan analisis 4W1H untuk menjana strategi. Melatih diri membuat rundingcara secara profesional menguasai kemahiran membuat keputusan dan menghargai keputusan secara musyawarah

INDIKATOR PRESTASI
Menyediakan kertas cadangan yang lengkap Kandungan kertas cadangan ditulis bertepatan dengan format yang ditetapkan Menyediakan kertas cadangan (4W1H) - Nama aktiviti - Bila, di mana, siapa yang terlibat dan bagaimana dilaksanakan - Bentuk JK Kerja dan spesifikasi tugas. - Memberi penjelasan, kefahaman tentang objektif program. - Membina plan kerja. Menentukan lokasi program Mendapatkan mandat / maklumat program dari pihak-pihak berkaitan. Mengadakan mesyuarat JK Kerja dan agihan kerja. Menyediakan jadual program yang lengkap untuk edaran semua JK dan pihak-pihak yang terlibat. Melaksanakan taklimat awal program kepada semua ahli yang terlibat. Melaksanakan semua tugasan dalam bidang kuasa yang telah ditetapkan. Berhubung dengan pihak bertanggungjawab jika berlaku sesuatu masalah . Menyelaras semua kerja mengikut

PROSEDUR
Penulisan portfolio Kandungan Pra perancangan - JK pelaksana - Peranan JK - Objektif - Latar belakang pelajar - Demografi pelajar Kertas cadangan - 4W1H - Jadual kerja - Kewangan Laporan reflektif - Analisis SWOT Maklum balas pelajar ( Penilaian kendiri ) Surat memohon kebenaran melalui KJ HEP Surat kebenaran daripada agensi berkaitan

MARKAH
100%

Semasa Program

Semua JK Kerja bertindak dan

18

ASPEK
dilaksanakan

HASIL PEMBELAJARAN
melaksanakan tanggungjawab mengikut bidang dan spesifikasi kerja yang telah ditetapkan mengetahui sistem sosial masyarakat menguasi kemahiran membuat keputusan dan menghargai keputusan secara musyawarah.

INDIKATOR PRESTASI
keperluan semasa. Membantu JK-JK lain melicinkan program. Melaksanakan semua aktiviti yang telah dirancangkan mengikut jadual.

PROSEDUR

MARKAH

Jadual kerja

Selepas program

membuat penilaian dan refleksi diri tentang menghadapi perubahan dalam bidang perguruan. Membuat penilaian program dan membuat refleksi. Dapat membuat penilaian dan refleksi diri tentang menghadapi perubahan dalam bidang perguruan.

Mesyuarat akhir / post mortem. Menyediakan laporan reflektif untuk dihantar kepada Mentor. Mengembalikan semua barang dan peralatan pinjaman. Menghantar surat penghargaan terima kasih kepada agensi luar yang terlibat.

Laporan reflektif Salinan surat dilampirkan Sisipkan lampiran berkaitan

Wajaran Penilaian Pihak Sekolah 10.

: 10%

RUBRIK PEMARKAHAN AKTIVITI PERKHEMAHAN FASA 1

10.1

Rubrik Pemarkahan Portfolio

ASPEK YANG DINILAI

INDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN

19

Cemerlang 1. KANDUNGAN ( 60 ) 41 - 60 Markah Dapat mempamerkan kandungan portfolio bertepatan dengan format yang ditetapkan

Sederhana 21 - 40 Markah Kurang dapat mempamerkan kandungan portfolio bertepatan dengan format yang ditetapkan

Lemah 1 - 20 Markah Tidak dapat mempamerkan kandungan portfolio bertepatan dengan format yang ditetapkan

2. KREATIVITI ( 20 )

15 - 20 Markah Berjaya menghasilkan penulisan yang menarik dan kreatif ke arah memenuhi keperluan format yang ditetapkan

8 14 Markah Kurang berjaya menghasilkan penulisan yang menarik dan kreatif ke arah memenuhi keperluan format yang ditetapkan 8 14 Markah Kurang berjaya menghasilkan penulisan folio tersusun dengan kemas mengikut format

1 - 7 Markah Tidak berjaya menghasilkan penulisan menarik dan kreatif ke arah memenuhi keperluan format yang ditetapkan

3. KEKEMASAN ( 20 )

15 - 20 Markah Berjaya menghasilkan penulisan folio tersusun dengan kemas mengikut format

1 - 7 Markah Tidak berjaya menghasilkan penulisan folio tersusun dengan kemas mengikut format

Berjaya mempamerkan penulisan yang jelas ke arah pemikiran reflektif

Kurang berjaya mempamerkan penulisan yang jelas ke arah pemikiran reflektif

Tidak berjaya mempamerkan penulisan yang jelas ke arah pemikiran reflektif

20

10.2 Rubrik Laporan

ASPEK YANG DINILAI Cemerlang LAPORAN REFLEKTIF ( 60 ) Berjaya mempamerkan penulisan yang jelas ke arah pemikiran reflektif PENILAIAN KENDIRI ( 40 ) Cemerlang 28 - 40 markah Berjaya menyatakan manfaat yang diperoleh oleh individu daripada penyertaan dalam program BIG PPG yang telah diikuti di samping memberikan cadangan penembahbaikan 41 - 60 Markah

INDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN Sederhana 21 - 40 Markah Kurang berjaya mempamerkan penulisan yang jelas ke arah pemikiran reflektif INDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN Sederhana Lemah Lemah 1 - 20 Markah Tidak berjaya mempamerkan penulisan yang jelas ke arah pemikiran reflektif

15 - 27 markah
Kurang berjaya menyatakan manfaat yang diperoleh oleh individu daripada penyertaan dalam program BIG PPG yang telah diikuti di samping memberikan cadangan penembahbaikan

1 - 14 markah
Tidak berjaya menyatakan manfaat yang diperoleh oleh individu daripada penyertaan dalam program BIG PPG yang telah diikuti di samping memberikan cadangan penembahbaikan

21

10.3 Rubrik Rakaman

ASPEK YANG DINILAI Cemerlang Audio ( 40 ) 26 - 40 Markah Dapat menggunakan elemen audio dalam persembahan dengan baik sesuai dengan gambar dalam skrip persembahan Pemilihan audio / muzik latar yang tepat dan sesuai Skrip sesuai dan bertepatan Video ( 60 ) Cemerlang 41 - 60 Markah Menggunakan elemen CASPER sepenuhnya dalam penerbitan Video terang dan jelas. Muzik latar dan suara latar sesuai dengan persembahan. Tiada gangguan penerbitan Objektif dan fokus penerbitan baik tidak menggangu persembahan. Ada subtitile / keterangan video yang jelas bagi setiap scene.

INDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN Sederhana 16 - 25 Markah Audio yang digunakan kurang tepat dan mengganggu persembahan Audio terlalu kuat / terlalu perlahan dan menjejaskan persembahan Skrip baik tetapi kurang tepat. Lemah 1 15 Markah Pemilihan audio / muzik latar yang tidak bersesuaian dengan persembahan Audio telah menghilangkan fokus persembahan Skrip persembahan tidak kemas dan tidak bertepatan dengan video atau gambar

INDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN Sederhana 21 - 40 Markah Video yang digunakan kabur dan urutan story board tidak menentu. Muzik latar dan suara latar kurang sesuai dengan persembahan Unsur kesinambungan video kurang diberi perhatian. Penggunaan subtitile / penerangan yang sesuai. Lemah 1 20 Markah Video kabur dan muzik latar yang tidak menentu. Gagal mengekalkan maklumat dan fokus penerbitan Skrip dan muzik latar mengganggu persembahan . Tidak ada subtitile / penerangan

22

10.4 Rubrik Penilaian Pihak Sekolah

INDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN ASPEK YANG DINILAI Cemerlang 71 - 100 Markah Berjaya merancang dan melaksanakan aktiviti dengan memenuhi spesifikasi yang ditetapkan. Berjaya menyiapkan tugasan dalam tempoh masa yang diperuntukan. Mempunyai hubungan kerja yang mantap dengan pihakpihak yang terlibat. Mempunyai gaya kepimpinan dan sikap cakna dengan semua pihak. Sederhana 36 - 70 Markah Kurang berjaya merancang dan melaksanakan aktiviti dengan memenuhi spesifikasi yang ditetapkan. Kurang cakna dengan kehendak dan keperluan semasa dalam melaksanakan tugasan ini. Lemah 1 35 Markah Tidak berjaya merancang dan melaksanakan aktiviti dengan memenuhi spesifikasi yang ditetapkan. Mempunyai gaya kepimpinan yang tidak memuaskan dalam melaksanakan tugasan ini.

Agihan Markah : Portfolio Laporan Rakaman Penilaian pihak sekolah Jumlah Markah Keseluruhan : - 30% - 30% - 30% - 10% Penyemakan Portfolio + Laporan + Rakaman + Penilaian Pihak Sekolah 30% + 30% + 30% + 10% = 100%

23

PELAN KONTIGENSI Jabatan HEP perlu menyediakan plan kontigensi bagi setiap aktiviti atau program yang dilaksanakan bagi menghadapi kemungkinan luar jangka.

11.0

SYARAT LULUS / GAGAL / ULANG / TANGGUH

Semua pelajar Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Perguruan ( PPG ) wajib mengikuti Program BIG PPG sebagai satu syarat bagi melayakkan mereka ditauliahkan dengan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Malaysia. Pelajar yang gagal / tidak menyertai program sepenuhnya dikehendaki mengulangi BIG PPG. Pelajar yang didapati TIDAK dapat menyertai program BIG PPG atas sebab-sebab yang dibenarkan oleh pihak institut, akan diberikan tugasan yang berpadanan mengikut budi bicara Ketua Jabatan HEP.

11.1 Pelajar Gagal: Pelajar dianggap gagal: Tidak menyertai dan mengikuti setiap program/aktiviti BIG PPG Tidak mencapai purata markah sekurang-kurangnya 40 peratus

11.2 Pelajar Mengulang / tangguh: Pelajar yang tidak menyertai keseluruhan / sebahagian program/aktiviti BIG PPG Kehadiran 100% dan menyertai semua aktiviti BIG PPG Mencapai markah keseluruhan bagi program BIG PPG sekurang-kurangnya 40 peratus. Keputusan akhir BIG PPG ialah mengikut gred 24

12. 0

KAWALAN MUTU DAN KESELAMATAN

Untuk memantapkan proses pentaksiran BIG PPG, taklimat penyelarasan dilaksanakan dalam dua peringkat iaitu peringkat pusat dan peringkat institut sebelum program dimulakan. Penyelarasan di peringkat institut hendaklah dijalankan setiap kali sebelum Progran BIG PPG dilaksanakan. Pentaksiran BIG PPG hendaklah menggunakan instrumen yang telah disediakan. Pemantauan akan dibuat oleh pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dari masa ke semasa untuk mendapat maklum balas berkaitan pentaksiran BIG PPG. Instrumen pentaksiran BIG PPG yang telah digunakan oleh pensyarah adalah dokumen terhad. Markah pentaksiran BIG PPG bagi pelajar yang berpindah ke IPG lain hendaklah dikirimkan sebagai dokumen sulit kepada institut barunya. Instrumen, maklumat dan data hendaklah diuruskan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Pemarkahan perlu dibuat secara berterusan sepanjang program BIG PPG dilaksanakan. Mentor hendaklah menyerahkan markah BIG PPG kepada Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Keputusan pentaksiran BIG PPG akan dicatatkan dalam transkrip akhir dalam bentuk lulus atau gagal

13.0

BORANG PENTAKSIRAN BIG PPG Lampiran A ( Borang Individu - Pemerhatian aktiviti, Pembinaan Fortfolio dan Kertas Cadangan ) Lampiran B ( Borang Markah Kelompok ) Lampiran C ( Borang Laporan Sahsiah oleh Guru Besar/Pentadbir )

25

AHLI PANEL PENGGUBAL DAN PEMURNIAN BUKU PANDUAN PELAKSANAAN BINA INSAN GURU-PPG JULAI 2011 Bil. Nama Jabatan / Institut

1 2 3 4 5 6 7

Puan Hjh Dr.Noriati binti Abd. Rashid En.Baharuddin bin Abd. Latif En. Ahmad Sukri b. Mustaffa Tuan Haji Ruslan bin Saad En. Mohamad Hafedz bin Salleh Tuan Haji Norhizan bin Zainol Tuan Haji Mohamad Noor bin Awang

Penyelaras Pen.Penyelaras Ahli Ahli Ahli Ahli Ahli

Pengarah Pusat Pembangunan Akademik, IPGM, KPM Pusat Pembangunan Akademik, IPGM, KPM IPG Kampus Darulaman, Kedah Darul Aman IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Kedah Darul Aman IPG Kampus Darulaman, Kedah Darul Aman IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Baharu DT IPG Kampus Kota Bharu, Kelantan,

Hak Cipta Terpelihara,2012 IPGM Cyberjaya,Kementerian Pelajaran Malaysia


26

27

You might also like