Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
4Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Contoh Ulasan Artikel

Contoh Ulasan Artikel

Ratings: (0)|Views: 2,997|Likes:
Published by Jiwa RC

More info:

Published by: Jiwa RC on Sep 09, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/05/2014

pdf

text

original

 
Contoh ulasan artikel
The Singapore Executive: Stress, Personality and WellbeingJanice T.S. Ho1. Latar Belakang Artikel ini merupakan hasil kajian yang dijalankan oleh Janice T.S. Ho terhadap paraeksekutif Singapura berkaitan dengan tekanan, personaliti dan kesejahteraan dalampekerjaan. Para eksekutif dipilih dari syarikat-syarikat kewangan, bank dan juga insurans. Artikel ini diterbitkan di dalam Journal of Management Development (1995). Tujuan artikelini ialah untuk mendapatkan gambaran tentang tekanan pekerjaan `occupational stress’ yangmenarik perhatian di kalangan ahli psikologi dan organisasi-organisasi besar khususnya disektor perkhidmatan dalam bidang perniagaan. Antara pembolehubah yang telah dipilihdalam kajian ini ialah personaliti, pengalaman tekanan, gaya daya tindak (coping) dan faktor-faktor yang mempengaruhi tekanan.2. Sasaran PembacaBerdasarkan tajuk dan juga fokus kajian, artikel ini ditujukan kepada para akademik danprofessional yang berminat terhadap kajian yang berkaitan dengan bidang psikologi dan jugapengurusan. Cara penyampaian maklumat dan ilmu memerlukan kefahaman danpengetahuan dalam bidang berkenaan dan penggunaan statistik inferens. Oleh itu pembacadari golongan bukan akademik dan profesional agak sukar untuk memahami keseluruhanartikel tersebut. Justeru itu, penerbitan artikel ini dalam jirnal yang berwasi bersesuaiandengan sasaran pembacanya.3. Penilaian dan Reaksia) TemaTema utama artikel ini ialah permasalahan tekanan yang dihadapi oleh para eksekutif didalam sektor perniagaan khususnya di bidang perbankan, insurans dan kewangan dankaitannya dengan personaliti eksekutif di Singapura. b) TesisPenulis tidak menunjukkan secara langsung tentang pendiriannya berkaitan dengan tekananpekerjaan di kalangan eksekutif di Singapura. Penyelidik artikel tersebut hanyamensintesiskan dapatan kajiannya dengan hasil kajian-kajian orang lain. Hanya pernyataanumum (generalization statements) berkaitan dengan status personaliti dan perbezaantekanan mengikut sektor perniagaan tersebut.c) Ciri – Menarik, Menyeronokan, spekulatif, analitikal atau preskriptif  Artikel ini merupakan preskriptif dan analitikal. Artikel ini menjelaskan tentang permasalahtekanan kerja yang menjadi faktor mempengaruhi keberkesan kerja dan juga organisasiumumnya. Kajian ini dijalankan setelah penyelidik mendapati terdapat runggutan masalahtekanan kerja di dalam akhbar harian The Straaits Times. Artikel ini analitikal keranamenjelaskan situasi fenomena tekanan ini mempunyai hubungan dengan personaliti dan jenispekerjaan eksekutif. Pendekatan statistik inferens digunakan untuk menjelaskan fenomenatersebut. Ini bermakna perbincangan berkaitan dengan tajuk artikel tidak sekadar responskepada situasi di Singapura tetapi dibuktikan melalui penyelidikan yang dilakukan.
 
d) Kesinambungan teori dan amalanTeori yang digunakan ialah Teori Personaliti. Oleh kerana teori-teori personaliti dalampsikologi terlalu banyak, penyelidik telah menggunakan teori personaliti jenis A atau B (Type A / B). Teori personaliti jenis A menggambarkan seseorang itu mementingkan kesempurnaan,inginkan kejayaan, kompetatif, kerja keras dan mudah marah. Manakala Jenis B berlawanankepada Jenis A. Ini bermakna personality ini sangat sesuai digunaka pakai kepada golonganatau kumpulan yang terlibat dalam bidang pekerjaan perbankan, insuran dan kewangan.Penyelidik menjelaskan faktor-faktor yang menpengaruhi tekanan dan personaliti. Umumnyapenyelidik dapat mengaitkan antara teori dan amalan di dalam sector perniagaa.e) Kerangka Konseptual Artikel ini tidak secara jelas menerangkan kerangka konseptual kajian. Hanya ditentukanpembolehubah-pemboluhubah yang dipilih berdasarkan kajian-kajian lepas. Pembolehubah-pembolehubah yang dipilih ialah personaliti, tekanan pekerjaan, kesejahteraan individu,strategi mengatasi serta demografi responden.f) KandunganPenyelidik menggunakan isu semasa untuk memulakan kajian. Bagi penyelidik permasalahantekanan dan juga personaliti merupakan fenomena yang mempengaruhi jenis perkajaan danpekerja dalam sesebuah orangisasi. Ini bermakna kajian ini penting untuk menunjukkan bahawa pekerjaan jenis perniagaan dan diterajui oleh eksekutifnya, isu personaliti sertatekanan meruapakan isu sejagat seperti yang dipetik di dalam laporan kesihatan pekerjaan(Occupational Health) oleh World Health Organization (1950 dan 1985).g) Fakta UtamaSaya bersuju dengan fakta-fakta yang dikemukakan kerana penyelidik menyediakan satu siridapatan kajian orang lain serta dikukuhkan lagi dengan dapatan penyelidikan sendiri. Inisekali gus kita membenarkan atau memperakukan bahawa personaliti dan tekanan senatiasamelanda kepada sesiapapun.h) Gaya PenulisanPenulisan artikel ini teratur dan berstruktur. Penyelidik menggunakan pendekatan penulisanilmiah bercorak penyelidikan. Ini memudahkan para pembaca mengikuti siri perbincanganilmiah oleh penyelidik secara berperingkat-peringkat. Bahasa yang digunakan sesuai dengan bahasa penyelidikan atau bahasa ilmiah saintifik yang memerlukan penggunaan istilah-istilahtertentu dalam mengungkap dan membicarakan penyeldidikan yang dijalankan. Formatpenulisannya merujuk kepada format Gaya APA.i) Kredibiliti KandunganPenyelidik ada meneroka isu-isu berkaitan dengan mengemukakan pandangan dan pendapatpara psikologi dan juga psikiatrik dari pelbagai sumber. Malah penyelidik jugamengemukakan dapatkan kajian melibat negara-negara dari barat dan timur sebagaiperbandingan. Sehubungan dengan itu, penyelidik cuba mengesahkan sama ada dapatankajian di Singapura mempunyai persamaan dengan dapatan kajian-kajian lain. j) Kekuatan dan KelemahanKekuatan artikel ini menunjukkan isu yang dikemukakan merupakan isu sejagat dan cuba

Activity (4)

You've already reviewed this. Edit your review.
Sheen Serizawa liked this
1 thousand reads
1 hundred reads
Azarudin Hassan liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->