Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
14Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Kajian Tindakan Aku Terkini

Kajian Tindakan Aku Terkini

Ratings: (0)|Views: 659 |Likes:
Published by Pak Sam

More info:

Published by: Pak Sam on Sep 10, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/30/2014

pdf

text

original

 
TAJUKMENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID TINGKATAN 2 MEMBACA DAN MENTERJEMAHLUKISAN SKEMATIK LITAR ELEKTRONIK KEPADA LITAR BERGAMBAR.PENGHARGAAN Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah rahmatnya sertakeizinannya maka saya dapat menghasilkan laporan kajian tindakan bagi mata pelajaranKemahiran Hidup Bersepadu. Pada kesempatan ini, saya mengucapkan jutaan terima kasihkepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam proses sayamenyiapkan laporan ini. Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Tuan Pengetua SMKSultan Azlan Shah, Lenggong, Perak. Puan Hajjah Norizan binti Rashid, Penolong KananPentadbiran iaitu Encik Ahmad Jailani bin Kamaroddin, Guru Kanan Teknik dan Vokasional,Puan Aminah binti Akasah, rakan-rakan guru kemahiran hidup, Encik Abdul Majid bin Mat zain,Encik Lokman bin Ramdan Mohamed dan Puan Rossiffa Murni binti Ahmad di atas kerjasamabaik yang diberikan. Di samping itu ucapan terima kasih juga kepada murid-murid tingkatan 2yang memberi kerjasama yang baik sewaktu saya menjalankan kajian tindakan ini.Sekalung penghargaan juga kepada unit perkembangan staf SMK Sultan Azlan Shahkerana memberi peluang kepada saya menimba ilmu di Seminar Kajian Tindakan Kurikulum2011 di Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Perak, Gerik, Perak. Pengalaman dan bahan yangdiperolehi di seminar itu telah banyak membantu saya membuat kajian tindakan ini. Selain itusecangkir penghargaan ini juga ditujukan kepada setiausaha perkembangan staf SMK Sultan Azlan Shah atas bimbingan dan tunjuk ajar dalam menghasilkan laporan kajian tindakan ini. Akhir sekali, penghargaan ini ditujukan kepada semua Pensyarah Universiti Pendidikan SultanIdris, Tanjong Malim, yang terlibat dalam penulisan Modul Pengajaran, Teknologi danPenaksiran 2 yang menjadi rujukan utama saya sewaktu menghasilkan kajian tindakan ini.
 
 ABSTRAKKajian ini dilaksanakan untuk tujuan membantu meningkatkan kemahiran murid-muridtingkatan 2 menterjemah lukisan skematik litar elektronik kepada Lukisan bergambar keranatajuk pelajaran ini dilaksanakan di dalam modul 2, kertas 2 Peperiksaan PMR iaitu kerja kursusyang memberi markah sebanyak 10% dan ia juga terdapat dalam soalan objektif kertas 1Peperiksaan PMR iaitu sekurang-kurangnya 5 soalan daripada 60 soalan keseluruhan. Adalahsatu kerugian jika murid gagal menguasai kemahiran tersebut kerana ia mampu memberi impakyang besar kepada markah calon dalam peperiksaan mata pelajaran kemahiran Hidup mereka.Justeru itu satu kajian tindakan telah dilaksankan bagi membantu murid meningkatkankemahiran menterjemah lukisan skematik litar elektronik kepada lukisan bergambar. Gurumenggunakan beberapa kaedah semasa membuat tinjauan awal kajian iaitu kaedahpemerhatian, edaran borang soal-selidik dan ujian-Pra. Pelaksanaan kajian pula menggunakansatu kaedah ICT (Teknologi maklumat dan komunikasi) menterjemah litar skematik kepadalukisan bergambar yang dibangunkan oleh Guru-Guru Cemerlang Kemahiran Hidup NegeriPerak. Kaedah ini mampu menarik minat murid untuk cuba menterjemah lukisan skematik bagiapa juga litar elektronik yang diberikan kepada mereka. Selain itu, Ujian Pos juga dilaksanakanbagi membuat penilaian akhir keberkesanan penggunaan ICT menterjemah lukisan skematikyang telah digunakan dalam pelaksanaan kajian. Tinjauan awal kajian didapati daripadapemerhatian semasa proses P & P dijalankan, pemerhatian semasa latihan menterjemah litar dan Ujian-Pra didapati bahawa majoriti murid tingkatan 2 SMK Sultan Azlan Shah, Lenggongyang merupakan responden kajian gagal menguasai kemahiran menterjemah lukisan skematiklitar elektronik. Hasil daripada tinjauan awal kajian, maka kaedah tunjukcara melalui ICT inidijalankan. Pendekatan dan kaedah ini amat sesuai diaplikasikan kerana dapatan daripada soalselidik didapati murid-murid telah dapat menguasai teknik menterjemah lukisan skematikdengan betul dan sistematik. Guru mendapati pelaksanaan tunjukcara melalui ICT yangdijalankan selama lebih kurang seminggu ini telah berjaya mengubah sikap bosan muridsewaktu mempelajari bab ini kepada sikap seronok dan minat untuk cuba menterjemah lukisanskematik litar elektronik. Kesimpulan daripada hasil kajian yang dijalankan, didapati timbulperubahan yang positif dari segi amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran murid.
 
1.0. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALUSewaktu menjalankan proses P & P bagi tajuk menterjemah lukisan skematik litar elektronik didapati majoriti murid tidak dapat menguasai kemahiran menterjemah litar yangmenjadi objektif utama pembelajaran. Sewaktu sesi amali, dimana murid dikehendakimenterjemah lukisan skematik kepada lukisan bergambar didapati mereka dilihat tercari-caribagaimana untuk memulakan proses menterjemah litar tersebut dan didapati merekamenterjemahkannya dengan tidak bersistem di mana komponen-komponen elektronik disusunsecara tidak teratur dan tanpa merujuk kepada kekutuban komponen tersebut. Jika beginiterjemahan lukisan skematiknya, maka sudah tentulah projek litar elaktronik yang dihasilkanoleh mereka nanti tidak berfungsi. Perasaan sedih dan kecewa terdetik di hati di atas kegagalanini, kerana guru telah berusaha semampu yang boleh untuk memudahkan pemahaman murid.Guru berasa tidak puas hati dan rasa terpanggil untuk mengubah keadaan ini. Oleh itu, satutindakan perlu diambil bagi mengatasi masalah tersebut. Guru perlu membuat suatupembaharuan untuk mengubah tanggapan negatif murid terhadap tajuk pelajaran terjemahanlitar ini. Satu kaedah penggunaan ICT akan diaplikasikan untuk menarik minat murid danmengelakkan mereka hilang fokus semasa P & P dijalankan. Pendekatan menterjemah litar melalui ICT akan dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran murid-murid Tingkatan 2menterjemah lukisan skematik litar elektronik kepada lukisan bergambar.2.0. ISU/MASALAH/FOKUS KAJIANKajian ini tertumpu kepada satu tajuk dalam tajuk elektronik iaitu menterjemah lukisanskematik litar elektronik kepada lukisan bergambar. Fokusnya tertumpu kepada kelemahanmurid menterjemah lukisan skematik. Walau bagaimanapun fokus kajian ini amat besar dalampeperiksaan PMR kerana soalan yang berkaitan dengan tajuk menterjemah lukisan skematikbagaikan markah bonus bagi murid jika mereka dapat menguasainya dengan baik. Selain itu juga guru cuba mengenalpasti punca berlakunya kelemahan murid dalam kemahiranmenterjemah lukisan skematik kepada lukisan bergambar. Dengan membantu murid-muridmenguasai kemahiran menterjemah litar, guru berasa yakin murid-murid sasaran ini bolehmenguasai kemahiran itu sepenuhnya. Perkara ini diharapkan dapat membantu mereka lulusdengan cemerlang dalam kertas Kemahiran Hidup PMR. Saya mempunyai keyakinan, jika gurudapat mempelbagaikan dan meningkatkan kaedah P & P, sikap negatif dan pencapaian muridbagi mata pelajaran Kemahiran Hidup PMR akan mencapai tahap kelulusan 100%.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->