You are on page 1of 50

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

SOALAN 1 Huraikan sumbangan masyarakat Neolitik kepada kemunculan tamadun awal manusia A. PENGENALAN ( 3 Markah ) 1. Manusia dikatakan menyara hidup dengan memburu binatang dan memunguthasil hutan yang tumbuh meliar sebagai makanan harian.Apabila tamadun wujud, corak kehidupan mereka berubah yang bermula pada 7000 S.M hingga 3500 S.M.Pada zaman manusia mula berfikir, mengetahui dan mengamalkan cara-cara bercucuk tanam dan menternak binatang. 2. Manusia kini mula mengeluarkan keperluan makanan mereka sendiri melalui aktiviti pertanian yang melibatkan bercucuk tanam dan menternak binatangmenyebabkan mereka tinggal menetap di kampung-kampung tanpa perlu lagi berpindah-randah untuk mencari sumber makanan mereka. 3. Implikasi daripada tinggal menetap kesan daripada berlaku revolusi pertanian (bertanam dan menternak) menyebabkan V. Gordon Childe merumuskan sebagai satu revolusi dalam kehidupan manusia atau sebagai titik tolak perubahan kepada kemunculan tamadun awal manusia. B.ISI : SUMBANGAN MASYARAKAT NEOLITIK ( 7 isi X 3 =21 Markah ) 1. Memperkembangkan dan mengubah aspek pertanian Pakar sejarah yakin penemuan kaedah menanam dan menternak binatang dimulai sekitar 10, 000 S.M hingga 5000 S.M lalu di Asia Barat. Di kawasan utama seperti Jericho,Catal Huyuk,Iran,Syria,Mesir dan Iraq manusia mula menanam gandum dan barli serta menternak binatang seperti kambing,biri-biri dan babi sebagai sumber makanan mereka yang berterusan Bekalan makanan yang mewah menggalakkan pertambahan penduduk. 2. Memajukan aspek teknologi Pada Zaman Neolitik penemuan bajak dan roda sebagai kemajuan teknologi telah meningkatkan lagi daya pengeluaran hasil pertanian. Bajak menyebabkan manusia mula menggunakan tenaga binatang membantu meringankan tugas mereka. Binatang seperti kuda atau kerbau dilatih untuk mengangkut barang (anok) atau membajak sawah. 3. Mewujudkan perkampungan tetap Kemajuan pertanian (menanam dan menternak) membolehkan manusia mula membina kawasan penempatan kekal di kawasan-kawasan yang subur terutamanya di lembah sungai seperti Tigris atau Furat.
1

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

Manusia tidak perlulagi hidup secara nomadik kerana kini dapat menyara hidup daripada bekalan makanan yang dihasilkan di kawasan tempat tinggal mereka.Mereka dapat mengawal bekalan makanan sendiri dan bekalan berterusan di samping dapat mengawal perubahan musim.

4. Mewujudkan pertambahan penduduk Kemajuan pertanian dan teknologi pertanian pada zaman Neolitik menyebabkan manusia dapat mengawal dan menggunakan sumber alam. Perubahan ini menyebabkan kehidupan manusia menjadi lebih stabil,selamat dan terjamin daripada kebuluran atau ancaman lain. Kehidupan sebagai individu atau anggota masyarakat bertambah baik. Fenomena ini membawa kepada berlakunya peningkatan bilangan penduduk pada sesuatu kawasan dan akhirnya membentuk kawasan penempatan penduduk semakin kompleks seperti bentuk negara kota. 5. Mewujudkan pengkhususan kerja Pada zaman Neolitik berhasilnya peningkatan daya pengeluaran hasil pertanian yang menjamin bekalan makanan mencukupi dan berterusan membolehkan sebahagian penduduk telah menjalankan aktiviti bukan pengeluaran pertanian seperti kegiatan kesenian atau kegiatan keagamaan yang melahirkan pusat ibadat. Hal ini mencetuskan proses pembahagian kerja dalam masyarakat. 6. Mewujudkan organisasi sosial Perubahan kehidupan manusia bertambah kompleks menyebabkan berlaku pengkhususan dalam menjalankan tugas tertentu bergantung kepada kemahiran dan kebolehan seseorang. Kini diperlukan pemimpin untuk memandu dan memberi arahan kepada semua anggota masyarakat. Tentera dan pahlawan diperlukan untuk mengawal dan menjaga keamanan daripada ancaman. Pendeta diperlukan untuk mengetuai kegiatan keagamaan. 7. Mewujudkan institusi pemerintahan Pada zaman ini juga lahir institusi pemerintahan,pendidikan,keagamaan dan sebagainya untuk membolehkan manusia mengeksploitasi dan mengawal alam sekitar mereka seperti bencana alam (banjir,kemarau). Pemimpin, pahlawan dan pendeta muncul sebagai orang berkuasa. Pemimpin dengan ideanya dan tipu helahnya, pahlawan dengan senjatanya dan paderi dengan pengetahuannya. 8. Mengasaskan kelahiran agama dan kepercayaan Manusia pada zaman Neolitik sudah ada kepercayaan berkaitan dengan unsur dewadewi.
2

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

Minda pemikiran konseptual ketuhanan ini dimanifestasikan melalui upacara agama dan simbol-simbol pemujaan. Mereka yakin dan percaya upacara penyembahan akan melipatgandakan hasil pengeluaran pertanian.

9. Mewujudan petempatan bandar Perkembangan petempatan dan perkampungan yang tetap menyebabkan peningkatan bilangan penduduk. Kehidupan manusia secara berkelompok dengan menjalankan aktiviti pertanian telah menyebabkan mereka mengalami proses pembandaran yang pesat seperti bandar Catal Huyuk. 10. Mengasaskan sistem tulisan Aktiviti melukis haiwan di dinding gua pada zaman Neolitik telah mencetuskan pula kelahiran sistem tulisan. Tulisan pada petempatan awal dalam bentuk gambar, simbol, atau berbentuk pepaku. Tulisan-tulisan ini digunakan untuk merekodkan sesuatu perkara. Contoh; tulisan hieroglif (Tamadun Mesir) digunakan untuk merekod upacara keagamaan dan harta kuil. Contoh; tulisan Cunieform (Tamadun Mesopotamia) digunakan untuk merekod tentang kegiatan perdagangan dan pentadbiran.

C.KESIMPULAN ( 1 Markah ) Neolitik merupakan zaman titik mula terbina tamadun awal manusia apabila manusia mulai bercucuk tanam dan berternak binatang telah menjana perkembangan faktor lain seperti teknologi, pengkhususan kerja, organisasi, institusi politik dan sebagainya.

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

SOALAN 2 Bincangkan struktur organisasi sosial dalam tamadun Indus dan tamadun China. A) Pengenalan (3 markah) 1. Peranan masyarakat merujuk kepada organisasi sosial @ stratifikasi sosial sesebuah masyarakat.

Organisasi sosial merujuk kepada pembahagian anggota masyarakat kepada beberapa lapisan sosial yang mempunyai perbezaan dari segi kuasa kekayaan, gaya hidup, pekerjaan , dan sebagainya. Melvin Tumin menyatakan organisasi sosial merujuk kepada penyusunan kelompok masyarakat dalam satu lapisan kedudukan yang berbeza dari segi kuasa, harta, penilaian sosial, dan kepuasan rohani. Kewujudan organisasi sosial sememangnya dapat dikesan sejak zaman Neolitik berikutan berlakunya perubahan cara hidup masyarakat yang mula melibatkan diri dalam kegiatan pertanian yang telah menimbulkan pelbagai kelas dalam masyarakat sama ada pemerintah dan pendeta yang menggunakan autoriti dan kuasa agama untuk menguasai hasil ekonomi negara diikuti munculnya golongan tentera untuk melindungi kekayaan dan kepentingan negara serta kelas yang paling bawah biasanya petani dan hamba yang bertanggungjawab mengeluarkan hasil- hasil ekonomi negara. Pendek kata, dengan wujudnya organisasi sosial dalam sesebuah masyarakat amalan pengkhususan kerja dapat diamalkan seterusnya pasti membawa kepada kelancaran melaksanakan sesuatu aktiviti termasuk kegiatan ekonomi.

2. Menyatakan lokasi Tamadun Indus dan China . B) Isi A) Struktur organisasi sosial Tamadun Indus (5 isi x 2 markah) 1. Golongan Pendeta

Disebabkan tidak adanya sistem pemerintahan beraja, maka tugas-tugas pemerintahan dan pentadbiran negara dipikul atau diamanahkan kepada golongan pendeta yang dianggap golongan yang suci serta mempunyai hubungan yang paling rapat dengan tuhan ataupun dewa. Dari segi pentadbiran dan perundangan misalnya, golongan pendeta bertanggungjawab menggubal serata melaksanakan peraturan dan undang undang yang pada amnya lebih bersifat keagamaan berdasarkan kitab-kitab suci mereka. Golongan ini juga mempunyai pengaruh yang besar dalam bidang ekonomi, kerana institusi agama(kuil)mempunyai tanah-tanah pertanian yang luas akan dikerjakan oleh golongan petani ataupun hamba. Golongan ini juga bertanggungjawab mengagihkan hasil-hasil pertanian yang dikumpulkan dalam jelapang. Dari segi sosial pula, tanggungjawab kebajikan yang dipikul oleh golongan ini ialah menyediakan kemudahan infrastruktur seperti pembinaan jalan raya.

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

2. Golongan Pedagang

Merupakan satu lagi kelas yang diletakkan dalam kategori kelas atasan dalam masyarakat di lembah Indus. Golongan ini sebagaimana golongan pendeta hidup dalam keadaan mewah dan mempunyai pekerja-pekerja yang terdiri sama ada golongan buruh yang merdeka atau hamba. Golongan ini dapat menjalani kehidupan yang mewah kerana urusan perdagangan yang dijalankan oleh mereka adalah bebas , iaitu tiada campur tangan golongan pendeta serta dikecualikan daripada membayar cukai. Para pedagang ini juga mempunyai cop-cop mohor yang mempunyai lambang bercorak keagamaan yang menandakan kekayaan yang dimiliki serta dipercayai menjadi azimat yang ada kuasa sakti.

3. Golongan petani

Golongan petani biasanya tinggal dirumah-rumah kecil ataupun yang disediakan oleh golongan pedagang. Biasanya rumah tersebut hanya mempunyai 2 buah bilik. Segala kerja pertanian yang dijalankan oleh golongan petani akan diawasi oleh para pendeta.

4. Golongan buruh

Sementara golongan buruh pula biasanya akan menjalani tugas-tugas seperti menghantar bijirin, membina tembok, dan menenun kain.

5. Golongan hamba Kerja-kerja seperti mengumpul, menyimpan bijirin yang dihasilkan oleh petani dijalankan oleh hamba. 6. Mengikut kasta

Dengan kedatangan orang-orang Aryan sistem sosial masyarakat Indus dipengaruhi oleh sistem kasta. Sistem ini mengklasifikasikan penduduk mengikut pekerjaan mereka. Golongan yang paling tinggi dalam masyarakat dikenali sebagai Brahman yang berurusan dalam soal keagamaan serta spiritual dan mempunyai pengaruh yang besar dalam bidang politik dan pemerintahan. Golongan kedua pula kasytria yang bertanggungjawab pula menjalankan tugas-tugas ketenteraan seperti memberikan perlindungan kepada Brahman dan menghadapi musuh tatkala diancam. Seterusnya pula golongan Vaisya yang biasanya dirujuk kepada golongan yang mempunyai kekayaan khasnya golongan pedagang Manakala kasta yang paling rendah di antara 4 kelas ialah sudra iaitu biasanya merujuk kepada golongan petani. Kasta-kasta yang diamalkan di sini amat rigid, menyebabkan pergaulan antara kelas atasan dan bawahan adalah amat terbatas.

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

B) Struktur organisasi sosial Tamadun China (5 isi x 2 markah) 1. Golongan raja


Merupakan kelas tertinggi dalam masyarakat China. Sumber kekuasaan dan mempunyai supreme authority sebagaimana peranan firaun di Mesir. Antara tugas raja di China ialah menjadi sumber undang-undang negara; segala arahan dan perintah raja mesti dilaksanakan ,menjadi ketua agama, ketua kerajaan dan hakim, mengetuai upacara agama, melantik ketua pelbagai jenis agama dan kepercayaan, dan juga melantik pegawai pentadbir untuk melicinkan struktur pentadbiran Seseorang yang dilantik menjadi raja dipercayai mendapat mandat daripada tuhan atau syurga. Sekiranya berlaku bencana alam, seseorang raja itu harus ditukar sama ada secara baik ataupun melalui pemberontakan. Walaupun begitu, kebanyakan tugas raja dijalankan oleh wakil-wakilnya(golongan aristokrat atau bangsawan) atas nama baginda.

2 .Golongan Aristokrat

Merupakan pembantu utama raja, dan mempunyai pengaruh yang amat besar dalam sistem politik dan sosial masyarakat China Pada zaman dinasti Shang, golongan ini memonopoli penggunaan gangsa dalam bentuk alat-alat ritual dan senjata Sesuai dengan tarafnya, golongan ini membina rumah kediaman berhampiran rumah ibadat yang biasanya dikelilingi oleh tembok sebagai langkah keselamatan Pada zaman Dinasti Chao golongan ini amat berpengaruh, mempunyai banyak pengikut serta tanah-tanah yang dikerjakan oleh petani sesuai dengan sistem feudal yang diamalkan pada masa itu .

3. Golongan cerdik pandai

Kelas yang tinggi darjatnya ialah golongan cerdik pandai yang berperanan memberi nasihat kepada raja dan masyarakat berhubung dengan pentadbiran serta tingkah laku . Sesuai dengan penguasaannya dalam ilmu-ilmu tertentu, maka tidak hairanlah golongan ini terlalu dipuja oleh masyarakat . Golongan inilah yang bertanggungjawab memperkenalkan pelbagai aliran pemikiran di China seperti Confuciunisme, Taoisme, Legalisme, Moisme, dan Menciusme.

4. Golongan petani

Golongan bawahan yang terpenting dalam masyarakat China yang menjadikan organisasi di sini agak unik. Mereka dianggap kumpulan mulia kerana membekalkan makanan yang merupakan asas kepada kehidupan manusia.

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

5. Golongan artisan@ tukang-tukang mahir Bertanggungjawab menghasilkan monumen monumen tertentu. 6. Golongan pedagang

Diletakkan di tangga terbawah kerana mereka di anggap penipu serta mengaut keuntungan daripada rakyat. Mereka tidak dipandang tinggi oleh masyarakat.

7. Golongan hamba, pelacur dan pelakon

Golongan ini dipandang lebih hina kedudukannya dan tidak mendapat tempat di sisi masyarakat.

8. Golongan wanita

Golongan wanita mempunyai kedudukan yang lebih rendah daripada lelaki. Hanya lelaki mempunyai kuasa menceraikan isteri. Dari aspek kekeluargaan pula, golongan pembesar dan kerabat diraja pula tidak dibenarkan berkahwin lebih dari seorang wanita.

C) Kesimpulan : (2 markah)

Pembentukan organisasi sosial telah membentuk masyarakat yang kompleks. Dengan demikian telah dapat membantu perkembangan masyarakat yang membantu perkembangan tamadun yang lebih hebat.

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

SOALAN 3 Bincangkan langkah-langkah mengukuhkan empayarnya. PENGENALAN (3 markah) 1. Konsep empayar: Empayar merujuk dasar pemerintahan kawasan wilayah atau daerah di bawah seorang maharaja yang berkuasa dan berwibawa. Farmer dalam bukunya Comparative History in Civilization mentakrifkannya sebagai entiti-entiti politik yang besar sebagai empayar sejagat kerana dapat menyatukan zon-zon budaya yang luas.Empayar mempunyai wilayah yang luas hasil peluasan kuasa oleh tentera dan pemerintahan yang kukuh. Antara ciri utama sistem pemerintahan empayar ialah sistem pemerintahan empayar berlaku dalam 3 bentuk iaitu dinasti, perkongsian kuasa dan liga, pelaksanaan konsep hegemoni(penduduk-penduduk yang hidup di dalam empayar itu mengalualukan pemerintahannya), menggunakan kekuasaan tentera, pemusatan kuasa kerajaan, wujudnya sistem birokrasi, memupuk semangat ketahanan mental, fizikal dan spiritual. 2. Latar belakang empayar Maurya Merupakan empayar yang pertama di India bermula pada tahun 321 S.M Diasaskan oleh Chandragupta Maurya. Pentadbiran empayar ini begitu menyerlah semasa pemerintahan rajanya yang ketiga iaitu Asoka. Asoka telah menaiki takhta pada tahun 273 S.M dengan gelaran Devanampiya Plyadasi. Beliau telah menjadikan Empayar Maurya sebagai sebuah empayar yang agung melalui perluasan kuasa, keagamaan dan pembaharuan sistem politik. ISI: Langkah-Langkah Yang Diambil Oleh Pemerintah Empayar Maurya (7isi x 3 markah) 1. Mengukuhkan ketenteraan Terdapat 4 jenis tentera iaitu tentera bergajah, tentera berkuda (Kavalri), kereta kuda dan infantri (berjalan kaki) Terdapat unit-unit seperti tentera laut, pengintip, kumpulan perantis dan komisariat. Penggunaan gajah membantu memecahkan barisan tentera, meruntuhkan kubu, pintu kota dan benteng pertahanan. Pasukan kavalri menentukan kejayaan. Kekalahan Maharaja Porus kepada Iskandar Zulkarnain disebabkan kelemahan tentera kavalri. Kereta kuda digunakan secara meluas pada zaman Maurya. Raja-raja India mempunyai angkatan tentera/bilangan yang besar seperti Chandragupta Maurya (600 000 askar), Rajaraja 1 (900 000 askar) dan Mahendrapala (800 000 askar) Wujud pentadbiran tentera (logistik) yang efisyen. Terdapat perkhidmatan perubatan, jurutera dan tukang2 masak.
8

yang

diambil

oleh

pemerintah

Maurya

untuk

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

Terdapat pelbagai jenis peralatan tentera seperti meriam, kayu pelantak, busur, panah beracun, pedang, tombak dan lembing. Terdapat organisasi ketenteraan yang sistematik iaitu Pati(unit tentera yang paling asas), Senamuka (gabungan tiga Pati), Gulma (gabungan tiga Senamuka) dan Aksauhini (gabungan tiga Gulma). Ketua pasukan tentera ialah Panglima Agung. Beliau dibantu oleh panglima Kapten. ( Nayaka dan Pandanayaka)

2.

Melaksanakan pentadbiran birokrasi Memperkemaskan pentadbiran dengan melantik pegawai-pegawai kerajaan bagi membantu maharaja di peringkat sama ada pusat mahupun wilayah. Contoh, pelantikan gabenor di wilayah. Memperkenalkan undang-undang. Sebagai contoh, mengukir doktrin-doktrin Buddha di atas batu, tiang-tiang dan gua-gua di seluruh empayar pada zaman Asoka. Memantapkan kepimpinan Memperkukuh konsep devaraja iaitu raja dianggap sebagai wakil Tuhan di bumi. Peranan dan kebijaksanaan raja dalam mentadbir. Contoh: Chandragupta Maurya dan Asoka Pemusatan sistem pemerintahan Berlaku pemusatan sistem pemerintahan iaitu semua urusan pentadbiran tertakluk kepada maharaja di peringkat pusat. Di samping itu, pemerintahan tempatan juga dikekalkan. Pemantauan Dilaksanakan di peringkat pusat dan wilayah. Tujuannya untuk mengelakkan pemberontakan. Menjaga kebajikan rakyat Kebajikan rakyat dijaga. Tujuannya untuk membangkitkan taat setia kepada raja. Contoh menyediakan peluang pekerjaan, membina hospital dll. Mempraktikkan ajaran agama Buddha Asoka mengamalkan agama Buddha. Asoka percaya ajaran yang menekankan aspek kemanusiaan dan nilai-nilai murni mampu mengukuhkan empayar. Asoka juga menghantar misi-misi keagamaan ke negara luar dengan melantik mubaligh-mubaligh Buddha untuk menyebarkan agama Buddha. Contoh, menghantar misi ke Sri Lanka, Asia Barat, Mesir dan Eropah Timur.

3.

4.

5.

6.

7.

8. Dasar Diplomasi Perkahwinan politik. Asoka mengubah polisi penaklukan secara kekerasan kepada penaklukan secara righteounesness (menawan kerajaan-kerajaan berdasarkan hubungan persahabatan dengan negara-negara jiran).
9

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

9.

Menggalakkan kegiatan ekonomi Perdagangan, pertanian dan perusahaan.

KESIMPULAN (1 markah) Langkah-langkah yang telah diambil oleh pemerintah pada zaman empayar Maurya berjaya menjadikan empayar Maurya sebagai empayar yang kuat.

10

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

SOALAN 4 Huraikan idea-idea ketenteraan yang dipelopori oleh Kautilya dalam tamadun India. PENGENALAN (3 markah) 1. Kautilya merupakan pemikir ketenteraan agung dalam tamadun India 2. Dikenali juga sebagai Chanakya 3. Pernah berkhidmat sebagai menteri kepada pengasas empayar Maurya iaitu Chandragupta Maurya 4. Menghasilkan karya terkemuka iaitu Arthasastra (Science of Gain / Power) 5. Dihasilkan untuk pemerintahan Maurya pada abad ke-3 S.M agar dapat menjalankan pentadbiran dengan sistematik dan teratur. 6. Kitab Arthasastra terdiri daripada 15 bahagian yang membicarakan tentang pemerintahan dan ketenteraan ISI:Idea Ketenteraan Yang Dipelopori Oleh Kautilya (5 isi x 4 markah) 1. Hubungan antara negara-negeri Hubungan ini adalah berasaskan 6 perkara; i) Keamanan ii) Peperangan iii) Menunggu masa untuk musuh memulakan serangan pertama iv) Menyerang dahulu v) Mengadakan persekutuan dengan musuh kepada musuh vi) Dasar duaan; persekutuan atau keamanan dengan satu pihak musuh sementara meneruskan peperangan dengan pihak yang satu lagi. 2. Empat Cara Untuk Memenangi Peperangan Cara tersebut ialah; i) Pemujukan dan ucapan yang menawan hati. ii) Rasuah iii) Menyemai benih pepecahan iv) Persengketaan Apabila semuanya gagal, baru berperang. Mengetahui Kekuatan Seorang penakluk harus mengetahui tentang kekuatan tenteranya dan tentera musuhnya. Melakukan serangan apabila berkesempatan/ada peluang. Kemahiran Dalam Komplot Kemahiran ini adalah lebih baik daripada kegagahan dan kehandalan. Jika dalam suatu pertempuran menandakan tiada tanda-tanda kemenangan, seorang raja harus menjalankan peperangan yang tidak jujur. Contohnya dengan menggunakan perisik, pelacur, merasuah pegawai, tukang masak dan segala isi istana untuk melemahkan musuh.

3.

4.

11

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

5.

Mengaitkan peperangan dengan aspek spiritual dan keagamaan. Pahlawan-pahlawan Hindu percaya kepada perlunya berjuang sehingga mati dalam usaha untuk memenuhi matlamat spiritual dan keagamaan. Kematian dalam peperangan bertujuan untuk membebaskan diri daripada rantai kelahiran semula dan mencapai nirvana. Banyak mempengaruhi pahlawan dan raja-raja Hindu seperti kerajaan Rajput dan Marathas. Dasar kekejaman Untuk menghadapi musuh bheda digunakan iaitu cara melaga-lagakan musuh dengan menimbulkan isu-isu sensitif. Raja menunjukkan kekejaman untuk menakutkan tentera musuh serta menggunakan kekerasan konsep danda iaitu kayu atau besi yang kuat ke atas orang jahat atau musuh. Memperkenal teori mandala Menurut Kautilya, pemerintah mesti bijak mencari kawan dan berbaik-baik dengan musuh negara yang diperangi. Apabila peperangan berlaku, sudah tentu musuh tersebut akan membantu kita.

6.

7.

KESIMPULAN (2 markah) 1. Idea Kautilya dalam kitab Arthasastra banyak membantu pemerintah Maurya dalam usaha mengukuhkan kuasa dan melahirkan kerajaan yang mantap.

12

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

SOALAN 5 Bincangkan perubahan yang berlaku daripada sistem barter kepada sistem kapitalis di Eropah sehingga tahun 1800 Masihi. PENGENALAN (3 markah) 1. 2. Definisi sistem barter sistem tukar barang ketika aktiviti jual beli dijalankan. Definisi sistem kapitalis sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan berasaskan keuntungan. Sistem kapitalis juga berdasarkan kuasa pasaran bebas laissez faire dalam menentukan pengeluaran, kos, menetap harga barang dan perkhidmatan, pelaburan dan pendapatan.

ISI: Perubahan yang berlaku dari sistem barter kepada sistem kapitalisme di Eropah sehingga tahun 1800 Masihi (7 isi x 3 markah) 1. Sistem Barter Perdagangan bermula apabila manusia mula keluar daripada ekonomi sara diri. mereka mula menukarkan barang yang dihasilkan utk mendapatkan barangan keperluan yang lain. Kegiatan menukar barang seperti ini dikenali sebagai sistem barter. Mata Wang Sebagai Alat Pengukur Perdagangan berasaskan sistem barter diamalkan secara meluas di Eropah sebelum kemunculan tamadun Greco-Roman Sistem barter ini mula berubah apabila mata wang digunakan sebagai alat pengukur nilai pada zaman itu. Tetapi kegiatan perdagangan berasaskan system ini masih diamalkan di Eropah sehingga abad ke-15/16 khususnya di kawasan pedalaman. Penggunaan Mata Wang Secara Meluas Sistem barter merosot apabila mata wang digunakan secara meluas dalam abad ke-18 dan seterusnya. Kemunculan Semula Bandar-bandar di Eropah Kemunculan semula Bandar-bandar di Eropah khususnya di Itali pada abad ke 13 telah membawa perubahan besar ke atas sistem perdagangan di Eropah. Di bandar-bandar inilah munculnya golongan saudagar baru yang meluaskan kegiatan mereka ke seluruh Eropah. Di sini munculnya institusi perniagaan seperti bank, syarikat insurans, persatuan saudagar dan sebagainya yang memudahkan lagi urusan pertukaran barangan yang berasaskan kepada penggunaan mata wang. Di bandar-bandar Itali inilah terasasnya sistem ekonomi kapitalisme yang kemudiannya meluas ke seluruh Eropah.

2.

3.

4.

13

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

5.

Kebebasan Saudagar-saudagar di Itali memperolehi kebebasan menjalankan kegiatan mereka. Pihak berkuasa tidak menghalang kebebasan para saudagar untuk berurus niaga, mengumpulkan kekayaan dan meluaskan kegiatan mereka. Institusi Bank Dengan dibantu oleh institusi bank dan perniagaan lain, saudagar dapat menjalankan kegiatan dengan lebih mudah. Contohnya, bank-bank memberikan pinjaman modal dan mengeluarkan bil-bil pertukaran kepada saudagar-saudagar. Syarikat Insuran Syarikat insuran mengeluarkan jaminan ke atas modal saudagar-saudagar untuk mengurangkan risiko mereka. Dengan kemudahan-kemudahan ini, hubungan perdagangan menjadi lebih teratur dan berjalan dengan licin. Kemunculan Negara Bangsa Kejatuhan wilayah-wilayah feudal dan kemunculan sistem negara kebangsaan Eropah dalam abad ke-14/15 Hal ini menggalakkan kepada perkembangan perdagangan apabila terhapusnya pelabagai bentuk halangan ke atas perdagangan yang diwujudkan oleh sistem feudal dahulu. Peranan Pemerintah Berikutan dengan kejatuhan feudalisme di Eropah, kegiatan perdagangan menjadi unsur penting dalam aktiviti-aktiviti ekonomi di Eropah. Pihak pemerintah (raja mutlak) tidak sahaja memberikan galakan kepada perdagangan tetapi juga melindunginya. Keseragaman dalam Timbangan, Sukatan & Peraturan Perdagangan menjadi lebih mudah apabila ada keseragaman dari segi kaedah timbang dan sukat, peraturan dan undang-undang yang melindungi hak pemilikpemilik komoditi dan modal. Terdapat juga institusi-institusi yang berfungsi dari segi menyediakan kemudahan-kemudahan kredit dan kewangan. Kemunculan unsur-unsur tersebut menjadi asas kepada perkembangan sistem perdagangan di bawah ekonomi kapitalisme di Eropah.

6.

7.

8.

9.

10.

Kesimpulan (1 markah) Sistem kapitalis berjaya melahirkan golongan pedagang yang kaya di Eropah.

14

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

SOALAN 6 Bincangkan sistem pendidikan di Athens dan Sparta dalam tamadun Yunani. Pendahuluan (3 markah) Tamadun Yunani terletak di tepi sungai Tibet di Lembah Latium. Dua buah kota yang terletak pada zaman Yunani ialah Athens dan Sprata. Kedua-dua mempunyai ciri-ciri pemerintahan sendiri. Tamadun Yunani sangat mementingkan pendidikan kepada rakyatnya sehingga berjaya melahirkan cendekiawan. Latarbelakang Negara kota Athens dan Sparta: Athens dan Sparta merupakan dua buahnegara kota Yunani yang paling menonjol. Latar belakang Pemerintahan AthensMuncul antara 800 500SM.Merupakan sebuah negara yang bercorak agraria atau mengutamakan Latar Belakang SpartaMuncul antara 800-500SM. Mengamalkan pemerintahan yang bercirikan autoritarian dan menggunakan

Isi-isi penting A. Sistem pendidikan Athens (10 markah - impression) 1. Dasar pendidikan Pendidikan bertujuan melahirkan warganegara yang sempurna dari segi perkembangan tubuh dan minda harmoni. Penekanan diberikan kepada ilmu, seni, muzik dan kesukanan. Athens mahu melahirkan warga yang serba boleh dalam pelbagai bidang pendidikan. 2. Kurikulum Kurikulum negara kota Athens berbeza mengikut usia pelajar. Kurikulum di sekolah rendah menekankan latihan fizikal, muzik, pembacaan, ucapan, mengira dan retorik. Kurikulum peringkat menengah bagi pelajar berusia 18 hingga 20 tahun menekankan latihan fizikal dan sukan pentathlon. Kurikulum bagi pelajar berusia 20 hingga 30 tahun meliputi subjek sains, aritmetik, geometrid dan astronomi. 3. Institusi pendidikan Institusi pendidikan di Athens terdiri daripada; - Institusi pendidikan lama Athens. - Institusi pendidikan baru Athens. Institusi pendidikan lama Athens adalah seperti berikut; - Sekolah bagi kanak-kanak berusia 7 tahun. Kanak-kanak diberi latihan fizikal yang ringan dan permainan. - Sekolah bagi kanak-kanak berusia 12 hingga 15 tahun.Kanak-kanak diberi latihan gimnastik. - Sekolah bagi kanak-kanak berusia 15 tahun. Kanak-kanak mempelajari pentathlon dan kemahiran membaca dan menghafal.
15

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

Univeristi bagi pelajar berusia 18 tahun.Pelajar mempelajari muzik, membaca, menulis dan mengira.

Institusi pendidikan baru terdiri daripada ; - Sekolah yang menekankan pembelajaran bacaan, penulisan, aritmatik dan menghafal sajak serta syair. - Akademi atau sekolah pendidikan tinggi. 4. Tenaga pengajar - Pada zaman Solon, pengajar di sekolah dikenali sebagai sofis. - Sofis terkenal adalah Protogoras dan Gorgias. - Guru yang mengajar muzik dikenali sebagai Cithana dan Lyre. - Pelajar juga dibimbing oleh hamba yang dikenali sebagai poedagogus. - Guru-guru akan mengajar pelajar menulis dan menyalin serta menghafal tanpa memahami maksud. Peringkat sekolah Sekolah rendah Pelajar belajar tinju dan muzik Waktu belajar dari pagi hingga petang Mereka menulis dan menyalin apa yang diajar oleh guru serta menghafal tanpa mengetahui maknanya. Peringkat menengah Pelajar berusia 15 tahun. Pelajar belajar di gimnasium Guru yang mengajar dikenali sebagai sofis dan yang terkenal ialah Protogoras dan Gorgias. Kurikulum meliputi aspek tatabahasa, retorik dan pidato. Tahap pendidikan Tahap lama (abad kelima hingga keenam S.M.) Kanak-kanak dilatih untuk keamanan dan gimnastik. Kanak-kanak melibatkan diri dengan belajar muzik, membaca, mengira dan menulis. Tahap kedua (abad keempat hingga 338 M) Semasa Raja Philip Macedonia pelajar diajar tatacara kehidupan awam. Plato telah menubuhkan sekolah tinggi, iaitu akademik. Solon mengasaskan Cynossarges. Guru yang mengajar muzik dikenali sebagai Cithana dan Lyre. Pada umumnya sekolah di Athens di bawah penyeliaan negara, khususnya Majlis Areopajus.

16

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

B. Sistem pendidikan Sparta (10 markah impression) 1. Di negara Sparta, pendidikan merupakan tugas negara dan mendidik kanak-kanak agar berani.Pendidikan awal biasanya bermula daripada keluarga. 2. Institusi pendidikan sebenar Sparta adalah di berek tentera. Kurikulum Sparta menekankan latihan fizikal. Lelaki yang berusia 18 tahun akan diajar cara-cara peperangan.Peperiksaan setiap 10 hari.Lelaki berusia 20 tahun akan menjalani kehidupan militer sebenar.Apabila berumur 30 tahun, sekolah tamat dan mereka ini akan berkahwin. 3. Wanita diberi kebebasan menjalani kehidupan di luar rumah dan mereka diajar aktiviti sukan.Wanita diajar latihan fizikal adalah untuk melahirkan keturunan yang sihat, kuat, dan menanam semangat patriotik dalam diri mereka.

KESIMPULAN (2 markah) Terdapat jurang perbezaan antara Athens dengan Sparta dari segi pembentukan warga melalui pendidikan. Masih terdapat unsur-unsur persamaan dalam masyarakat Yunani. Kedua-duanya melahirkan warganegara yang berilmu, taat dan berguna kepada bangsa.

17

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

SOALAN 7 Bandingkan faktor-faktor penerokaan dan penjelajahan antara tamadun Barat dengan tamadun Islam. PENGENALAN [ 3 markah]
1. Pelayaran

bermaksud mengembara atau berjalan ke merata tempat dengan menggunakan laluan air. 2. Penerokaan bermaksud usaha penyelidikan, mengkaji dan menjelajah kawasan yang baru dijumpai atau diduduki. 3. Latar belakang sejarah pelayaran dan penerokaan Barat 4. Latar belakang sejarah pelayaran dan penerokaan Tamadun Islam. ISI: Perbandingan matlamat penjelajahan dan penerokaan orang Barat dengan orang Islam.[ 5 isi X 4 markah = 20 markah]
1.

Agama Orang Barat Penjelajahan juga didorongkan oleh kepentingan penyebaran agama Kristian. Orang-orang Sepanyol sedang berperang dengan negeri-negeri Islam diIberia untuk merampas balik tanah mereka daripada penguasaan Islam. Didasarkan konsep bahawa dunia pada masa itu haruslah tertakluk kepada kuasa Kristian, maka penyebaran agama Kristian menjadi suatu motivasi yang begitu kuat. Contohnya, mendapatkan ikatan politik dengan Prester John di Ethopia untuk menghancurkan kuasa Islam. Orang Islam Objektif penerokaan juga bertujuan untuk menyebarkan dakwah Islam. Pada zaman Rasullah s.a.w, baginda telah mengutuskan Muaz bin Jabal ke Yaman untuk kegiatan dakwah. Pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz, ramai pendakwah Islam yang menjelajah keseluruh dunia untuk menyebarkan Islam. Sheikh Abdul Aziz antara pendakwah yang berjaya mengislamkan Melaka, Sheikh Ismail menyebarkan Islam ke Acheh dan Maulana Ibrahim ke Gerisik Jawa.

18

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK 2.

Ekonomi Orang Barat Orang Eropah amat memerlukan barangan yang dihasilkan di Timur khususnya rempah- ratus. Permintaan yang tinggi untuk rempah-ratus membuat negara2 Eropah berlumba2. Rempah-ratus diperlukan untuk mengawet makanan. Selain itu, mereka juga memerlukan barangan lain seperti ubat-ubatan, kapas dsb. Menjelang abad ke-15, pemintaan untuk barang-barang dari timur melebihi pembekalan. Pedagang2 Islam dan Italy menguasai pedagangan dengan Timur. Mereka meraih keuntungan yang besar dengan menjual barang2 tersebut padaharga yang tinggi. Kemajuandalam bidang sains teknologi melahirkan semangat ingin tahu dalam kalangan orang Eropah untuk meneroka kawasankawasan baruyang belum pernah diterokai. Mereka tidak mahu bergantung kepada pedagang2 Arab. Oleh itu negaranegara Eropah ingin mencari jalan laut ke Timur untuk meperoleh barangbarang tersebut pada kadar harga yang rendah dan memecah monopoli saudagarsaudagar Islam. Orang Islam Pada zaman Khalifah Al-Walid, pada pedagang Islam telah mengadakan hubungan perdagangan hingga ke negara China. Pedagang Islam yang terkenal sebagai pedagang yang terawal menguasai jalan laut antara Timur dengan Barat. Mereka telah menjalinkan hubungan perdagangan dengan pedagang di AsiaTenggara, India dan China. Mereka berjaya menguasai perdagangan rempah dan sutera dari Timur.

3.

Dorongan Orang Barat Golongan pemerintah/raja menggalakkan penjelajahan terutama ke Timur untuk mewujudkan kestabilan politik dan meningkatkan kekayaan negara. Golongan pemerintah menggalakkan individu2 untuk menjelajah ke dunia baru. Mereka dijanjikan kekayaan dan pangkat jika berjaya menubuhkan jalinan perdagangan dengan kawasan baru. Contoh; Vasco da Gama telah diberi gelaran Count of Vidiguira kerana kejayaannya menemui jalan ke India dan dilantik menjadi wizurai di India.

19

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

Orang Islam Dorongan al-Quran supaya umat Islam keluar melakukan pelayaran dan penerokaan. Firman Allah dalam Surah al- Jumuah ayat 9, Surah al- Mukmin ayat 82 dan Surah al- Haj ayat 46. Firman Allah yang bermaksud; katakanlah :Berjalanlah di muka bumi maka perhatilah bagaimana Allah swt menciptakan manusia dari permulaannya. Kemudian Allah menjadikannya sekali lagi.
4.

Ingin tahu / inkuiri Orang Barat Faktor Zaman Renaissans yang bermula pada kurun ke-13 M menggalakkan munculnya semangat inkuiri atau ingin tahu terutamanya tentang hal wujudnya tanahtanah di luar Eropah yang belum diketahui. Semangat Renaissans juga mengubah pandangan dunia (world view) orang-orang Eropah. Pada dulunya, perspektif mental mereka adalah berdasarkan pandangan bahawa Eropah bertumpu pada Jerusalem dan Lautan Mediterranean. Dunia pada masa itu dianggap terdiri daripada Asia, Eropah, dan Afrika yang mengelilingi Lautan Mediterranean. Pengetahuan baru tentang China melalui Marco Polo telah mencetuskan semangat baru untuk memperluaskan pengaruhnya. Orang Islam Perasaan ingin tahu mengenai sesuatu tempat yang terletak jauh dari petempatan mereka. Contoh tokoh Al-Masudi, Ibn Hawqal dan sebagainya. Perasaan ini menyebabkan mereka melakukan penjelajahan dan penerokaan ke kawasan lain.

5.

Politik Orang Barat Untuk meluaskan kuasa politik, mereka berlumba-lumba untuk menjajah kawasan baru. Mereka bersaing agar kawasan baru tidak ditakluki oleh orang-orangIslam. Orang Portugis percaya kejayaan dapat belayar jauh dan mempunyai tanah jajahan yang luas merupakan satu kebanggaan(glory). Orang-orang Inggeris datang ke Timur untuk mencari tanah jajahan dan menjadi kuasa baru.

20

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

Orang Islam Bagi memperkukuhkan politik Islam, banyak penerokaan kawasan baru dibuat oleh pemerintah Islam. Semasa pemerintahan zaman Bani Umayyah, khalifah Abdul Malik bin Marwan dan khalifah al-Walid bin Abdul Malik telah meluaskan wilayah Islam. Seluruh Afrika Utara, Semenanjung Siberia dan India Utara telah berjaya dikuasai oleh Islam.

6.Persaingan Orang Barat Negara2 Bangsa seperti Portugal, Sepanyol, England dan Perancis bersaing antara satu sama lain untuk meneroka kawasan-kawasan baru di benua Asia, Afrika dan Amerika. Tujuannya untuk mendapatkan bahan-bahan mentah seperti rempah-ratus, sutera, tembikar dan pasaran baru bagi barang-barang mereka.

Orang Islam Orang Islam berlumba-lumba dengan kuasa Barat seperti Portugal, Inggeris dan Sepanyol untuk mendapatkan bahan mentah yang diperlukan seperti rempah ratus di Timur. Hal ini mendorong mereka melakukan penerokaan dan penjelajahan.

Kesimpulan [ 2 markah]
1. Aktiviti penjelajahan dan penerokaan dalam tamadun Islam telah memberikan nafas baru

dalam proses perkembangan intelektual dan pembangunan kemasyarakatan serta peningkatan ekonomi masyarakat Islam.
2. Penjelajahan dan pelayaran kuasa-kuasa Eropah telah meninggalkan pelbagai kesan

dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Dari aspek politik, kuasa2 Eropah seperti Inggeris, Portugal, Sepanyol dan Belanda menjadi kuasa penjajah di luar benua Eropah.

21

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

SOALAN 8 Jelaskan jenis-jenis seni bina yang terdapat dalam tamadun Mesir. Pengenalan (3 markah) 1. Pengertian seni bina Merujuk kepada usaha manusia untuk mencipta sesuatu bentuk yang menyenangkan. Seni dianggap sebagai semua yang boleh menimbulkan keindahan sehingga dapat melahirkan kesenangan Kesenian dibahagikan kepada dua jenis iaitu seni halus dan seni gunaan. Seni bina merupakan seni gunaan. Seni bina yang dihasilkan berasaskan kepada aspek kecantikan, ekspresi dan kegunaan. Faktor-faktor yang mempengaruhi kemajuan seni bina: i. Proses urbanisasi ii. Faktor keagamaan iii. Ancaman musuh dan binatang buas iv. Perkembangan kegiatan ekonomi v. Kemunculan organisasi sosial vi. Kewujudan negara kota dan sistem pentadbiran Latar belakang seni bina tamadun Mesir Tamadun Mesir merupakan antara tamadun di dunia yang amat cemerlang dalam menghasilkan seni bina mereka yang unik dan luar biasa. Masyarakat Mesir mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang seni bina. Hal ini terbukti dengan adanya monumen-monumen yang masih utuh, tersergam indah hingga ke hari ini. Imhotep, penasihat utama (wazir) kepada Firaun Djoser merupakan jurubina dan arkitek pertama di Mesir yang mula-mula sekali merangka bangunan batu.

2.

3.

Isi - Jenis-Jenis Seni Bina Yang Terdapat Dalam Tamadun Mesir (5 isi x 4 markah) 1. Candi Mereka mula menggunakan batu-bata untuk menjalankan kerja-kerja pembinaan. Candi didirikan terutama sekali di atas kubur-kubur golongan bangsawan. Candi-candi mempunyai beberapa bilik untuk menyimpan harta benda yang dimiliki oleh si mati. Mereka membina tembok-tembok di sekeliling tempat tinggal mereka termasuk rumah-rumah berhala di stana dan istana.

22

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

2.

Mastaba Menjelang permulaan zaman dinasti, sejenis candi yang dikenali sebagai mastaba mula didirikan. Mastaba yang terawal sekali dibina di Sakkara. Mastaba ini mempunyai lima buah bilik di bahagian kuburnya. Manakala di bahagian atas terdapat 27 bilik stor. Dua buah tembok didirikan mengelilingi mastaba tersebut. Mastaba tersebut dibina berdasarkan kepada model rumah kediaman. Mengikut kepercayaan orang Mesir, mastaba ialah rumah bagi orang yang meninggal dunia Pembinaan mastaba mengalami perubahan pada zaman dinasti kedua dan ketiga. Menjelang dinasti keempat, ramai golongan bangsawan mendirikan mastaba dengan menggunakan batu. Batu menjadi bahan eksklusif yang digunakan oleh golongan diraja sahaja. Piramid Kebanyakan piramid mula dibina antara tahun 3000 S.M hingga 2000 S.M. Piramid bertingkat merupakan menara batu yang pertama di dunia. Piramid ini dibina oleh Wazir Imhotep bagi Djoser. Piramid mempunyai ketinggian 67 meter dan terdapat 6 tingkat. Piramid terletak di tengah-tengah kompleks bangunan seperti mastaba, istana, dewan dan rumah ibadat. Salah sebuah piramid terbesar yang dibina di Giza adalah Firaun Khufu yang didirikan meliputi kawasan 13 ekar. Piramid tersebut dibina menggunakan sejuta blok batu kapur yang setiap satunya seberat 2 tan. Pembinaan piramid bertujuan untuk menyimpan mayat-mayat raja-raja mereka yang dijadikan mumia. Dalam bangunan piramid tersebut terdapat lorong-lorong yang menyambungkan bilik-bilik mayat kepada beberapa bilik lain. Jaringan lorong-lorong ini ditutup dari dalam. Hal ini bererti para pekerja yang melakukan kerja-kerja tersebut terpaksa berkorban bersama-sama mumia Firaun mereka di dalam bilik-bilik yang berkenaan itu. Lorong-lorong dibina bertujuan mengelakkan daripada sebarang pencerobohan. Piramid Khufu disiapkan sepenuhnya untuk jangka waktu hampir 20 tahun dengan melibatkan kira-kira 100 ribu orang pekerja. Kebanyakan mereka mati setelah piramid tersebut siap dibina. Sphinx Merupakan antara binaan-binaan yang termasyhur Dihasilkan oleh masyarakat Mesir Purba Antara tugu terkenal yang masih ada hingga ke hari ini ialah Sphinx di Gaza. Sphinx yang berbentuk singa dan berkepala manusia mempunyai muka Firaun Khfre (Chepren) Mereka berjaya membina tiga tugu di Giza. Hampir keseluruhan Sphinx dibina berhampiran dengan tugu-tugu besar.

3.

4.

23

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

5.

Rumah-Rumah Berhala (kuil-kuil) Merupakan salah satu rekaan pembinaan yang berjaya dihasilkan oleh masyarakat Mesir Purba. Rumah berhala dibina menghala ke sungai. Sungai memainkan peranan dalam mengangkut bahan-bahan binaan. Batu granit digunakan untuk membina bangunan-bangunan keagamaan dan pengebumian. Dari segi pembahagian ruang, ruang pertama sesebuah rumah berhala adalah besar, terbuka dan untuk kegunaan awam. Ruangan seterusnya semakin kecil dan rendah. Bilik yang terakhir tempat tersimpannya patung Tuhan ialah bilik yang paling kecil dan paling gelap. orang awam dibenarkan memasuki halaman luar. Orang kehormat dan pembesar istana dibenarkan masuk ke dewan dan bilik tengah kuil. Hanya firaun dan sami besar sahaja dibenarkan masuk tempat suci. Antara rumah berhala yang terkenal ialah kuil Amun di Luxor, kui-kuil Amun di Karnak dan kuil Permaisuri Hatshepsut di Dier al-Bahri. Raja Pepi I, Ratu Hatshepsut dan firaun-firaun seterusnya telah membina rumah-rumah berhala untuk Tuhan-Tuhan mereka.

Kesimpulan (2 m) 1. Tamadun Mesir mempunyai seni bina yang unik dan tersendiri. 2. Seni bina tamadun Mesir berbeza dengan tamadun-tamadun awal yang lain seperti tamadun Mesopotamia dan tamadun Indus.

24

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

SOALAN 9 Bincangkan ciri-ciri masyarakat Arab pada zaman Jahiliyah. A. PENGENALAN (3 markah) 1. Definisi jahiliah bodoh atau sesat. a. b. c. d. e. Zaman kegelapan yang tiada kesejahteraan hidup. Masyarakat tidak ada nabi dan kitab suci sebagai petunjuk. Tidak mempunyai peradaban. Tidak berakhlak, angkuh dan bongkak. Tidak boleh membaca dan menulis.

2. Era Jahiliah : selepas keruntuhan Empangan Maarib hingga tahun 610 Masihi, penerimaan wahyu pertama oleh Nabi Muhammad s.a.w. B. ISI : CIRI CIRI MASYARAKAT ARAB JAHILIAH (7 isi X 3 markah) 1. Aspek agama dan kepercayaan. Terdapat pelbagai agama dan kepercayaan di Semenanjung Tanah Arab termasuklah Majusi, Nasrani, Yahudi dan Hanif, Berhala, Animisme dan Tahyul. Kepelbagaian ini berlaku kerana adanya pengaruh asing disamping menaruh harapan yang tinggi terhadap alam sekitar yang dipercayaan dapat mengawai dan membantu kehidupan seharian. Kepercayaan Majusi disebarkan oleh orang Parsi yang menjajah Bahrain, Oman dan Yaman. Masyarakat Arab di kawasan ini turut memuja api sebagaimana diamalkan oleh Masyarakat Parsi. Agama Nasrani disebarkan oleh orang orang Rom yang menjajah Hirah dan Ghassan di utara Semenanjung Tanah Arab, mereka mempunyai kitab suci tetapi ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa a.s telah dipinda berdasarkan kefahaman mereka sendiri. Najran merupakan pusat agama ini. Agama Yahudi disebarkan oleh saudagar saudagar yang berasal dari Palestine. Penganut asal agama ini ialah Bani Israil. Mereka mempunyai kitab suci tetapi ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa telah dipinda oleh orang orang Yahudi. Mereka membohongi masyarakat Arab, dengan menyatakan agama mereka benar daripada Allah s.w.t. Agama Yahudi bertapak di Yaman dan Madinah. Disamping itu terdapat segelintir orang Arab yang menganut ajaran yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s digelar Hunafa dan bertempat Makkah. Nabi Ibrahim dan puteranya Nabi Ismail a.s sampai di Makkah lebih awal. Maka ajaran Hanif mendahului ajaran Yahudi dan Nasrani di Arab.

25

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

Penganut agama agama dari langit iaitu Hanif, Nasrani dan Yahudi dalam kalangan masyarakat Arab tidak ramai, mereka menjalani kehidupan berdasarkan ajaran yang dianuti kecuali penganut Yahudi didapati lebih kejam terhadap penganut ajaran lain. Kepercayaan yang paling dominan di kalangan masyarakat Arab ialah penyembahanberhala. Penyembahan berhala muncul selepas kewafatan Nabi Ismail a.s Masyarakat berkehendakan perantara bagi menghubungkan mereka dengan Allah s.w.t Mereka mencipta berhala berhala daripada kayu kayu dan batu dan diletakkan disekeliling Kaabah. Penyembahan berhala muncul lebih awal dari agama Nasrani dan Yahudi. Masyarakat Arab menganggap penyembahan berhala adalah amalan nenek moyang mereka yang perlu dipertahankan. Di samping mempercayai berhala, masyarakat Arab percaya kepada animisme dan tahyul. Objek cakerawala dan objek di bumi disembah sebagai menandakan pengharapan dan terima kasih ke atas apa yang mereka terima. Mereka memuja tukang tilik dan percaya tanda-tanda baik dan buruk yang ditunjukan sesuatu objek. Kepelbagaian dalam agama turut menyumbang kepada amalan-amalan lain yang berbagai rupa termasuk amalan berpolitik, berekonomi dan bersosial. Mereka mempercayai kepercayaan karut dan tahyul seperti percaya pada pergerakan burung, mengikat tali pada pokok untuk menunjukkan taat setia isteri, percaya pada tangkal dsb.

Aspek Politik dan pentadbiran. 2. Tidak terdapat struktur pentadbiran/politik yang tetap dan jelas dalam kalangan masyarakat Arab di bahagian utara dan selatan. Hirah dan Ghassan di utara telah dijajah oleh kerajaan Rom dan Yaman di selatan di kuasai oleh kuasa Rom dan Parsi. Masyarakat Arab di kawasan ini bercelaru dari aspek pentadbiran, mereka tidak mampu melawan penjajah dan sentiasa kalah. Di bahagian selatan iaitu ketika kerajaan Himyar, anak tempatan diberi jawatan tetap tetapi statusnya hanya boneka kepada kerajaan Parsi. Di Makkah, struktur politik masyarakatnya agak jelas. 3. Terdapat Majlis Tindakan ( Darul Nadwah ) oleh jabatan jabatan pentadbiran dan ada pemimpin yang bergelar Sheikh. Namun ciri ciri politiknya mempunyai unsur unsur jahiliah.

26

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

4. Mereka mengamalkan politik berkabilah yang membawa kepada perebutan kuasa yang hebat. Suasana pentadbiran menjadi gawat dan tidak tenteram. Berlaku diskriminasi puak, memuja kuasa, bersifat agresif, pendendam dan ingin menguasai puak puak lain. Perebutan kuasa antara bani berlaku bagi mendapatkan kuasa mentadbir Jabatan Haji, perdagangan dan ketenteraman yang amat penting. 5. Di samping itu ketua ketua suku terpaksa membentuk majlis ketua ketua suku iaitu Mala. Golongan berpengaruh berjaya mempengaruhi keputusan Mala dan menjaga kepentingan kaum yang lemah. Kecelaruan politik masyarakat Makkah berlaku apabila golongan bangsawan iaitu pentadbir lebih cenderung untuk bergiat aktif dalam perdagangan untuk mencari kekayaan. Aspek Ekonomi. 6. Perdagangan merupakan kegiatan ekonomi utama masyarakat Arab bandar. Hubungan perdagangan diantara bandar di Syria dengan di Yaman di selatan memberi nafas kepada bangsa Arab. Namun akibat penjajahan oleh Rom ke atas Syria oleh Parsi ke atas Yaman. Perdagangan Arab turut terjejas, saudagar Arab Makkah menghadapi kesan itu dengan pelbagai cara. Mereka mengeksport perdagangan satu hala dengan suku Badwi yang menternak binatang. Cara hidup Badwi berpindah randah mendatangkan kesukaran kepada saudagar Makkah. Suku Badwi sentiasa menyerang saudagar atau kafilah yang melalui kawasan mereka sebagai tanda tindak balas ataupun untuk memenuhi desakan kebendaan. Ketika Makkah dipimpin oleh Abdul Manaf, urusan perdagangan diagihkan tugas kepada anak anaknya. Misi misi perdagangan dihantar ke Syiria, Habsyah, Yaman dan Parsi. Barang rempah, permata, emas, sutera dan lain lain diimport. Manakala berhala, buah tamar, kulit binatang dan lain lain dieksport melalui pelabuhan pelabuhan. Pada zaman Hashim bin Abdul Manaf ( Moyang Nabi Muhammad s.a.w ) perjanjian perdagangan dua hala dengan Maharaja Byzantine dan Parsi diwujudkan. Pakatan dagangan juga diwujudkan dengan kabilah di Yaman dan Syam. Sistem perniagaan bermusim juga diwujudkan bagi meneruskan kegiatan perdagangan. Musim sejuk pedagang Makkah akan ke Yaman dan pada musim panas mereka akan ke utara ( Syam ). 7. Pasar pasar diadakan di Makkah dan sekitarnya. Barangan bijirin, buah buahan, pakaian, hamba abdi yang tidak ditebus setelah mereka kalah berperang dan barangan lain dijual di pasar pasar. Sistem tukar barang diamalkan. Penipuan dan riba turut berleluasa.
27

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

Aspek Sosial. 8. Struktur sosial masyarakat Arab agak mudah, terdiri daripada golongan bangsawan dan hamba. Golongan bangsawan wujud di bandar. Mereka berpuak puak berdasarkan pertalian darah dan semangat assabiyah amat tebal. Setiap puaknya melantik seorang sheikh dalam kalangan mereka dan menjadi ketua bagi kabilah itu. Hamba pula dibeli untuk dikerah bekerja. Suku Badwi pula hidup berpuak puak dan ketua puak dipilih dalam kalangan anggota yang berpengaruh. Sistem berkabilah ini bermula dari satu keluarga dan kemudiannya bergabung menjadi keluarga besar disebut bani. Suku Badwi tidak wujud bani kerana kehidupan mereka yang sering berpindah randah dan mereka percaya semakin kecil sesuatu kelompok semakin kuat masyarakatnya. 9. Semangat Assabiyyah menyuburkan ciri ciri jahiliah Tingkah laku mereka kasar terhadap puak lain. Peperangan mudah berlaku walaupun disebabkan oleh perkara perkara kecil. Peperangan dilakukan untuk menguji kekuatan dan mengejar nama. Pernah berlaku peperangan yang berlangsung lama dan pihak yang kalah akan ditawan dan dijadikan hamba abdi. 10. Akhlak yang runtuh dan tingkah laku yang kasar dan menurut peraturan dan undang undang hawa nafsu menyebabkan tindakan mereka dilepas tanpa kawalan. Masyarakat pada masa ini melakukan akhlak yang terkeji seperti membunuh, berjudi, berzina, merompak, minum arak dan sebagainya. Golongan bangsawan menikmati kehidupan mewah dengan melibatkan kegiatan perjudian, pelacuran dan pembunuhan. 11. Kaum wanita dipandang hina. Wanita dijadikan sebagai barang perhiasan dan pemuas nafsu lelaki. Isteri yang kematian suami akan menjadi rebutan antara anak-anak lelaki. Bayi perempuan ditanam hidup hidup bagi mengelakkan kesempitan hidup atau menanggung malu. Walaubagaimanapun terdapat keluarga yang menyayangi anak perempuan mereka. Darun Nadwah dijadikan tempat keramaian bagi mengisytiharkan anak perempuan mereka sebagai perempuan dewasa apabila sampai tempoh akil baligh. Aspek Ilmu Pengetahuan. 12. Kebanyakan orang Arab Jahiliah buta huruf. Walaupun terdapat dalam kalangan mereka saudagar saudagar atau pedagang luar lebih maju tetapi pedagang Arab tidak mengambil peluang untuk aktiviti perdagangan yang lebih menguntungkan.

28

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

Selain keuntungan mereka mengejar keseronokan. Kemahiran bersyair dan bersajak hanya digunakan untuk meluahkan perasaan melalui kata kata yang terhasil melalui pemikiran yang spontan. Daya hafalan yang tinggi dan keupayaan berkhutbah hanya melibatkan perkara perkara yang berkaitan dengan lampau yang kurang berkualiti ilmiahnya. Dalam kalangan masyarakat Arab yang terkenal kerana kebijaksanaan berniaga, hanya 17 orang sahaja yang boleh membaca dan menulis. Faktor sikap saling membenci dan sering bertelagah dan juga berperang menyebabkan ruang untuk menimba ilmu pengetahuan menjadi tertutup. Dengan itu ciri ciri kejahilan sangat ketara dalam kalangan mereka.

13. Nilai nilai positif dan mulia masyarakat Arab jahiliah. Walaupun orang orang Arab jahilian digambarkan dengan penuh kejahilan dan kesesatan, namun orang Arab jahiliah memiliki sifat sifat positif dan mulia. i. Mereka amat menghormati tetamu yang datang berkunjung ke tempatnya. Mereka akan melayan tetamu dengan memberikan jamuan yang hebat. Adakalanya mereka sanggup berhutang semata mata ingin menghormati tetamu yang datang walaupun tetamu itu adalah musuhnya. ii. Di samping itu, orang Arab amat berpegang teguh kepada janji yang telah dikotakan. Mereka akan menunaikan janji walaupun melibatkan soal keselamatan nyawa. Orang orang Arab Jahiliah juga menghormati dan mentaati pemimpin.

iii.

C. KESIMPULAN (1 markah) Setelah kedatangan Islam Nabi Muhammad s.a.w telah berjaya mengubah kehidupan masyarakat Jahiliyah berteraskan akidah, syariat dan akhlak Islam. Bangsa Arab telah berjaya membina ketamadunan manusia yang tinggi berteraskan Islam.

29

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

SOALAN 10 Huraikan sistem pemerintahan yang dijalankan oleh Nabi Muhammad S.A.W di Madinah. PENGENALAN (3 markah) 1. Latar belakang kerajaan Nabi Muhammad s.a.w . 2. Pengertian sistem pemerintahan 3. Sistem politik dan perlantikan ketua negara kerajaan Nabi Muhammad s.a.w. 4. Penegasan soalan Rasulullah s.a.w mengamalkan sistem pemerintahan Islam sepenuhnya. C. ISI: Sistem Pemerintahan Yang Dijalankan Oleh Nabi Muhammad S.A.W Di Madinah.(7 isi X 3 markah)

1. Bidang kuasa pemerintahan Nabi memegang jawatan sebagai ketua negara iaitu kepimpinan menyeluruh dalam perkara berkaitan agama dan pemerintahan seperti memelihara agama Islam, memimpin umat Islam, memantapkan pemerintahan, mengukuhkan sistem ekonomi, menegakkan keadilan, memperluaskan wilayah Islam dan membanteras gerakan menentang Islam. Kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w berlandaskan wahyu dan norma-norma masyarakat yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

2. Pentadbiran negara. Nabi mempunyai kuasa melantik pegawai-pegawai. Ketua negara dibantu oleh sahabat yang duduk dalam Majlis Syura dan mengetuai setiap biro. Jawatan pembantu Nabi Muhammad dalam urusan pentadbiran iaitu Muawin at tafwidh (Wuzara at Tafwidh) adalah pembantu yang dilantik untuk membantu dalam melaksanakan tugas-tugas pentadbiran. Pegawai-pegawai terdiri daripada kalangan sahabat . Asas-asas pentadbiran negara Islam sistem syura, keadilan, persamaan hak, kebebasan, ketaatan, dan berdasar Al-Quran dan Al-Sunnah.

30

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

3. Dasar keselamatan dan pertahanan negara. Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w anggota tentera terdiri daripada anggota sukarela, dan mengamalkan konsep jihad. Tentera diagihkan harta rampasan perang dan tiada gaji yang khusus. Nabi berperanan sebagai ketua tentera dan panglima perang yang bertanggungjawab merancang strategi peperangan dan menekankan amalan etika peperangan kepada tentera Islam.

4. Pemerintahan berteraskan wahyu Pemerintahan pada zaman nabi Muhammad s.a.w berteraskan al-Quran dan al-sunnah. Baginda menjalankan pemerintahan negara melalui musyawarah dengan para sahabat berdasarkan al-Quran, sunnah, dan perlembagaan yang digubal dikenali sebagai Piagam Madinah. Menurut Haji Dasuki Haji Ahmad dalam Ikhtisar Perkembangan Islam, beliau menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana nabi dan rasul sebelumnya. 5. Konsep Ummah Semasa Nabi Muhammad s.a.w tiba di Madinah, penduduk Madinah berpecah belah apabila peperangan sering berlaku antara kaum. Nabi Muhammad s.a.w berusaha untuk mengamankan keadaan tersebut dan menyatupadukan kaum Madinah dengan meletakkan mereka di bawah satu pemerintahan, iaitu pemerintahan Islam Madinah. Ajaran dan tindakan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w ialah membentuk perpaduan tanpa mengira status, kedudukan, dan asal usul. Baginda telah menyatukan golongan Aus dan Khazraj penduduk Arab Madinah menjadi golongan Ansar. Seterusnya, baginda mempersaudarakan golongan Ansar dengan Muhajirin. Golongan Yahudi diberikan kebebasan beragama. Akhirnya, usaha ini melahirkan perpaduan masyarakat Madinah dalam konsep satu Ummah. Nabi Muhammad s.a.w menekankan aspek persamaan taraf dalam masyarakat Madinah. Amalan hamba dilarang dalam sistem masyarakat Islam. Kedudukan wanita dibela. Keadilan sosial diamalkan iaitu rakyat diberikan kebebasan beragama dan kebebasan ekonomi.

31

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

6. Hubungan diplomatik Nabi Muhammad telah mengasaskan kerajaan Islam yang pertama iaitu kerajaan Islam Madinah. Sehubungan itu, untuk mengukuhkan pengaruh kerajaan Islam, maka Nabi Muhammad s.a.w telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara lain seperti Habsyah, Mesir, Byzantine, dan Parsi bagi memperkenalkan ajaran Islam kepada mereka.

7.

Dasar memajukan ilmu pengetahuan dan sistem pendidikan Sistem pendidikan yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad s.a.w bersumberkan wahyu. Keadaan dan suasana kehidupan yang berbeza di antara masyarakat Makkah dan Madinah menyebabkan corak pendidikan di Makkah berbeza dengan di Madinah. Secara keseluruhannya, sistem pendidikan pada zaman baginda memfokuskan tiga perkara iaitu pendidikan akidah, pendidikan akhlak dan pendidikan syariat. Nabi Muhammad s.a.w bertindak sebagai guru dengan mengumpulkan para pengikutnya dan mengajar mereka mengenai ayat-ayat al Quran yang diturunkan kepada baginda. Masjid juga dijadikan sebagai pusat perkembangan institusi pendidikan . Dasar ekonomi negara. Nabi Muhammad s.a.w telah memperkenalkan dasar ekonomi baru bagi menggantikan dasar ekonomi lama, atau jahiliyah. Baginda menggalakkan masyarakat bekerja apa sahaja bentuk pekerjaan yang halal seperti perniagaan, pertanian, dan ternakan. Contoh: Tanah-tanah yang terbiar diusahakan dan tanah-tanah yang tergadai kepada orang Yahudi ditebus dan diserahkan kepada mereka yang tidak bertanah untuk diusahakan. Kegiatan perdagangan diperluaskan hingga ke Syam. Dalam hal ini, Nabi Muhammad s.a.w menggalakkan semua manusia bekerja mencari harta kekayaan. Nabi Muhammad s.a.w telah mewujudkan satu sistem ekonomi yang dapat menjamin keadilan. Contohnya kekayaan yang dimiliki itu juga digunakan untuk orang lain yang tidak memilikinya, iaitu memberi sedekah kepada orang yang memerlukan. Ajaran Islam melarang amalan riba, penindasan, dan penipuan.

8.

32

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

9.

Dasar Perundangan. Nabi Muhamad s.a.w sebagai tempat rujukan hukum. Al Quran dan Al Sunnah sebagai sumber perundangan. Piagam Madinah sebagai panduan perundangan.

C. KESIMPULAN:( 1 markah) Apa-apa sahaja yang berkaitan

33

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

SOALAN 11 Bincangkan sumbangan Khalifah Umar bin Abdul Aziz kepada kerajaan Bani Umaiyah. PENDAHULUAN: (3 markah) 1. Latar belakang Khalifah Umar b Abdul Aziz Nama Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz b Marwan b Hakam Tarikh Lahir 61 Hijrah Khalifah ke-6 Bani Umaiyah Tarikh dilantik menjadi khalifah 771 Masihi Tarikh meninggal dunia 101 Hijrah Lama berkhidmat 2 tahun 5 bulan. 2. Sifat peribadi Penghafaz al-Quran sejak kecil. Seorang yang warak diwarisi daripada sifat datuknya Sayyidina Umar b al-Khattab. Zuhud - menjalani kehidupan seperti rakyat biasa. Mengamalkan konsep berjimat-cermat berhati-hati dengan perbelanjaan yang menggunakan wang rakyat. Memecat pegawai yang boros.

ISI: Sumbangan Khalifah Umar b Abdul Aziz (7 isi X 3 markah = 21 markah) 1. Menghentikan gerakan peluasan wilayah Setelah Umar bin Abdul Aziz dilantik sebagai khalifah, beliau telah mengarahkan supaya semua kegiatan penaklukan ke atas golongan bukan Islam terutama di Afrika, Asia dan Eropah Timur Tujuannya untuk menjalin hubungan baik antara semua pihak dan juga memberi peluang rehat untuk para tentera serta mewujudkan keamanan. 2. Perlantikan gabenor Khalifah Umar bin Abdul Aziz sangat berhati-hati dalam pemilihan gabenornya. Gabenor-gabenor yang cuai, zalim dan mementingkan diri sendiri akan dipecat. Contohnya, Muhammad bin Yusuf (Yaman) dan Yazid bin Abu Muslim (Afrika Utara). Hanya pegawai yang layak sahaja akan dilantik. Gabenor-gabenor yang dilantik perlulah mengisytiharkan harta masing-masing. Sekiranya ada kurniaan yang tidak sewajarnya, harus dikembalikan kepada Baitulmal.
34

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

3. Menggalakkan asimilasi perkahwinan Khalifah Umar bin Abdul Aziz menggalakkan perkahwinan antara Arab dan bukan Arab yang bertujuan untuk menghapuskan permusuhan antara kedua-dua pihak. Di samping itu, langkah seterusnya ialah memujuk orang-orang bukan Islam untuk memeluk agama Islam. Secara tidak langsung, keadaan ini dapat mewujudkan persamaan hak kepada keduadua pihak terhadap agama dan negara. 4. Mementingkan keadilan. Khalifah Umar Abdul Aziz mementingkan keadilan. Oleh itu, hukuman berat seperti hukuman mati akan diadili dengan lebih teliti untuk untuk mengelakkan penganiayaan. Segala harta rampasan perang perlu dibahagikan secara adil kepada pihak-pihak yang sepatutnya. 5. Memelihara keadilan sosial Beliau juga menghapuskan rasuah di jabatan-jabatan kerajaan demi menjamin keadilan sosial dalam kalangan rakyat. Tindakan yang sewajarnya diambil ke atas pegawai-pegawai kerajaan yang zalim terhadap rakyatnya, Masalah perkauman dalam kalangan pembesar Bani Umaiyah juga dititikberatkan dan beliau cuba mengatasi masalah tersebut dengan segera. 6. Menghapuskan adat mencaci Ali bin Abi Talib Khalifah Umar bin Abdul Aziz telah menghapuskan adat pencacian Ali bin Abi Talib dari atas mimbar pada hari Jumaat. Keluarga Sayyidina Ali bin Abi Talib dan orang-orang yang bersimpati terhadap mereka tidak lagi memusuhi mereka. 7. Menyusun semula sistem cukai Cukai tanah (kharaj) atau tanah-tanah yang diperoleh melalui penjelajahan Tanah-tanah tersebut menjadi hak milik bersama orang Islam dan kerajaan. Cukai dikenakan ke atas hasil tanaman, Tanah kharaj tidak boleh dijual atau diagihkan. Perbezaan cukai jizyah dan cukai kharaj. Cukai jizyah dikenakan ke atas orang bukan Islam. Cukai kharaj dikenakan ke atas sesiapa yang memiliki tanah tidak kira Islam atau bukan Islam. Zakat dikenakan ke atas orang Islam sahaja. Beliau menghapuskan cukai-cukai yang membebankan seperti cukai jizyah ke atas orang bukan Islam yang telah memeluk Islam. Cukai jizyah yang dikenakan ke atas orang Yahudi sebanyak 2000 dirham dikurangkan kepada 200 dirham.
35

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

Cukai-cukai seperti cukai perniagaan, cukai tanah dan zakat tetap ke atas orang-orang Islam bukan Arab.

8. Membangunkan ekonomi Beberapa projek ekonomi juga dilaksanakan seperti membina saluran air, membuka kebun-kebun baru, dan membina jalan-jalan untuk pengangkutan dan perdagangan. Khalifah Umar bin Abdul Aziz juga memperkenal peraturan sukatan dan timbangan bagi mengatasi masalah kemiskinan rakyat. 9. Langkah penjimatan Beliau telah menetapkan supaya wang Baitulmal tidak digunakan untuk majlis keramaian. Khalifah menyerahkan barang kemas isteri untuk menampung sumber Baitulmal Menghapuskan segala perayaan (mahrajan), upacara perasmian kerajaan dan semua perbelanjaan yang membazirkan. 10. Menggalakkan aktiviti keilmuan Kegiatan keilmuan amat digalakkan oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Para ulama diarahkan agar mengembangkan ilmu masing-masing dan diberi perhatian oleh kerajaan. Antara ilmu yang dimajukan ialah bidang kajian hadis, ilmu tatabahasa dan ilmu perubahan. 11. Dakwah Menggantikan gerakan penaklukan Pendakwah dihantar untuk penyebaran Islam ke India, Cina dan Asia Tenggara Islam tersebar di Alam Melayu 12. Mengadakan rundingan dan perbincangan dengan golongan pemberontak Rundingan dan perbincangan diadakan dengan puak Khawarij dan Syiah Kesannya kedua-dua golongan ini memberhentikan pemberontakan menentang kerajaan Bani Umayyah. KESIMPULAN: (2 markah) 1. Sikap toleransi dan adil kepada semua tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan menyebabkan Khalifah Umar bin Abdul Aziz dihormati ramai termasuklah penganutpenganut agama lain seperti Kristian dan Yahudi.

36

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

SOALAN 12 Jelaskan tujuh etika peperangan yang dianjurkan oleh Islam dengan merujuk kepada contoh-contoh yang sesuai. PENGENALAN (3 markah) 1. Konsep ketahanan dan pertahanan dalam Islam Definisi Ketahanan Ketabahan dan kecekalan dan kesabaran Seseorang yang tahan ialah seseorang yang tabah, penyabar dan cekal menghadapi sebarang ancaman dan dugaan dan tidak mudah luntur dalam perjuangan. Definisi Pertahanan Perihal mempertahankan diri, masyarakat, agama dan negara daripada serangan musuh. Mempertahankan diri, agama dan negara adalah wajib dan hak setiap individu. Ketahanan Dalam Islam Asas ketahanan dalam Islam ada tiga iaitu akidah (kepercayaan kepada Allah Yang Maha Esa), ilmu pengetahuan ( sebagai pengukuh kepada ketahanan akidah dan kekuatan tentera dan kekuatan fizikal atau ketenteraan Objektif Peperangan Dalam Islam Untuk menegakkan ajaran Allah swt. Adalah menjadi tanggungjawab setiap orang Islam mempertahankan agamanya. Pada zaman Rasulullah, peperangan dalam Islam dapat dibahagikan kepada dua iaitu sariyah dan ghazwah. Contohnya, peperangan yang besar seperti Perang Badar, Perang Uhud, Perang Khandak dsbnya.

ISI: (7 isi X 3 markah) ETIKA PEPERANGAN DALAM ISLAM 1. Mematuhi perintah Allah serta menuntut keredhaanNya Mesti melakukan rukun Islam Contoh sembahyang dan berpuasa walaupun berperang Contoh; Nabi Muhammad dan tentera Islam tetap berpuasa pada bulan Ramadhan walaupun terlibat dalam peperangan Badar Memberi pilihan sebelum berperang Pilihannya ialah memeluk Islam atau membayar jizyah atau berperang. Setelah mereka diberikan pilihan barulah perang boleh dijalankan. Contoh; Perang Hunain dan Taif

2.

37

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

3.

Tentera Islam dilarang memerangi kanak-kanak, kaum wanita , orang tua dan orang-orang yang cacat Golongan yang lemah seperti kanak-kanak, kaum wanita, orang tua dan orang cacat tidak diperangi. Mereka tidak terlibat dalam peperangan. Tentera Islam dilarang memerangi orang yang sedang beribadat dan orang awam. Bertujuan untuk menghormati orang yang beribadat walaupun bukan beragama Islam. Orang- orang awam tidak terlibat secara langsung dalam peperangan tidak boleh diperangi. Tentera Islam dilarang mengejar musuh yang sudah lari. Sebab; a) ingin menunjukkan bahawa tentera Islam tidak bersifat agresif/offensif b) perbuatan kejar musuh ini boleh menjejaskan kedudukan pertahanan tentera atau boleh jadi mereka diperangkap musuh. Tentera Islam dilarang memusnahkan harta benda dan tanaman, sumber air, rumah-rumah ibadat. Harta benda, tanaman, sumber air dan rumah-rumah ibadat merupakan keperluan asas kepada kehidupan manusia. Jika dimusnahkan akan mendatangkan kesusahan dan kemudaratan kepada penduduk tersebut terutama selepas perang. Berhenti berperang sekiranya musuh minta berdamai. Islam merupakan agama yang mementingkan kedamaian dan tidak menggalakkan permusuhan atau peperangan. Ketika berlaku Perang Siffin, khalifah Ali bin Abu Talib telah menghentikan perang tersebut apabila pihak lawan / Muawiyah bin Abu Sufyan meminta perdamaian. Patuh kepada ketua. Arahan ketua yang tidak dipatuhi boleh membawa keburukan. Contoh; pasukan tentera pemanah Islam yang tidak mematuhi arahan Nabi Muhammad s.a.w. agar tidak meninggalkan tempat ketika Perang Uhud. Akibatnya, tentera Islam mengalami kekalahan kerana tentera Quraisy Makkah telah menyerang balas. Tidak boleh lari dari medan peperangan. Sikap menarik diri daripada menyertai peperangan Seramai 1/3 ( 300 orang ) munafiq di bawah pimpinan Abdullah bin Ubay telah keluar dari barisan tentera Islam Mereka telah kembali ke Madinah. Contoh; Perang Badar

4.

5.

6.

7.

8.

9.

38

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

10.

Dibolehkan melakukan tipu muslihat dalam peperangan. Cara tipu helah perlu dalam peperangan. Cara ini diharuskan dalam Islam Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud peperangan itu adalah tipu helah. Contoh :Perang Khandak. Naim bin Masud telah menyamar sebagai orang bukan Islam dan telah berjaya memecahbelahkan pakatan antara orang Quraisy Makkah dengan orang Yahudi.

KESIMPULAN:(1 markah) 1. Etika peperangan dalam Islam lebih berhemah dan berperikemanusiaan secara tidak langsung telah berjaya menarik golongan bukan Islam atau musuh Islam untuk memeluk agama Islam. Etika peperangan dalam Islam Islam berbeza dengan etika peperangan Barat.

2.

39

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

SOALAN 13 Huraikan perkembangan zakat sehingga zaman Khulafa ar-Rasyidin A. PENGENALAN. ( 3 M)

1. Zakat berasal daripada perkataan Arab kata dasar Zakat yang bererti Penambahan dan Penyucian. Penambahan bermaksud memberi dan menambah kemakmuran dan pahala umat Islam. Pensucianbermaksud pembayaran bagi mensucikan jiwa umat Islam, dari sifat buruk seperti kedekut, bakhil dsbnya. 2. Zakat terbahagi kepada dua iaitu zakat harta( zakat tanaman, zakat emas dan perak, zakat perniagaan, zakat binatang ternakan, zakat simpanan) dan zakat fitrah. 3. Syarat-syarat zakat cukup haul ( genap setahun) cukup nisab ( jumlah yang dikenakan zakat, cth: simpanan RM5000.) dimiliki secara sah iaitu hak sendiri dan bukan hak orang lain. harta mestilah bersih 4. Sejarah Institusi zakat dilaksanakan sejak zaman Kenabian Ibrahim a.s Nabi ishaq, nabi Yaakub, Nabi Ismail dan Nabi Isa a.s. Pada permulaan Islam zakat ,mula dibayar secara sukarela oleh Bani Adhrah dari Yaman yang terkenal dengan sifat pemurah dan berbudi mulia. Pada tahun ke dua Hijrah ( 623 M ), zakat difardhukan secara ijbari ( kuat kuasa ) atau ilzami ( wajib ) diantara bulan Syaaban hingga bulan Syawal. Keenggan membayar zakat boleh membawa kepada hukuman bunuh atau dipaksa membayar zakat oleh pemerintah. 5. Latar belakang pemerintahan Khulafa ar-Rasyidin. 6. Latarbelakang pemerintahan Khalifah Abu bakar: Memerintah selama 2 tahun 6 bulan ( 632 0 634 Masihi ) Menghadapi ancaman gerakan Ar Riddah. 7. Latarbelakang pemerintahan khalifah Umar Al Khattab. Memerintah selama 10 tahun 634 644 Masihi . Melalui zaman kemakmuran semasa pemerintahannya. B. ISI: Perkembangan Zakat ( 5 isi X 4 markah=20 M) Perkembangan zakat 1. Zakat mula difardukan pada tahun 2 hijrah antara bulan syaaban hingga syawal. Rasulullah s.a.w. pernah berpesan agar umat islam menunaikan zakat.Zakat terbahagi kepada dua iaitu zakat fitrah yang diwajibkan dalam bulan Ramadhan, dan zakat harta, seperti zakat tanaman, binatang ternakan, zakat emas dan perak, zakat perniagaan.Kewajipan membayar zakat harta kepada meraka yang cukup haul dan nisab yang ditetapkan.

40

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

2. Melaksanakan pemungutan zakat secara tegas sebagai menegakkan hukum. Khalifah Abu Bakar memerangi golongan al Riddah yang engkar membayar zakat. Dari segi syarak, pembayaran zakat adalah wajib keatas harta apabila cukup syaratnya ( sampai nisabnya dan genap haul ( tahun / masa ). 3. Penubuhan institusi Baitulmal yang menguruskan pentadbiran harta negara, harta masyarakat dan harta umum menghasilkan sumber zakat. Operasi baitulmal secara rasmi berlaku pada zaman Khalifah Umar Al Khatab. 4. Perlantikan Amil yang melaksanakan urusan pemungutan dan menguruskan zakat daripada pihak yang layak berzakat mengikut ukuran atau kadar nisab tertentu. 5. Menyalurkan hasil pembayaran zakat kepada 8 asnaf iaitu golongan yang layak menerima antaranya: a. Fakir Miskin b. Orang musafir. c. Amil. d. Muallaf e. Hamba yang hendak memerdekakan dirinya. f. Orang yang berhutang g. Orang yang berjihad h. Orang yang merantau ( ibnu sabil ) dan kehabisan wangnya semasa dalam perjalanan yang bertujuan baik dan dibenarkan oleh syarak ( termasuk mencari rezeki yang halal dan menuntut ilmu ) 6. Kutipan zakat bertambah semasa pemerintahan Umar Al Khattab kerana beliau banyak melakukan ekspedisi ketenteraan dan penyebaran Islam. Zakat dapat meningkatkan ekonomi umat Islam. 7. Berlaku banyak pembaharuan dalam kutipan zakat, terutama zakat tanaman dan binatang ternakan.( dari segi kadar zakat) 8. Pada zaman Khalifah Uthman, wang zakat (baitulmal) digunakan untuk memperkukuhkan angkatan tentera laut untuk menghadapi ancaman Byzantin. 9. Perkembangan zakat (baitulmal) zaman Khalifah Ali tidak jelas kerana pemerintahan beliau banyak menghadapi masalah dalaman akibat permusuhan dengan golongan bani Umaiyah pimpinan Muawiyah. C. KESIMPULAN: ( 2 M ) Perkembangan institusi zakat pada zaman Khulafa al-Rasyidin menjadi asas dalam perlaksanaan dan pentadbiran zakat hingga ke hari ini. Perlaksanaannya yang diuruskan secara terpimpin akan membawa kemakmuran dan kesejahteraan ummah.

41

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

SOALAN 14 Bandingkan sistem pendidikan antara kerajaan Islam di Acheh dengan kerajaan Bani Abbasiyah. PENGENALAN (3 markah) 1. Latar belakang sistem pendidikan pada zaman pemerintahan kerajaan Islam di Acheh Acheh telah mengambil alih peranan Melaka sebagai pusat politik selepas kejatuhan kerajaan Melaka pada tahun 1511 M. Acheh juga memainkan peranan sebagai pusat pengajian agama Islam yang terulung di Nusantara. Pada abad ke-17 M dan 18 M, kerajaan Aceh telah mencapai kegemilangannya berikutan penubuhan kerajaan Perlak dan Pasai. Setelah terbentuk kerajaan Islam Perlak, institusi-institusi pendidikan ditubuhkan bagi memudahkan rakyat mempelajari dan mendalami ilmu pengetahuan. Latar belakang sistem pendidikan pada zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyah Pada zaman kerajaan Bani Abbasiyah, sistem pendidikan telah mencapai perkembangan yang pesat. Zaman ini dikenali sebagai zaman keemasan dan kegemilangan pendidikan Islam. Contoh, Zaman Khalifah Al-Makmun dan Khalifah Harun al-Rashid Sistem pendidikan pada zaman Abbasiyyah menempa era baru dalam sejarah pendidikan Islam apabila Perdana Menterinya Nizam al-Muluk membina sekolah pertama di Kota Baghdad. Nizam juga memberi pendidikan percuma dan biasiswa kepada rakyat.

2.

ISI: PERBANDINGAN SISTEM PENDIDIKAN ANTARA KERAJAAN ISLAM DI ACHEH DAN KERAJAAN BANI ABBASIYAH. (5 isi X 4 markah)

1.

Institusi a. Kerajaan Abbasiyah Masjid Kuttab Sekolah Madrasah Istana khalifah Universiti Nizamiyah Perpustakaan
42

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

b.

Kerajaan Acheh Kerajaan Acheh sangat menitikberatkan ilmu pengetahuan dan telah menubuhkan institusi pendidikan Antaranya ialah; Meunasah/madrasah Masjid Dayah Rangkang Jamiah Baiturrahman Balai Setia Hukama Balai Setia Ulama Balai Jamaah Himpunan Ulama

2.

Kurikulum a. Kerajaan Abbasiyah Sumber pengetahuan Islam berasal daripada 2 jurusan iaitu Al-Quran dan Hadith (sumber dalaman) dan ilmu-ilmu dari India, Parsi dan Greek (sumber luaran) Peringkat rendah / awal ialah pelajaran yang berkaitan dengan Al-Quran, Sirah Nabi, membaca , menulis, puisi dan ilmu matematik Pada peringkat menengah dan tinggi pelajaran yang diajar merangkumi ilmu tafsir, ilmu hadith, ilmu tasawuf, ilmu bahasa, fiqh, sejarah, falsafah, ilmu perubatan, ilmu falak, geografi, dan muzik. b. Kerajaan Acheh Peringkat rendah/madrasah, kanak-kanak menerima pendidikan asas agama. Murid diajar membaca dan menulis Arab dan membaca al-Quran. Cara beribadat seperti sembahyang dan puasa Peringkat menengah rendah/rangkang diajar bahasa Arab, fekah, tauhid , tasawuf, ilmu tajwid dan tafsir al-Quran. Ilmu umum seperti Geografi, Sejarah dan Matematik diajar. Peringkat menengah atas/dayah diajar dalam bahasa Arab dengan menggunakan kitab-kitab dari Arab. Ilmu-ilmu yang berkembang pesat sekali ialah ilmu-ilmu Usuluddin, Fikah dan tasawuf

3.

Peringkat pengajian a. Kerajaan Abbasiyah Peringkat rendah Peringkat menengah Peringkat tinggi

43

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

a.

Kerajaan Acheh Peringkat rendah (meunasah) Peringkat menengah(rangkang) Peringkat tinggi (Baitulrahman)

4. Guru a. Kerajaan Abbasiyah Ulama-ulama Cendekiawan Islam seperti Abu Hanifah, Malik bin Anas, Imam Syafie, Ahmad bin Hambal, al-Kindi, dan Imam Bukhari. b. Kerajaan Acheh Guru terdiri daripada ulama tempatan dan ulama dari luar Acheh. Banyak ulama muncul pada zaman ini. Antaranya Hamzah Fansuri, Bukhari al-Jauhari, dan Abdul Rauf Sengkel. Ulama-ulama banyak menghasilkan karya-karya mereka dalam bahasa Melayu dan juga bahasa Arab. Ramai ulama luar yang datang ke Acheh Mereka datang dari negeri Arab, Parsi, India, Turki, dan Gujerat. Mereka menjadi penasihat kepada kerajaan dan guru-guru di institusi pengajian dan masjid-masjid. Contoh Syeikh Abu al-Khayr Ibn Hajar dan Muhammad Yamani dari Makkah, Syeikh Muhammad Jayani dan Ibn Muhammad Hamid dari Gujerat 5. Teks a. Kerajaan Abbasiyah Al-Quran, dan hadith Kitab 4 mazhab (Shafie, Hambali, Hanafi dan Maliki) Buku terjemahan dari Yunani dan India Karya-karya utama semasa yang ditulis oleh ulama-ulama Islam seperti Ibn Sina, dan Khawarizmi

b. Kerajaan Acheh Al-Quran Kitab Perukunan Risalah Masail al-Muhtadin Kitab-kitab terjemahan dari bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu. Buku-buku rujukan yang dikarang dalam bahasa Melayu dan bahasa Arab. Kitab-kitab karya Hamzah Fansuri seperti Asyarabul Asyikin, Asyrabul Arifin Kitab-kitab karya Syeikh Nuruddin al-Raniri seperti Bustanus Salatin, dan As-Siratul Mustaqim.

44

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

KESIMPULAN: (2 markah) 1. Kerajaan Abbasiyah dan kerajaan Acheh telah mencapai zaman kegemilangan dalam sistem pendidikan dan telah berkembang maju sama ada dari peringkat rendah, menengah dan tinggi. 2. Hal ini kerana faktor para pemerintahnya yang cinta akan ilmu pengetahuan, dasar pendidikan, peranan para ulama dan sebagainya. 3. Acheh telah dikenali di seluruh Nusantara dengan gelaran Serambi Makkah.

45

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

SOALAN 15 Sejauh manakah kepentingan agama menjadi pendorong kepada penjelajahan dan penerokaan orang Islam? PENGENALAN:(3 markah) 1. Definisi Penjelajahan Bermaksud mengelilingi atau berjalan ke merata-rata tempat atau daerah. Definisi Penerokaan Bermaksud menyelidiki, menjelajah, menjalani, menempuh dan mengharungi. Definisi Pelayaran Bermaksud menjelajah menggunakan jalan laut Tokoh-tokoh Pengembara Islam seperti Ibn Battutah, Ibn Hawqal, Al-Masudi dan Ibn Majid

2.

3.

4.

ISI: FAKTOR PENDORONG TAMADUN ISLAM

PENJELAJAHAN

DAN

PENEROKAAN

DALAM

Faktor kepentingan agama (5 markah) 1. Menyebarkan Dakwah Islamiah Objektif penerokaan juga bertujuan untuk menyebarkan dakwah Islam. Pada zaman Rasullah s.a.w, baginda mengutus Muaz bin Jabal ke Yaman untuk kegiatan dakwah. Pada zaman khalifah Umar Al-Khattab, ramai pendakwah Islam menjelajah ke seluruh dunia untuk menyebarkan ajaran Islam. Antara pendakwah yang berjaya ialah Sheikh Abdul Aziz yang mengislamkan Melaka, Sheikh Ismail menyebarkan Islam ke Aceh, Maulana Ibrahim menyebarkan Islam ke Gerisik, Jawa. Mengagungkan Serta Membesarkan Allah swt Mengagungkan dan memperbesarkan Allah terhadap hamba-hambaNya setelah memerhatikan segala ciptaan Allah swt dan proses pelaksanaannya. Menambahkan Keimanan Dan Ketaqwaan Terhadap Allah Swt. Objektif ini dapat dicapai setelah melihat kepelbagaian benda dan makhluk ciptaan Ilahi Dorongan Al-Quran Dorongan al-Quran supaya umat Islam keluar melakukan pelayaran dan penerokaan. Firman Allah dalam Surah al- Jumuah ayat 9, Surah al- Mukmin ayat 82, Surah al- Haj ayat 46
46

2.

3.

4.

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

Firman Allah yang bermaksud; katakanlah : Berjalanlah di muka bumi maka perhatilah bagaimana Allah swt menciptakan manusia dari permulaannya. Kemudian Allah menajdikannya sekali lagi.

Faktor-faktor lain;(5 isi X 3 markah) 5. Menambah Ilmu Pengetahuan Dilakukan menerusi pemerhatian dan penelitian terhadap makhluk2 Allah swt serta kesan2 peninggalan masyarakat pada zaman lampau Orang Islam juga dapat mempelajari ilmu pengetahuan tamadun lain seperti India, Italy dan Andalus Kedatangan orang Islam ke Mesir menyebabkan banyak karya intelektual Yunani diterjemahkan ke dalam bahasa Arab dan Parsi. Bidang perubatan, astronomi dan matematik Yunani dan India di pelajari dan mempengaruhi perkembangan intelektual Islam. Mengambil Ikhtibar/ Pengajaran Manusia boleh mengambil pengajaran yang berkaitan dengan kehidupan daripada peristiwa yang berlaku ke atas masyarakat terdahulu di samping peninggalan tamadun silam Memakmurkan Alam Dengan Aktiviti Ekonomi Dan Perdagangan Umat Islam juga dapat diperkenalkan kaedah perniagaan di dalam Islam yang berdasarkan konsep keadilan dan kejujuran Pada zaman khalifah al-Walid, para pedagang Islam telah mengadakan hubungan perdagangan hingga ke negeri China. Pedagang Islam terkenal sebagai pedagang yang terawal menguasai jalan perdagangan laut antara barat dan timur. Mereka juga berjaya menguasai perdagangan rempah dan sutera dari timur. Peningkatan Ilmu Pengetahuan ; Geografi & Pelayaran Disiplin Geografi telah diterokai oleh umat Islam melalui aktiviti penjelajahan dan penerokaan. Tokoh2 Islam seperti al-Masudi, al-Idrisi dan Ibn Hawqal merupakan ahli geografi dan pelayaran Arab yang berusaha meningkatkan ilmu geografi dan pelayaran. Melalui ekspedisinya, al-Idrisi berjaya memperkemaskan rekod2 pelayaran dan membetulkan kesilapan yang direkodkan oleh penulis terdahulunya. Al-Masudi sepanjang pengembaraannya telah membuat pemerhatian terhadap perubahan angin monsun, iklim negara yang dilawati dan kedudukan laut serta sungai. Memperkukuhkan Politik Islam Bagi memperkukuhkan politik Islam, banyak penerokaan kawasan baru dibuat oleh pemerintah Islam. Semasa pemerintahan zaman Bani Umayyah, khalifah Abdul Malik bin Marwan dan khalifah al-Walid bin Abdul Malik telah meluaskan wilayah Islam. Seluruh Afrika Utara, Semenanjung Siberia dan India Utara telah berjaya dikuasai oleh Islam.
47

6.

7.

8.

9.

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

10.

Perasaan Ingin Tahu Perasaan ingin tahu mengenai sesuatu tempat yang terletak jauh dari petempatan mereka. Contoh tokoh Al-Masudi, Ibn Hawqal dll Perasaan ini menyebabkan mereka melakukan penjelajahan dan penerokaan ke kawasan lain. Persaingan Dan Cabaran Orang Islam berlumba-lumba dengan kuasa Barat seperti Portugal, Inggeris dan Sepanyol untuk mendapatkan bahan mentah yang diperlukan seperti rempah ratus di Timur. Hal ini mendorong mereka melakukan penerokaan dan penjelajahan.

11.

KESIMPULAN (2 markah) 1. Aktiviti penjelajahan dan penerokaan dalam tamadun Islam telah memberikan nafas baru dalam proses perkembangan intelektual dan pembangunan kemasyarakatan serta peningkatan ekonomi masyarakat Islam.

Catatan: Calon mesti menjawab faktor agama. Jika calon tidak menjawab faktor agama, markah maksimum isi 9 markah.

48

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

SOALAN 16 Huraikan jenis-jenis seni khat yang terdapat dalam tamadun Islam. PENGENALAN [ 3 markah] 1. Seni khat merupakan sebahagian daripada seni ukir Islam. Seni khat juga dikenali sebagi kaligrafi. Khat ialah seni tulisan yang indah dan mempunyai nilai-nilai estetika yang halus. 2. Seni khat dianggap mulia kerana berasaskan tauhid islam. Seni khat juga membawa maksud tulisan yang ditulis dengan indah dan cantik. 3. Seni khat juga merupakan satu ilmu yang memperkenalkan bentuk huruf tunggal dan cara merangkainya untuk membentuk tulisan yang tersusun. 4. Seni khat pada asalnya dipertingkatkan untuk salinan-salinan al-Quran yang cantik. Kemudian, tulisan khat dimajukan lagi dalam penulisan teks-teks agama yang lain seperti yang terdapatpada kitab-kitab solat dan puisi-puisi yang bercorak keagamaan. 5. Seni khat berkaitan dengan peningkatan tamadun masyarakat Islam keran seni khat merupakan hasil masyarakat yangmaju dan bertamadun. Hampir semua bangunan Islam dihiasi dalam bentuk khat sama ada dalam bentuk ayat al-Quran, hadis Nabi Muhammad s.a.w. atau doa salih. 6. Inskripsi dihasilkan mungkin batu, marmar dan sebagainya. Seni khat juga berkaitan dengan geometri, saiz besar atau kecil, dan hubungan hurufnya ditentukanoleh matematik. 7. Kelahiran seni khat adalah serentak dengan kelahiran Islam. Salah satu daripada kepentingan seni khat ialah menyahut saranan Nabi Muhammad s.a.w. yang ingin umatnya mengamalkan nilai membaca dan menulis denga baik dan mudah. Melalui seni khat. Ayat-ayat al-Quran lebih mudah dipelajari dan difahami. 8. Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan perkembangangan seni khat dengan bersabda Hendaklah kamu mengindah seni khat kerana antara sumber rezeki. 9. Seni khat yang dihasilkan juga melambangkan kelembutan jari, kehalusan pemikiran dan ketajaman ilham penulis. Selain itu, seni khat juga merupakan satu saluran yang menegaskan kekuatan tauhid dalam seseorang umat Islam. 10. Oleh sebab Islam melarang umatnya menghasilkan lukisan banda-benda hidup, hasil seni khat mula diperkembangkan dengan giat dan digalakkan. ISI: Jenis-jenis seni khat yang wujud dalam tamadun Islam [7 isi X 3 markah = 21 markah] 1. Khat Kufi Berasal dari Kufah Pada zaman Bani Abbasiyah, seni khat kufi telah digunakan untuk menghiasi bangunan seperti masjid, gedung, kubah dan sebagainya. Ditulis menggunakan seni ukiran timbul. Khat Farisi Dikembangkan di Parsi Hurufnya condong sedikit ke kanan. Digunakan untuk menghiasi hasil-hasil kesusasteraan, tajuk karangan pada majalah dan akhbar dan nama.
49

2.

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK

3.

Khat Nasakh Lebih jelas dan mudah dibaca. Paling banyak digunakan dalam penulisan buku-buku agama. Khat Thuluth Kebanyakan digunakan untuk menghiasi kitab al-Quran naskhah Uthmani. Khat jenis ini juga digunakan untuk menulis nama buku, nama orang dan bahan rujukan yang lain. Khat Diwani Diwani beerti catatan atau koleksi karangan. Digunakan secara meluas pada zaman pemerintahan Sultan Khedewry di Mesir. Digunakan sebagai penulisan rasmi surat perjanjian, surat penghargaan dan lainlain. Khat Riqah Boleh ditulis dengan pantas. Sering digunakan dalam penulisan surat atau mengambil catatan di majlis-majlis ilmu. Khat Diwani Jali Peningkatan dalam khat Diwani Tulisannya lebih indah dan penuh dengan nilai estetika. Terdapat pelbagai bentuk. Lazimnya, tulisan khat ini ditulis dalam bentuk ikan, burung dan lain-lain. Khat Raihani Lebih menyerupai khat Thuluth. Bentuk huruf-hurufnya lebih lebar dan panjang.

4.

5.

6.

7.

8.

KESIMPULAN:[1 markah] 1. Tulisan khat terus berkembang menerima gubahan yang tidak pernah kaku. Perkembangn seni khat tetap penting dalam kemajuan seni ukir Islam. 2. Seni khat yang dimajukan sejak dahulu lagi merupakan pengaruh kepada seni khat pada masa ini.

50

[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

You might also like