SKEMAPERCUBAAN STPM SEJARAH 1 2012 NEGERI PERAK
2
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
Manusia tidak perlulagi hidup secara nomadik kerana kini dapat menyara hidupdaripada bekalan makanan yang dihasilkan di kawasan tempat tinggalmereka.Mereka dapat mengawal bekalan makanan sendiri dan bekalan berterusan disamping dapat mengawal perubahan musim.
4. Mewujudkan pertambahan penduduk
Kemajuan pertanian dan teknologi pertanian pada zaman Neolitik menyebabkanmanusia dapat mengawal dan menggunakan sumber alam.
Perubahan ini menyebabkan kehidupan manusia menjadi lebih stabil,selamat danterjamin daripada kebuluran atau ancaman lain.
Kehidupan sebagai individu atau anggota masyarakat bertambah baik.
Fenomena ini membawa kepada berlakunya peningkatan bilangan penduduk padasesuatu kawasan dan akhirnya membentuk kawasan penempatan penduduk semakinkompleks seperti bentuk negara kota.
5. Mewujudkan pengkhususan kerja
Pada zaman Neolitik berhasilnya peningkatan daya pengeluaran hasil pertanian yangmenjamin bekalan makanan mencukupi dan berterusan membolehkan sebahagianpenduduk telah menjalankan aktiviti bukan pengeluaran pertanian seperti kegiatankesenian atau kegiatan keagamaan yang melahirkan pusat ibadat.
Hal ini mencetuskan proses pembahagian kerja dalam masyarakat.
6. Mewujudkan organisasi sosial
Perubahan kehidupan manusia bertambah kompleks menyebabkan berlakupengkhususan dalam menjalankan tugas tertentu bergantung kepada kemahiran dankebolehan seseorang.
Kini diperlukan pemimpin untuk memandu dan memberi arahan kepada semuaanggota masyarakat.
Tentera dan pahlawan diperlukan untuk mengawal dan menjaga keamanan daripadaancaman.
Pendeta diperlukan untuk mengetuai kegiatan keagamaan.
7. Mewujudkan institusi pemerintahan
Pada zaman ini juga lahir institusi pemerintahan,pendidikan,keagamaan dansebagainya untuk membolehkan manusia mengeksploitasi dan mengawal alam sekitarmereka seperti bencana alam (banjir,kemarau).
Pemimpin, pahlawan dan pendeta muncul sebagai orang berkuasa.
Pemimpin dengan ideanya dan tipu helahnya, pahlawan dengan senjatanya dan paderidengan pengetahuannya.
8. Mengasaskan kelahiran agama dan kepercayaan
Manusia pada zaman Neolitik sudah ada kepercayaan berkaitan dengan unsur dewa-dewi.