You are on page 1of 6

Tamadun Islam, dalam proses kelahiran dan perkembangannya mengandungi beberapa bahagian atau dianggap unik berbanding tamadun-tamadun

dunia lain. Sifat-sifat tamadun Islam terbahagi kepada lima

Kesejagatan tamadun Islam bermakna ia tidak terikat kepada bangsa tertentu, sebaliknya seluruh umat manusia yang berpegang kepada al-Din.

Sifat tamadun Islam itu ialah terbuka dan tidak bersifat tertutup. Keterbukaan bermakna tamadun Islam yang dilahirkan dan dicipta itu tidak dibatasi oleh had-had tertentu tetapi masih diletakkan di atas garis panduan syariat Islam yang tetap dan berkembang selaras dengan perubahan masa. Tamadun Islam terbuka kepada semua Tamadun yang tidak bercanggah dengan syariat Islam.

Tamadun Islam juga bersifat sepanjang zaman iaitu berkesinambungan dan mengalami proses kesinambungan hingga masa kini. Perkembangannya bermula dengan turunnya wahyu pertama, Surah Al-Alaq dan tidak pernah berhenti sehingga hari kiamat.

Tamadun Islam juga bersifat toleransi terhadap sistem agama atau kepercayaan atau kebudayaan lain. Tamadun Islam pernah berkembang dalam dunia yang tidak dikenali , tetapi tetap mempertahankan toleransi. Masyarakat buka Islam yang berada dalam pentadbiran dan perkembangan tamadun Islam tidak dilarang untuk mengamalkan agama dan kepercayaan mereka. Ini sebagai usaha untuk mengekalkan hubungan baik dalam masyarakat dan kepentingan kestabilan.

Tamadun Islam mempunyai ciri-ciri kesatuan dalam kepelbagaian. Sebarang bentuk kemajuan dan pencapaian dalam tamadun Islam,dan dalam pelbagai bidang semuanya di bawah kesatuan akidah Islam yang menjurus kearah meng-Esakan Tuhan, Allah Pencipta Sekalian Alam. Penemuan dan hasil ciptaan baru yang dicapai dalam tamadun manusia semuanya dikembalikan kepada kebesaran dan keagungan Tuhan Pencipta seluruh Alam.

You might also like