Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
1Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Jadual Pelaksanaan Penempatan & Permohonan Murid Ke Sekolah Menengah

Jadual Pelaksanaan Penempatan & Permohonan Murid Ke Sekolah Menengah

Ratings: (0)|Views: 162|Likes:
Published by zfharul

More info:

Published by: zfharul on Sep 13, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See More
See less

11/13/2013

pdf

text

original

 
 
LAMPIRAN AJADUAL PELAKSANAAN PENEMPATAN & PERMOHONAN MURID KE SEKOLAH MENENGAH(KELAS PERALIHAN / TINGKATAN SATU/SBP/SMKA/KAA/RKN/RKD)BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2013
BIL PERKARA TINDAKAN TARIKH
1 MENGEMASKINI DAN MENGESAHKAN DATAMURID TAHUN ENAM , IBUBAPA/PENJAGA DIDALAM APLIKASI PANGKALAN DATA MURID(APDM)PKHEM/GKHEM/GURUKELAS3
 –
14 SEPT. 20122 TAKLIMAT CARA PERMOHONAN ATAS TALIAN KESEKOLAH MENENGAH (KELASPERALIHAN/TINGKATAN SATU) MELALUIAPLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM)PPD3
 –
14 SEPT. 20123 PERMOHONAN PENEMPATAN KE TINGKATANSATU SECARA ATAS TALIAN MELALUI APLIKASIPANGKALAN DATA MURID (APDM)PKHEM/GKHEM/GURUKELAS15
 –
30 SEPT. 20124 -SEMAKAN PERMOHONAN PENEMPATAN KETINGKATAN SATU MELALUI APLIKASIPANGKALAN DATA MURID (APDM)-MELULUS DAN MENCETAK SENARAI SEPADUPERMOHONAN PENEMPATAN KE TINGKATANSATUPPDPPD1
 –
15 OKT. 20121
 –
15 OKT. 20125 MENERIMA SENARAI SEPADU, MENCETAK &MENGEDAR SURAT PENEMPATAN MASUK KETINGKATAN SATUGURU BESAR 16
 –
19 OKT. 20126 PERMOHONAN SECARA ATAS TALIAN MELALUIAPLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM) KESBP/SMKA/KAA/RKN/RKDPKHEM / GKHEM / GURUKELAS / IBUBAPA16
 –
30 OKT. 20127 PENEMPATAN MURID KE KELAS PERALIHAN /TINGKATAN SATU DI SEKOLAH MENENGAH YANGBERKENAANGURU BESAR / PENGETUA 1 NOV. 20128 PENDAFTARAN MURID KE KELAS PERALIHAN /TINGKATAN SATU DI SEKOLAH MENENGAH YANGBERKENAANGURU BESAR / PENGETUA 5
 –
9 NOV. 2012
 
 
 ‘1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN’ 
 Ruj. Kami : J.Pel.Pk. (SM) 2873/1 ( 2 )Tarikh : 5 September 2012Semua Guru BesarSK / SJK(C) / SJK(T)Negeri Perak.Tuan,
PENEMPATAN MURID KE KELAS PERALIHAN / TINGKATAN SATU SESI PERSEKOLAHAN 2013
Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.2. Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa penempatan murid sekolah rendah ke sekolahmenengah (Kelas Peralihan / Tingkatan Satu) akan dilaksanakan mengikut kaedah-kaedah sebagaimanataklimat yang telah diberikan oleh pihak PPD masing-masing melalui Aplikasi Pangkalan Data Murid(APDM).2.1 Bagi sekolah-sekolah yang menempatkan muridnya ke dua(2) buah sekolah menengahatau lebih, pihak tuan adalah dikehendaki menubuhkan Jawatankuasa Penempatan Murid Ke SekolahMenengah (Kelas Peralihan / Tingkatan Satu) Peringkat Sekolah Bagi Sesi Persekolahan 2013.Jawatankuasa tersebut hendaklah dianggotai oleh :Pengerusi : Guru BesarNaib Pengerusi : PK HEMSetiausaha : Penyelaras Tahun 6 AJK : Semua Penolong Kanan / Guru KananSemua Guru Kelas Tahun EnamTugas jawatankuasa ini adalah membuat penempatan murid ke sekolah menengah dengan membuatpertimbangan dalam perkara berikut :2.1.1 Lokasi rumah murid (sekolah menengah yang terhampir dengan alamat rumah murid).2.1.2 Kemudahan pengangkutan.2.1.3 Mempunyai abang / kakak yang sedang belajar di sekolah menengah berkenaan.2.1.4 Keistimewaan seperti cacat anggota / kesihatan.*Semua kriteria di atas tertakluk kepada kekosongan tempat.2.2 Pihak tuan dikehendaki membuat pemilihan murid mengikut agihan yang ditetapkan. Adalah ditegaskan bahawa pihak tuan hendaklah meneliti setiap kes supaya kemasukan murid kesesebuah sekolah menengah itu berjalan dengan baik dan lancar. Bagaimanapun keputusan muktamadditentukan oleh JPN / PPD.
 
 
2.3 Pihak tuan juga dikehendaki memperingatkan kepada ibubapa / penjaga murid bukanwarganegara agar membuat permohonan kebenaran belajar yang baru dengan menggunakan borang
 ‘Bahagian I’ Permohonan Penerimaan Masuk Murid Bukan Warganegara ke Sekolah Kerajaan
 / SekolahBantuan Kerajaan dan dipanjangkan kepada Pengarah Pelajaran Negeri Perak (U.P : Penolong PengarahUnit Perhubungan & Pendaftaran) melalui Guru Besar atau Pengetua sekolah.3. Setelah pihak PPD selesai membuat kelulusan permohonan ke Sekolah Menengah (KelasPeralihan / Tingkatan Satu), pihak tuan akan menerima Senarai Bersepadu Penempatan Masuk SekolahMenengah sebagai rujukan bagi tujuan mengeluarkan surat tawaran.4. Penempatan ini perlu dibuat mengikut kaedah yang ditetapkan supaya ibubapa atau waris muridtidak perlu datang ke Jabatan Pelajaran Negeri Perak atau Pejabat Pelajaran Daerah hanya semata-matauntuk mendapatkan maklumat penempatan anak-anak atau jagaan mereka.5. Bersama-sama surat siaran ini, disertakan Lampiran A - Jadual Pelaksanaan Penempatan MuridKe Sekolah Menengah (Kelas Peralihan / Tingkatan Satu) bagi SK, SJK(C) dan SJK(T), manakalapermohonan ke SBP / SMKA / RKN / RKD hanya melibatkan SK sahaja sebagai rujukan pihak tuan.6. Pihak sekolah diminta agar mengambil maklum akan perkara ini dengan teliti dan mengambiltindakan yang sewajarnya berkaitan perkara tersebut. Surat siaran ini boleh dimuat turun melalui lamanweb Jabatan Pelajaran Perak di alamat http://www.pelajaranperak.gov.my/ Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan atau pertanyaan berhubung perkara ini, sila hubungi Unit Sekolah Menengah (PengurusanMurid) di Jabatan Pelajaran Perak atau Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing. Kerjasama dantindakan tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggipenghargaanSekian, terima kasih.
 ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ 
 
Saya yang menurut perintah,
(ABD. MAJID BIN YUSOF, PMP., AMN., AMP.)
Ketua Sektor Pengurusan Sekolahb/p Pengarah Pelajaran Perak.s.k : 1. Timbalan Pengarah Pelajaran Perak 2. Semua Ketua Sektor Jabatan Pelajaran Perak 3. Semua Pegawai Pelajaran Daerah

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->